Tentera amerika menyerang dan membunuh pengawal Osama yang menggunakan senjata mainan.
WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden (gambar) dapat mengelakkan  dirinya daripada mati ditembak oleh pasukan komando tentera Amerika  Syarikat (AS) yang menyerbu rumah tempat tinggalnya di bandar  Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu jika dia berada dalam keadaan bogel,  lapor sebuah akhbar semalam.
Pasukan komando tersebut telah diberi arahan supaya menembak mati Osama sekiranya dia ditemui dalam keadaan berpakaian.
Menurut sumber Kongres Amerika Syarikat (AS), pasukan komando telah  diarahkan supaya menganggap ketua Al-Qaeda itu memakai jaket bahan  letupan di badannya sekiranya dia berpakaian.
Osama dipercayai ditembak di dahi dan jantungnya semasa dia memakai baju tidur.
Operasi di Abbottabad itu dikritik selepas beberapa pihak menganggap ia  bertujuan untuk membunuh Osama dan dia tidak akan diberi peluang untuk  menyerah diri.
Beberapa pakar tentera dilaporkan berkata, bunyi bising ketibaan empat  buah helikopter yang digunakan dalam operasi tersebut akan mengejutkan  para penghuni rumah berkenaan dan memastikan bahawa pertempuran akan  berlaku.
Kedatangan tanpa senyap itu kata mereka, merupakan petunjuk bahawa  operasi tentera tersebut bertujuan untuk melakukan pembunuhan.
"Jika sesiapa dalam pasukan ini menganggap terdapat ancaman dalam apa  jua bentuk, kekerasan membunuh dibenarkan (pihak atasan)," kata seorang  pegawai komando Seal kepada akhbar LA Times berhubung operasi di  Abbottabad.
Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan ketua penasihat antikeganasan AS,  John Brennan yang sebelum ini menyatakan, pasukan komando berkenaan  telah diberi arahan supaya menangkap Osama hidup-hidup.
"Jika kami mempunyai peluang untuk menangkap Osama hidup-hidup dan jika  dia tidak mendatangkan ancaman kepada pasukan komando, mereka bersedia  menangkapnya," kata Brennan
Bagaimanapun pada Selasa lepas, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA),  Leon Panetta berkata, Osama membuat pergerakan yang mengancam  menyebabkannya dibunuh.
Pada masa yang sama, White House mengeluarkan kenyataan bahawa Osama  tidak bersenjata semasa dia ditembak di dahi dan dadanya. - Agensi

No comments:
Post a Comment