Apabila sebut sahaja skim cepat kaya, semua orang akan teringat akan Skim Pak Man Telo yang paling terkenal di Malaysia pada ketika dulu. Skim Pak Man Telo yang membabitkan 50,000 pelabur dengan dana sebanyak RM99 Juta dan akhirnya lebur!
Begitu juga dengan Swiss Cash yang merupakan pelaburan antara bangsa, juga akhirnya lebur!
Kedua-dua skim tersebut adalah scam.
Scam di dalam kamus oxford bermaksud “dishonest plan to making money”, atau dalam bahasa melayunya, suatu rancangan yang tidak jujur di dalam membuat duit. Kebiasaannya pada peringkat awal, mereka akan membayar wang pada ahli. Tetapi setelah mendapat keuntungan yang banyak, mereka akan cabut lari.. office ditutup, pengurus entah kemana, dan website pun dah hilang.
Parah..! parah !... kalau modal RM10 ok la pejam mata, tapi kalau RM10,000? siang malam tidur tak lena..
ok pendekkan cite, sebenarnya saya nak kongsi bagaimana kita nak kesan sesuatu skim itu adalah scam atau tidak dengan melalui semakan atau research di internet. Saya ada 3 langkah atau prosedur untuk check tentang sesebuah syarikat yang menjalakan bisnes online. Hasil yang kita perolehi adalah sebagai panduan sejauh mana untuk kita sertai.
Cara scan website scammer
1.
Melalui godaddy.com
godaddy.com adalah sebuah laman yang kita boleh gunakan untuk mengetahui detail mengenai sesebuah domain, secara percuma.
Segala butiran laman web seperti tarikh website di create, tarikh luput web, siapa admin, alamat syarikat dan sebagainya akan tertera.
Kebiasaannya saya akan search pula admin atau syarikat di internet, adakah ia pernah dilabel sebagai scammer sebelum ini atau dalam mana-mana bisnes yang lain.Ini kerana kebiasaannya, setelah scammer cabut lari, dia akan membuka suatu program yang lain pula.
Lebih pelik lagi, ada juga sesuatu pelaburan tidak mempunyai syarikat, hanya ada website sahaja... ini lagi parah!
Ke-2
Melalui hypestat.com dan whois.domaintools.com
hypestat.com dan whois.domaintools.com adalah sebuah laman web yang membolehkan kita untuk mengetahui pelawat dari seluruh negara secara percuma. Jika domain dikatakan berdaftar di usa tetapi pelawatnya hanya malaysia dan indonesia itu adalah sangat besar risikonya.
Ke-3
Melalui scamadviser.com
scamadviser.com berfungsi untuk adalah sebuah laman web yang membolehkan kita untuk mengetahui peratusan kebolehpercayaan terhadap sesebuah website.
berikut adalah contoh yang saya scan laman web churpchurp.com
Domain name: churpchurp.com
Domain Age: 3 Years, 103 Days
Domain Age: 3 Years, 103 Days
Expires on: 03-Jul-20
Owner: Nuffnang Pte Ltd
Address: Cheo Ming Shen 38 Kinta Rd #02-04 SG, Singapore 219107
Owner: Nuffnang Pte Ltd
Address: Cheo Ming Shen 38 Kinta Rd #02-04 SG, Singapore 219107
Kesimpulan: Ternyata nuffnang dan chrupchurp adalah sebuah laman web yang selamat dan boleh dipercayai.. so ape lagi? jom la daftar churpchurp.com.. 1 klik dibawar RM0.20/RM0.40
:)
Sebenarnya ada banyak lagi laman-laman web yang boleh kita gunakan untuk melihat butiran-butiran sesuatu website, antaranya ;
www.networksolutions.com/whois/
www.betterwhois.com/www.allwhois.com/
www.whois.sc/
www.whois.net/
www.internic.net/whois.html
www.easywhois.com/
www.who.is/
www.whois-search.com/
www.iwebtool.com/whois
Ada lagi ke yang saya tertinggal? kita boleh kongsikan bersama disini...
No comments:
Post a Comment