Showing posts with label SEO. Show all posts
Showing posts with label SEO. Show all posts

Friday, 6 March 2015

Iklan Bisnes Online cara mudah

Jadikan Pengunjung sebagai Pembeli

Dalam bisnes online atau perniagaan internet, pengiklanan adalah merupakan suatu elemen yang penting dalam meningkatkan jualan. Facebook, blog, instagram, pinterest dan youtube menjadi platform untuk mempromosi dan mengiklan bisnes online. Semakin banyak pengunjung maka semakin banyak lah pembelian.

Walaubagaimanapun tak semua pengunjung melakukan pembelian. Kini ada sebuah program Retargeting yang mengejar setiap penunjung yang hadir untuk window shopping. Teknik ini diguna pakai oleh syarikat-syarikat seperti Lazada, Zalora, Trivago dan juga google.

Untuk membuat retargeting, penjual perlu memperoleh data akses cookies untuk meletakkan kod khas yang dinamakan kod 'Tracking Pixel ke dalam Webiste milik penjual. kerja-kerja retargeting ini merupakan kerja yang Leceh. Apatah lagi jika kita langsung tiada pengetahuan tentang coding dan programming!

Kini terdapat sebuah aplikasi iaitu Instant Retargeter yang dapat TUKAR prospek dan Pelawat anda kepada PEMBELI dengan mudah!

Tidak Perlu susah-susah masukkan tracking pixel ke dalam website!

Tidak perlu buat website atau 'back link site ' sendiri semata-mata untuk lakukan retargeting ke atas promosi affliate!

Tidak perlu penat-penat mengumpul E-MAIL prospek untuk followup!


Dengan Instant Retargeter kata boleh Retarget sebarang website atau link seperti Site Affliate, Blog, Facebook Page, Website klon, dan Minisite.






Monday, 15 September 2014

Cara memasukkan Meta tags Blogspot


Meta Tags atau kata kunci adalah syarat SEO yang sangat penting dalam sesebuah blog. Untuk mendapatkan rangking dalam enjin carian, anda perlu menambah meta tag dalam template anda. Meta tags membantu untuk meningkatkan trafik blog anda secara sihat.

Cara memasukkan Meta tags dalam template blog.

1. Log in blogger anda.
2. Klik template dan klik edit html. (Harap anda copy template terlebih dahulu sebagai back up )
3. Cari kod " <b:include data=’blog’ name=’all-head-content’/> "
4. Copy kod dibawah;

<b:if cond='data:blog.url == "URL BLOG"'>
<meta content='PENERANAGN TENTANG BLOG' name='description'/>
<meta content='KEYWORD1,KEYWORD2,KEYWORD3,KEYWORD4,KEYWORD5,KEYWORD6' name='keywords'/>
<meta content='NICKNAME ANDA' name='author'/>
</b:if>

5. Paste kod tersebut dibawah " <b:include data=’blog’ name=’all-head-content’/> "
6. Klik save

Selamat mencuba...

Saturday, 28 September 2013

Aplikasi Facebook untuk usahawan internet dan blogger


Facebook  telah menyediakan beberapa Aplikasi yang boleh dimanfaatkan bagi usahawan internet dan blogger untuk menaikan trafik dan jualan affiliate mereka.

Anda boleh mencipta pelbagai aplikasi untuk membangunkan empayar perniagaan anda sendiri. Kini, banyak jenis aplikasi yang diguna pakai baik berbayar mahupun percuma. Jika anda tidak tahu cara untuk membina aplikasi sendiri, terdapat banyak jenis aplikasi yang boleh anda beli dipasaran untuk membantu anda memasarkan perniagaan anda di facebook. Antaranya seperti;


1.  Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
     Kuasai Automasi Pemasaran FaceBook 24 Jam Sehari Menggunakan Kuasa Robot.


2. Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!
    Rahsia Merampas Trafik Percuma Dan Tanpa Had Dari FaceBook


3. Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!
    Sebuah aplikasi yang berkonsepkan viral dan mempunyai fungsi-fungsi yang dapat meningkatkan jualan         kepada pemilik bisnes di Facebook


4. LIKE WARRIOR untuk Blogger - Teknik Berkesan dapatkan Likes
    Teknik RAHSIA mendapatkan LIKE & TRAFFIK BESAR-BESARAN dengan menggunakan platform     Blogger. Teknik Paling Berkesan.


5. Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
    Tingkatkan Like Fanpage Dengan Kuasa Viral Aplikasi FB


6. TackThis – Create an Online Shopping Store and Facebook Shop
    TackThis allows anyone to start their own e-stores on Facebook, blogs, and websites. Simple and fast         setup. Sellers will have full control over their inventory, orders, and payment methods.


7. DVD Latest FB Ads Marketing
    DVD Yang Membongkarkan Rahsia Bagaimana Untuk Letupkan Jualan Anda Lebih 300% dengan FB         Ads


Selain aplikasi diatas, terdapat juga beberapa aplikasi facebook yang percuma dan mungkin berguna untuk perniagaan anda atau menaikan trafik laman web, blog atau laman affiliate anda. Antaranya adalah seperti;

Networked Blogs :
Aplikasi ini membenarkan anda mempromosikan blog anda di facebook dan boleh dihubungkan ke wall dan page facebook anda

Social Rss :
Membantu anda menaikkan brand perniagaan anda

Business Card :
Membenarkan anda mengepilkan kad perniagaan anda dalam mesej facebook

Phonebook :
Aplikasi ini membenarkan anda menghantar pesanan suara kepada ahli facebook sambil memastikan nombor telefon anda tidak dipaparkan.

Twitter application :
Membenarkan anda untuk melihat siapa rakan facebook anda yang mengupdate
status di twitter, menggalakan rakan facebook anda follow anda di twitter.

Facebook Video :
Sekarang facebook video menyokong HD kualiti video yang tinggi. Anda boleh share, boleh setup siapa yang tonton video anda dan amat sesuai digunakan dalam perniagaan anda. Video memberikan lebih impression kepada prospek.

Ecwid/vendor :
Siapa kata anda tidak boleh buat kedai online secara percuma? Dengan adanya application terbaru ini anda dapat bina kedai online berkonsepkan shopping cart.

Facebook Voicemail :
Aplikasi ini membolehkan anda menghantar pesanan suara kepada rakan di facebook.

Static Fbml :
Static fbml adalah aplikasi yang berfungsi seperti html. Dengan adanya aplikasi ini di page anda ia dapat menyokong kemasukan widget, gambar dan sebagainya

Rss Graffiti :
Membantu anda untuk menyebarkan kandungan sama ada dari web, blog anda ke facebook profile anda.


Facebook Comment :
Facebook comment adalah salah satu tool yang membantu promosi anda bergerak secara viral. Facebook comment ini juga amat sesuai bagi pemilik-pemilik web yang mengupah ejen affiliate mereka. Dengan adanya facebook comment ejen affiliate tidak akan bersusah payah menyebarkan link affiliate mereka banyak kali. Sekali mereka post di facebook comment post mereka akan turut kelihatan pada profile mereka. Apa yang menariknya jika rakan-rakan klik pada link yang disebarkan dari post tadi, maka rakan-rakan anda akan dibawa ke web affiliate anda dengan kod affiliate anda.


Friday, 8 February 2013

14 laman Research Keyword tool


Keyword adalah kata kunci yang digunakan dalam sebuah website agar website tersebut dapat dijumpai. Keyword digunakan oleh pengguna internet untuk melakukan carian dengan menaip kata kunci yang inggin mereka cari.  Ini bermakna keyword tool amat penting untuk  Google AdSense, eBay marketing, bisnes affiliate, dan SEO blog atau sesebuah website.


eBay adalah platform pasaran dunia secara online iaitu tempat bagi pembeli dan penjual berhimpun dan berdagang apa saja. eBay dilancarkan tahun 1995, eBay bermula sebagai tempat untuk berniaga barang koleksi dan barang yang sukar ditemui. Sejak itu, eBay telah berkembang menjadi ajang pasar tempat anda dapat mencari segala sesuatu, dari telefon bimbit dan DVD hingga pakaian, barang koleksi dan kereta.



Affiliate marketing adalah perniagaan online atau perniagaan reseller. Arti sebenarmya dari affiliate atau reseller yang bererti ketika seorang pelanggan membeli sebuah produk yang di dapatkan dari sponsor, maka pada saat itu juga langsung mendapatkan hak keahlian, di mana dengan keanggotaanya itu dia dapat memasarkan produk dan akan mendapat komisen dari setiap jualan yang berlaku




AdSense adalah program kerjasama pengiklanan melalui media Internet yang diadakan oleh Google. Melalui program pengiklanan AdSense, pemilik laman web atau blog yang telah mendaftar dan disetujui keanggotaannya boleh memasang unit iklan yang bentuk dan materinya telah ditentukan oleh Google di laman web mereka. Pemilik laman web atau blog akan mendapatkan pendapatan berupa pembahagian keuntungan dari Google untuk setiap iklan yang diklik oleh pengunjung laman web, yang dikenali sebagai sistem pay per click (ppc) atau bayar per klik.


Selain menyediakan iklan-iklan dengan sistem bayar per klik, Google AdSense juga menyediakan AdSense untuk carian (AdSense for Search) dan iklan arahan (Referral). Pada AdSense untuk carian, pemilik laman web boleh memasang kotak carian Google di laman web mereka. Pemilik laman web akan mendapatkan pendapatan dari Google untuk setiap carian yang dilakukan pengunjung melalui kotak pencarian tersebut, yang berlanjutan dengan klik pada iklan yang disertakan pada hasil carian. Pada iklan arahan, pemilik laman web akan menerima pendapatan selepas klik pada iklan berlanjut dengan tindakan tertentu oleh pengunjung yang telah dipersetujui antara Google dengan pengiklan tersebut.

Keyword adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan anda dalam publishing business. Penguasaan anda dalam mendapatkan keyword yang berkualiti akan mampu membuatkan anda bersaing dengan internet marketer yang lain. 80 sehingga 90%kebanyakan masa internet marketer digunakan untuk melakukan penyelidikan keyword yang ingin mereka sasarkan.

Mereka yang mempunyai modal akan mendapatkan software untuk melakukan kerja-kerja tersebut atau “outsource” kepada mereka yang mahir dalam penyelidikan keyword (keyword research). Keyword anda menentukan “Niche Market” dan kandungan blog yang akan anda bina. Perlu difahami disini bahawa anda perlu mensasarkan pengunjung yang menggunakan enjin pencari untuk membawa atau menarik mereka datang ke laman blog anda. Kerana trafik yang didapati dari enjin pencari adalah lebih fokus dan berkualiti, ini adalah kerana pengguna akan menggunakan keyword untuk mencari sesuatu maklumat di internet.
Sebagai contoh pengunjung ingin bercuti ke Sabah dan mereka memerlukan hotel untuk
menginap disana, maka keyword yang pengunjung akan gunakan untuk mencari
maklumat penginapan atau hotel disana adalah "Hotel Sabah".



Anda perlu mengetahui bahawa sekiranya anda ingin membina lama blog berdasarkan keyword
"Hotel Sabah", anda akan bersaing dengan 85900 pages yang telah pun tersenarai di google. Sebab itulah saya katakan tadi memilih keyword sangat penting dalam menentukan kejayaan anda dalam publishing business.




Terdapat banyak laman-laman yang menyediakan perkhidmatan untuk keyword research seperti;
https://freekeywords.wordtracker.com/
http://www.searchenginegenie.com/keyword-suggestion-tool/index.php
http://styleguide.yahoo.com/resources/research-tools/keyword-research-tools
http://www.googlekeywordtool.com/
http://www.nichebotclassic.com/
http://www.semrush.com/
https://adwords.google.com/o/KeywordTool
http://ahrefs.com/
http://ubersuggest.org/
http://www.keywordspy.com/
http://www.keyworddiscovery.com/search.html
http://www.google.com/trends/
http://www.google.com/trends/explore
http://www.wordstream.com/keywords




Selamat Research....




Friday, 18 January 2013

Tips Bina SEO Web di Yahoo



Kebanyakkan Tip-tip SEO untuk blog web lebih cepat tersenarai di google. Di yahoo memang payah dan lambat.. berikut boleh dijadikan salah satu cara untuk cepatkan blog anda tersenarai di yahoo.com.

Struktur web.
Buat struktur navigasi yang rapi dan mudah dicapai. Begitu juga struktur URL yang tepat. Sediakan juga sitemap XML. Struktur web khususnya memegang peranan penting untuk SEO di yahoo. Kerana itu pastikan struktur web anda tersusun bukan secara rambang.

Kandungan unik dan berkualiti.

Soal kandungan sudah menjadi menu wajib untuk SEO, baik di Yahoo, Google atau Bing. Pastikan keyword yang anda guna benar-benar mantap.

Backlink harus berkualiti.
Pastikan anda mendapatkan backlink berkualiti dan sesuai dengan niche web atau blog anda. Juga bangun internal link yang sesuai.

Manfaatkan Yahoo Answer.
Anda boleh gunakan Yahoo Answer untuk memautkan link dari blog atau web anda. Namun begitu, pastikan link yang anda berikan relevan.


Manfaatkan Yahoo Messenger

guna ym untuk SEO blog

Masukan kata-kata dan url di status YM anda. Contohnya; Check, entah-entah ko orang ade sintom angau...  (masukkan link yang berkaitan contohnya http://downloadpelbagai.blogspot.com/2013/01/19-tanda-anda-telah-jatuh-cinta.html )


Gunakan Flickr.
Anda boleh tambah url web atau blog anda pada profil di Flickr.

Manfaatkan tag.
Bagi pengguna blog berasaskan wordpress, gunalah tag dengan sebaik-baiknya. Ini penting sebagai bahagian untuk membuat struktur blog yang teratur.

Webhosting yang boleh dipercayai.
Hal penting yang tidak boleh dilupakan adalah memilih webhosting yang boleh dipercayai. Ini sangat penting agar proses data transfer pada web boleh berlangsung dengan cepat.



Selain tips SEO di atas, anda juga harus elakkan dari perkara berikut;

  • Isi kandungan tidak sesuai dengan URL-nya halaman di-redirect ke halaman lain.
  • Autoblog
  • Kandungan copy paste.
  • Terdapat link atau kandungan yang tidak terlihat dari
  • Penggunaan pop up berlebihan yang menganggu keselesaan tetamu.

Walaubagaimanapun perlu ingat bahawa untuk blog anda terindeks di Yahoo memang agak lambat berbanding dengan cara terindeks google. Di Yahoo, usia domain amat mempengaruhi, selain struktur web, keyword density dan backlink.



Selamat berblogging...



Saturday, 22 December 2012

Maksud SEO dan Teknik SEO


SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization.

SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'ebook' di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO.

White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.

Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.

Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip perkataan 'download percuma' di laman web Google, alamat laman web http://downloadpelbagai.blogspot.com akan berada disenarai ke dua selepas gempak.org .

seo untuk blog


Secara automatik atau kebiasaan, pengguna akan cuba masuk ke laman web tersebut.


Artikal sebenar:
utusan.com.my






Tuesday, 11 December 2012

eBook Panduan SEO Rangkings


Panduan ini eBook percuma bertujuan untuk membantu anda memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting dalam Search Engine Optimization (SEO). Adalah penting untuk memahami bahawa SEO adalah satu proses yang memakan masa yang memerlukan komitmen yang serius.

Antara kandungan dalam buku tersebut;

1. Choosing a Domain Name
2. Optimizing the HEAD Section
3. Optimizing the BODY Section
  • Heading Tags
  • Hyperlinking
  • Content
  • Images
4. Importance of Backlinks
  • Easy ways to get some backlinks to your website quickly
  • Submitting to Web Directories
5. Taking Advantage of a Blog
  • How Blogging Helps with SEO
  • Blogging Platforms
  • Installing Wordpress
  • Wordpress Themes
6. Crucial SEO Mistakes to Avoid
7. Actionable SEO Checklist












Saturday, 24 November 2012

Punca blog aku slow

Widget adalah suatu aplikasi untuk website. Biasanya widget wujud dalam DHTML, JavaScript, atau Adobe Flash. Widget ni memang sempoi, blogger yang tak ada ijazah programmer (macam saya la,,huhuhu), pon boleh buat web site atau blog yang cantik. (bukan mcm blog saya, blog saya tak cantik..huhuhu).

Tapi, penggunaan widget ini, rupanya ada kesannya juga, iaitu blog menjadi berat!
Pelawat terpaksa menunggu untuk load page blog.

Bukti!

Dengan menggunakan servis dari 2 website iaitu, google developers dan GTmetrix.

Kedua-dua website tersebut asalnya adalah website yang membolehkan kita melihat kelajuan blog kita. Lebih menarik lagi, website tersebut menyediakan analisis kepada kita, iaitu punca atau sebab blog kita menjadi perlahan.

Saya dapati speed blog saya hanya Gred B (84%) , pada mulanya.


Tapi setelah saya buang beberapa widget dari gila ping (widget mini) dan busuk (shout busuk) saya dapati speed blog saya meningkat kepada gred A (93%)... dan analisis dari google developers adalah 92%. ..Emmmm boleh la


Sebenarnya, ade lagi punca-punya yang menyebabkan blog menjadi perlahan...

Salah satu faktor yang tinggi adalah saiz gambar. Hasil analisis, bukan saja gambar dalam blog saya menjadi punca tapi gambar dalam blog followers dan widget trafik  pun memberi kesan pada blog saya. Sebabnya saya menyiarkan (Publish) setiap entri terbaru dari follower saya. Tapi yer lah, itu pun salah satu SEO juga dan menjalin hubungan baik antara follower.

Selain gambar follower, gambar yang dipamirkan oleh widget juga menjadi faktor blog saya menjadi perlahan. Pendek kata, ape saja gambar yang ada dalam blog semua akan beri kesan pada kelajuan blog.

Kesimpulan; Jangan upload gambar yang terlalu berat atau besar. kecilkan saiz gambar dan save dalam format JPEG.

Sekian,
Salam perkongsian....





Tuesday, 18 September 2012

Tingkatkan SEO dengan NuffnangX


Nuffnang telah memperkenalkan NuffnangX.

Ape tu NuffnangX?

Dari yang saya faham, NuffnangX adalah salah satu  laman yang menyediakan aplikasi pembaca RSS  seperti Flipboard, Google Currents, dan Pulse.

NuffnangX juga merupakan salah satu laman sosial network. Maknanya, kita dapat menaikkan  SEO blog.
Selain tu kita tak perlu lagi follow blog melalui blog, kita hanya boleh follow blog hanya dengan menggunakan NuffnangX.

Yang best sekali, NuffnangX boleh diakses dengan pelbagai cara, antaranya;
  • menggunakan akaun facebook 
  • melalui email. 
  • melalui android 
  • dan Apple iOS




Monday, 10 September 2012

Download Ebook Squidoo Basics

Squidoo adalah merupakan satu laman web komuniti yang membolehkan pengguna untuk :
  • Mencipta halaman web yang dipanggil lense mengikut niche yang tersendiri.
  • Menaikkan trafik (bagus untuk SEO)
  • Sebagai pendapatan sampingan (side-income) iaitu cara paling mudah nak buat duit online tanpa modal.
  • Laman untuk mempromosikan link affiliate.

Saya pun baru dapat ebook ni, so jom sama-sama belajar
kalau berminat, macam biasa download jer tanpa bayaran



Antara topik-topik yang terkandung dalam ebook ni ;



Introduction. 4
Web 2.0. 4
Squidoo.com.. 6
Setting up a Lens Page. 8
What We Learned. 10
The “How To” Squidoo. 11
Not Just Another Content Based Site. 11
What We Learned. 12
Making Money From Squidoo. 14
Squidoo Marketing. 14
Create Your Lens. 16
Design Tips for Maximizing Visits. 17
Tags and Traffic. 19
Content and Copy. 20
What About Modules?. 21
Promoting Your Lens Pages. 22
Other Promotional Strategies. 23
How to Get Your Lenses Ranked in the Search Engines
How to Get Your Lenses Ranked in a Group on Squidoo
Lens Frequently Asked Questions. 30
Conclusions. 33


Selamat mencuba... 

Sunday, 12 August 2012

Cara Check Blog Di banned Oleh Google



Macam mana nak tahu sesebuah blog itu telah di banned oleh Google Search Engine dan Google AdSense?
Caranya mudah sahaja dengan menyemak di

http://bannedcheck.com/

atau

http://isbanned.com/

isbanned.com lebih menarik kerana selain dari kita dapat menyemak blog kita di banned oleh Google, isbanned.com juga menyediakan 2 Services lagi untuk SEO blog anda, iaitu;

  • Engines Submit
dan
  • Pagerank Button

Friday, 9 March 2012

Tutorial Dapatkan 1000 Likes 1000 Followers 1000 Pageviews



Salam pengunjung... ;)
Sebelum ni saya pernah cerita tentang bagai mana ping blog anda ke 49 laman sosial dengan 1 klik.
Hari ni saya nak kongsi satu lagi cara untuk kongsi laman sosial anda, dan ia juga boleh digunakan untuk menarik ramai pengunjung ke web, blog twitter atau laman fun facebook anda. Ia adalah cara paling mudah untuk dapatkan 1000 LIKES, 1000 FOLLOWERS & 1000 PAGEVIEWS dalam beberapa jam secara percuma.

ok pendekkan cite, untuk dapatkan 1000 Likes 1000 Followers 1000 Pageviews adalah dengan cara daftar di youlikehits.com

Cara daftar.

1. Klik link tersebut " Daftar"


2. Lengkapkan maklumat pendaftaran dengan memasuki password yang sukar digodam

3. Setelah anda daftar, anda akan lihat paparan seperti dibawah;


4. Dapatkan Activation Code di inbox email anda.

5. Setelah anda aktifkan kod akaun anda. anda perlu setting laman-laman sosial anda mengikut kategori seperti twitter, facebook, google, my space, youtube, digg dan website anda.


Semasa anda setting laman sosial, anda perlu tetapkan berapa point yang anda ingin bayar bagi setiap klik. Ini bermakna anda bayar bagi setiap klik dalam bentuk point. Jangan takut, kerana semua point tersebut anda boleh perolehi dengan percuma.

Bagaimana untuk anda perolehi point dari youlikehits.com?

Caranya mudah sahaja,



Pertama anda boleh dapatkan point dengan melawat laman-laman sosial member youlikehits.com, contohnya, anda klik Tab Websites, dan klik "Visit", tunggu dalam 20 saat.. nah! point telah dikreditkan ke akaun anda.



Kedua adalah klik "Claim 50 Free Points Daily" pada setiap hari


so ape lagi?
jom daftar youlikehits.com sekarang

selamat mencuba....

Tuesday, 24 January 2012

100 cara promosi untuk tingkatkan traffic web

Ramai di antara rakan-rakan kita di Internet yang mencari tips mengenai cara promosi, marketing dan advertising yang sesuai bagi web mereka sama ada untuk tujuan personal mahupun bisnes. Di sini saya berkongsi ebook iaitu tentang 100 cara promosi yang biasa dilakukan oleh ramai Internet Marketers di Malaysia. Semoga ia dapat membantu anda dlm mempromosikan web secara online ataupun offline. Di sini ada 100 cara promosi untuk tingkatkan traffic web anda seperti berikut :

1. Buat blog dan cerita tentang apa² perkembangan tentang web atau diri anda secara lebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines juga suka content yang relevant dan fresh spt di blogger.com. Jadikan blog anda sebagai satu alat promosi yang berkesan.

2. Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualiti dan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buat pelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi dan blog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.

3. Letakkan fungsi komponen viral seperti social bookmarking - del.icio.us , furl, digg, etc 

4. Berikan sesuatu percuma ‘free stuff’ atau ‘free download’ supaya orang seronok melayari web anda.

5. Sindiketkan content web anda dengan menggunakan function RSS supaya org lain boleh subscribe di mana² RSS reader.

6.  Letakkan video di Youtube atau Google Video dan masukkan sekali link / url web anda.

7.  Gunakan Flickr atau Fotolog sebagai batu loncatan promosi gambar-gambar berkaitan dengan web anda. Letakkan gambar yang kelakar atau lucu lebih baik untuk dapatkan publisiti mengenai web anda.

8.  Letak radio atau audio / video streaming di web anda bagi menarik pengunjung.

9.  Bagi ebook atau report free berkaitan apa² niche dan letakkan url web anda di dalamnya.

10.  Buat namecard / business card dan letakkan url web anda.

11.  Buat logo atau favicon utk web anda supaya jadikan ia unik dengan identiti tersendiri.

12.  Nama domain web anda yang ringkas dan tidak panjang supaya mudah diingati. Contoh : yahoo.com , gameboy.com

13.  Tak perlu heavy sangat graphic atau animation di web anda, hanya simple tapi padat serta loading time yang pantas bagi sesuatu web yang user friendly.

14.  Navigation button atau link di web anda yang tersusun dan sistematik supaya mudah dilayari dan tidak mengelirukan pengunjung.

15.  Jangan guna frames untuk web anda sebaliknya ganti dengan <iframe> , ini kerana loading time bg frame lambat dan banyak tidak compatible dengan beberapa browser.

16.  Kurangkan javascript kalau boleh kerana tidak semua web browser compatible atau berfungsi dengan semua jenis javascript.

17.  Pastikan tiada broken link di website anda. Customize page 404 supaya boleh link back ke mainpage web anda.

18.  Promosi web anda di search engines terutamanya Google , Siteadd.Com , Submitit.Com , Getsubmitted.Com , Trafficboost.Com.

19.  Promosi web anda melalui signature email. Setiap email yang dihantar kepada org lain sebaik-baiknya mempunyai signature url web atau email anda.

20.  Tulis artikel di mana2 web atau forum dan letakkan sekali url web anda.

21.  Jadi pengguna forum yang beretika dan letakkan signature web anda di setiap posting.

22.  Sekiranya web anda ada menawarkan produk/perkhidmatan adalah lebih baik disenaraikan di dalam Cari.Com.My Classified , Buysellbid.Com , Freeclassifiedlinks.Com

23.  Promosi percuma web anda di iklanpercuma.com

24.  Rajinkan diri anda untuk komen membina di web blog orang lain dan letakkan url link back ke web anda.

25.  Jadikan web anda multi language. Maknanya boleh dibaca dalam pelbagai bahasa.

26.  Buat pertandingan online (contest) / trivia quizzes bagi menarik pengunjung.

27.  Beri newsletter atau ezines percuma kepada semua orang dengan pengisian yang bermanfaat.

28.  Buat kerjasama atau JV melalui social networking spt blogger di MySpace, friendster, muslimspace, problogger untuk promosikan sesuatu tentang web anda. Contohnya lihat video streaming di web anda etc.

29.  Letakkan keywords di setiap image alt tags, ia memudahkan search engines menyenaraikan keyword image anda.

30.  Gunakan google sitemap untuk web anda.

31.  Guna WordPress untuk web/blog anda kerana ia SEO friendly.

32.  Gunakan metatag yang betul untuk web anda.

33.  Traffic Exchange / banner exchange dengan web lain.

34.  Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine (SE). Belajar memahami dengan baik mengenai SEO Method. Dapatkan ebook mengenai Google Secrets : How to get top ranking using SEO Method ..free seh.. mmg ebook yang cukup penting..

35.  Buat affiliate programme di website anda. Berikan komisyen dan dpt manfaat drpd win win situation utk anda serta pengunjung web anda. * Script Programme Affiliate mampu memberikan banyak keuntungan untuk masa panjang, ramai internet marketers telah berjaya meraih pulangan yang lumayan dengan affiliate programme ini.

36.  Buat page contact us atau feedback utk dapatkan maklumbalas mengenai web anda seterusnya perbaiki mana² bahagian yang perlu.

37.  Letakkan fungsi Email this page to friends , Tell A Friends atau Invite Friends ke web anda bagi meningkatkan trafik.

38.  Monitor aktiviti dan statistik web anda dengan google analytics supaya dapat buat research bahagian web mana yang banyak hits dan exkploitasi segenap peluang yang ada.

39.  Berikan soalan atau jawapan di yahoo answer dan buat link back ke web anda.

40.  Buat customized toolbar utk web anda dan berikannya percuma kepada semua orang.

41.  Gunakan Google Adwords atau PPC Campaign utk promosikan web anda.

42.  Promosi web melalui brochure, flyer dan buletin.

43.  Buat viral marketing (word of mouth) kepada semua orang seperti rakan kenalan dan keluarga.

44.  Buat banner atau simple button utk link ke web anda.

45.  Fikirkan sesuatu yang unik bagi web anda supaya orang dapat membezakan web anda berbanding website lain. Contohnya web protonclub.com mengenai kereta berbeza dengan web mymode.sefitrah.com mengenai bisnes melalui handphone.

46.  Buat video komersial / video reel ttg bisnes web anda dan promosikan di memana web contohnya di forum, blog, portal, classified etc.

47.  Beli domain yang pelbagai keywords dan point pada satu tempat utk tingkatkan trafik. Contohnya domain infobisnes.com , bisnes2u.com , tipsbisnes.com dipointkan pada satu tempat yang sama.

48.  Buat program offline contohnya motivasi/ceramah/seminar etc dan promosikan web anda.

49.  Sponsor program atau buat web percuma bagi memana organisasi pelajar. Contohnya web pelajar universiti, kolej, sekolah, kelab etc.

50.  Stay up to date dengan perkembangan semasa dunia. Contohnya ttg ipod, ps3, pc games, entertainment, politic, sports etc. Pastikan anda tidak ketinggalan dalam isu² terkini. Orang suka web yang diupdate dan mempunyai nilai dan isu² hangat.

51.  Buat forum atau portal sendiri kerana ia membolehkan pengunjung mengambil bahagian utk join posting di segmen² yang menarik.

52.  Letakkan pelbagai games menarik di web anda. Contohnya spt di miniclip.com

53.  Bina mailing list dengan menggunakan Opt in list. Ia membolehkan anda membuat promosi email marketing dengan cara yang betul tanpa spam.

54.  Belanja makan pakar online marketing & web advertising dengan itu kita leh dapat tips yang lebih gempak :)

55.  Invest sedikit duit utk promosi dan marketing dengan mendapatkan pelbagai buku, cd, artikel, source berkaitan untuk memperkayakan ilmu strategi dan skill anda. Dengan inilah kita akan jadi lebih pandai dan berjaya...

56.  Tulis review di dalam autoresponder anda mengenai software, music, video, movie, ebooks dan seagainya bagi mendapatkan feedback dan link back ke web anda.

57.  Guna shopping cart system utk jual produk dan dapatkan order di web anda. Dengan sistem ini membolehkan anda monitor order dan sales yg telah dibuat dengan lebih sistematik termasuk dapat mengetahui statistik produk yang mempunyai hits atau order tertinggi. Contoh web yang mengaplikasikan sistem shopping cart.

58.  Sekiranya bisnes anda jenis MLM dan ingin buat website adalah lebih baik gunakan web yang mempunyai fungsi auto replicator dan auto downline system. Ini kerana ia dapat generate level downline automatik di samping url web replicator yang boleh dimiliki mengikut ID masing-masing. Contoh web yang menggunakan autodownline / web replicator.

59.  Dapatkan komen dan review mengenai website anda daripada webmaster yang bertauliah, ini penting bagi mendapatkan tips dan cadangan pembaharuan yg perlu dilakukan bagi meningkatkan trafik web anda.

60.  Gunakan WordTracker bagi mencari keywords yang yang popular dan ranking tinggi dalam search engine seterusnya memanfaatkan keyword tersebut di web anda supaya mendapat ranking yang lebih baik.

61.  Submit url web anda di banyak Directory Listing seperti DMOZ.org , sbd.bcentral.com atau lihat listing directory di sini.

62.  Reliable web hosting.. gunakan web host yang berkualiti, pantas, 24/7 support dan ada CPanel. Jangan guna web hosting percuma sebab ia ada banyak problem berbanding paid web hosting. Dengan CPanel anda boleh setup guestbook, blog, forum, portal, autoresponder etc dengan beberapa klik mudah sahaja.

63.  Belajar daripada pesaing anda. Sekiranya dia melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain di websitenya anda juga boleh lakukan lebih baik dari itu lagi.

64.  Manfaatkan status instant messenger (YM, MSN, ICQ) sebagai tools yang boleh mempromosikan tentang web anda.

65.  JV dengan memana webmaster, internet marketers atau netpreneur bagi menjalankan bisnes yang sesama boleh untung. Contohnya JV dengan webmaster utk buat web/blog atau marketing percuma dan anda akan letakkan iklan service webmaster tersebut di web/blog atau autoresponder anda.

66.  Beli text ads atau banner di web yang mempunyai traffic tinggi. Contohnya iklan di utusan.com.my atau bharian.com.my yang potensi utk market seluruh malaysia serta trafik lebih daripada 1 juta seminggu.

67.  Manfatkan ‘paid advertising offline’ seperti buat sticker kereta dan edarkan percuma kepada semua orang biar dapat dilihat dan dapat diingati. Dengan itu kita dapat exposed url web anda melalui car sticker dan meraih trafik serta populariti secara online dan offline.

68.  Manfaatkan PageRank Calculator untuk menganalisis struktur link di web anda dan mengetahui tahap link anda di search engines. Perbaiki atau manfaatkan kelebihan dari populariti link anda.

69.  Lakukan sesuatu yang pelik atau kontroversi. Contohnya seperti tips daripada RussellBeattie.com : Here’s a traffic tip from Russell Beattie of RussellBeattie.com: “Take on Apple. Writing something bad about Steve Jobs or a new Apple product is the sure-fire way to get the zealots in a state of fury. Two days later and I’ve got 2000+ individual people visiting that post about the iPod photo, over 52 comments and lots of emails. This is tobe expected of course, but of the two or three times that I’ve done it and gotten such a response, it still surprises me.”

70.  Letakkan fungsi Add to favourites / Bookmark this page di web anda. At least ia memudahkan orang membuat rujukan nanti.

71.  Beri artikel tips percuma yang ada link back ke web anda pada pengunjung spt 10 tips menjimatkan prepaid handphone etc. Buat sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain ia akan memberi manfaat kepada anda juga.

72.  Develop web anda menggunakan konsep CTPM.

73.  Volunteerkan diri anda menjadi moderator memana segmen di forum yang besar terutamanya di www.terato.com , www.webkl.net , www.jiwang.org etc

74.  Buat testimoni mengenai apa² produk / service yang anda suka di web bagi menarik perhatian orang ramai membacanya.

75.  Sekiranya bisnes web anda menjual produk fizikal boleh manfaatkan listing di froogle. google.com

76.  Beri diskaun dan kupon istimewa kepada customer yang telah membeli produk / service di web anda.

77.  Beli domain yang telah expired tetapi masih mempunyai trafik untuk di’point’kan ke web anda bagi memanfaatkan kesemua trafik yang hilang. Search di yahoo dan google selanjutnya mengenai expired domain names.

78.  Interview memana artis, selebriti dan orang² glamour mengenai apa² isu untuk dimuatkan di web anda.

79.  Buat poll / vote di web anda mengenai apa jua yang menarik.

80.  Elakkan web anda daripada dibanned oleh google atau search engine dengan membaca ebook SEO Made Easy.

81.  Search pasal how to increase web traffic di google dan belajar sesuatu yang sesuai utk web anda. Ini cara paling mudah untuk belajar secara percuma.

82.  Buat tagline yang menarik utk web anda.. contohnya spt Think Different... merujuk pada inovasi Apple, Connecting People (Nokia)... Just Do It (Nike) semua tagline ini mempunyai nilai yang berharga & org akan sampai bebila pun akan igt... igt tagline igt web anda !

83.  Buat gimik yang terhebat untuk web anda. Contohnya utk masukkan pencalonan diri anda di dalam Malaysia book of records dalam kategori web terlampau.. (just gimik)... org sukakan sesuatu yang luarbiasa.

84.  Iklankan web anda mengikut kategori yang sesuai di CraigList

85.  Jual produk di ebay untuk charity auction.. boleh buat link back to your website..

86.  Berkawan dengan editor majalah atau paper utk mendapatkan peluang review web anda di dalam majalah / paper mereka.

87.  Buat t-shirt yang menarik beserta url web anda. Pakai ke mana sahaja sebagai salah satu promosi.

88.  Buat aktiviti atau program outdoor menarik utk dimuatkan di dalam web anda. Contohnya program makan megi di Gunung Kinabalu.

89.  Buat tutorial, petua, guideline dan sebagainya tentang apa jua topik spt laman web, rekabentuk grafik, origami, memburu kijang, menangkap burung etc..

90.  Pastikan webpage anda dioptimizekan dan mudah dibaca oleh search engines. Check web anda di http://validator.w3.org

91.  Guna sms untuk promosi web anda.

92.  Guna bluetooth utk send picture / wallpaper / mms audio / video berkaitan web anda.

93.  Buat online survey dan publish kepada semua orang untuk mengetahui target market seterusnya memperbaiki strategi promosi di web anda.

94.  Buat e-card atau online greeting card di web anda yang membolehkan orang ramai menghantar ecard semasa raya, puasa, birthday, friendship etc.. contoh seperti ecard. sahabathijjaz.net.my

95.  Buat online photo gallery utk membolehkan pengunjung meletakkan apa² gambar di web anda.

96.  Buat script / software percuma dan edarkan kepada semua orang. Contohnya script azan dan waktu solat percuma. Boleh letak url web anda di script / software tersebut.

97.  Baca ebook mengenai Do It Yourself Advertising And Promotion dan praktikkan utk diri anda.

98.  RSS to email : Mungkin kebanyakan orang tidak suka guna RSS Reader, oleh itu beri pilihan kpd mereka menggunakan service RSS to email melalui FeedBlitz, Bloglet atau Rmail.

99.  Manfaatkan kelebihan podcast sama ada mp3 audio/video di web blog anda dan distributekan semua itu di feedburner.com

100. Beri subdomain percuma kepada pengunjung anda atau sesapa saja utk create web, blog, forum etc .. contohnya spt onealienz.softhands.com.my ..