Tuesday, 12 June 2012

Filem Seram: Hantu Tanah Kusir

Sebuah Film Horor Indonesia yang berjudul Hantu Tanah Kusir 



Jupri mewarisi delman kakak iparnya. Karena sepi penumpang, Kirno, sahabatnya menyarankan Jupri untuk meminta berkah ke kuburan. Ternyata delmannya malah tertukar dengan delman hantu tanah kusir. Nasib Jupri berubah seketika. Penumpangnya ramai seketika. Namun semuanya tang berlangsung lama, ketika muncul Odong bersama Pauline, gadis Jepang yang seksi, Hantu tanah kusir mulai menagih janji.



layan jerr lah... time boring2 ni ;)

Filem seram cerita seram cerita hantu


Tuesday, 29 May 2012

Elak Spyware Malware Dengan Sandboxie



Anda mungkin bosan berurusan dengan perisian penyangak, spyware dan malware?

Anda juga mungkin telah menghabiskan terlalu banyak masa untuk mengeluarkan perisian yang tidak diminta?

Atau bimbang tentang klik link web yang tidak dikenali?

Jom guna "Sandboxie"


Apa itu Sandboxie?

Sandboxie menjalankan program anda di ruang terpencil yang menghalang mereka daripada membuat perubahan kekal kepada program dan lain-lain data dalam komputer anda. Dengan kata lain ia dapat mengelak data-data komputer anda diubah.


Kelebihan Sandboxie

Pelayaran internet yang terlindung: Menjalankan pelayar web anda di bawah perlindungan Sandboxie bererti bahawa semua perisian berbahaya yang telah dimuat turun oleh web browser terperangkap dalam kotak Sanboxie dan boleh dibuang dengan mudah.

Privasi yang lebih: Browsing history, cookies, dan fail-fail sementara cache (temporary file) dikumpulkan semasa melayari internet kekal tinggal di dalam Sanboxie dan tidak bocor ke Windows.

E-mel yang lebih selamat: Virus dan perisian berbahaya yang lain yang mungkin bersembunyi di dalam e-mel anda tidak boleh keluar dari kotak Sandboxie dan tidak dapat menjangkiti sistem anda.

Windows Tetap Lancar: Mencegah kerosakan pada Windows dengan memasang perisian ke dalam sandbox yang terpencil.

Download jer percuma software Sanboxie
atau search jer di google


selamat mencuba...

Cara Delete Fail Yang Sukar


Sesetengah file tu, susah betul nak delete... macam2-macam mesej dia keluar seperti;

  • Cannot delete folder: It is being used by another person or program
  • Cannot delete file: Access is denied
  • There has been a sharing violation.
  • The source or destination file may be in use.
  • The file is in use by another program or user.
  • Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.

Download software Unlocker

Nak download tu, cari jer lah kat google... ( search unlocker ) atau boleh terus download secara percuma di filehippo.com


Tutorial / Cara Penggunaan 

hihihi, cara untuk delete fail yang degil tu sebenarnya mudah saja... guna jer software "Unlocker" .

Caranya hanya klik kanan folder atau fail dan pilih Unlocker.


Selesai...

Kalau folder atau fail dikunci pula , satu senarai tetingkap loker akan muncul. Hanya klik Unlock All.

Selamat mencuba....!

Friday, 9 March 2012

Tutorial Dapatkan 1000 Likes 1000 Followers 1000 Pageviews



Salam pengunjung... ;)
Sebelum ni saya pernah cerita tentang bagai mana ping blog anda ke 49 laman sosial dengan 1 klik.
Hari ni saya nak kongsi satu lagi cara untuk kongsi laman sosial anda, dan ia juga boleh digunakan untuk menarik ramai pengunjung ke web, blog twitter atau laman fun facebook anda. Ia adalah cara paling mudah untuk dapatkan 1000 LIKES, 1000 FOLLOWERS & 1000 PAGEVIEWS dalam beberapa jam secara percuma.

ok pendekkan cite, untuk dapatkan 1000 Likes 1000 Followers 1000 Pageviews adalah dengan cara daftar di youlikehits.com

Cara daftar.

1. Klik link tersebut " Daftar"


2. Lengkapkan maklumat pendaftaran dengan memasuki password yang sukar digodam

3. Setelah anda daftar, anda akan lihat paparan seperti dibawah;


4. Dapatkan Activation Code di inbox email anda.

5. Setelah anda aktifkan kod akaun anda. anda perlu setting laman-laman sosial anda mengikut kategori seperti twitter, facebook, google, my space, youtube, digg dan website anda.


Semasa anda setting laman sosial, anda perlu tetapkan berapa point yang anda ingin bayar bagi setiap klik. Ini bermakna anda bayar bagi setiap klik dalam bentuk point. Jangan takut, kerana semua point tersebut anda boleh perolehi dengan percuma.

Bagaimana untuk anda perolehi point dari youlikehits.com?

Caranya mudah sahaja,



Pertama anda boleh dapatkan point dengan melawat laman-laman sosial member youlikehits.com, contohnya, anda klik Tab Websites, dan klik "Visit", tunggu dalam 20 saat.. nah! point telah dikreditkan ke akaun anda.



Kedua adalah klik "Claim 50 Free Points Daily" pada setiap hari


so ape lagi?
jom daftar youlikehits.com sekarang

selamat mencuba....

Wednesday, 22 February 2012

Cara Remove Timeline Facebook

hihihi.. akhirnya ade juga cara nak remove timeline yang memeningkan kepala. Setelah ramai yang komplen pasal timeline yang tak boleh ditukar, kini dah boleh tukar dengan mudah!

caranya, layari www.timelineremove.com


kliklah, mana-mana icon sama ada mozilla, Chrome atau internet explorer.


Klik Install Now

selesai............

Selamat mencuba :)

Sunday, 5 February 2012

Tutorial Cara Pasang Chatting Room di Blog



Laman sembang, Shoutbox, Chatting salah satu elemen penting dalam blog. Tujuannya untuk memeriahkan blog, forum, atau website. Selain tu, dari sudut SEO  ia juga adalah digunakan untuk meningkatkan traffic blog dengan cara blogwalking.

Fibox adalah salah satu Shoutbox yang terbaik masa ni. Fibox adalah platform sembang yang PERCUMA. Sebelum saya cite tentang fibox chat, jom kita tempek Fibox chat kat blog, forum, atau web dahulu. caranya.....

1. Buka laman fibox.ws

2. Daftar dengan klik "Sign Up" atau klik "Get your own fibox"


3.  Bila dah klik, akan keluarlah paparan seperti dibawah.
     Ada dua cara anda untuk daftar ; i.  Isi sahaja maklumat yang diminta dan klik continue.  ATAU
                                                        ii. Klik "Login with facebook"


4. Bila dah daftar.. buka email anda untuk klik pengesahan.

5.Pastu Login dengan masukkan email dan password yang anda telah daftarkan.


6.  dan paparan seperti dibawah akan keluar.. klik jer "Setting"


7. nah... copy lah script yang diberi dan tempek kat blog anda di Gadget html



Selesai.... ;)


ok sekarang saya nak bagitau ape yang best dengan fibox chat ni. Sebenarnya selain dari menukar warna, kita boleh masukan aminasi-aminasi dalam fibox chat. selain tu kita juga boleh haramkan mana-mana blog dari memasuki blog kita. lagi kita juga boleh menapis kata-kata lucah, kurang hajar, maki hamun dan yang setaraf dengan nya... caranya? lakukan tetapan di tab settings.



Selamat mencuba...

Wednesday, 1 February 2012

Cara Kesan Pencuri Wifi Anda


Sebenarnya banyak software untuk curi password wifi di pasaran. Tapi entri ni bukan nak ajar crack atau hack password wifi jiran. kekeke...

Apa yang saya nak kongsikan disini adalah cara untuk mengesan wifi kita telah dicuri dan seterusnya cut line pencuri tersebut.

Caranya mudah jerr... download software Wireless Network Watcher.

Wireless Network Watcher adalah suatu utiliti yang boleh mengimbas rangkaian wayarles kita dan memaparkan senarai semua komputer serta peranti yang disambungkan ke rangkaian wifi kita.

Senang cite kita boleh tahu alamat IP, MAC address, dan jenis komputer pencuri tersebut. Semua butiran-butiran tu pula, kita boleh simpan dalam bentuk  html / xml / file csv / teks dan sebagainya.

Wireless Network Watcher hanya sesuai bagi Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003/2008, Windows Vista, and Windows 7

Selamat mencuba..... ;)