Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 8 December 2016

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Allah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur pada zaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
 
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Allah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
 
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
 
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
 
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
 dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
 
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
 
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
 
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
 
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
 
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Husain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Tudung kanak-kanak

Wednesday, 7 December 2016

Tema Maulidur Rasul 2016 - 1437/ 1438H


Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 - 1437H Dan 1438H. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2016 akan disambut pada hari Isnin, 12 Disember 2016 menurut tarikh penting Kalendar Islam 2016 JAKIM. Ianya merupkan hari cuti umum buat rakyat Malaysia. Tema tahun ini adalah "Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah".

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 - 1437/ 1438H
Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 2016, berikut dikongsikan tema Maulidur Rasul 2016 1437/1438H.
Tahun 2016 : "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
2015 : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
2014 : "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"


MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".


Ketokohan 

Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir

Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).
Kesimpulan

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia

JAKIM

Monday, 5 December 2016

Islamic Eschatology Ilmu Akhir Zaman


Akhir Zaman! Dajjal! Turunnya Nabi Isa a.s! Yakjut Makjut! Hari Kiamat!

Keyakinan akan datangnya hari kiamat adalah sebahagian dari akidah setiap orang Islam. Ia merupakan janji Allah yang Maha Benar. Hal yang membimbangkan adalah hampir 90% tanda-tanda kiamat iaitu kedatangan Dajjal telah berlaku. Seorang bayi telah lahir dan berbicara 'Saya adalah seorang lelaki yang akan dibunuh Dajjal..'

Menakutkan!!! Ternyata banyak sekali nubuwat Rasulullah yang telah terjadi di sepanjang Abad-21. Berbagai kejadian besar itu semakin menambah daftar bukti atas kebenaran nubuwat beliau. Video di bawah ini menceritakan secara lebih detil tentang peristiwa yang akan melanda manusia sebelum datangnya hari kehancuran dunia. Ia memaparkan tanda-tanda dan isyarat kuat tentang dekatnya hari akhir zaman.

AKHIR ZAMAN 
- Ust. Zulkifli Muhammad Ali, Lc 



Bencana Besar Akhir Zaman Dimulai Sejak 2017 - Ustadz Zulkifli Muhammad Ali




Al-Mahdi VS Al Masih Ad Dajjal 
- Ust. Zulkifli Muhammad Ali, Lc, MA




Islam Escatology 1.0 
- Ustaz Auni Mohamad




Islam Escatology 2.0 
- Ustaz Auni Mohamad




Kod - Kod Peninggalan Dajjal 
- Ustaz Auni Mohamad




Imam Mahdi 1.0 
Ustaz Auni Mohamad




Turun'nya Nabi Isa a.s 2.0 
Ustaz Auni Mohamad



Video maklumat akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 2 December 2016

Petua Murah Rezeki (Al-Quran dan Hadis)


Petua murah rezeki berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:


    1. Menyempatkan diri beribadah

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akanmembuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


    2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)


    3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


    4. Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)


    5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


    6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


    7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


    8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.



    9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
    “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


    10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


    11. Menjalin silaturrahim

    Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


    12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-  Walid)


    13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)


    14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT).


    15. Melazimi Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)



    16. Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat- Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145).


    17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

RM4.50


    18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

RM4.00


    19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

RM7.00


    20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan- amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Tuesday, 15 November 2016

Riba Al-Buyu Dalam Forex Online


Urusniaga matawang hari ini telah menjadi aktiviti dan punca rezeki yang menarik minat sebahagian umat Islam. Urusniaga ini perlu diteliti dengan teliti agar pendapatan mereka menepati Syariah Islam. Kejahilan tentang hukum di dalam urusniaga ini boleh membawa kepada berlakunya riba yang diharamkan oleh Islam.

Perkataan forex adalah berasal dari gabungan perkataan Inggeris “Foreign Exchange. Ianya merupakan pasaran kewangan yang terbesar didunia. Wikipedia melaporkan urusniaga matawang asing (forex) didagangkan sebanyak nilai niaga harian USD3.2 trillion pada April 2007 dengan pertambahan 41% pada 2008. Pasaranya dibuka dua puluh empat pada hari perbankan.

Menukar Wang Di Pengurup Wang 

  • Menukar di Ali Noor mendapat tukaran USD 1 = RM 4.16
  • Menukar di Salamath Ali mendapat USD 1 = RM 4.18
  • Pertukaran berlainan matawang dianggap pertukaran barangan ribawi yang tidak sama jenis
  • Maka pertukarannya boleh berbeza-beza
  • Syaratnya mesti berlaku pertukaran secara langsung (on-the-spot)



Online Forex Melibatkan Riba Al-Buyu


Pertukaran wang asing secara dalam talian (online forex) oleh individu

Forex online adalah tidak patuh shariah dan melibatkan riba al-buyu’ kerana:
  • Matawang adalah barangan ribawi
  • Pembelian wang tunai secara kredit (tertangguh) 
  • Menjual matawang secara tertangguh
  • Mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.
  • Mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga



Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba?

A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.

Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.  Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)  


Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”

Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.


B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:


“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)

Sunday, 23 October 2016

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din


Pendidikan

• Madrasah al-Islahiyah al-Wataniah, Bohor Mali

• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor

• Sijil Tertinggi Kolej – Kolej Islam Malaya (1962-1965)

• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah – Universiti Al-Azhar (1966-1968)

• Diploma Pendidikan – ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)

• PhD Syariah – Universiti Darul Ulum, Kaherah (1972-1974)

Pengenalan
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rejab 1359 (Tarikh Hijriyah ini mengikut kiraan komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis.  Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah. Ibu bapa beliau berkhidmat sebagai guru al-Quran kepada masyarakat setempat pada ketika itu. Ia suatu peluang baik kepada beliau serta adik beradiknya yang lain untuk lebih mendalami bidang al-Quran.

Oleh kerana kealiman dan keilmuan ayahanda Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din, dia dikenali sebagai Lebai Din. Semasa zaman remaja Lebai Din  telah merantau mencari ilmu dari Phatani sehingga sampai ke Perlis dan menetap di Kampong Bohor Mali kerana di situ adalah tempat pengajian ilmu. Beliau telah menetap dan berumahtangga di situ. Lebai Din dikenali umum sebagai seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan secara Islam. Selain daripada itu, Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani.

Namun, ilmu persilatan ini tidak diperturunkan kepada anak-anaknya. Akan tetapi, ilmu pengubatan Islam ini tidak terhenti setakatnya sahaja. Ilmu ini telah diperturunkan secara pengijazahan dengan menyerahkan buku catatan pengubatannya kepada Ustaz Haron Din. Memandang minat dan kecenderungan terhadap ilmu pengubatan Islam, Ustaz Haron Din sahaja terpilih untuk mewarisi ilmu pengubatan Islam daripada ayahandanya.

Kehidupan berumahtangga

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din telah mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 25 tahun  dengan seorang wanita pilihannya Datin Khadijah binti Haji Salleh.  Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka telah dikurniakan lima orang cahayamata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan . Anak-anak  mereka  ialah Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana .

Pendidikan Awal

Tuan Guru Dato’ dan adik beradiknya yang lain diwajibkan mempelajari ilmu agama terutama pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, beliau menerima pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara formal pada  ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok, rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan tenaga pengajar fardu ain kepada umum.

Ayahanda beliau seorang yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak. Tidak pernah lekang di tangannya rotan untuk menghukum anak-anaknya apabila melakukan kesalahan. Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik sebagai seorang ibu, dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada  tokoh ini. Ia menjadikan Tuan Guru Dato’ seorang yang amat tegas pendiriannya dalam membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Tambahan, sifat lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah lembut dalam tutur katanya serta mesra dengan mad’unya tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan.

Pendidikan Sekolah Rendah (Ibtidaii)

Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.

Suatu ketika, Tuan Guru Dato’ telah dihadiahkan seutas jam tangan berjenama Holok oleh bapa saudara kepada Almarhum Haji Zakaria. Hadiah tersebut diberikan kepada beliau sebagai satu anugerah kerana telah mendapat tempat pertama dalam kelas dua. Pemberian yang amat bernilai itu membuatkan beliau sangat gembira dan bersyukur kerana memilikinya.

Kecenderungan Tuan Guru Dato’ terhadap bahasa Arab mula berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.

Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah, beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.

Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa al-Quran.

Pendidikan Sekolah Menengah Rendah (I’dadiah)

Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.

Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah. Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar  terbaik ketika itu.

Tuan Guru Dato’ hanya sempat menghabiskan pengajian pada tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.

Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat juang  dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.

Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran daripada persekolahan.

Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan pada ketika itu.

Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan. Sudah tentulah hari ini sudah tidak dengan basikal tua lagi tapi dengan kenderaan yang moden.

Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi

Dalam tempoh penggantungan beliau itu, orang-orang kampung telah memberi nasihat dan galakan supaya beliau menyambung pengajiannya yang tergendala itu. Mereka sanggup mengumpul dana bagi membantu beliau untuk meneruskan pengajiannya. Beliau menyedari yang dirinya belum menamatkan persekolahan sehingga lima thanawi ketika itu, sedangkan syarat utama penerimaan masuk kolej islam wajib dengan lima thanawi.

Beliau merasa dirinya seperti angan-angan mat jenin untuk merealisaikan hasrat masyarakat. Beliau merasa dirinya amat kerdil ketika itu. Semua orang yang mohon berbekalkan sijil lima thanawi sedangkan dirinya hanya sempat belajar dua thanawi. Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan  dalam bahasa Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan baik. Akhirnya beliau diterima pada hari itu juga, sedangkan murid-murid lain pulang ke kampunng masing-masing menunggu surat jawapan temuduga.

Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah ‘Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.

Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu, beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar  bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.

Cerita menarik Tuan Guru Dato’ ketika di Kolej Islam Malaya

Semasa menuntut di Kolej ini, pada suatu hari dua orang pelawat Arab dari Palestin telah datang melawat Kolej Islam. Pelawat tersebut telah diundang untuk menyampaikan ucapan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kolej. Setelah selesai ceramah, beliau meminta Pengetua Kolej ketika itu Almarhum Dato’ Prof Abdul Raof Shalabi untuk mendengar ulasan dan komentar  dari seorang pelajar tentang Palestin. Pengetua menanyakan pelajar-pelajar siapa yang boleh memberi ucapan. Maka ketika itu Ustaz Mahyuddin yang mengenali Tuan Guru Dato’ telah mencadangkan beliau. Pengetua bersetuju dengan pilihan tersebut dan dia telah mengingatkan kembali ketika mana Tuan Guru Dato’ yang dapat menjawab soalan temuduga dengan cemerlang dan diterima pada hari itu juga belajar di kolej. Akhirnya beliau dipilih  untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab di majlis tersebut. Keupayaan dan keberanian beliau untuk berucap di khalayak di majlis itu mendapat sanjungan dari guru-guru dan rakan-rakan pelajar.

Cerita kedua ini berlaku pada tahun ketiga. Seorang pensyarah baru berbangsa Arab telah tiba berkhidmat di Kolej Islam iaitu Ustaz Abdul Wahab. Kebetulan bersempena dengan sambutan Maulid al-Rasul pihak Kolej telah menjemput beliau untuk meyampaikan ceramah. Pihak kolej telah melantik Ustaz Haron Din untuk menjadi penterjemah pada ketika itu.

Pada tahun ketiga di kolej, Guru beliau Ustaz Mahyudin Musa menugaskan  beliau menggantikannya  untuk menyampaikan ceramah di suatu tempat di Selangor iaitu di Sejangkang dalam satu majlis sambutan Isra’ Mikraj.

Semenjak dari itu, beliau sentiasa menerima undangan berceramah. Yang meneronokkannya setiap kali ceramah beliau akan mendapat wang saguhati RM50.00. Satu jumlah bayaran yang cukup tinggi di masa itu.

Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.

Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang.

Di Peringkat Pengajian Tinggi

Minat Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti ’Ain Shams, Kaherah. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.

Semasa di Kaherah, beliau memilih untuk tidak tinggal bersama pelajar-pelajar Malaysia di asrama Rumah Melayu  kerana budaya pelajar Malaysia di Rumah Melayu hanya bergaul sesama mereka dan bercakap bahasa ibunda. Keadaan sedemikian tidak banyak membantu pelajar melayu mempraktik bercakap bahasa Arab. Beliau memilih untuk menyewa di luar bersama-sama dengan pelajar-pelajar Mesir. Ini memberi lebih banyak peluang baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur aslinya. Dua orang sahabat karibnya yang tinggal bersamanya di Kaherah ialah Lutfi Ali Omar dan Mahmud al-Kafif seorang yang buta. Banyak masa beliau belajar bersama-sama dengan kedua-dua rakannya ini. Dan mereka juga banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan pelajaran sehingga berjaya. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menggilap bahasa Arabnya dari aspek percakapan, penulisan dan juga qaedah bahasa arab.

Tuan Guru Dato’ tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu yang dimilikinya. Ini kerana, ilmu merupakan amanah Allah S.W.T. dan sepatutnya disebarkan kepada orang lain. Kesibukan beliau menelaah pelajaran tidak dijadikan penghalang untuk beliau berkongsi dan mencurahkan ilmu dengan pelajar-pelajar lain. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.

Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.

Kehidupan Sebagai Murabbi

Setelah menamatkan pengajian di luar negeri, beliau kembali semula ke tanah air sekitar tahun 1968 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan juga Diploma Pendidikan Universiti A’in Shams di Kaherah. Dengan ilmu yang diperolehi dari luar negeri, masyarakat meletakkan harapan tinggi agar dapat mengambil manfaatnya. Untuk tidak menghampakan harapan masyarakat, beliau telah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Beliau ditugaskan sebagai guru disiplin.

Bermula dari saat inilah, beliau mula aktif menyampaikan dakwah kepada umum sebagai memenuhi permintaan masyarakat. Beliau sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah melalui kelas-kelas pengajian agama dan tazkirah di masjid-masjid serta jemputan ke rumah-rumah perseorangan. Selain pada itu, warga guru sekolah juga dianjurkan kelas pengajian khas bersama beliau.

Pada waktu yang sama beliau juga telah bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau Pinang. Beliau mengajar matapelajaran art of teaching dan child development. Kebanyakan guru-guru agama ketika itu tidak memiliki ilmu pedagogi. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kolej Islam Malaya dan Universiti ‘Ain Syam, Mesir dalam bidang pendidikan, ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru pada ketika itu.

Rentetan dari itu, akhirnya beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (nama sekarang Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Dengan sifat rendah diri, beliau enggan menerima tawaran tersebut dengan alasan ingin memberi peluang kepada mereka yang lebih senior dan lebih layak untuk memegangnya. Beliau merasakan terlalu awal baginya untuk memegang amanah sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti. Dekan Fakulti Islam ketika itu telah datang sendiri ke rumahnya memujuk beliau untuk menerima jawatan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Kecintaan Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu telah mendorong beliau menyambung kembali pengajiannya. Ketika itu, beliau masih berkhidmat di UKM. Maka pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.

Sekembalinya ke tanah air,  beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai profesor penuh.

Hasil Sumbangan Beliau Dari Segi Penulisan.

Ketekunan dan kesungguhan beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja. Antaranya;

PENERBITAN BUKU

A. Buku Terbitan dalam Bahasa Arab

(Dissolution of Marriage and Related Problem: A Comparative Study of Schools of Law) I Watan Press, Kuala Lumpur. 1983.

(The Separation of Spouse Based on Legal Prohibition by Law and Court – Watan Press 1984.

( Some Family Cases : Maintenance, Breach of Marriage and Polygamy an Islamic Solution ) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

(Spread of Islamic Mission in Malaysia) – Watan Press, Kuala Lumpur, 1985.

B. Buku Terbitan dalam Bahasa Malaysia

1. Buku Teks untuk sekolah menengah – Pengetaahuan Agama Islam sebagai Ketua Editor – Obor Islam I, II, III, IV dan V.

2. Rawatan Pesakit Menurut al Quran dan as Sunnah. Percetakan Watan, terbitan bersama rakan. 1990

3. Buku tajuk “ Jawapan Kepada Hadith Satu Penilaian Semula – terbitan Dewan Pustaka Fajar 1988 Ketua Pengarang.

4. Masalah Pendidian Islam di Malaysia (bersama Dr Sabri Salamon) 1988.

5.Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan (bersama Ishak Din) 1989.

6. Rawatan Gangguan Makhluk Halus – Percetakan Watan 1989.

7. Taklik Talak Antara Hukum Fiqh dan Hukum Kanun – Watan 1989

8. Soal Jawab Agama – Fiqh Harian (bersama Ishak Din – Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn Bhd 1992.

9. Aqidah Tauhid (bersama Ishak Din) 1995.

10. Hudud dalam Perundangan Islam – Pakar Print 1978.

11. Manusia dan Islam – Edisi Pertama (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1991) Ketua Editor

12. Manusia dan Islam – Edisi Kedua (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor

13. Manusia dan Islam – Edisi Ketiga (Dewan Bahasa dan Pustaka, KL 1992) Ketua Editor

13. Tasawwur Islam – Percetakan  Graphico Kajang 1404H.

14. Melihat Anak Bulan di Malaysia : Maslah dan Kemungkinan

15. Kewajipan Menegak Negara Islam –Indera Press.

16. Suami Isteri dan Rumahtangga Menurut Islam – Maju Press KL 1979.

17. Penyelenggaraan Jenazah – Unit Bimbingan Agama UPM 1981.

18. Methodologi Zikr – Watan 1988.

19. Pengurusan Jenazah – Percetakan Zizi Kajang 1989.

20. Hudud dalam Perundangan Islam – Dany Press 1993.

21. Muhammad Rasulullah : Anugerah Kejayaan – Bahagian Hal Ehwal Islam JPM 1993.

22. Ulama’ Bukan Cap Getah – Percetakan Watan 1993.

23. Islam : Keadilan Membebaskan Manusia 2007 (PTS Millenia)

24. Islam : Jihad Sebagai Survival Insan 2001 (PTS Millenia).

25. Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia 2007 (PTS Millenia)

26. Islam :  Ada Apa Dengan Islam 2007 (PTS Millenia).

27. Islam : Agama, Bisnes dan Pengurusan 2007 (PTS Millenia).

28. Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia 2007 (PTS Millenia).

29. Islam : Rujukan Afektif Akhlak Mulia 2007 (PTS Millenia).

30. Ikhtiar Penyembuhan  Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab 2009 (Darussyifa’).

31. Fikh Harian 2009 (Edisi Kemaskini ) PTS Millenia.



32. Pengantar Pengubatan Islam – Jilid I  2011 (Darussyifa’).

33. Rawatan Penyakit Jasmani  1 – Jilid II    2011 (Darusyifa’).

34. Rawatan Penyakit Jasmani 2  – Jilid III   2011 (Darussyifa’).

35. Rawatan Penyakit Akibat Sihir – Jilid IV 2011 (Darusyifa’).








Kerjaya

1.    Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)

2.   Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)

3.    Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara

4.    Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB

5.    Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia

6.    Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti

7.    Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor

8.    Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan

9.    Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank.

10) Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd

11) Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis

12) Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik

1.    Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)

2.    Ketua Penerangan PAS Pusat

3.    Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

4.    Timbalan Mursyidul Am PAS




Tuesday, 4 October 2016

Surah Al-Waqiah Magnet Rezeki

Surah Al-Waqiah Magnet Rezeki
Baca dan dengar Surah Al-Waqiah di surah.my


Surah Al-Waqiah / Al-Waaqi'ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.


Rasulullah SAW bersabda:

" Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.


Khasiat Surah Al-Waqiah :

1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW   bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.

Sumber - jais.gov.my


Sekadar berkongsi. Ambil yang baik, buang yang buruk.

Sy tak berhenti cari kerja, berbulan cari, padahal sy cari kerja part time je. Kedai high end, kedai makan, you name it, semua saya apply. Akhirnya sangkut satu company, buat sales, tapi takda basic, komisyen sahaja. Bidang pun sy tak minat. Kos nak pergi kerja lagi bukan murah. Lepas reject tawaran tu, saya fikir banyak kali, kenapa lah tak cuba je kerja tu, entah entah saya boleh perform, dapat la jugak gaji. Memang menyesal. So sy job hunt lagi, berbulan lamanya.

Saya terbaca confession kat page ni, pasal Al-Waqiah magnet rezeki. Ya, benar. Ada satu malam tu, lepas solat subuh, saya baca Al-Waqiah, niat utk dimurahkan rezeki. Tapi Allah sentuh hati saya malam tu. Menangis saya baca Al-Waqiah. Kenapa? Sebab saya baca maksud surah tu sekali. Saya ingat maksud surah tu berkait dengan rezeki, rupanya tidak.

Sayu hati masa baca, teringat banyak dosa saya buat sebelum ni. Saya buat solat sunat taubat. Zikir tak henti, mintak ampun tak henti, doa tak henti. Sampai saya letih. Esok nya saya sambung cari kerja semula. Then petang tu, saya bukak email, ada dua email dari company yang saya pernah apply. Email pertama, mereka kata permohonan gagal, dalam hati saya, saya patut sedar diri, tak mesti buat ibadah satu malam, terus makbul doa, lagi lagi banyak dosa saya sebelum ni. Saya pun bukak email kedua, mungkin company ter-resend email sama. Tapi sbenarnya email kedua tu jemput saya pergi interview, untuk jawatan yang berbeza. Alhamdulillah, saya tahu tak mesti saya dapat kerja tu, tapi sekurangnya diberi peluang untuk pergi interview, dapat atau tak, tu Allah je boleh tolong.

Selang beberapa hari, saya dapat mesej dari bekas majikan saya, tanya saya free tak, nak mintak saya kerja dengan dia satu dua hari, Alhamdulillah. Sehari dua pun, ada jugak dapat duit dari tak buat apa. Malam yang sama, saya pergi berbuka puasa di masjid. Berkat terawih tiap malam juga agaknya, ada akak ni yang saya selalu bertegur kat masjid, dia tanya saya nak kerja tak. Gaji mahal, tapi part time. Alhamdulillah.

Nampak tak the power of dua’s on Ramadhan, the power of Al-Waqiah, the power of taubat, the power of ibadah. Tiga tawaran kerja part time sekali gus. Saya cari part time sebab saya duduk di negara orang, visa lagi beberapa bulan expired. Saya student di negara yang islamophobia kuat. Saya bertudung, Islam. Jadi memang lagi susah kalau nak dapat kerja.

Apa pun saya bersyukur sangat sekarang. Jadi yang belum dapat kerja, or duit asyik tak cukup, cuba lah baca Al-Waqiah, solat fardhu jangan tinggal. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi Allah kasihi kita. Perancangan allah hebat, jadi jangan pernah putus asa.

Sumber : IIUMC


Allah menepati janjinya apabila kita tidak mengingkarinya. Oleh itu, laksanakan pesanan nabi yang menganjurkan kita membaca surah al-Waqiah pada waktu malam. Sesungguhnya, surah itu mengandungi kelebihan yang dahsyat bagi memudahkan kita mencari rezeki.


........................................................

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat

Sunday, 4 September 2016

Zikir Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan


Bagi Ibubapa yang mana anaknya akan atau sedang menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PT3 atau SPM, bolehlah mengamalkan zikir zikir diatas. Semoga Allah memberkati segala usaha anak anda dan tawakal anda kepadaNya.


Dapatkan Lagi Himpunan Doa dan Zikir bagi Pelajar di SINI



Thursday, 11 August 2016

Inilah Sebab Fatwa Mengharamkan Pokemon Go


Pokémon Go ialah applikasi permainan telefon mudah alih yang menggunakan teknologi augmented reality (realiti berperantara) dan location-based (perisian berasaskan lokasi). Permainan ini dibangunkan oleh Syarikat Niantic Inc. dengan kerjasama Syarikat Pokemon Antarabangsa dan Nintendo Co. Ltd dan boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih yang menggunakan Android dan IOS.

Bermula 6 Julai 2016, permainan ini telah dilancarkan di sebahagian benua seluruh dunia seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat,  German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland,  Canada, dan Puerto Rico.

Di rantau Asia, hanya di Jepun dan Indonesia sahaja, para pengguna telefon mudah alih boleh bermain Pokemon Go, manakala negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Thailand, Filipina, permainan ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Pun begitu, di China, contohnya, para pemain masih bermain dengan memuat turun aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan aplikasi GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah dilancarkan peta Pokemon Go.

Bagi Negara Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru umat Islam di negara ini supaya menghindarkan diri daripada permainan Pokemon Go. Ketua Pengarah, Tan Sri Othman Mustapha, berkata JAKIM menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu yang tidak membenarkan umat Islam membabitkan diri dengan aplikasi permainan itu atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.






FATWA-FATWA BERKENAAN POKEMON DAN POKEMON GO



Pertama: Fatwa Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi


Pada tahun 2001, Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga aqal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman. Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:


  • Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.
  • Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.
  • Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
  • Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
  • Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
  • Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.



Kedua:  Fatwa Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi


Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon GO. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.


Ketiga : Universiti al-Azhar


Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Syeikh Prof. Dr. Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Syeikh Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.







Negara-Negara yang Mencegah Permainan Pokemon GO

Di Arab Saudi, Suruhanjaya Komunikasi, Teknologi dan Informasi Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Pokemon GO dan permainan yang seumpamanya boleh mengancam pemain kerana mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Ini termasuklah ancaman penggodam, pencerobohan ruang peribadi dan ancaman jenayah rompak dan curi. 

Pihak berkuasa Kuwait dan Mesir sebelum ini memberi amaran dan ancaman bahawa permainan ini berisiko membawa pemain ke kawasan-kawasan sensitif seperti istana, masjid-masjid, stesen minyak dan pengkalan tentera. Ahmed Badawi, Timbalan Ketua Majlis Komunikasi Kerajaan Mesir, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengadakan sekatan terhadap permainan Pokemon GO kerana dipercayai boleh mendedahkan bahagian keselamatan negara kepada dunia luar. Manakala, Hamdi Bakheet, ahli Majlis Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negara Mesir pula memberitahu Parlimen Mesir bahawa aplikasi Pokemon GO ialah usaha yang licik pihak luar untuk membuat perisikan dalam masyarakat dan negara Mesir.

Begitu juga pertubuhan imam-imam di Turki menggesa agar pihak berkuasa mengharamkan permainan itu kerana menjejaskan nilai kemurnian dan kesucian tempat-tempat ibadat apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki premis masjid semata-mata untuk mencari raksasa maya berkenaan.

Pihak kerajaan Indonesia melarang anggota polis negara itu bermain Pokemon GO ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata pegawai polis seluruh negara itu telah menerima arahan itu bermula 19 Julai 2016. Pihak kerajaan risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan mengganggu tugas pihak polis dalam berkhidmat kepada masyarakat yang dengan konsentrasi dan kerja keras. 

Arahan ini juga dikeluarkan susulan kes penangkapan warga Perancis yang menceroboh pengkalan tentera Indonesia yang terletak di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon GO. Kes ini menimbulkan kegusaran dan kemungkinan dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan teknologi tinggi dalam permainan tersebut berpotensi menjadi alat perisikan.

‘Pokemon GO nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu yang tidak betul padanya,” Kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.







KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Atas dasar ini, maka benarlah sabda Rasulullah SAW:

'Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.'
Hadis riwayat Ahmad


Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku, membawa kepada:

  • Bahaya dari segi pengintipan pihak luar
  • Pencerobohan ruang peribadi
  • Faktor keselamatan seperti kemalangan
  • Kelalaian
  • Ketagihan melampau terhadap gajet
  • Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling
  • Gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan.
  • Membawa kepada akhlak yang buruk
  • Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.
Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Kami syorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba Allah dan pemegang amanah-Nya di bumi ini sebagai khalifah Allah.

Sumber: 
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go


Friday, 5 August 2016

Kitab Imam Nawawi - Riyadus Solihin

Riyadus Solihin adalah sebuah karya agung Imam Nawawi . Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.



Kitab terjemahan Imam Nawawi , Riyadus Solihin / Riyadhus Shalihin / Riyadh al-Salihin merupakan kitab yang menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia.

Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Buku ini merupakan himpunan hadith-hadith  nabi yang berkaitan dengan adab, akhlak, pembersihan jiwa. Al-Nawawi hanya menyebutkan hadith-hadith yang sahih sahaja.

Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah. Al-Nawawi juga seorang tokoh feqah mazhab al-Syafi’i yang terkemuka. Beliau merupakan pemelihara mazhab, namanya disebut di seluruh pelusuk dunia dan kealimannya mencapai tingkatan yang tinggi. Dia adalah Syeikh mazhab dan penjaga mazhab al-Syafi’i. Keistemewaan al-Nawawi ialah  kerana dalam dirinya terkumpul keluasan ilmu dalam bidang feqah dan hadith.

Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin.

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. Satu rumah, satu Riyadus Solihin.



ISI KANDUNGAN KITAB RIYADUS SOLIHIN

Bab 1 Ikhlas

Bab 2 Taubat

Bab 3 Sabar

Bab 4 Bersifat Benar

Bab 5 Berasa Bawah Pengawasan Allah

Bab 6 Takwa

Bab 7 Yakin dan Tawakal

Bab 8 Istiqamah

Bab 9 Galakan Berfikir

Bab 10 Segera Melakukan Perkara Baik

Bab 11 Melakukan Sesuatu dengan Bersungguh-Sungguh

Bab 12 Galakan Menambah Amalan Baik pada Akhir Umur

Bab 13 Jalan-Jalan Kebaikan

Bab 14 Sederhana dalam Beribadat

Bab 15 Memelihara Kelangsungan Amalan

Bab 16 Perintah Memelihara Sunah Nabi Muhammad

Bab 17 Wajib Mengikut Hukum Allah

Bab 18 Larangan Bidaah

Bab 19 Memulakan Perbuatan Baik

Bab 20 Menunjukkan Perbuatan Baik

Bab 21 Tolong-Menolong dalam Melakukan Kebaikan dan Takwa

Bab 22 Nasihat

Bab 23 Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kejahatan

Bab 24 Cakap Tidak Serupa Bikin

Bab 25 Menunaikan Amanah

Bab 26 Haram Menzalimi

Bab 27 Menghormati dan Mengasihi Orang Islam

Bab 28 Menutup Keburukan Orang Islam

Bab 29 Memenuhi Keperluan Orang Islam

Bab 30 Menyalurkan Bantuan

Bab 31 Mendamaikan Sesama Manusia

Bab 32 Kelebihan Orang Islam yang Lemah dan Miskin

Bab 33 Bersikap Lemah Lembut kepada Golongan yang Lemah

Bab 34 Berlemah Lembut dengan Wanita

Bab 35 Hak Suami

Bab 36 Perbelanjaan untuk Ahli Keluarga

Bab 37 Beri Hadiah yang Terbaik

Bab 38 Pastikan Orang Bawahan Mentaati Allah

Bab 39 Hak Jiran

Bab 40 Menghormati Orang Tua

Bab 41 Haram Menderhakai Ibu Bapa

Bab 42 Buat Baik dengan Rakan Bapa

Bab 43 Memuliakan Ahli Keluarga Nabi Muhammad

Bab 44 Memuliakan Ilmuan, Orang Tua, dan Orang Mulia

Bab 45 Menziarahi Orang Baik-baik

Bab 46 Berkasih kerana Allah

Bab 47 Cinta Allah

Bab 48 Tegahan Menyakiti Orang Baik

Bab 49 Menghukum Berdasarkan Bukti Zahir

Bab 50 Takut kepada Allah

Bab 51 Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 52 Keutamaan Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Bab 53 Antara Takut dan Harap

Bab 54 Kelebihan Menangis

Bab 55 Kelebihan Miskin

Bab 56 Kelebihan Lapar dan Hidup Sederhana

Bab 57 Berpuas Hati dengan Nikmat

Bab 58 Boleh Menerima Pemberian sekiranya Tidak Meminta-Minta

Bab 59 Galakan Bekerja Sendiri

Bab 60 Murah Hati dan Dermawan

Bab 61 Larangan Bersifat Bakhil

Bab 62 Mengutamakan Keperluan Orang Lain

Bab 63 Berlumba-Lumba Mencari Nikmat Syurga

Bab 64 Kelebihan Orang Kaya yang Bersyukur

Bab 65 Mengingati Mati

Bab 66 Doa Ziarah Kubur

Bab 67 Larangan Mengharap supaya Dimatikan Segera

Bab 68 Meninggalkan Perkara yang Diragui

Bab 69 Menjaga Maruah Diri

Bab 70 Kelebihan Bergaul dengan Masyarakat

Bab 71 Merendah Diri

Bab 72 Diharamkan Sifat Takbur

Bab 73 Baik Budi Pekerti

Bab 74 Tenang Selalu

Bab 75 Selalu Memaafkan

Bab 76 Menanggung Keperitan

Bab 77 Marah apabila Hukum Allah Dilanggar

Bab 78 Mengasihi Orang Bawahan

Bab 79 Pemimpin Adil

Bab 80 Wajib Mentaati Pemimpin

Bab 81 Larangan Meminta Jawatan

Bab 82 Mengingatkan Pemimpin supaya Memilih Kawan yang Baik

Bab 83 Dilarang Memberi Jawatan kepada Orang yang Memintanya

Bab 84 Pentingnya Bersifat Malu

Bab 85 Menjaga Rahsia

Bab 86 Menunaikan Janji

Bab 87 Memberi Komitmen kepada Amalan Baik

Bab 88 Tutur Kata Mulia

Bab 89 Galakan Bercakap dengan Jelas

Bab 90 Menjadi Pendengar yang Baik

Bab 91 Bersederhana ketika Memberi Nasihat

Bab 92 Bersikap Tenang

Bab 93 Digalakkan Melakukan Ibadah dengan Tenang

Bab 94 Memuliakan Tetamu

Bab 95 Mengucapkan Tahniah atas Kejayaan

Bab 96 Mendoakan Sahabat

Bab 97 Bermesyuarat

Bab 98 Meluaskan Keberkatan Tempat Melakukan Ibadah

Bab 99 Galakan Mendahulukan Anggota Sebelah Kanan

Bab 100 Membaca Bismillah dan Alhamdulillah

Bab 101 Jangan Mengkritik Makanan

Bab 102 Ucapan Orang Berpuasa apabila Diajak Makan

Bab 103 Ucapan Tetamu Undangan Majlis Makan

Bab 104 Adab Makan dan Nasihat untuk Orang yang Kurang Sopan Cara Makannya

Bab 105 Larangan Makan Dua Biji Kurma Sekaligus

Bab 106 Nasihat kepada Orang yang Makan tetapi Tidak Kenyang

Bab 107 Makan dari Tepi Pinggan

Bab 108 Tegahan Makan Sambil Bersandar

Bab 109 Makan dengan Tiga Jari

Bab 110 Makan Beramai-ramai

Bab 111 Etika ketika Minum

Bab 112 Makruh Minum dari Lubang Beg Kulit

Bab 113 Makruh Meniup Minuman

Bab 114 Boleh Minum Sambil Berdiri tetapi Lebih Baik Duduk

Bab 115 Orang yang Memberi Minum kepada Orang Lain Seeloknya Minum Akhir Sekali

Bab 116 Bekas Minuman

Bab 117 Galakan Memakai Pakaian Berwarna Putih

Bab 118 Galakan Memakai Jubah

Bab 119 Had Labuh Pakaian

Bab 120 Galakan Berpakaian Biasa

Bab 121 Galakan Berpakaian Cantik

Bas 122 Memakai Pakaian daripada Sutera

Bab 123 Memakai Pakaian daripada Sutera bagi Tujuan Rawatan

Bab 124 Larangan Duduk di atas Kulit Harimau

Bab 125 Doa Ketika Memakai Pakaian Baru

Bab 126 Sunah Mendahulukan Anggota Kanan ketika Memakai Pakaian

Bab 127 Etiket Tidur dan Baring

Bab 128 Dibenarkan Baring Telentang. Duduk Bersila, dan Duduk Sambil Memeluk Kedua-Dua Betis

Bab 129 Etiket Duduk dalam Majlis

Bab 130 Mimpi

Bab 131 Kelebihan Memberi Salam dan Perintah supaya Menyebarkan Salam

Bab 132 Cara Memberi Salam

Bab 133 Etiket Bersalam

Bab 134 Mengulang-ulang Salam

Bab 135 Galakan Memberi Salam apabila Memasuki Rumah Sendiri

Bab 136 Memberi Salam kepada Kanak-kanak

Bab 137 Salam Lelaki kepada Perempuan

Bab 138 Salam kepada Bukan Islam

Bab 139 Salam Sebelum Mengundurkan Diri

Bab 140 Etiket Meminta Izin

Bab 141 Etiket Memperkenalkan Identiti Diri

Bab 142 Doa untuk Orang Bersin

Bab 143 Etiket Meraikan Pertemuan dan Perpisahan

Bab 144 Menziarahi Orang Sakit

Bab 145 Doa untuk Orang Sakit

Bab 146 Galakan Bertanya Keadaan Pesakit

Bab 147 Bacaan untuk Orang yang Putus Harapan

Bab 148 Sunat Berpesan kepada Keluarga Orang yang akan Mati supaya Berbuat Baik kepadanya

Bab 149 Kebenaran Mengaduh Kesakitan

Bab 150 Mengajar Mengucap kepada Orang yang Hampir
Meninggal Dunia

Bab 151 Bacaan selepas Menutup Mata Jenazah

Bab 152 Berdoa untuk Jenazah

Bab 153 Dibenarkan Menangisi Jenazah

Bab 154 Tidak Membuka Aib Jenazah

Bab 155 Sembahyang Jenazah dan Mengiringi Jenazah

Bab 156 Galakan Meramaikan Sembahyang Jenazah

Bab 157 Bacaan dalam Sembahyang Jenazah

Bab 158 Menyegerakan Pengurusan Jenazah

Bab 159 Segera Membayar Hutang Si Mati

Bab 160 Nasihat di Tanah Perkuburan

Bab 161 Doa untuk Jenazah selepas Dikebumikan

Bab 162 Memberi Sedekah bagi Pihak Jenazah dan Berdoa untuknya

Bab 163 Pujian kepada Jenazah

Bab 164 Kelebihan Orang yang Kematian Anak Kecil

Bab 165 Galakan Menangis Semasa Lalu di Kawasan Perkuburan
Orang Zalim

Bab 166 Sunat Memulakan Perjalanan pada Pagi Khamis

Bab 167 Sunat Berjalan dalam Kumpulan

Bab 168 Etiket dalam Perjalanan

Bab 169 Membantu Kawan

Bab 170 Doa apabila Menaiki Kenderaan

Bab 171 Bacaan apabila Naik dan Turun Bukit

Bab 172 Berdoa dalam Perjalanan

Bab 173 Doa Sewaktu Takut

Bab 174 Doa apabila Menginap

Bab 175 Galakan Segera Pulang selepas Selesai Tugas

Bab 176 Galakan Pulang ke Rumah Waktu Siang

Bab 177 Doa Pulang daripada Perjalanan Jauh

Bab 178 Galakan Masuk Masjid

Bab 179 Perempuan Diharamkan Berjalan Jauh Seorang Diri

Bab 180 Kelebihan Membaca Al-Quran

Bab 181 Perintah Sentiasa Membaca Al-Quran

Bab 182 Galakan Membaca Al-Quran dengan Suara yang Merdu

Bab 183 Galakan Membaca Surah dan Ayat-ayat Tertentu

Bab 184 Galakan Berkumpul untuk Membaca Al-Quran

Bab 185 Kelebihan Berwuduk

Bab 186 Kelebihan Azan

Bab 187 Kelebihan Sembahyang

Bab 188 Kelebihan Sembahyang Subuh dan Asar

Bab 189 Kelebihan Berjalan Menuju ke Masjid

Bab 190 Kelebihan Menunggu Waktu Sembahyang

Bab 191 Kelebihan Sembahyang Berjemaah

Bab 192 Galakan Bersembahyang Subuh dan Isyak secara Berjemaah

Bab 193 Perintah Memelihara Sembahyang Wajib

Bab 194 Kelebihan Sembahyang di Barisan Pertama

Bab 195 Kepentingan Sembahyang Sunat Rawatib

Bab 196 Sembahyang Sunat Subuh

Bab 197 Sembahyang Sunat Subuh dengan Ringkas

Bab 198 Galakan Berbaring Selepas Menunaikan Sembahyang
Sunat Subuh

Bab 199 Sembahyang Sunat Zuhur

Bab 200 Sembahyang Sunat Asar

Bab 201 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Maghrib

Bab 202 Sembahyang Sunat Sebelum dan Selepas Isyak

Bab 203 Sembahyang Sunat Jumaat

Bab 204 Galakan Bersembahyang Sunat di Rumah

Bab 205 Galakan Sembahyang Witir

Bab 206 Kelebihan Sembahyang Duha

Bab 207 Waktu Terbaik bagi Sembahyang Sunat Duha

Bab 208 Sembahyang Masuk Masjid

Bab 209 Sembahyang Sunat Selepas Berwuduk

Bab 210 Kelebihan Hari Jumaat

Bab 211 Galakan Melakukan Sujud Syukur

Bab 212 Kelebihan Menghidupkan Malam dengan Beribadah

Bab 213 Galakan Sembahyang Sunat Tarawih pada Malam
Bulan Ramadan

Bab 214 Kepentingan Beribadah pada Malam Al-Qadar

Bab 215 Kelebihan Menggosok Gigi

Bab 216 Kewajipan Membayar Zakat

Bab 217 Berpuasa pada Bulan Ramadan

Bab 218 Amalan pada Bulan Ramadan

Bab 219 Larangan Berpuasa selepas Pertengahan Bulan Syaaban

Bab 220 Doa ketika Melihat Anak Bulan

Bab 221 Kelebihan Bersahur dan Melewatkan Masanya

Bab 222 Segera Berbuka Puasa

Bab 223 Perintah kepada Orang yang Berpuasa supaya Menjaga Lidah
dan Anggota Badan

Bab 224 Permasalahan Puasa

Bab 225 Kelebihan Berpuasa pada Bulan Muharam, Syaaban, Rejab,
Zulkaedah, dan Zulhijah

Bab 226 Kelebihan Berpuasa dan Beribadah pada Sepuluh Hari
Pertama Bulan Zulhijah

Bab 227 Kelebihan Berpuasa pada Hari Arafah, ‘Asyura, dan Tasu’a

Bab 228 Berpuasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal

Bab 229 Berpuasa Sunat pada Hari Isnin dan Khamis

Bab 230 Digalakkan Berpuasa Sunat Tiga Hari pada Setiap Bulan

Bab 231 Kelebihan Memberi Makan Orang yang Berpuasa

Bab 232 Kelebihan Iktikaf

Bab 233 Kewajipan dan Kelebihan Haji

Bab 234 Kelebihan Berjihad

Bab 235 Golongan yang Mati Syahid

Bab 236 Kemuliaan Membebaskan Orang Suruhan

Bab 237 Mulianya Melayan Orang Suruhan dengan Baik

Bab 238 Mulianya Orang Suruhan yang Menjalankan Tanggungjawab kepada Allah dan Tuannya

Bab 239 Kelebihan Melakukan Ibadah ketika Waktu Huru-Hara

Bab 240 Kemuliaan Bermurah Hati dalam Hal Berniaga dan Hutang Piutang

Bab 241 Kelebihan Ilmu

Bab 242 Kelebihan Memuji dan Bersyukur kepada Allah

Bab 243 Galakan Memberi Penghormatan kepada Nabi Muhammad

Bab 244 Kelebihan dan Galakan Berzikir

Bab 245 Berzikir kepada Allah dalam Setiap Keadaan

Bab 246 Doa Hendak Tidur dan Bangun daripada Tidur

Bab 247 Kelebihan Menghadiri Majlis Zikir

Bab 248 Zikir ketika Pagi dan Petang

Bab 249 Doa ketika Hendak Tidur

Bab 250 Kelebihan Berdoa

Bab 251 Kelebihan Berdoa untuk Orang Lain Tanpa Pengetahuannya

Bab 252 Doa untuk Keadaan Tertentu

Bab 253 Keramat Para Wali Allah

Bab 254 Larangan Mengumpat

Bab 255 Haram Mendengar Umpatan

Bab 256 Umpat yang Dibenarkan

Bab 257 Tegahan Menghasut

Bab 258 Larangan Membodek Pemimpin

Bab 259 Mencela Si Talam Dua Muka

Bab 260 Haram Menipu

Bab 261 Bohong yang Dibenarkan

Bab 262 Galakan Mengkaji Maklumat yang Diterima

Bab 263 Larangan Menjadi Saksi Palsu

Bab 264 Larangan Melaknat Manusia ataupun Haiwan

Bab 265 Dibenarkan Mengutuk Pelaku Maksiat

Bab 266 Larangan Mencaci Orang Islam

Bab 267 Larangan Mencaci Orang yang Sudah Mati

Bab 268 Tegahan Menyakiti Orang

Bab 269 Larangan Saling Membenci

Bab 270 Haram Hasad Dengki

Bab 271 Larangan Mencungkil Rahsia

Bab 272 Larangan Bersangka Buruk Sesama Orang Islam

Bab 273 Haram Menghina Orang Islam

Bab 274 Larangan Menunjukkan Rasa Puas Hati apabila Orang Islam Ditimpa Kesusahan

Bab 275 Haram Menghina Keturunan

Bab 276 Larangan Menipu

Bab 277 Haram Mungkir Janji

Bab 278 Larangan Mengungkit-Ungkit Pemberian

Bab 279 Larangan Bersikap Angkuh

Bab 280 Haram Tidak Bertegur Sapa

Bab 281 Larangan Berbisik

Bab 282 Larangan Menyeksa

Bab 283 Haram Membakar Haiwan

Bab 284 Haram Orang Kaya Melambatkan Membayar Hutang

Bab 285 Makruh Mengambil Semula Barang yang Diberi

Bab 286 Haram Makan Harta Anak Yatim

Bab 287 Beratnya Pengharaman Riba

Bab 288 Diharamkan Menunjuk-Nunjuk

Bab 289 Perkara yang Tidak Termasuk dalam Bab Menunjuk-Nunjuk

Bab 290 Haram Memandang Lelaki dan Perempuan

Bab 291 Haram Berdua-Duaan dengan Perempuan yang Boleh Dikahwini

Bab 292 Haram Lelaki Meniru Perempuan dan Sebaliknya

Bab 293 Larangan Meniru Syaitan dan Orang Bukan Islam

Bab 294 Larangan Mewarnakan Rambut dengan Warna Hitam

Bab 295 Larangan Mencukur Sebahagian Rambut Kepala

Bab 296 Haram Menyambung Rambut, Memakai Rambut Palsu, Bertatu, dan Merenggangkan Gigi

Bab 297 Larangan Mencabut Uban

Bab 298 Larangan Mencuci Najis selepas Buang Air dengan Tangan Kanan

Bab 299 Larangan Memakai Sebelah Sahaja Kasut

Bab 300 Larangan Membiarkan Api Menyala

Bab 301 Larangan Menyusahkan Diri dalam Hal yang Tidak Perlu

Bab 302 Haram Meratapi Mayat

Bab 303 Tegahan Berjumpa Bomoh dan Tukang Tilik

Bab 304 Larangan Percaya Sesuatu Perkara Boleh Membawa Sial

Bab 305 Haram Membuat Patung

Bab 306 Haram Membela Anjing

Bab 307 Makruh Menggantung Loceng pada Binatang

Bab 308 Makruh Menunggang Binatang yang Makan Najis

Bab 309 Larangan Meludah di Masjid

Bab 310 Makruh Bertengkar dan Bercakap Kuat di dalam Masjid

Bab 311 Larangan Makan Makanan Berbau semasa Hendak ke Masjid

Bab 312 Makruh Duduk Memeluk Paha ke Perut Semasa Imam sedang Berkhutbah Jumaat

Bab 313 Larangan Memotong Rambut ataupun Kuku

Bab 314 Larangan Bersumpah dengan Sesuatu Selain Allah

Bab 315 Berat Dosa Sumpah Bohong

Bab 316 Sunat Menebus Sumpah apabila Lebih Baik Dilakukan Begitu

Bab 317 Dimaafkan Sumpah yang Tidak Sengaja

Bab 318 Makruh Bersumpah dalam Urusniaga Walaupun Bercakap Benar

Bab 319 Meminta dengan Nama Allah

Bab 320 Larangan Memberi Gelaran ‘Raja Segala Raja’

Bab 321 Larangan Memanggil ‘Tuan’ kepada Orang Jahat

Bab 322 Makruh Mencaci Demam

Bab 323 Larangan Mencaci Angin

Bab 324 Makruh Mencaci Ayam

Bab 325 Larangan Percaya Hujan Turun Disebabkan oleh Bintang

Bab 326 Haram Memanggil Orang Islam, ‘Wahai Orang Kafir!’

Bab 327 Larangan Bermulut Celupar