Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal, yogurt  adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi  pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi. Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt  mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan  riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat  besi, fosforus dan kalium.  Bakteria yang terkandung di dalam yogurt  berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam  susu).
Dan seterusnya …
Bakteria itu bertindak secara merangsang  sebahagian daripada sistem pelalian di dalam saluran usus dan  menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus,  menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup di  samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan  lancar.
Yogurt elok diambil pada tahap yang sejuk kerana bagi memastikan  kandungan bakteria atau kultur hidup aktif terjamin untuk memberikan  manfaat kesihatan tetbaik pada tubuh badan. Sebaiknya, pilihlah yogurt yang low-fat, diperbuat daripada skimmed milk dan kandungan gula yang rendah.
Kebaikan Yogurt Kepada Kesihatan
1. Mampu Meningkatkan Kadar Imun Badan
2. Membantu Dalam Proses Pencernaan
3. Mencegah Jangkitan Bakteria (Candida) Pada Alat Kelamin Wanita
4. Mambantu Menguatkan Tulang dan Mencegah Masalah Osteoporosis
5. Mampu Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
6. Mampu Mengurangkan Berat Badan

No comments:
Post a Comment