Tuesday, 30 October 2012

Doa Pembuka 12 Pintu



"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


~Amin~

Doa-Doa Magnet Rezeki

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.

DAPATKAN SEKARANG!!!

Friday, 26 October 2012

Percuma Ebook Asas Java Programming

Java adalah bahasa pengaturcaraan yang boleh dijalankan di pelbagai komputer termasuk telefon bimbit.

Sejarah Java. Java adalah bahasa pengaturcaraan yang disusun oleh James Gosling yang dibantu oleh rakan-rakannya Patrick Naugton, Chris Warth, Ed Frank, dan Mike Sheridan di suatu syarikat perisian yang bernama Sun Microsystem, pada tahun 1991. Bahasa pemrogramaman ini mula-mula diinisialisasi dengan nama "kod Oak", namun pada tahun 1995 diganti namanya menjadi "Java".

Alasan utama pembentukan bahasa Java adalah untuk membuat aplikasi-aplikasi yang boleh dijalankan pada pelbagai macam platform dari pelbagai peranti elektronik, seperti komputer, mobile phone, remote, dan sebagainya. Itulah mengapa dalam pengaturcaraan Java dikenal istilah "write once, run everywhere", yang bermaksud kod program hanya ditulis sekali, namun boleh dijalankan di bawah platform mana-mana, tanpa perlu melakukan perubahan kod program.

Java boleh membuat perisian yang dapat ditanamkan (embedded) pada pelbagai mesin dan peralatan konsumer, seperti handphone, microwave, remote control, dan lain-lain. Hal ini kemudian Java mempunyai konsep yang disebut write once run anywhere.

Untuk membina perisian menggunakan Java maka diperlukan Java Development Kit (JDK). JDK release pertama tahun 1996 iaitu JDK 1.1 yang diterima pakai oleh Netscape. JDK terbaru sekarang (September-tahun 2004, ketika modul ini ditulis) adalah JDK 1.4.2_3. Semua program dan dokumentasi dari JDK ini boleh di-dwonload secara percuma disitus www.sun.java.com.

Ingin jadi seorang programer? Berminat untuk belajar java? download ebook asas java yang berjudul "Java Programming for Kids,Parents and GrandParents"

Selamat mencuba untuk bakal-bakal programer Malaysia.





Thursday, 25 October 2012

5 Jutawan Adsense

Sebut sahaja Advertising Programs, semua akan terfikir adsense. Boleh ke kaya hanya melalui Adsense?
Jom kita lihat berapa income antara Publisher Adsense di seluruh dunia. 



1. Markus Frind - PlentyOfFish.com - $ 300,000 (RM 928,500.01) sebulan



Markus Frind dilahirkan pada 1979. Beliau menjadi kaya dengan laman web beliau di  Plentyoffish [dot] com. Dia adalah orang yang membuat laman web untuk perkhidmatan dating percuma dalam talian. Bermula  dari apartmennya sendiri, tidak lama selepas itu laman webnya menjadi salah satu Laman Web Dating Online terbesar.



2. Kevin Rose - Digg.com - $ 250,000 (RM 773,750.01) sebulan


Kevin Rose lahir pada 21 February 1977, bermula dengan membangunkan Digg pada Disember 2004, iaitu salah sebuah laman web sosial di mana kebanyakan ia adalah berita, video dan gambar yang disiarkan oleh pengguna supaya pengguna lain dapat membaca dan melihat.



3. Schoemaker Jeremy - $ 140,000 (RM 433,300.00) sebulan


Jeremy "ShoeMoney" Schoemaker, dilahirkan pada 31 May 31 1974. Beliau adalah seorang usahawan web, pengasas ShoeMoney Media. Blog ShoeMoney ini adalah blog affiliate yang terkenal tahun 2006 dan pada tahun 2007 beliau mendakwa bahawa blognya telah menjana $ 10.000 bulanan dengan penjualan iklan. Pada 1 Oktober 2008 beliau menerima cek dari Google berjumlah $ 132,994.97.



4. Jason Calacanis - Weblogs, Inc - $ 120,000 (RM 371,400.00) sebulan


Jason McCabe Calacanis dilahirkan pada 28 November 1970. Dia adalah Pencipta Weblogs, Weblogs adalah rangkaian blog dan beliau berfikir tentang perkara ini apabila dia dapat menjana pendapatan $ 4000 sehari dari Google Adsense.  Beliau menjual blognya kepada syarikat AOL dengan harga $ 25 Juta dan membuka syarikat Brian Alvey.



5. Tim Carter - AskTheBuilder.com - $ 30,000 (RM 92,850.00 Hanya) sebulan


Tim Carter adalah tukang paip dan tukang kayu profesional dengan rancangan radio sendiri. Dia mula membina laman web pada tahun 1995 dengan objektif utamanya untuk berkhidmat peminat. Pada April 2004 Carter mula belajar adsense dan meletakkan ia di laman web ini, dengan pengoptimuman sedikit laman web beliau dia boleh meningkatkan pendapatan dari $ 1,500 hingga $ 7,500.


p/s: Jutawan nuffnang sape pula yerr?


Saturday, 13 October 2012

Cara scan website scammer


Apabila sebut sahaja skim cepat kaya, semua orang akan teringat akan Skim Pak Man Telo yang paling terkenal di Malaysia pada ketika dulu. Skim Pak Man Telo yang membabitkan 50,000 pelabur dengan dana sebanyak RM99 Juta dan akhirnya lebur!

Begitu juga dengan Swiss Cash yang merupakan pelaburan antara bangsa, juga akhirnya lebur!

Kedua-dua skim tersebut adalah scam.

Scam di dalam kamus oxford bermaksud “dishonest plan to making money”, atau dalam bahasa melayunya, suatu rancangan yang tidak jujur di dalam membuat duit. Kebiasaannya pada peringkat awal, mereka akan membayar wang pada ahli. Tetapi setelah mendapat keuntungan yang banyak, mereka akan cabut lari.. office ditutup, pengurus entah kemana, dan website pun dah hilang.

Parah..! parah !... kalau modal RM10 ok la pejam mata, tapi kalau RM10,000? siang malam tidur tak lena..

ok pendekkan cite, sebenarnya saya nak kongsi bagaimana kita nak kesan sesuatu skim itu adalah scam atau tidak dengan melalui semakan atau research di internet. Saya ada 3 langkah atau prosedur untuk check tentang sesebuah syarikat yang menjalakan bisnes online. Hasil yang kita perolehi adalah sebagai panduan sejauh mana untuk kita sertai.


Cara scan website scammer

1.
Melalui godaddy.com
godaddy.com adalah sebuah laman yang kita boleh gunakan untuk mengetahui detail mengenai sesebuah domain, secara percuma.



Segala butiran laman web seperti tarikh website di create, tarikh luput web, siapa admin, alamat syarikat dan sebagainya akan tertera.

Kebiasaannya saya akan search pula admin atau syarikat di internet, adakah ia pernah dilabel sebagai scammer sebelum ini atau dalam mana-mana bisnes yang lain.Ini kerana kebiasaannya, setelah scammer cabut lari, dia akan membuka suatu program yang lain pula.

Lebih pelik lagi, ada juga sesuatu pelaburan tidak mempunyai syarikat, hanya ada website sahaja... ini lagi parah!


Ke-2
hypestat.com dan whois.domaintools.com adalah sebuah laman web yang membolehkan kita untuk mengetahui pelawat dari seluruh negara secara percuma. Jika domain dikatakan berdaftar di usa tetapi pelawatnya hanya malaysia dan indonesia itu adalah sangat besar risikonya.


Ke-3
scamadviser.com berfungsi untuk adalah sebuah laman web yang membolehkan kita untuk mengetahui peratusan kebolehpercayaan terhadap sesebuah website.

berikut adalah contoh yang saya scan laman web churpchurp.com


Domain name: churpchurp.com
Domain Age: 3 Years, 103 Days
Expires on: 03-Jul-20
Owner: Nuffnang Pte Ltd
Address: Cheo Ming Shen 38 Kinta Rd #02-04 SG, Singapore 219107

Kesimpulan: Ternyata nuffnang dan chrupchurp adalah sebuah laman web yang selamat dan boleh dipercayai.. so ape lagi? jom la daftar churpchurp.com.. 1 klik dibawar RM0.20/RM0.40 
:)

Sebenarnya ada banyak lagi laman-laman web yang boleh kita gunakan untuk melihat butiran-butiran sesuatu website, antaranya ;
    www.networksolutions.com/whois/
    www.betterwhois.com/
    www.allwhois.com/
    www.whois.sc/
    www.whois.net/
    www.internic.net/whois.html
    www.easywhois.com/
    www.who.is/
    www.whois-search.com/
    www.iwebtool.com/whois

Ada lagi ke yang saya tertinggal? kita boleh kongsikan bersama disini... 





Friday, 28 September 2012

Teks dan Video Pembentangan Bajet 2013


Pembentangan Bajet 2013

Pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan Malaysia
Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Parlimen Malaysia

Klik









Wednesday, 26 September 2012

Aplikasi Untuk Pecinta Ilmu Angkasawan

NASA telah melancarkan aplikasi untuk pengguna Android bagi memperolehi maklumat tentang misi NASA, dan berkongsi semua itu di facebook secara langsung. Ia memaparkan imej dari NASA , gambar Astronomi, Video NASA dan koleksi imej dari NASAImages.org. Gadgets percuma dari Apple ini mendapat sambutan dari pecinta angkasawan yang menggunakan Andriod.



Video Tutorial


Compatible with iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, iPhone 5, iPod touch (3rd generation), iPod touch (4th generation), iPod touch (5th generation) and iPad. Requires iOS 5.0 or later.


Kredit to: 10 aplikasi iphone untuk pelajar



Monday, 24 September 2012

10 Laman Web Software Popular 2012

Sesuatu software agak susah kalau dicari melalui google, tapi lebih mudah jika kita terus cari di website yang menyediakan platform perisian untuk di download percuma. Nah! TopTen reviews website yang menyediakan pelbagai software untuk dimuat turun.

1. cnet


Laman download.cnet adalah pangkalan data gergasi yang mengandungi perisian untuk semua platform seperti Windows, Mac, dan Linux. Laman download.cnet juga merupakan salah satu daripada laman tertua yang dibangunkan kira-kira 14 tahun yang lalu.
http://download.cnet.com/windows/


2. softpedia



Laman web Romania ini menyediakan perisian untuk download percuma . Ia juga mengandungi pelbagai maklumat termasuk teknologi utama, sains, kesihatan, dan berita hiburan. Kategori Perisian disusun mengikut kriteria seperti tarikh kemas kini terakhir, bilangan muat turun, atau penarafan
http://www.softpedia.com/


3. FileHippo


Ini adalah salah satu laman muat turun freeware yang popular. Dalam laman FileHippo juga mengandungi  satu program kecil yang dinamakan sebagai FileHippo Update Checker yang mengimbas komputer anda untuk perisian yang dipasang dari tapak FileHippo. Anda sentiasa akan dihidangkan dengan perisian komputer yang terkini.
www.filehippo.com


4. ZDNet


Laman web ini adalah perpustakaan terbesar untuk muat turun pelbagai perisian. Direktori Perisian ZDNet adalah sumber terbaik untuk perisian teknikal, meliputi perisian untuk Windows, Mac, dan sistem Mobile. Di sini anda akan menemui senarai muat turun Freeware dan Shareware.
downloads.zdnet.com


5. Tucows 


Ia adalah direktori laman web popular yang menyediakan pakej perisian shareware, freeware, dan demo tersedia untuk dimuat turun. Tucows menawarkan perisian untuk platform komputer yang utama seperti Windows, Linux dan Macintosh. Selain daripada itu, laman web ini meliputi Apps dan Perkhidmatan berasaskan web.
www.tucows.com


6. snapfiles



Laman web download veteran ini telah ditubuhkan pada tahun 1997. Sebelum ini ia dikenali sebagai WebAttack. Laman ini mengandungi koleksi perisian yang terbesar. Di sini anda akan menemui pelbagai software dan shareware untuk didownload secara percuma.
www.snapfiles.com



7. Freewarefiles 


Freewarefiles adalah satu laman web khusus termasuk beberapa program Open Source. Pangkalan data pek lebih 16000 program perisian yang anda boleh memuat turun secara percuma. Laman web ini mempunyai agak mudah untuk dilayari dan program juga disusun mengikut kategori masing-masing seperti AntiVirus, Drivers, Games, Graphics, Programming, Screensavers, Security, Utilities dan sebagainya.
www.freewarefiles.com


8. Majorgeeks 

Majorgeeks adalah satu laman web yang membolehkan anda mendapatkan yang terbaik daripada komputer anda terutamanya dengan menawarkan alat untuk pengguna pemula atau lanjutan. Laman web ini ditubuhkan pada tahun 1997 di nama TweakFiles. Selain dari menyediakan perisian untuk didownload, ia juga menyediakan ruangan forum yang melibatkan komuniti pengguna yang cemerlang yang membantu pengguna baru dengan isu-isu komputer serta menyimpan tab mengenai penyelewengan dalam perisian.
www.majorgeeks.com


9. softonic


Ia adalah perisian muat turun terkemuka di Eropah laman web yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ia mempunyai lebih 105,000 freeware, shareware, dan tajuk perisian versi percubaan dan ini boleh didapati dengan ulasan yang ditulis dalam bahasa Sepanyol, Jerman, Inggeris, Perancis, Itali, Portugis, Cina dan Poland.
en.softonic.com



10. soft32


Sejak tahun 2003, laman web ini mempunyai banyak perisian freeware dan ulasan untuk Windows, Mac, dan Linux bersama-sama dengan Mobile / PDA seperti iPhone, iPad dan Android. Ia mempunyai repositori lebih 87587 program dan terdapat satu seksyen khas dari mana anda boleh memuat turun aplikasi bawah.
www.soft32.com

selamat belayar n download...