Sunday, 26 April 2015

Rawatan Kecantikan Dengan Kentang


Sebut sahaja kentang, terlintas dalam fikiran tentang menu KFC iaitu kentang goreng (fries wedges), kentang putar (whipped potato). Sebenarnya kentang selain dijadikan makanan, kentang juga mempunyai khasiat dan boleh dijadikan rawatan kecantikan.

Kentang kaya dengan vitamin A, B, C, kalsium, fostor, potasium, zat besi, serat dan protein. Kentang rebus lebih rendah kalori dan lemak. Dalam rawatan kecantikan, kentang juga boleh dijadikan bahan utama rawatan. Berikut adalah beberapa manfaat kecantikan semulajadi yang anda boleh dapatkan daripada kentang.

1. Atasi jerawat dengan kentang: 
Jerawat sentiasa menghantui umum dan sering menjadi masalah kulit yang sukar dicari solusi sekiranya kita tidak mengetahui kaedah betul. Malah produk-produk yang menjanjikan penyelesaian itu turut laris bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, masih ada cara lain yang tidak melibatkan penggunaan bahan kimia dalam menghilangkan jerawat iaitu dengan manfaat kentang. Langkah mudah perlu diambil adalah dengan mengisarkan beberapa biji kentang mengikut kesesuaian dan kemudiannya didinginkan di dalam peti sejuk. Selepas itu lumurkannya pada seluruh wajah sebagai rawatan muka.

2. Mengurangkan lingkaran hitam dengan kentang:
Jus kentang segar boleh digunakan di bawah mata dengan bantuan kapas. Biarkan ia di kawasan bawah mata selama kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang ketara. Kentang mempunyai ciri pencerahan semula jadi, dan oleh itu, sangat berguna untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

3. Mencerahkan kulit dengan kentang: 
Ramai yang menggunakan produk pencerahan kulit dijual di pasar malam kerana ingin memiliki hasil wajah putih gebu dalam masa singkat. Namun, sebaliknya ternyata ia memberi kesan buruk apabila kulit akan menipis akibat terhakis sehingga memberi masalah kemerahan ekstrem ketika cuaca terik.

Sebaiknya mari amalkan cara mudah dan diyakini berkhasiat dengan menggunakan gabungan nutrisi yang terdapat dalam kentang. Kaedahnya adalah dengan aplikasikan topeng muka (pupur) daripada parutan kentang segar pada wajah selama 30 minit. Biarkan dalam keadaan lembap dan dingin sebelum dibilas air bersih.

4. Mencerahkan ketiak dengan kentang:
Kentang membantu untuk menyembuhkan masalah ketiak gelap atau hitam. Untuk kesan maksimum, anda boleh mencampurkan jus kentang dengan jus lemon dan madu dan letakkan di bahagian ketiak anda yang gelap. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama setengah jam.

5. Cegah penuaan sebelum usia dengan kentang: 
Banyak nutrisi yang terkandung dalam kentang dilihat mampu dijadikan perawatan antikedut. Rutin seharian pupur muka yang dibuat daripada ekstrak kentang membolehkan beri kesan positif untuk menegangkan garis halus. Malah, ia turut melembutkan kulit anda. Letakkan kentang parut atau jus kentang pada muka anda untuk mengurangkan bintik hitam, Ia mampu mencegah kedutan dan mendapatkan wajah yang sihat.

6. Menanggalkan sel kulit mati dengan kentang:
Selain dijadikan sebagai pupur, kentang turut digunakan sebagai skrab semula jadi yang bertekstur lembut bagi kulit. Caranya adalah dengan menggosokkan parutan kentang segar pada wajah, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas bersih menggunakan air. Ia turut boleh diaplikasi pada tubuh.

7. Menyihatkan dan menguatkan rambut dengan kentang: 
Jus kentang boleh dicampur dengan aloe vera untuk digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk rambut kering. Jus kentang mentah kaya dengan protein, fosforus, vitamin A, B dan C, dan banyak mineral penting yang lain, yang semuanya membuatkan rambut anda lebih sihat dan bermaya.

8. Mengurangkan uban dengan kentang: 
Selain dari menyihatkan dan menguatkan rambut, kentang juga mampu untuk mengurangkan uban. Caranya hanya perlu rebus kulit kentang di dalam air, dan kemudian toskan. Gunakan air ini untuk bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Lakukan secara berterusan, dan anda akan melihat uban menjadi kurang dan rambut anda akan menjadi lebih sihat dan berkilat.

Caranya adalah buat jus daripada perahan kentang yang dikisar dan dicampurkan ekstrak itu dengan sebiji telur bersama perahan lemon. Oleskan campuran itu pada rambut dan kulit kepala dengan cara urutan menyeluruh serta lembut. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilaskan dengan air bersih.

Kesemua itu adalah faedah tinggi kentang untuk kecantikan dan ianya sangat mudah diaplikasikan pada kehidupan seharian selain tidak mengambil masa lama dalam proses penyediaan.

Selamat mencuba!


Sunday, 5 April 2015

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki



1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surah AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surah Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surah Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

Selamat beramal

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.

Friday, 27 March 2015

Penambahbaikan Gaji Kakitangan Awam 2015



Tahniah untuk kakitangan awam.

Sukacita Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam Telah Mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 Mengenai Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum (JGMM) Bagi Pegawai Yang Telah Mencapai Gaji Maksimum Dengan Diberi PGT Berasaskan Kadar Tetap 3% Daripada Gaji Maksimum Dalam JGMM. Pekeliling Perkhidmatan Ini Berkuat Kuasa Pada 1 Januari 2015.


Pegawai Yang Layak

5. Pelaksanaan pemberian pergerakan gaji berdasarkan pekeliling perkhidmatan ini adalah melibatkan pegawai yang berada dalam keadaan-keadaan berikut:

5.1 tertakluk kepada perenggan 6.1, pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dalam JGMM 2013 termasuk pegawai yang berada di gaji Khas Untuk Penyandang (KUP);

5.2 tertakluk kepada perenggan 6.2, pegawai yang belum mencapai gaji maksimum tetapi dalam keadaan amaun pergerakan gaji yang berikutnya sebelum mencapai gaji maksimum dalam JGMM 2013 adalah kurang daripada kadar satu (1) KGT;

5.3 tertakluk kepada perenggan 6.3, pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa1, dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum Tarikh Pergerakan Gajinya pada tahun berkenaan;

5.4 tertakluk kepada perenggan 6.4, pegawai yang belum mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa2 , dan tarikh persaraan tersebut adalah sebelum Tarikh Pergerakan Gajinya pada tahun berkenaan; dan

5.5 tertakluk kepada perenggan 6.5, pegawai yang telah mencapai gaji maksimum dan berada di tahun terakhir perkhidmatannya sebelum bersara paksa3 , dan telah menerima pergerakan gaji berasaskan kadar tetap 3% pada tahun sebelumnya melalui kaedah yang dilaksanakan di bawah pekeliling perkhidmatan ini.

Maklumat lanjut layari : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp022015.pdf
(PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015 - PENAMBAHBAIKAN KAEDAH PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN DALAM PELAKSANAAN
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM)

Friday, 6 March 2015

Iklan Bisnes Online cara mudah

Jadikan Pengunjung sebagai Pembeli

Dalam bisnes online atau perniagaan internet, pengiklanan adalah merupakan suatu elemen yang penting dalam meningkatkan jualan. Facebook, blog, instagram, pinterest dan youtube menjadi platform untuk mempromosi dan mengiklan bisnes online. Semakin banyak pengunjung maka semakin banyak lah pembelian.

Walaubagaimanapun tak semua pengunjung melakukan pembelian. Kini ada sebuah program Retargeting yang mengejar setiap penunjung yang hadir untuk window shopping. Teknik ini diguna pakai oleh syarikat-syarikat seperti Lazada, Zalora, Trivago dan juga google.

Untuk membuat retargeting, penjual perlu memperoleh data akses cookies untuk meletakkan kod khas yang dinamakan kod 'Tracking Pixel ke dalam Webiste milik penjual. kerja-kerja retargeting ini merupakan kerja yang Leceh. Apatah lagi jika kita langsung tiada pengetahuan tentang coding dan programming!

Kini terdapat sebuah aplikasi iaitu Instant Retargeter yang dapat TUKAR prospek dan Pelawat anda kepada PEMBELI dengan mudah!

Tidak Perlu susah-susah masukkan tracking pixel ke dalam website!

Tidak perlu buat website atau 'back link site ' sendiri semata-mata untuk lakukan retargeting ke atas promosi affliate!

Tidak perlu penat-penat mengumpul E-MAIL prospek untuk followup!


Dengan Instant Retargeter kata boleh Retarget sebarang website atau link seperti Site Affliate, Blog, Facebook Page, Website klon, dan Minisite.






Wednesday, 4 February 2015

Aplikasi Elak Anak Salah Guna Internet


Elak Anak Salah Guna Internet Dengan Aplikasi 
K9 Web Protection

Penyalahgunaan Internet hari ini adalah ditahap yang amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius. Penggunaan internet tanpa batasan dan pemantauan orang dewasa akan mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Kanak-kanak terutamanya lebih mudah terdedah kepada info-info tidak sihat di dalam ruang maya yang serba luas ini. Terdapat sebuah aplikasi yang bukan sahaja melindungi komputer dari diserang malware atau virus tetapi melindungi anak-anak kita dari melayari laman lucah.

K9 Web Protection adalah sebuah aplikasi yang mampu melindungi kanak-kanak daripada melayari laman web lucah dan laman web yang mempunyai malware atau virus. Aplikasi K9 Web Protection sangat ringan dan boleh digunakan di komputer riba serta peranti Android dan Apple.

Antara kelebihan aplikasi K9 Web Protection adalah :


  • Menyekat lebih daripada 70 kategori laman web tidak sihat seperti laman web lucah, seks, judi, dan dadah.
  • Mempunyai sekatan masa tertentu untuk melayari laman web tertentu.
  • Menyekat kemasukan ke laman web tertentu dengan kata laluan.
  • Mempunyai laporan ringkas untuk melihat penggunaan internet.
  • Sesuai untuk Windows dan Mac serta telefon pintar Android dan Apple.



Download / Muat turun Manual penggunaan Aplikasi K9 di SINI

Download / Muat turun Aplikasi K9 di SINI

Dapatkan nombor siri Aplikasi K9 di SINI



Selamat berinternet........ 


Tuesday, 20 January 2015

Alternatif Google Adsense Terbaik 2015

Alternatif Google Adsense

Apabila bercakap tentang buat duit dengan blog, Adsense adalah salah satu program yang terbaik. Dengan memasang skrip-skrip adsense di blog, kita akan memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya 100USD setahun. 

Bunyi macam senang, tapi sebenarnya susah untuk memperolehi akaun adsense. Bagi blogger yang baru, jangan kecewa kerana selain Adsense terdapat banyak lagi  alternatif Google Adsense. Berikut adalah beberapa alternatif Google Adsense 2015 yang terbaik untuk anda mohon.

Media.net
Media.net adalah salah satu alternatif iklan bagi publiser, bentuk iklannya hampir sama dengan iklan Google Adsense. Media.net adalah rangkaian iklan oleh Yahoo! dan bing.  Syarat untuk diterima di media.net adalah blog berbahasa inggris. Minimum pembayaran adalah $100.

Nuffnang
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan blog yang ditubuhkan pada Februari 2007. Pengiklan Nuffnang terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran Malaysia seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, RHB dan Nestle. Bayaran dibayar berdasarkan;

CPC = Cost Per Click - dibayar pada setiap click,
CPM = Cost Per Impression - dibayar setiap 1000 impression.
Advertorial - dibayar dengan menulis entri/posting.

Selain itu juga Nuffnang mamberi program eksklusif untuk blogger-blogger yang berstatus Glitterati bagi menghasil pendapatan yang lebih tinggi berbanding ahli biasa

Superlinks
Superlinks adalah salah satu program pengiklanan yang terbaik bagi yang gagal memohon akaun Google AdSense. Jumlah minimum yang untuk ditebus adalah  $ 100 dengan melalui PayPal, Payoneer atau  Wire transfer. Blog anda perlu mempunyai trafik sekurang-kurangnya 100,000 sebulan sebagai syarat untuk memohon superlink. Superlinks juga menerima penerbit yang dilarang oleh AdSense. Secara keseluruhan, superlink akan menjadi program yang hebat untuk blog anda.

Adversal
Adversal adalah sebuah syarikat periklanan online cost per mile (CPM) di Amerika, sama seperti Google Adsense. Syarat untuk menjadi publisher Adversal lebih mudah dari Google Adsense. Adversal tidak mengkhususkan blog yang berbahasa Inggeris. Page-views blog anda mestilah 50,000 sebulan untuk memohon Pengiklanan Adversal. Jumlah minimum pembayaran adalah $20 melalui PayPal, ACH, Check, atau Wire transfer.

Innity
Innity merupakan antara syarikat pengiklanan internet di Malaysia, dan platform pengiklanan Innity merentasi negara-negara lain seperti Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, dan China. Antara syarat untuk memohon pengiklan Innity adalah;
Pageviews blog minimum 200,000 setiap bulan
Unique visitors blog minimum 40,000 setiap bulan
Kandungan blog yang berkisarkan hal dewasa atau lucah akan ditolak.

Chitika
Chitika adalah program berorientasikan produk CPC. Kelebihan Chitika adalah Iklan yang paling relevan akan mulai muncul berdasarkan kandungan blog anda dan ini membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak klik. Selain itu anda juga boleh mengedit warna teks, warna URL, warna agar bersesuaian dengan blog anda. Chitika juga mempunyai iklan popup. Jumlah minimum wang yang akan dibayar oleh Chitika adalah $10 melalui Paypal dan $50 melalui cek.

AdEngage
AdEngage adalah platform iklan untuk para blogger. Trafik minimum untuk mendapatkan kelulusan AdEngage adalah 1000 impression sehari. Jumlah minimum adalah $ 50 dan anda boleh mendapat bayaran melalui PayPal, Wire transfer atau cek.

Infolinks
Infolinks adalah Pay per klik iklan rangkaian yang membolehkan anda untuk membuat wang melalui blog anda berdasarkan kata kunci tertentu. Ia tidak menawarkan iklan kontekstual seperti Google AdSense, tetapi sebagai alternatif kepada AdSense; pautan info amat disyorkan. Anda boleh mencampurkan ia dengan rangkaian iklan yang lain untuk meningkatkan pendapatan blog anda. Jumlah minimum yang boleh anda cairkan adalah sebanyak $50 melalui Paypal, Wire Transfer, cek, ACH dan Payoneer.

Skimlinks / Viglink
Skimlinks atau Viglink bagus untuk blog yang ingin menghubungkan dengan perniagaan atau e-dagang. Konsep Viglink dan Skimlinks lebih kurang macam affiliate . Viglink dan Skimlinks secara automatik akan menambah pautan pada perkataan-perkataan dalam blog anda dan anda akan memperolehi bayaran apabila ada pembelian melalui blog anda.


Sunday, 11 January 2015

Komen Ulamak: Video Gadis Melayu Bersama Kpop



Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral. Di media sosial, laman akhbar Sinar Harian, Harian Metro, Harakah hangat memperkatakan tentang isu gadis melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari Korea. Jom tengok ape kata para-para ulamak dan ustaz-ustaz.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani;

Jika itu anak perempuan Islam kita (nauzubillah)... makanya ianya sudah hilang pertimbangan agama, hilanglah akhlak dan budipekertinya, jika ia masih mempunyai ibu dan bapa.. apakah ia tidak merasakan bahawa ia sedang menconteng arang dimuka ibu dan bapanya? di dunia mahupun diakhirat nanti.. perbuatan maksiat di K-POP kelamarin disaat bencana sedang belum surut itu, seolah olah mengundang lagi bala yang tak berkesudahan.. perbuatan itu tidak wajar dilaksanakan dan dilakukan!! pemberian lesen mestilah bertanggungjawab di akhirat nanti!! ibubapa yang membenarkan anak mereka kemajlis sebegitu mestilah bersedia untuk menggigil di alam barzakh nanti.. pembuat maksiat!! kalian jangan ingat kalian boleh berterusan dengan maksiat ini.. gelak ketawa kalian itu mengundang duka pelaku taat!!! ada faham???



"Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.


Dr Zaharuddin Abd Rahman;



Astaghfirullahal 'Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.

Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula.

Tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh dari DILIHAT, nampaknya hanya sekadar hiasan & fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.

Video ini telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya. Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.

Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan hangat mengutuk seperti dilakukan ketika mengecam program-program menyentuh anjing kerana DOSA pelukan sepeti dalam video ini DAN pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahal serta mampu menjauhi kemurkaanMu.

TIDAK PERLU maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian.


Datuk Mahfuz Omar;


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memanggil pihak penganjur KL Live Center di Kuala Lumpur baru-baru ini berhubung adegan tidak sopan sekumpulan gadis bertudung dengan artis lelaki K-pop B1A4.

Mahfuz bimbang penganjuran program tersebut merupakan agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Islam.

"Kita gesa agar kerajaan segera memanggil pihak penganjur untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku sehinggakan ia telah mencemarkan imej Islam di kalangan masyarakat umum.


Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz;


Sebagaimana negara pernah digemparkan dengan kematian pengunjung konsert Future Music Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu, tahun ini negara sekali lagi menerima tamparan hebat oleh aksi gadis Melayu bertudung yang merelakan diri dipeluk dan dicium artis K-Pop.

“Saya merasa terkilan dengan sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil perhatian serius terhadap masalah gejala sosial yang semakin dahsyat melanda anak muda di negara ini. Sehari demi sehari, batasan yang menjaga aturan budaya, peradaban dan kehormatan jati diri anak muda semakin longgar,”


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.

"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu,"


Paimuzi Yahya, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi);


"Perlakuan beberapa peminat tersebut dilihat melampaui batasan dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini,"

kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu berkaitan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.

"Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Gambar Gadis-Gadis Melayu Bertudung ‘Dipeluk’ Artis Kpop











Video Gadis-Gadis Melayu Bertudung ‘Dipeluk’ Artis Kpop