PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan  berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran  selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan  sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.
Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan  bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan  restoran terkenal di negara ini.
Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim  memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid  deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung  susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.
Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru  Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran  syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.
"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk  tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan  mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang  memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan  mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam  Negeri," menurut kenyataan itu. UTUSAN
adakah ia berkaitan dengan surat ini....? 
dan produk ini?... 



No comments:
Post a Comment