Tuesday, 29 May 2012

Elak Spyware Malware Dengan Sandboxie



Anda mungkin bosan berurusan dengan perisian penyangak, spyware dan malware?

Anda juga mungkin telah menghabiskan terlalu banyak masa untuk mengeluarkan perisian yang tidak diminta?

Atau bimbang tentang klik link web yang tidak dikenali?

Jom guna "Sandboxie"


Apa itu Sandboxie?

Sandboxie menjalankan program anda di ruang terpencil yang menghalang mereka daripada membuat perubahan kekal kepada program dan lain-lain data dalam komputer anda. Dengan kata lain ia dapat mengelak data-data komputer anda diubah.


Kelebihan Sandboxie

Pelayaran internet yang terlindung: Menjalankan pelayar web anda di bawah perlindungan Sandboxie bererti bahawa semua perisian berbahaya yang telah dimuat turun oleh web browser terperangkap dalam kotak Sanboxie dan boleh dibuang dengan mudah.

Privasi yang lebih: Browsing history, cookies, dan fail-fail sementara cache (temporary file) dikumpulkan semasa melayari internet kekal tinggal di dalam Sanboxie dan tidak bocor ke Windows.

E-mel yang lebih selamat: Virus dan perisian berbahaya yang lain yang mungkin bersembunyi di dalam e-mel anda tidak boleh keluar dari kotak Sandboxie dan tidak dapat menjangkiti sistem anda.

Windows Tetap Lancar: Mencegah kerosakan pada Windows dengan memasang perisian ke dalam sandbox yang terpencil.

Download jer percuma software Sanboxie
atau search jer di google


selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment