Showing posts with label Free Software. Show all posts
Showing posts with label Free Software. Show all posts

Monday, 12 December 2016

Buat Duit Dengan Bigo Live


Di abad 21 ini media sosial berkembang dengan pesat sekali seperti facebook, twitter, wechat, whatsapp dan sebagainya. Kegemaran orang berinteraksi satu sama lain di dunia maya memunculkan kreativiti baru daripada para pemaju aplikasi. Jika dahulu media sosial berasaskan imej, teks atau mesej ringkas, kini banyak muncul juga media sosial berasaskan video streaming dan salah satunya yang sedang popular kini adalah Bigo Live.

Bigo Live merupakan fenomena media sosial baru. Pemaju aplikasi ini bernama Bigo Technology Pte Ltd yang berpusat di Singapura. Live video streaming social network ini baru dikeluarkan pada Mac 2016. Aplikasi ini boleh didapati di Play Store android dan apple secara percuma.

Dalam sekejap, aplikasi ini mampu mengalahkan aplikasi yang sudah lebih dulu popular seperti Snapchat, Camfrog, Cliponyu dan Nonolive. Yang menjadikan Bigo Live lebih diminati adalah kemampuan video streaming yang lebih cepat dan kualiti gambar yang lebih baik.


Apa yang boleh dilakukan di Bigo Live?

Bigo Live membolehkan setiap orang berinteraksi dengan video streaming secara live. Setiap orang boleh mempunyai dua peranan di aplikasi ini, iaitu sebagai broadcaster dan sebagai viewer.

Untuk menjadi seorang broadcaster, anda hanya perlu mengaktifkan ciri kamera di Bigo Live. Tentu saja, syarat utamanya telefon bimbit yang anda gunakan harus mempunyai kamera depan yang mencukupi. Sedangkan majoriti user adalah viewer yang mengikuti siaran langsung para broadcaster.

Sebagai seorang broadcaster, anda boleh menyaksikan dunia kehidupan anda pada orang ramai dengan melakukan banyak hal seperti menyanyi, bermain gitar, menayang movie, menari, memasak, berkongsi tutorial make up atau fesyen.

Sememangnya setiap teknologi akan memberi kesan baik dan buruk pada pengguna. Begitu juga dengan media sosial seperti Bigo Live. Bigo Live mampu memberikan kesan positif yang nyata bagi para penggunanya. Sebaliknya, ia juga mampu memberi kesan negatif jika seseorang salah dalam memanfaatkan aplikasi video streaming Bigo Live.

Beberapa broadcaster kerap menunjukkan aksi yang berbau lucah. Kebanyakan broadcaster adalah wanita. terdapat di beberapa negara mereka menggunakan Bigo Live untuk menjual diri.

Hal tersebut sebenarnya disokong juga oleh para viewer yang kerap meminta broadcaster melakukan tindakan-tindakan tertentu secara live. Gunalah bigo untuk perkara yang berfaedah.


Bagaimana untuk menjana wang dari Bigo Live

Semua orang boleh menjadi broadcaster di Bigo Live. Tapi ada yang namanya broadcaster rasmi atau official broadcaster / official host. Mereka adalah broadcaster yang rutin melakukan siaran di Bigo Live.

Tentu saja, sebagai penyiar rasmi mereka dibayar untuk setiap siaran yang dilakukan, sama dengan pekerjaan formal lain. Berapa gaji yang diterima official broadcaster? Khabarnya cukup besar, tetapi saya tidak begitu pasti.

Untuk mendapat gaji dari Bigo Live, tidak semua orang boleh menjadi official broadcaster. Mereka yang berminat, perlu mengikuti seleksi terlebih dahulu. Beberapa syarat untuk menjadi broadcaster di antaranya Lelaki atau lelaki berusia 16 - 30 tahun, mempunyai penampilan fizikal yang menarik, menyeronokkan dan komunikatif.

Selain itu broadcaster juga boleh meraih pendapatan dari live broadcasting yang dia lakukan. Pendapatan itu boleh diperoleh dari gift berupa beans atau diamond yang diberikan oleh para viewer sebagai bentuk penghargaan.

Jadi setiap melakukan siaran, viewer biasanya akan memberikan virtual gift kepada broadcaster. Gift tersebut berupa diamond atau beans. Nilai tiga diamond bersamaan dengan 10 beans.

Gift tersebut diperoleh tidak secara percuma tapi dibeli dari Bigo Live. User Bigo Live boleh membeli diamond dengan menggunakan Google Wallet. 

Berikut adalah harga diamond bigo live;

60 Diamond = $0.99
424 Diamond = $6.99
1212 Diamond = $19.99
5454 Diamond = $89.99

Broadcaster yang mendapat gift dari viewer dapat mengumpulkan ribuan beans setiap kali siaran selama satu hingga dua jam. Broadcaster boleh menukarkan gift tersebut menjadi wang. Semakin banyak beans yang dimiliki, maka semakin besar pula wang yang boleh diperolehi.


User Bigo Live akan memberikan berbagai macam virtual gift seperti cincin, bunga, motosikal hingga supercar. Harga masing-masing gift tersebut berbeza-beza misalnya bunga bernilai 1 diamond dan cincin bernilai 10 diamond. Sedangkan gift paling mahal adalah supercar bernilai 3,000 diamond. Jadi jika ada broadcaster yang mendapat supercar, pendapatannya akan cepat melonjak.

Virtual gift yang diberikan kepada broadcaster akan ditukar menjadi beans. Kemudian beans tersebut boleh ditukar menjadi wang dengan rate 210 beans bersamaan US $ 1 (satu dollar). Untuk dapat menukarkan beans menjadi wang, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya 6700 beans yang boleh ditukarkan menjadi US $ 32.

Berapa pendapatan terbesar yang boleh diperolehi oleh seorang broadcaster? Jawapannya tidak terhingga. Contoh sahaja, seorang streamer di Thailand dapat memperoleh 890000 beans hanya dengan duduk manis di hadapan kamera depan telefon bimbitnya melalui Bigo Live. Bagi pengguna Malaysia gunalah bigo untuk perkara yang berfaedah.

Semoga artikel ini bermafaat.

Sunday, 3 January 2016

Aplikasi Jejak Pencuri Telefon Anda


Bagi pengguna telefon android anda tidak perlu bimbang jika telefon kesayangan anda dicuri kerana kini anda boleh menjejak pencuri dengan memasang aplikasi Thief Tracker pada telefon anda . Terdapat beberapa aplikasi yang boleh mengesan pencuri telefon anda, antaranya adalah;

Lockwatch - Thief Catcher
Leaf Security (Thief Tracker)
Anti Theft
Thief Tracker - Video
Phone Tracker Pro

Apabila pencuri tersalah masukkan password maklumat penggunaan akan dihantar kepada nombor telefon kedua anda (no alternatif) dalam bentuk SMS.

Maklumat yang dihantar kepada anda adalah seperti Model Telefon, Nama Operator (Celcom, maxis, digi, dll) , SMS yang dihantar, rekod panggilan yang dibuat dan Link lokasi telefon di Google Map.

Selain itu, gambar selfie akan diambil dan disimpan dalam folder Snapshots. Jadi anda perlu setup aplikasi Dropbox untuk membolehkan gambar selfie di sync dan diakses menerusi laman web Dropbox.

Tindakan yang perlu ada lakukan adalah dapatkan butiran peribadi pencuri di Center Operator talian mereka dan buat laporan polis sebagai bukti.


Monday, 14 September 2015

Semakan Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Di Malaysia

Semakan Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Di Malaysia

Kenal pasti kawasan Jerebu di Malaysia dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia.


Untuk lihat semakan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh kawasan Malaysia layari laman;

http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

Paparan apims.doe.gov.my adalah seperti dibawah.



http://apims.doe.gov.my/v2/index.php

Paparan adalah seperti dibawah.



http://aqicn.org/city/all/#Malaysia

Paparan adalah seperti dibawah.

http://aqicn.org/city/kuala-lumpur/


Bagi pengguna Andriod boleh dapatkan aplikasi Indeks Pencemaran Udara Malaysia  / Malaysia Air Pollution Index, iaitu;

MyIPU
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.doe.myipu.app
Dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.





MY Haze - Malaysia Air Pollutant Index
https://play.google.com/store/apps/details?id=air.Haze
Dibangunkan oleh Ezymobile



API MY
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fenapps.android.myapi1
Dibangunkan oleh FENAPPS




Doa Ketika Jerebu


Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.
Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya



Friday, 11 September 2015

Aplikasi Mengembalikan File Yang Terdelete

Recover My Files - Mengembalikan file yang hilang
Recover My Files adalah program untuk mendapatkan semula fail yang hilang. Recover My Files membolehkan untuk memulihkan fail yang dikosongkan dari dalam bakul Recycle Bin, hilang akibat memandu format, dipadam oleh virus atau hilang disebabkan oleh kegagalan dalam sistem.



Program ini berfungsi dengan 300 jenis fail yang boleh dipadam semula e-mel, foto, muzik, video, dokumen dan arkib. Program ini tidak terlalu cepat untuk anda untuk mendapatkan peratusan yang tinggi fail semula.

Recover My Files mempunyai antara muka intuitif dan mudah untuk digunakan. Antara ciri-ciri utama Recover My Files:


  • Mendapatkan kembali fail dipadam dari dalam Recycle Bin
  • Mendapatkan kembali fail yang hilang kerana format cakera
  • Mendapatkan kembali fail dipadam oleh virus
  • Antara muka yang mudah dan intuitif
  • Supports NTFS, FAT(12/16/32), exFAT, HFS, HFS+
  • Recover fail daripada cakera keras, kad kamera, USB, Zip, cakera liut, iPod, peranti Android, dan media lain.


ATAU 



Tuesday, 23 June 2015

10 Aplikasi Ramadan


Alhamdulilah kita diberi peluang oleh Allah SWT sekali lagi untuk menempuh bulan penuh berkat, Ramadan dengan berpuasa selama sebulan dan ibadah lain. Daripada tidur seharian biarlah kali ini bulan ramadan dipenuhi dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah. Bersama ini 10 aplikasi Google Play yang boleh diguna sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.

Ramadan Legacy App


Ramadan Legacy adalah alam Pertama app sepenuhnya berciri untuk Ramadan.
Sertai 1,000,000 terhadap umat Islam dari seluruh dunia yang berpuasa, berdoa dan menyembah Allah pada bulan Ramadhan. Ramadan Legacy membolehkan anda untuk menetapkan dan mencapai aspirasi Ramadan anda, menyediakan revolusi 30 hari perancang Ramadan interaktif, perpustakaan pengetahuan yang memaparkan tips dan panduan mengenai topik-topik Ramadan dan aliran sosial hidup untuk berkongsi pengalaman Ramadan anda dengan orang lain di seluruh dunia.
Ramadan Legacy menangkap semua aktiviti Ramadan anda dan detik-detik sepanjang masa dan mewujudkan peribadi Ramadan Legacy garis masa anda sendiri.

Tahun demi tahun, kita katakan kepada diri sendiri "Ramadhan ini, saya akan menamatkan al-Quran, menyimpan semua puasa saya, terus menjejaki waktu solat, meningkatkan pengetahuan saya dan kami merasakan bahawa harapan dan cita-cita untuk menjadi seseorang yang lebih baik, untuk selebihnya tahun ini. Ramadan Legacy membenarkan anda untuk mencari dan ingat kerohanian dan deen anda.

Aplikasi ini menggabungkan teknologi pintar dan reka bentuk mesra pengguna indah dengan kerohanian dan pembelajaran, semua untuk membantu anda meningkatkan ibadah anda untuk membuat Ramadan mudah dan menyeronokkan.
Direka untuk individu dari semua peringkat umur dan latar belakang di seluruh dunia untuk mengalami Ramadan yang bermakna.

Panduan Solat Tarawih App


Aplikasi Panduan Solat Tarawih adalah bertujuan untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


SolQib App


SolQib aplikasi yang membolehkan anda me­ngetahui waktu sahur dan berbuka menerusi iPhone anda. Aplikasi SolQib dbina khusus untuk mempermudahkan urusan bersolat, mengetahui arah kiblat dan masa solat.  SolQib tidak memerlukan capaian data 3G untuk berfungsi yang bermakna jika anda dalam perjalanan jauh, hanya perlu melancarkan aplikasi terbabit bagi mengetahui waktu solat dan arah kiblat. Ia boleh digunakan di mana saja di dunia ini dan sudah pasti aplikasi berguna ketika Ramadan yang bermula esok.


Al-Quran terjemahan bahasa Melayu


Aplikasi Android ini sudah pasti memberi kelebihan kepada pengguna yang mahu bertadarus iaitu aktiviti yang sangat digalakkan pada Ramadan. Lebih menarik, ia disediakan dengan terjemahan bahasa Melayu dengan kemudahan ciri ‘Prayer Reminders’ untuk pemberitahuan waktu solat tempatan anda. Hanya leretkan dari kiri ke kanan untuk pergi ke surah sebelumnya atau dari kanan ke kiri untuk pergi ke surah berikutnya selain reka bentuk baru jenis ActionBar dan berupaya untuk menyalin ayat terbabit ke clipboard. Bagi mencarinya pula, terdapat ikon carian berdasarkan juz atau surah manakala satu klik yang lama membolehkan surah terbabit ditandakan penanda buku, berkongsi di media sosial, aplikasi mesej atau melampirkan nota. Malah aplikasi sama turut menyediakan fungsi audio yang dialunkan Abdullah Basfar dalam setiap surah.


Panduan Ibadah Puasa Ramadhan


Aplikasi Panduan Puasa Ramadhan terdiri daripada konsep al-Quran dan sunah merangkumi beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum masuk Ramadan, antaranya niat puasa, waktu pelaksanaan puasa, sahur dan perkara yang wajib ditinggalkan orang berpuasa. Selain itu terdapat peringatan hal makruh bagi orang berpuasa, pembatal puasa, berbuka puasa, orang yang mendapatkan keri­nganan untuk tidak berpuasa dan kaedah meng­gantikan puasa. Sumber rujukan lain yang disalurkan dalam aplikasi ini termasuk ketentuan membayar fidyah, membayar kafarah dan beberapa kesalahan dalam pelaksanaan puasa Ramadan.


Resala Ramadan


Aplikasi ini merangkumi ilmu paling asas untuk menjalankan ibadat puasa pada Ramadan.
Tajuk aplikasi diterjemahkan kepada ‘Perkhabaran Ramadan’ dan ia dicipta untuk menyerlahkan kebaikan Ramadan sebagai topik utama, soal halal dan haram serta beberapa peraturan mengenai puasa yang tidak boleh dilepaskan. Selain itu, aplikasi sama menyediakan huraian bagaimana Rasulullah bersahur dan berbuka puasa. Menariknya, aplikasi ini disokong dengan hujah daripada sumber yang boleh dipercayai termasuk hadis dan buku tersohor. Ia boleh didapati dalam bahasa Inggeris, Arab dan Indonesia.


Ramadan Diet


Berkemungkinan besar, ia aplikasi paling penting tahun ini apabila Ramadan Diet membantu anda terutama di Malaysia mengikuti program diet pada Ramadan ketika berpuasa.  Program diet bertujuan untuk membantu anda menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan anda sepanjang Ramadan. Aplikasi ini juga mengandungi satu set latihan dan cadangan untuk mendapatkan badan yang patut dan baik.  Ia mempunyai pusat pemberitahuan yang tidak akan membenarkan anda untuk lupa makan atau masa latihan.


Ramadan Fitness


Aplikasi ini dibangunkan oleh pakar-pakar kesihatan dan pelatih peribadi. Senaman dan diet untuk membentuk badan anda dan mendapatkan patut di bulan Ramadan.

Pengguna akan melakukan satu set 12 latihan berasaskan masa. Aplikasi ini akan menguruskan masa melalui pemasa khas dan suara melalui mesej. Kesukaran senaman harian anda meningkat dengan masa. Lebih banyak anda bersenam, lebih sukar senaman harian anda akan mendapat. Terdapat 3 tahap latihan Kecergasan Ramadan :
- Permulaan
- Pertengahan
- Advanced

Aplikasi ini juga akan menghantar kecergasan dan tips kesihatan dalam bulan Ramadhan. Di samping itu, app akan mengingatkan anda untuk bersenam. Pengguna boleh melihat prestasi harian mereka melalui kalendar disesuaikan dalam aplikasi.
Antaran senarai latihan:
-Lunges
-High Knees Running in Place
-Plank
-Triceps Dips on Chiar
-Squats
-Step-ups onto Chair
-Crunches
-Push Ups
-Wall Sit
-Jumping Jacks
-Right Side Plank
-Left Side Plank


Menu Buka Puasa



Aplikasi Himpunan Resepi menu berbuka puasa yang boleh menjadi salah satu rujukan anda dalam membuat atau menghidangkan menu untuk berbuka.
Antara resepi menu buka puasa yang terdapat dalam aplikasi tersebut adalah:

  • Menu ayam
  • Menu daging
  • Menu sayur
  • Menu tahu / tempe
  • Menu telur
  • Dan aneka resep minuman segar



Slurp App


Mahu mencari restoran untuk berbuka? Mungkin anda boleh mencuba aplikasi Slurp yang mencari lokasi restoran berdekatan dan memesan makanan terlebih dulu. Malah, ketika anda duduk di meja, hanya halakan kamera ke kod QR sebelum menu anda akan disediakan sejurus kemudian.

Ia dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan menghasilkan sistem ‘point of sale’ (POS) moden berasaskan perkomputeran ‘cloud’ sepenuhnya dinamakan Slurp. Aplikasi terbabit juga membolehkan pelanggan melihat restoran berdaftar dengan Slurp yang berada di sekitar mereka.
Konsep baru ini juga tidak memerlukan pelayan yang ramai untuk mengambil pesanan dan pekerja restoran atau kafe boleh menumpukan usaha menyediakan makanan.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa....


Klik Like, Moga mendapat pahala atas perkogsian Ilmu

Saturday, 20 June 2015

Aplikasi WhatsApp tidak selamat

WhatsApp berada di kedudukan paling teruk bagi aplikasi atau perisian yang melindungi data pengguna daripada diintip kerajaan

LONDON 19 Jun – Sebuah pertubuhan yang menjalankan kajian berhubung pengintipan Internet mendedahkan, aplikasi perkhidmatan mesej, WhatsApp berada di kedudukan paling teruk bagi aplikasi atau perisian yang melindungi data pengguna daripada diintip kerajaan.

Selain WhatsApp, kumpulan itu turut mengajak orang ramai menjauhkan diri daripada menggunakan enjin carian Google dan perisian Microsoft, sebaliknya memilih untuk menggunakan peranti Apple dan aplikasi Dropbox.

Hampir setiap ciri WhatsApp dikritik oleh Yayasan Sempadan Elektronik dalam laporannya bertajuk Who Has Your Back? dengan menyenaraikan aplikasi itu sebaris dengan syarikat teknologi AT&T.

Meskipun WhatsApp dimiliki Facebook, aplikasi itu dinilaikan berbeza daripada laman sosial tersebut kerana WhatsApp berkeupayaan memberikan maklumat kepada kerajaan sekiranya diperlukan.

Ini merupakan kali pertama WhatsApp tersenarai dalam laporan yayasan itu, lapor portal independent.co.uk.

“Walaupun Yayasan Sempadan Elektronik memberi syarikat itu tempoh setahun sebagai persediaan untuk dimasukkan dalam laporannya, mereka tidak mengguna pakai amalan terbaik yang kami kenal pasti sebagai sebahagian daripada laporan terbabit,’’ kata yayasan tersebut dalam satu kenyataan.

Apple merupakan satu-satunya daripada beberapa syarikat yang mendapat kelulusan tentang semua lima kriteria yang ditetapkan yayasan terbabit diikuti Dropbox, Adobe, Wikimedia, WordPress, dan Yahoo yang mendapat markah penuh dari yayasan tersebut.

Laporan itu meletakkan lima kriteria kepada syarikat teknologi iaitu sama ada mereka mengikut amalan terbaik untuk keselamatan data, memberitahu pengguna apabila kerajaan memerlukan data, terbuka tentang dasar tentang pengekalan data, mendedahkan apabila kerajaan meminta supaya kandungan dibuang, dan secara terbuka menentang jalan lain yang membolehkan kerajaan mendapat akses mudah kepada data tersebut. -Sumber



Wednesday, 4 February 2015

Aplikasi Elak Anak Salah Guna Internet


Elak Anak Salah Guna Internet Dengan Aplikasi 
K9 Web Protection

Penyalahgunaan Internet hari ini adalah ditahap yang amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius. Penggunaan internet tanpa batasan dan pemantauan orang dewasa akan mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak terutamanya lebih mudah terdedah kepada info-info tidak sihat di dalam ruang maya yang serba luas ini. Terdapat sebuah aplikasi yang bukan sahaja melindungi komputer dari diserang malware atau virus tetapi melindungi anak-anak kita dari melayari laman lucah.

K9 Web Protection adalah sebuah aplikasi yang mampu melindungi kanak-kanak daripada melayari laman web lucah dan laman web yang mempunyai malware atau virus. Aplikasi K9 Web Protection sangat ringan dan boleh digunakan di komputer riba serta peranti Android dan Apple.

Antara kelebihan aplikasi K9 Web Protection adalah :


  • Menyekat lebih daripada 70 kategori laman web tidak sihat seperti laman web lucah, seks, judi, dan dadah.
  • Mempunyai sekatan masa tertentu untuk melayari laman web tertentu.
  • Menyekat kemasukan ke laman web tertentu dengan kata laluan.
  • Mempunyai laporan ringkas untuk melihat penggunaan internet.
  • Sesuai untuk Windows dan Mac serta telefon pintar Android dan Apple.



Download / Muat turun Manual penggunaan Aplikasi K9 di SINI

Download / Muat turun Aplikasi K9 di SINI

Dapatkan nombor siri Aplikasi K9 di SINI



Selamat berinternet........ 


Tuesday, 6 January 2015

Cara Atasi Masalah APPCRASH

3 hari tak boleh buka Broswer Google Chrome. Asal buka jer dia keluar pop up "Google Chrome has stopped working".


Bila saya klik view problem details, tertera lah seperti berikut;

Problem Event Name:    APPCRASH  
Application Name:    chrome.exe   
Application Version:    35.0.1916.114 Application Timestamp:    53726019  

Fault Module Name:    chrome.dll  
Fault Module Version:    35.0.1916.114  
Fault Module Timestamp:    53725d18  

Exception Code:    c0000005   
Exception Offset:    00728bc8   


Puas cari penyelesaian di googel, laman forum, blog. emmmm semuanya hampa! berkali-kali uninstall dan install google chrome, macam tu lah juga.. asik keluar "Google Chrome has stopped working", "Google Chrome has stopped working". argggg...

Tapi Alhamdulillah... akhirnya saya terjumpa sebuah aplikasi yang dapat mengoperasikan semula Broswer Google Chrome. Aplikasi yang saya maksudkan iaitu Revo Uninstaller.

Langkah Penyelesaian APPCRASH.

1. Layari laman http://www.revouninstaller.com/revo_uninstaller_free_download.html

2. Download software revo uninstaller secara percuma.

3. Install aplikasi revo uninstaller.

4. Apabila aplikasi revo uninstaller dijalankan dia akan keluar paparan seperti dibawah.


5. Apa yang perlu kita lakukan ialah klik Google Chrome dan klik uninstall. semua data-data google chrome sebelum ini dipadam. cookies, autofill data, password, history, bookmarks... lincin dia delete! puas hati! tak kisahlah... janji boleh guna Google Chrome.

6. Selepas uninstall, download pula browser Google Chrome yang terkini.

7. Install browser Google Chrome yang telah download.... SIAP! hureeeyyyy!!!!!



Friday, 29 August 2014

Sejarah Paparan Web Yahoo 1994-2014


Yahoo! (yahoo.com) mula dibangunkan pada tahun 1994 oleh dua orang pelajar kolej iaitu David Filo dan Jerry Yang. Projek mereka di Universitas Stanford adalah “Jerry and Dave’s Guide to the World Wide Web” pada 1994.

Pada musim luruh 1994, Yahoo mencecah capaian sejuta sehari, iaitu hampir 100 ribu pelawat unik. Kini Yahoo merupakan salah satu laman tertinggi dilawati di internet, menerima melebihi 345 juta pengunjung setiap bulan.

Yahoo adalah merupakan akronim dari frasa “Yet Another Hierarchical Officious Oracle”.

Yahoo kini berkembang kepada portal talian terbesar, menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video, dan siaranpod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah, dan persendirian. Untuk mengetahui lagi tentang sejarah yahoo, bolehlah layari sejarah-yahoo.blogspot


Berikut adalah paparan laman web yahoo.com pada tahun 1994 hingga 2014

Yahoo! 1994

Yahoo pada asalnya hanyalah sebuah direktori daftar bookmark yang dikatogerikan berdasarkan topik-topik tertentu.



Yahoo! 1996



Yahoo! 2000


Yahoo! 2002


Yahoo! 2005


Yahoo! 2007


Yahoo! 2010


Yahoo! 2011


Yahoo! Julai 2013


Yahoo! Disember 2013


Yahoo! 2014

Untuk melihat sejarah paparan mana-mana laman web seperti google, youtube, atau tv3 bolehlah layari laman WayBackMachine



Tuesday, 5 August 2014

Ummaland Laman Sosial Muslim


Tak tahu la saya sama ada facebook ni milik Israel atau tidak... Tapi Mark Zuckerberg memang seorang Yahudi. Tapi mereka mampu membuat risikan, menyekat dan menutup akaun orang-orang Islam. Sebagai contoh, akaun facebook dari Malaysia telah disekat dari melayari Fanpage IDF iaitu laman rasmi facebook Israel Defense Forces. -Link berita

Boikot Sekutu Israel (link)

Kalau nak boikot Facebook ni, rasanya memang payah kot, memandangkan 99% penduduk Islam di Malaysia mempunyai akaun facebook dan facebook juga sinonim dengan kehidupan harian. 

Tak pe, sebagai langkah alternatif dan permulaan jom kita buka semua lagi akaun laman sosial yang dibangunkan oleh orang Islam... iaitu Ummaland.


Ummaland

Ummaland.com adalah sebuah laman sosial yang diasaskan oleh Maaruf Yusupov dari Uzbekistan. Ummaland yang menyerupai facebook ini ditubuhkan khusus untuk muslim-muslim berhubung antara satu sama lain serata dunia dalam urusan dakwah, perniagaan, dan berkenalan. 

Apa yang menarik lagi, anda boleh menjana pendapatan melalui Affiliate Ummaland. Bagaimana untuk menyertai Affiliate Ummaland,,, itu saya tidak tahu. Anda selidik lah sendiri.



Keunikan Ummaland adalah ia lebih menjurus kepada Islamik dimana salah satu objektif laman sosial tersebut adalah untuk mengurangkan masa terbuang dengan memaparkan isi kandungan agama. Antara keunikan toolbar yang terdapat dalam Ummaland ialah;

Academy sebagai Pusat Pembelajaran


Di Ummaland, ada toolbar Academy. Disini anda boleh mempelajari pelbagai benda. Ada yang diberi secara percuma, ada yang perlukan bayaran. Setakat ini ada 17 kursus yang disediakan.

Fundraising


Toolbar ini adalah  untuk mengumpul wang bagi kempen-kempen seperti menyumbang Quran bagi yang tidak berkemampuan, One Women One Nation, dan pembiayaan penghasilan al-Quran Open Source. Sekarang ada lebih kurang 44 buah kempen, dan 4 kempen telah tamat.

Library


Perpustakaan online yang disediakan dalam Ummaland boleh menarik minat bagi sesiapa yang ingin membaca atau berkongsi dokumen bacaan. Antara yang pernah penulis baca adalah Sepak Bola Dalam Islam, Social Networking for Muslims, dan 5 Things To Do Before Sleeping.

Selain itu, turut disediakan Online Quran dan Online Hadeeth untuk rujukan para muslimin dan muslimat.

Videos


Dalam toolbar video memaparkan banyak video-video bacaan hadith, bacaan quran, serta macam-macam perkongsian daripada muslimin lain.


Iklan

Iklan-iklan yang muncul di Ummaland bercirikan Islamik.


Selamat berkenalan sesama muslim di Ummaland.com


Friday, 3 May 2013

Malware Androi



Peneraju keselamatan rangkaian berprestasi ­tinggi, Fortinet yang ­mengeluarkan laporan penyelidikan landskap ancaman FortiGuard bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac, 2013 menemui ancaman botnet, ZeroAccess yang mula menular di dunia mudah alih.
Laporan itu juga mendedahkan analisis terbaru mengenai serangan siber 
di Korea Selatan dan dua variasi adware Android baru yang mula kelihatan dalam senarai permerhatian sejak 90 hari yang lalu.
Pakar Keselamatan ­Strategik dan Penyelidik Ancaman Fortinet Fortiguard Labs, Richard ­Henderson berkata, pada suku pertama 2013, botnet jenis ZeroAccess menambah bilangan serangan di bawah kumpulan tertentu. 
“Dalam tempoh 90 hari lalu, pemilik ZeroAccess menghantar 20 kemaskini perisian kepada hos yang dijangkiti,” katanya. 
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiGate, ZeroAccess adalah ­ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan. 
ZeroAccess digunakan terutamanya untuk klik penipuan yang mana ia memanipulasi nilai mata wang digital berasaskan sumber berpusat sehingga membabitkan angka berjuta-juta ringgit. 
“Oleh kerana populariti Bitcoin dan nilai ­meningkat, kita boleh melihat ­pemilik botnet lain cuba untuk menggunakan botnet ­mereka dalam ­fesyen yang sama atau mengganggu pasaran Bitcoin,” kata Henderson. 
FortiGuard turut menemui dua variasi adware Android baru iaitu Android.NewyearL.B dan Android.Plankton.B menyebabkan jangkitan di seluruh dunia mengandungi kit pengiklanan baru yang sedang dipantau. 
Kedua-dua malware itu akan memasuki pelbagai aplikasi dan mempunyai keupayaan untuk memaparkan iklan, mengesan pengguna melalui nombor IMEI telefon bimbit dan mengubahsuai desktop telefon bimbit.



Saturday, 5 January 2013

Cara unblock website yang disekat


Sambungan entry sebelum ini iaitu Cara Unblock Facebook di Office, yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Biasa la, sistem security pun sentiasa di-update dan di-upgred.. macam software antivirus, sentiasa diupdate kerana ribuan virus dicipta sehari.

Bagi entry kali ini, saya ketengahkan suatu software UltraSurf 12.01.

UltraSurf adalah program ringan freeware yang direka sebagai alat anti-penapisan. Ia membolehkan untuk memintas firewall yang menggunakan proksi dan menggunakan protokol untuk privasi. Walaupun IP Address anda telah diblock untuk melayari sesebuah laman tertentu seperti facebook dan youtube, tetapi dengan software ini anda dapat mengakses sesuatu laman internet dengan mudah.

UltraSurf adalah produk dari Ultrareach Internet Corporation. Awalnya dibuat untuk membantu pengguna internet di China bagi kebebasan dalam dunia online. UltraSurf kini telah menjadi yang paling popular di dunia pro-privasi, anti-sensor, dengan jutaan orang menggunakannya untuk melewati firewall dan melindungi identitas online mereka.


Software unblock laman website yang disekat
UltraSurf 12.01

File size:    1.31MB (1,376,179 bytes)

Requirements:    Windows 2000 / XP / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64 / Windows8 / Windows8 64

Author:    UltraReach Internet Corp.


Video UltraSurf

.