Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, 28 October 2016

Keunikan Seni Silat


Silat merupakan seni yang sinonim dengan orang Melayu, sekali gus menggambarkan keindahan, ketangkasan langkah, kecekalan dan kebolehan individu yang mahir dalam mempelajari ilmu pertahanan diri.

Walaupun tidak diketahui secara tepat bilakah seni silat pertama kali diamalkan orang Melayu untuk mempertahankan diri, menyerang dan bertempur, ia seolah-olah sebati dalam jiwa orang Melayu sejak awal kurun ke-13 lagi.

Ilmu Anatomi Tubuh, dan Ilmu Saraf saling berkait dalam pergerakan belaan dan serangan silat. Pemahaman tentang anatomi badan, titik-titik kelemahan pada anggota badan menjadikan silat itu sangat unik. Jadi tidak hairanlah seorang wanita atau orang tua dapat menewaskan musuh tanpa menggunakan kekuatan fizikal.

Bagi yang ingin mengetahui keunikan silat Melayu bolehlah tonton video dibawah.






Monday, 29 August 2016

Cara Mencuci Kotoran Pada Cawan Dengan Mudah


Jika anda gemar minum kopi atau teh tarik di rumah, kebiasaannya bekas cawan/mug anda kesan warna teh atau kopi. Begitu juga dengan peniaga restoran atau kedai kopi, agak jijik bila air yang dipesan diisi dalam cawan yang berdaki dengan bekas warna-warna kopi/teh.

Untuk menghilangkan kesan kotoran degil yang terdapat pada bekas cawan anda, sediakan beberapa bahan mudah seperti berikut;


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Baking soda
2. Cuka
3. Pencuci pinggan mangkuk


Cara-cara menghapuskan kotoran degil pada cawan:

1. Masukkan 1 sudu baking soda ke dalam bekas yang kotor.
2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam bekas yang kotor.
3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
4. Tambahkan dengan air panas/air panas
5. Kacau hingga sebati dan biarkan selama 10 minit
6. Cuci cawan/mug itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.


TIPS: Bagi kotoran yang terlalu degil , rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.

Tuesday, 31 May 2016

Cara Mengguna Perkhidmatan UBER


Uber adalah perkhidmatan pengangkutan seperti teksi yang boleh anda dapat melalui aplikasi iPhone dan Android.  Hanya dengan satu klik, penumpang akan dihubungkan dengan pemandu Uber paling hampir dengan beliau. Perkhidmatan ini tidak memerlukan cash, sebaliknya ia akan charge perkhidmatan yang diberi melalui credit card atau debit card anda.

Kini perkhidmatan Uber telah berada di 458 bandar di seluruh dunia. Bagi Malaysia perkhidmatan Uber boleh didapati di sekitar bandar Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.





Cara Mengguna Aplikasi Uber

1. Muat turun aplikasi Uber pada smartphone anda

  •    Bagi smartphone andriod dapatkan aplikasi Uber di SINI.
  •    Bagi smartphone iphone dapatkan aplikasi Uber di SINI.


2. Cara booking Uber sebelum perjalanan

Apabila anda sudah bersedia untuk bertolak, tetapkan lokasi pengambilan anda dan klik Minta. Jika anda ingin tahu tentang kos perjalanan anda, klik Anggaran Tambang.

Masukkan destinasi anda

Sebaik sahaja anda memasukkan alamat atau destinasi anda, anda akan melihat laluan yang pemandu anda akan bawa anda serta ETA anda. Tidak perlu memberikan arah laluan.

Semak maklumat pemandu

Sebelum pemandu anda tiba, anda akan melihat nama mereka, foto, model kereta, dan nombor plat supaya anda tahu anda memasuki ke dalam kereta yang betul.


Untuk lebih lanjut, 
Tonton video dibawah 
Cara mengguna aplikasi Uber



Dapatkan ebook :




Wednesday, 25 November 2015

Tutorial Penggunaan Microsoft Excel


Microsoft Office Excel adalah sebuah program aplikasi lembaran kerja spreadsheet yang mempunyai ciri pengiraan dan pembuatan grafik. Dengan Excel kita dapat mempermudah dan mempercepatkan kerja-kerja yang melibatkan jutaan data. Berikut adalah beberapa kegunaan Excel:

Perakaunan: Mengira jumlah rugi / laba suatu syarikat, mencari besarnya keuntungan selamasatu tahun, mengira gaji pekerja, dan sebagainya.

Matematik Kalkulus: mencari data dari hasil penjumlahan, pengurangan, perkalian dan pembagian, serta pelbagai variasinya.

Pengurusan Data: pengurusan data base statistik, mencari nilai tengah, rata-rata, dan pencarian nilai maksimum serta nilai minimum sebuah data.

Pembuatan grafik: Misal grafik pertumbuhan penduduk per tahun, pertambahan bilangan pelajar sekolah, grafik pengunjung pasar raya dan sebagainya.

Pengoperasian Jadual: Dengan jumlah baris jadual yang disediakan sangat banyak, maka kita tidak akan kesulitan untuk melakukan input data walaupun dalam jumlah yang sangat banyak.

Untuk mengetahui fungsi dan tutorial penggunaan Microsoft Office Excel, anda boleh belajar dengan download ebook tutorial penggunaan Excel pada klik LINK dibawah.


Sunday, 21 June 2015

Format Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)

http://www.ashadee.net/go/51461/niagaon9

Rancangan Perniagaan (RP) adalah satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Rancangan Perniagaan juga merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.

Mengapa Perlunya Rancangan Perniagaan?

Rancangan Perniagaan disediakan oleh bakal usahawan dan perniagaan yang sedia ada untuk tujuan-tujuan tertentu seperti berikut :

1. Membolehkan usahawan melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.

2. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

3. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.

4. Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan.

5. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas..

6. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.

7. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.


Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
  • Nama perniagaan/projek
  • Tujuan rancangan perniagaan
  • Nama syarikat, alamat dan lain-lain
  • Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam Rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)



Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-
  • Nama Syarikat
  • Jenis perniagaan yang diceburi
  • Nama dan lokasi/alamat perniagaan
  • Status dan saiz projek
  • Produk
  • Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
  • Anggaran kos projek


2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;

  • Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.
  • Merancang perlaksanaan projek.
  • Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
  • Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
  • Lain-lain.


3. Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

  • Alamat - Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.
  • Bentuk perniagaan - Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
  • Tarikh dan Nombor Pendaftaran. - Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.
  • Modal Permulaan - Merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
  • Bank - Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.


4. Latarbelakang Ahli Kongsi
  • Nama penuh
  • No. kad pengenalan
  • Tarikh lahir
  • Umur
  • Alamat Tetap
  • No telefon
  • Taraf perkahwinan
  • Kelulusan akedemik
  • Kursus yang pernah dihadiri
  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Pekerjaan sekarang
  • Perniagaan yang pernah diceburi.


5. Kedudukan Projek
  • Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.


6. Objektif  Projek
  • Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.


7. Rancangan Pentadbiran Perniagaan
  • Pentadbiran
  • Carta Organisasi
  • Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
  • Spesifikasi Tugas
  • Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
  • Senarai Keperluan Pejabat
  • Perbelanjaan Pentadbiran
  • Perbelanjaan aset
  • Perbelanjaan bulanan
  • Lain-lain perbelanjaan


8. Rancangan Operasi Perniagaan
  • Carta aliran Proses - Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
  • Unit pengeluaran / jam operasi - Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
  • Keperluan bahan - Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
  • Tenaga Kerja - Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.
  • Mesin dan peralatan - Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
  • Susun atur Ruang Operasi - Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
  • Lokasi - Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
  • Overhead operasi - Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.
  • Perbelanjaan Operasi - Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.


9. Rancangan Pemasaran Perniagaan
  • Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan - Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan
  • Sasaran Pasaran - Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
  • Saiz Pasaran - Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
  • Pesaing-pesaing utama - Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.
  • Kekuatan dan kelemahan pesaing - Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
  • Syer pasaran - Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.
  • Ramalan Jualan - Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
  • Strategi Pemasaran 
           i. Strategi Barangan - Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan                                                  jenama berkaitan.

           ii. Strategi Promosi - Bentuk Promosi yang dicadangkan

           iii. Strategi harga - Harga seunit yang dicadangkan.

            iv. Strategi edaran - Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan                                                          pemasaran.


10. Rancangan Kewangan Perniagaan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2. Penyata-penyata kewangan
3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
5. Prestasi Penyata Pendapatan
6. Prestasi Kunci kira-kira
7. Analisis Daya Maju Kewangan


11. Penutup

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan. Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.


12. Lampiran 

Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti;

  • Surat sebutharga
  • Sijil kursus
  • Surat sokongan pihak tertentu
  • Surat dapat tender
  • Sijil pendaftaran syarikat
  • Salinan permit/lesen
  • Surat-surat kepujian
  • Bukti modal sendiri
  • Salinan surat Cagaran
  • Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)


Tuesday, 6 January 2015

Cara Atasi Masalah APPCRASH

3 hari tak boleh buka Broswer Google Chrome. Asal buka jer dia keluar pop up "Google Chrome has stopped working".


Bila saya klik view problem details, tertera lah seperti berikut;

Problem Event Name:    APPCRASH  
Application Name:    chrome.exe   
Application Version:    35.0.1916.114 Application Timestamp:    53726019  

Fault Module Name:    chrome.dll  
Fault Module Version:    35.0.1916.114  
Fault Module Timestamp:    53725d18  

Exception Code:    c0000005   
Exception Offset:    00728bc8   


Puas cari penyelesaian di googel, laman forum, blog. emmmm semuanya hampa! berkali-kali uninstall dan install google chrome, macam tu lah juga.. asik keluar "Google Chrome has stopped working", "Google Chrome has stopped working". argggg...

Tapi Alhamdulillah... akhirnya saya terjumpa sebuah aplikasi yang dapat mengoperasikan semula Broswer Google Chrome. Aplikasi yang saya maksudkan iaitu Revo Uninstaller.

Langkah Penyelesaian APPCRASH.

1. Layari laman http://www.revouninstaller.com/revo_uninstaller_free_download.html

2. Download software revo uninstaller secara percuma.

3. Install aplikasi revo uninstaller.

4. Apabila aplikasi revo uninstaller dijalankan dia akan keluar paparan seperti dibawah.


5. Apa yang perlu kita lakukan ialah klik Google Chrome dan klik uninstall. semua data-data google chrome sebelum ini dipadam. cookies, autofill data, password, history, bookmarks... lincin dia delete! puas hati! tak kisahlah... janji boleh guna Google Chrome.

6. Selepas uninstall, download pula browser Google Chrome yang terkini.

7. Install browser Google Chrome yang telah download.... SIAP! hureeeyyyy!!!!!



Monday, 15 September 2014

Cara memasukkan Meta tags Blogspot


Meta Tags atau kata kunci adalah syarat SEO yang sangat penting dalam sesebuah blog. Untuk mendapatkan rangking dalam enjin carian, anda perlu menambah meta tag dalam template anda. Meta tags membantu untuk meningkatkan trafik blog anda secara sihat.

Cara memasukkan Meta tags dalam template blog.

1. Log in blogger anda.
2. Klik template dan klik edit html. (Harap anda copy template terlebih dahulu sebagai back up )
3. Cari kod " <b:include data=’blog’ name=’all-head-content’/> "
4. Copy kod dibawah;

<b:if cond='data:blog.url == "URL BLOG"'>
<meta content='PENERANAGN TENTANG BLOG' name='description'/>
<meta content='KEYWORD1,KEYWORD2,KEYWORD3,KEYWORD4,KEYWORD5,KEYWORD6' name='keywords'/>
<meta content='NICKNAME ANDA' name='author'/>
</b:if>

5. Paste kod tersebut dibawah " <b:include data=’blog’ name=’all-head-content’/> "
6. Klik save

Selamat mencuba...

Friday, 12 September 2014

Making Money With Instagram


Instagram has been touted as a great social media platform for marketing and making money. Users and businesses are asking; how can they make money with Instagram?

Step 1 to make money with instagram
Take a screen shot of your best looking opt in page or squeeze page and post it on instagram. Then tell them in the description of the picture that your link is in your bio. You will need to post this picture multiple times a day. Don't be spammy because you will lose followers but you definitely need to repost this to grab attention.

Step 2 to make money with instagram
Put up video testimonials or even commercials. If you don't have any create them. You can have your girlfriend create them or you can go to fiverr and pay someone to do it. People seem to love watching these short videos on instagram. I know I do.

Step 3 to make money with instagram
Show any of your results of the day traffic, leads and your sales. It doesn't matter but you must show proof. Without proof it will be hard to believe that you are even capable of making money online without showing proof.

Step 4 to make money with instagram
Put your instagram link in your youtube video description and tell people to follow you on instagram. You will be surprised how many people will follow you based off you just telling them too. If they like your video they will follow you

Step 5 to make money with instagram
This is big one you must be personable. You will have to make your account fun. You shouldn't be pitching your products or network marketing business all day. Your pictures will be doing the talking for you and you want people to feel like your lifestyle is the best and they want that lifestyle. Even if your life is not so great you can make it great on instagram. Post pics of good food you eat. Post a video of your kids doing a funny dance. Once people feel like your a real person and you actually having fun while making money then people want to join with you.

Step 6 to make money with instagram
This is the biggest one of them all you must use hashtags. If your not using hashtags then you will lose every time. This is the only way random people can find you and follow you directly on instagram. You want people to find you that’s so they can potentially be your next sign up or customer. It’s really that simple. See on the next page what the most popular Instagram Hashtags are;

1. #love - 143,817,139 photos
2. #instagood - 97,570,915 photos
3. #me - 80,693,198 photos
4. #tbt - 75,411,509 photos
5. #cute - 75,047,873 photos
6. #photooftheday - 70,995,806 photos
7. #instamood - 64,925,462 photos
8. #beautiful - 54,570,181 photos
9. #picoftheday - 53,776,027 photos
10. #igers - 52,997,258 photos
11. #girl - 52,960,538 photos
12. #instadaily - 51,313,415 photos
13. #iphonesia - 51,124,375 photos
14. #follow - 46,372,281 photos
15. #tweegram - 44,656,230 photos
16. #happy - 43,360,681 photos
17. #summer - 42,718,347 photos
18. #instagramhub - 42,101,798 photos
19. #bestoftheday - 40,202,550 photos
20. #iphoneonly - 39,287,795 photos
21. #igdaily - 36,932,129 photos
22. #fashion - 35,815,277 photos
23. #webstagram - 35,073,684 photos
24. #picstitch - 34,965,202 photos
25. #nofilter - 34,196,209 photos
26. #sky - 33,913,231 photos
27. #jj - 33,899,949 photos
28. #followme - 33,865,057 photos
29. #fun - 33,069,338 photos
30. #smile - 30,236,252 photos
31. #like - 29,636,123 photos
32. #pretty - 27,687,567 photos
33. #sun - 27,583,417 photos
34. #food - 27,409,451 photos
35. #instagramers - 26,197,524 photos
36. #friends - 26,182,561 photos
37. #lol - 24,989,254 photos
38. #hair - 22,859,451 photos
39. #bored - 21,586,314 photos
40. #swag - 21,569,900 photos
41. #cool - 21,370,212 photos
42. #funny - 20,780,049 photos
43. #onedirection - 20,410,001 photos
44. #life - 20,334,119 photos
45. #nature - 20,266,828 photos
46. #family - 19,848,462 photos
47. #christmas - 19,542,006 photos
48. #my - 18,660,172 photos
49. #blue - 18,489,451 photos
50. #pink - 17,953,933 photos
51. #dog - 17,943,442 photos
52. #beach - 17,670,037 photos
53. #art - 17,538,396 photos
54. #hot - 17,384,494 photos
55. #tagsforlikes - 17,089,894 photos
56. #photo - 16,794,388 photos
57. #amazing - 15,979,281 photos
58. #repost - 15,893,445 photos
59. #girls - 15,820,604 photos
60. #instahub - 15,466,981 photos
61. #sunset - 15,426,384 photos
62. #party - 15,419,737 photos
63. #awesome - 15,292,933 photos
64. #red - 15,223,775 photos
65. #baby - 14,963,775 photos
66. #statigram - 14,813,215 photos
67. #black - 14,756,443 photos
68. #versagram - 14,670,529 photos
69. #cat - 14,587,895 photos
70. #music - 14,582,697 photos
71. #instalove - 14,561,589 photos
72. #likeforlike - 14,451,644 photos
73. #night - 14,371,566 photos
74. #followback - 13,602,164 photos
75. #throwbackthursday - 13,395,605 photos
76. #clouds - 13,228,789 photos
77. #white - 12,911,807 photos
78. #bestfriend - 12,393,864 photos
79. #yummy - 12,388,898 photos
80. #yum - 12,280,256 photos
81. #like4like - 12,151,613 photos
82. #textgram - 12,025,992 photos
83. #eyes - 12,014,859 photos
84. #green - 11,927,125 photos
85. #2012 - 11,722,646 photos
86. #sweet - 11,696,715 photos
87. #all_shots - 11,652,778 photos
88. #school - 11,642,671 photos
89. #igaddict - 11,568,790 photos
90. #style - 11,470,768 photos
91. #i - 11,304,169 photos
92. #beauty - 11,016,473 photos
93. #harrystyles - 11,009,421 photos
94. #instacollage - 10,942,042 photos
95. #jj_forum - 10,905,037 photos
96. #foodporn - 10,647,412 photos
97. #nice - 10,633,312 photos
98. #boy - 10,414,825 photos
99. #instago - 10,314,053 photos
100. #best - 10,271,100 photos





Good Luck....

Sunday, 6 July 2014

Download Lagu Percuma


Selain dari KKBOX, Ramai yang melayari youtube untuk mendengar lagu-lagu terkini dan juga lagu-lagu lama. Begitu juga dengan kaki download yang mencari lagu-lagu mp3 untuk dimuat turun seperti koleksi lagu raya.

Sebenarnya kita tak perlu buang masa dengan mencari koleksi lagu tertentu. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menukar lagu dari youtube kedalam bentuk mp3. hihihi kan senang.


Download lagu dari youtube ke mp3.

1. Pertama sekali anda perlu layari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk convert youtube ke mp3 seperti;






2. Dalam banyak-banyak laman web di atas saya lebih gemar menggunakan flvto.com kerana laman web tersebut membolehkan kita menukar dari video youtube kapada format mp3, wma, wmv, flv, mov dan mp4.



Caranya convert lagu dari youtube ke mp3.


1.  Cari lagu di youtube, contohnya lagu raya 



2. Pilih lagu yang ingin anda download.


3. Buka laman web flvto.com 

4. Paste url youtube di flvto, dan klik convert to



5. Tunggu sehingga keluar paparan seperti dibawah


6. Akhir sekali klik download.... selesai

Selamat mendengar... :)

Sekarang Korang Boleh Strim Muzik Tanpa Had PERCUMA! Maklumat lanjut layari -->  U Mobile


Saturday, 24 May 2014

Petua Lama dan Moden Menghilangkan Dakwat Pada Baju.


Memang kecewa ! sakit hati! dan geram! bila baju terkena dakwat pen. Tambah-tambah lagi baju yang baru jer beli.

Bukannya apa, sebab dah tahu, dakwat pada baju tu memang tak akan boleh tanggal. memang jawabnya kain buruk lah jadinya atau pun dicampakan kedalam api.

API? oppsss tunggu... masih ada cara untuk tanggalkan dakwat pada baju sama ada cara petua tradisional (macam tak logik tapi cuba jer dulu sebelum campakan baju tu dalam api) atau kaedah moden.

Petua untuk hilangkan dakwat pada baju.


1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.



2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.



3) Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.



4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.


5) Guna barangan cosway iaitu Laundry Pre-Wash. Semburkan Laundry Pre-Wash pada kawasan yang terkena dakwat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.


6) Guna liquid pencuci dynamo. Sapukan liquid dynamo pada tompokan dakwat pada baju, gosok perlahan-lahan. Biarkan seketika. dan cuci baju tersebut seperti biasa.


7) Guna Vanish. Sapukan campuran Vanish Power O2 Powder dan Vanish Power Gel, atau Vanish Power O2 Powder dan Vanish Power Liquid. Gosok pelahan-lahan pada tompokan dakwat dan biarkan seketika. Larutkan 1sudu Vanish Power O2 Powder dalam air suam (max 40°) . Rendamkan baju tersebut semalaman. (Jangan gunakan pada sutera).



Wednesday, 4 December 2013

Cara Lapor Salahlaku Halaman FB agar dibanned

Salam semua...

Sekarang ni banyak salah laku berlaku di facebook seperti hasutan, penyamaran, dan penghinaan.
Lebih menyakitkan hati lagi, Facebook dijadikan medium untuk menjatuhkan Islam dalam aspek akidah.

“Sebahagian besar ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin seandainya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kebenaran kepada mereka.”

“Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya (din) Allah 
dengan mulut (dakyah) mereka tetapi Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Dalam entri kali ini saya tunjukkan cara untuk banned kan halaman facebook untuk masa depan agama Islam. semoga cara ini dapat menghalang serangan-serangan cyber dari puak-puak kafir yang pelampau.

Cara untuk hapuskan halaman facebook seseorang adalah dengan langkah-langkah dibawah:





P/S: Tolong Hapuskan Halaman Facebook ini. "Facebook Dajal" dan sebarkan....


...Lalu Rasulullah pun mengulanginya dan menambah: “Selain daripada itu, Allah mengangkat darjat seseorang itu sebanyak seratus darjat di dalam syurga. Jarak di antara dua darjat seperti jarak di antara langit dan bumi. 
Abu Said bertanya lagi: Amalan apakah yang perlu kami lakukan bagi mendapatkan kelebihan itu, wahai utusan Allah. Nabi Muhammad menjawab: Berjuang demi agama Allah. Berjuang demi agama Allah.” (Direkodkan oleh Muslim)




Sunday, 3 November 2013

Jana Wang dengan App Smartphone



Menurut SinarHarian penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen. Ramai pelanggan ini menggunakan aplikasi smartphone setiap hari contohnya game AngryBirds dan CandyCrush.


Dalam artikel ini saya akan menerangkan bagaimana untuk memulakan Play kedai perniagaan anda sendiri Google aplikasi. Bagaimana untuk menyertai Google Play sebagai 'developer'. Bagaimana untuk mewujudkan aplikasi dengan perisian berbayar atau percuma. Bagaimana cara upload aplikasi anda ke Akaun Google Play app store anda. Anda juga akan diberitahu bagaimana untuk mendapatkan wang daripada aplikasi anda dan mendapatkan dibayar. Akhir sekali, saya akan menerangkan satu lagi cara anda boleh membuat wang dengan Google Play app store.


Cara mendaftar sebagai Developer di Google Play Store

Untuk menyertai Google Play Store sebagai Developer adalah mudah. Anda hanya perlu ke laman web yang disenaraikan di sini https://support.google.com/googleplay/android-developer/answer/113468?hl=en
Laman tersebut adalah halaman pendaftaran Play Store Google. Anda mengisi semua maklumat yang diperlukan dan membayar yuran sekali sahaja sebanyak $ 25.


Cara Membina Aplikasi Smartphone

Terdapat beberapa laman yang menawarkan pembinaan perisian smartphone. Antaranya adalah seperti;


Seattle Clouds
http://www.seattleclouds.com/

Apps Moment- White Label Version of Seattle Clouds
http://appsmoment.com/

Skybuilder
http://skybuilder.net

Green Apps Moment
http://greenappmachine.com/

Laman-laman tersebut akan mengenakan bayaran sekitar $ 20 hingga $ 30.

Walaubagaimanapun terdapat juga versi percuma iaitu;

http://www.appsgeyser.com/

http://www.freeandroidappmaker.com/



Cara menjana wang dari Aplikasi anda.

Cara pertama untuk mendapatkan wang daripada aplikasi anda adalah dengan menetapkan harga bagi setiap pelanggan yang ingin muat turun (download) aplikasi tersebut. Contohnya RM 0.99  atau RM5 bagi setiap aplikasi yang ingin dimuat turun.

Satu lagi cara untuk membuat wang dengan aplikasi anda adalah memberi mereka secara percuma untuk dimuat turunkan dan anda meletakkan iklan di dalam aplikasi tersebut. Wang akan dibayar kepada anda apabila seseorang menggunakan aplikasi anda dan melihat iklan yang tertera setiap kali dia menggunakan aplikasi anda. Konsepnya sama seperti seorang blogger memasang kod iklan nuffnang dan adsense. Antara laman pengiklanan yang boleh anda sertai adalah;




Semoga berjaya Jana Wang dengan App Smartphone anda di Google Play.


Saturday, 13 April 2013

Ciri-ciri Blog Yang Baik




Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira semasa merekabentuk laman web. Tips berikut amat bagus bagi menghasilkan laman web yang baik dan menggembirakan pengunjung anda:

1. Rekabentuk laman web yang simple dan mudah. Ingat, tujuan  anda membina laman web ialah untuk menyampaikan info tentang  produk anda kepada pelawat. Jadikan lama web anda ringkas dari menggunakan gambar dan animasi yang terlalu banyak sehinga mengganggu focus pengunjung anda terhadap info yang anda  sediakan.

2. Objektif. Pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk laman web seprti penggunaan warna, sasaran pengguna, teknologi, dsb. Isi laman web juga haruslah fokus kepada objektif.

3. Kedudukan link/menu perlu konsisten. Anda perlu menyediakan link pada kedudukan yang tetap. Jika dalam fail utama link anda berada dibahagian tengah atas, pastikan page lain juga mempunyai link pada kedudukan yang sama.

4. Gambar yang digunakan hendaklah optima supaya ia cepat diload dan tidak terlalu berat. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung, tetapi ingat, hanya letak gambar-gambar yang berkaitan sahaja (gambar produk anda). Pemilihan konsep warna
yang sesuai juga amat penting.

5. Navigasi. Apa itu navigasi? Navigasi ialah perjalanan web anda dari satu halaman ke satu halaman berdasarkan link yang anda telah buat. Pastikan anda merekabentuk link/menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat pengunjung. Pilih warna yang sesuai  supaya ianya dapat dibezakan dan kelihatan jelas. Penting : Pastikan navigasi yang mudah untuk proses pembelian dan pembayaran.

6. Logo dan nama. Pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identity perniagaan anda.

7. Font. Anda perlu pilih font yang standard sahaja seperti Arial, Verdana atau Times New Roman. Jika anda menggunakan font yang bukan standard, ada 2 perkara mungkin berlaku:-

  • Menyusahkan pengunjung anda membaca. (Font Script)
  • Mungkin ada pengunjung yang tidak dapat melihat dan membaca kerana font tersebut tiada di dalam komputer mereka.


8. Cara menghubungi anda. Anda perlu sediakan kaedah atau cara bagaimana pengunjung boleh menghubungi anda sama ada melalui email, form atau telefon.

9. Isi kandungan web anda. Anda perlu pastikan maklumat yang anda sediakan dalam web adalah berkaitan dengan perniagaan anda dan mencukupi, kerana pengunjung akan merasa puas hati dengan info yang lengkap. Mereka mungkin akan membuat belian jika mereka yakin dengan produk anda.

10. Pastikan link yang anda buat di laman web berfungsi.

11. Susunan. Pastikan susunan grafik, button, text dan link disusun dengan baik dan tersusun. Laman web yang berterabur membuatkan pengunjung tidak akan lawati web anda untuk kali ke-2 dan seterusnya.


Friday, 8 February 2013

14 laman Research Keyword tool


Keyword adalah kata kunci yang digunakan dalam sebuah website agar website tersebut dapat dijumpai. Keyword digunakan oleh pengguna internet untuk melakukan carian dengan menaip kata kunci yang inggin mereka cari.  Ini bermakna keyword tool amat penting untuk  Google AdSense, eBay marketing, bisnes affiliate, dan SEO blog atau sesebuah website.


eBay adalah platform pasaran dunia secara online iaitu tempat bagi pembeli dan penjual berhimpun dan berdagang apa saja. eBay dilancarkan tahun 1995, eBay bermula sebagai tempat untuk berniaga barang koleksi dan barang yang sukar ditemui. Sejak itu, eBay telah berkembang menjadi ajang pasar tempat anda dapat mencari segala sesuatu, dari telefon bimbit dan DVD hingga pakaian, barang koleksi dan kereta.



Affiliate marketing adalah perniagaan online atau perniagaan reseller. Arti sebenarmya dari affiliate atau reseller yang bererti ketika seorang pelanggan membeli sebuah produk yang di dapatkan dari sponsor, maka pada saat itu juga langsung mendapatkan hak keahlian, di mana dengan keanggotaanya itu dia dapat memasarkan produk dan akan mendapat komisen dari setiap jualan yang berlaku




AdSense adalah program kerjasama pengiklanan melalui media Internet yang diadakan oleh Google. Melalui program pengiklanan AdSense, pemilik laman web atau blog yang telah mendaftar dan disetujui keanggotaannya boleh memasang unit iklan yang bentuk dan materinya telah ditentukan oleh Google di laman web mereka. Pemilik laman web atau blog akan mendapatkan pendapatan berupa pembahagian keuntungan dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung laman web, yang dikenali sebagai sistem pay per click (ppc) atau bayar per klik.


Selain menyediakan iklan-iklan dengan sistem bayar per klik, Google AdSense juga menyediakan AdSense untuk carian (AdSense for Search) dan iklan arahan (Referral). Pada AdSense untuk carian, pemilik laman web boleh memasang kotak carian Google di laman web mereka. Pemilik laman web akan mendapatkan pendapatan dari Google untuk setiap carian yang dilakukan pengunjung melalui kotak pencarian tersebut, yang berlanjutan dengan klik pada iklan yang disertakan pada hasil carian. Pada iklan arahan, pemilik laman web akan menerima pendapatan selepas klik pada iklan berlanjut dengan tindakan tertentu oleh pengunjung yang telah dipersetujui antara Google dengan pengiklan tersebut.

Keyword adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan anda dalam publishing business. Penguasaan anda dalam mendapatkan keyword yang berkualiti akan mampu membuatkan anda bersaing dengan internet marketer yang lain. 80 sehingga 90%kebanyakan masa internet marketer digunakan untuk melakukan penyelidikan keyword yang ingin mereka sasarkan.

Mereka yang mempunyai modal akan mendapatkan software untuk melakukan kerja-kerja tersebut atau “outsource” kepada mereka yang mahir dalam penyelidikan keyword (keyword research). Keyword anda menentukan “Niche Market” dan kandungan blog yang akan anda bina. Perlu difahami disini bahawa anda perlu mensasarkan pengunjung yang menggunakan enjin pencari untuk membawa atau menarik mereka datang ke laman blog anda. Kerana trafik yang didapati dari enjin pencari adalah lebih fokus dan berkualiti, ini adalah kerana pengguna akan menggunakan keyword untuk mencari sesuatu maklumat di internet.
Sebagai contoh pengunjung ingin bercuti ke Sabah dan mereka memerlukan hotel untuk
menginap disana, maka keyword yang pengunjung akan gunakan untuk mencari
maklumat penginapan atau hotel disana adalah "Hotel Sabah".



Anda perlu mengetahui bahawa sekiranya anda ingin membina lama blog berdasarkan keyword
"Hotel Sabah", anda akan bersaing dengan 85900 pages yang telah pun tersenarai di google. Sebab itulah saya katakan tadi memilih keyword sangat penting dalam menentukan kejayaan anda dalam publishing business.




Terdapat banyak laman-laman yang menyediakan perkhidmatan untuk keyword research seperti;
https://freekeywords.wordtracker.com/
http://www.searchenginegenie.com/keyword-suggestion-tool/index.php
http://styleguide.yahoo.com/resources/research-tools/keyword-research-tools
http://www.googlekeywordtool.com/
http://www.nichebotclassic.com/
http://www.semrush.com/
https://adwords.google.com/o/KeywordTool
http://ahrefs.com/
http://ubersuggest.org/
http://www.keywordspy.com/
http://www.keyworddiscovery.com/search.html
http://www.google.com/trends/
http://www.google.com/trends/explore
http://www.wordstream.com/keywords




Selamat Research....




Thursday, 24 January 2013

Ebook Programming Google App Engine


Google App Engine adalah aplikasi perkhidmatan web hosting.  Google App Engine merupakan sebuah Paas (Platform as a Service) yang menawarkan perkhidmatan cloud computing secara percuma. App Engine merupakan platform yang membolehkan pemaju untuk membuat dan menjalankan aplikasi-aplikasi web dengan kemudahan hosting di server Google. Google App Engine menyokong aplikasi yang ditulis dalam bahasa pemograman. Dengan persekitaran runtime Java App Engine, pengguna boleh membina aplikasi yang menggunakan standard teknologi Java, termasuk JVM, Java servlet, dan bahasa aturcara java. Google App Engine direka untuk memudahkan pembangunan aplikasi rangkaian dengan memanfaatkan infrastruktur dan teknologi yang Google biasa gunakan untuk produk-produk mereka sendiri, seperti Gmail, Google+, dan Google Search.

Antara kelebihan Google Apps Engine adalah;

  • Google App Engine ini adalah perkhidmatan ini disediakan secara percuma. 
  • Penggunaannya tidak terbatas (unlimited).
  • Perkhidmatan Google App Engine juga bersepadu dengan pelbagai perkhidmatan yang lain dari Google
  • Setiap data yang kita simpan di Google App Engine secara automatik direplikasi beberapa kali oleh Google dan disimpan di pelbagai datacenter Google yang tersebar di seluruh dunia.







Download ebook Programming Google App Engine. Antara perkara yang di sentuh adalah;

1. Introducing Google App Engine 1
The Runtime Environment 2
The Static File Servers 4
The Datastore 4
Entities and Properties 5
Queries and Indexes 6
Transactions 6
The Services 8
Google Accounts 9
Task Queues and Cron Jobs 9
Developer Tools 10
The Administration Console 11
Things App Engine Doesn’t Do...Yet 12
Getting Started 13

2. Creating an Application 15
Setting Up the SDK 15
Installing the Python SDK 16
Installing the Java SDK 20
Developing the Application 24
The User Preferences Pattern 24
Developing a Python App 25
Developing a Java App 39
The Development Console 54
Registering the Application 55
The Application ID and Title 57
Setting Up a Domain Name 58
Google Apps and Authentication 59
Uploading the Application 60

Introducing the Administration Console 61


3. Handling Web Requests. 63
The App Engine Architecture 64
Configuring the Frontend 66
Configuring a Python App 66
Configuring a Java App 68
Domain Names 69
App IDs and Versions 70
Request Handlers 72
Static Files and Resource Files 75
Secure Connections 81
Authorization with Google Accounts 83
How the App Is Run 85
The Python Runtime Environment 86
The Java Runtime Environment 87
The Sandbox 88
App Caching 89
Logging 93
Quotas and Limits 96
Request Limits 96
CPU Limits 97
Service Limits 98
Deployment Limits 98
Billable Quotas 100
Resource Usage Headers 101


4. Datastore Entities. 103
Entities, Keys, and Properties 104
Introducing the Python Datastore API 105
Introducing the Java Datastore API 108
Property Values 110
Strings, Text, and Blobs 112
Unset Versus the Null Value 112
Multivalued Properties 113
Keys and Key Objects 114
Using Entities 116
Getting Entities Using Keys 116
Inspecting Entity Objects 117
Saving Entities 118
Deleting Entities 119


5. Datastore Queries. 121
Queries and Kinds 122
Query Results and Keys 122
GQL 123
The Python Query API 126
The Query Class 127
GQL in Python 128
Retrieving Results 129
Keys-Only Queries 131
The Java Query API 132
Keys-Only Queries in Java 133
Introducing Indexes 134
Automatic Indexes and Simple Queries 136
All Entities of a Kind 137
One Equality Filter 137
Greater-Than and Less-Than Filters 138
One Sort Order 139
Queries on Keys 141
Kindless Queries 142
Custom Indexes and Complex Queries 143
Multiple Sort Orders 143
Filters on Multiple Properties 144
Multiple Equality Filters 147
Not-Equal and IN Filters 150
Unset and Nonindexed Properties 150
Sort Orders and Value Types 152
Queries and Multivalued Properties 153
A Simple Example 153
MVPs in Python 154
MVPs and Equality Filters 155
MVPs and Inequality Filters 156
MVPs and Sort Orders 157
Exploding Indexes 159
Configuring Indexes 159
Index Configuration for Python 160
Index Configuration for Java 161


6. Datastore Transactions. 163
Entities and Entity Groups 165
Keys, Paths, and Ancestors 166
Ancestor Queries 167
What Can Happen in a Transaction 168
Transactional Reads 169

 Transactions in Python 169
Transactions in Java 172
How Entities Are Updated 175
How Entities Are Read 178
Batch Updates 179
How Indexes Are Updated 180

7. Data Modeling with Python. 183
Models and Properties 184
Property Declarations 185
Property Value Types 186
Property Validation 187
Nonindexed Properties 188
Automatic Values 189
List Properties 190
Models and Schema Migration 191
Modeling Relationships 192
One-to-Many Relationships 195
One-to-One Relationships 195
Many-to-Many Relationships 196
Model Inheritance 198
Queries and PolyModels 199
Creating Your Own Property Classes 200
Validating Property Values 201
Marshaling Value Types 202
Customizing Default Values 204
Accepting Arguments 205

8. The Java Persistence API. 207
Setting Up JPA 208
Entities and Keys 209
Entity Properties 212
Embedded Objects 213
Saving, Fetching, and Deleting Objects 214
Transactions in JPA 216
Queries and JPQL 217
Relationships 220
For More Information 225

9. The Memory Cache. 227
The Python Memcache API 228
Setting and Getting Values in Python 229
Setting and Getting Multiple Values 230

Memcache Namespaces 231
Cache Expiration 231
Deleting Keys 232
Memcache Counters 233
Cache Statistics 233
The Java Memcache API 234

10. Fetching URLs and Web Resources .239
Fetching URLs in Python 240
Fetching URLs in Java 242
Asynchronous Requests in Python 244
RPC Objects 246
Processing Results with Callbacks 247

11. Sending and Receiving Mail and Instant Messages. 251
Enabling Inbound Services 253
Sending Email Messages 254
Sender Addresses 255
Recipients 256
Attachments 257
Sending Email in Python 258
Sending Email in Java 261
Receiving Email Messages 263
Receiving Email in Python 264
Receiving Email in Java 266
Sending XMPP Messages 267
Sending a Chat Invitation 269
Sending a Chat Message 270
Checking a Google Talk User’s Status 271
Receiving XMPP Messages 272
Receiving XMPP Messages in Python 273
Receiving XMPP Messages in Java 275

12. Bulk Data Operations and Remote Access .277
Setting Up the Remote API for Python 278
Setting Up the Remote API for Java 279
Using the Bulk Loader Tool 280
Installing SQLite 280
Backup and Restore 281
Uploading Data 282
Downloading Data 286
Controlling the Bulk Loader 289
Using the Remote Shell Tool 290

Using the Remote API from a Script 291

13. Task Queues and Scheduled Tasks. 293
Task Queues 294
Processing Rates and Token Buckets 295
Elements of a Task 296
Task Handlers and Retries 297
Testing and Managing Tasks 299
Using Task Queues in Python 299
Using Task Queues in Java 304
Transactional Task Enqueueing 307
Scheduled Tasks 308

14. The Django Web Application Framework . 313
Installing Django 314
Creating a Django Project 315
The Request Handler Script 316
The Django App Engine Helper 317
Creating a Django Application 320
Using App Engine Models With Django 322
Using Django Unit Tests and Fixtures 324
Using Django Forms 327

15. Deploying and Managing Applications .333
Uploading an Application 334
Using Versions 335
Managing Service Configuration 337
Managing Indexes 337
Browsing and Downloading Logs 339
Inspecting the Datastore 342
Application Settings 342
Managing Developers 343
Quotas and Billing 344
Getting Help 345



.

 

 

Saturday, 5 January 2013

Cara unblock website yang disekat


Sambungan entry sebelum ini iaitu Cara Unblock Facebook di Office, yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Biasa la, sistem security pun sentiasa di-update dan di-upgred.. macam software antivirus, sentiasa diupdate kerana ribuan virus dicipta sehari.

Bagi entry kali ini, saya ketengahkan suatu software UltraSurf 12.01.

UltraSurf adalah program ringan freeware yang direka sebagai alat anti-penapisan. Ia membolehkan untuk memintas firewall yang menggunakan proksi dan menggunakan protokol untuk privasi. Walaupun IP Address anda telah diblock untuk melayari sesebuah laman tertentu seperti facebook dan youtube, tetapi dengan software ini anda dapat mengakses sesuatu laman internet dengan mudah.

UltraSurf adalah produk dari Ultrareach Internet Corporation. Awalnya dibuat untuk membantu pengguna internet di China bagi kebebasan dalam dunia online. UltraSurf kini telah menjadi yang paling popular di dunia pro-privasi, anti-sensor, dengan jutaan orang menggunakannya untuk melewati firewall dan melindungi identitas online mereka.


Software unblock laman website yang disekat
UltraSurf 12.01

File size:    1.31MB (1,376,179 bytes)

Requirements:    Windows 2000 / XP / Vista / Windows7 / XP64 / Vista64 / Windows7 64 / Windows8 / Windows8 64

Author:    UltraReach Internet Corp.


Video UltraSurf

.