Monday, 26 September 2011

Mengesan Rakan Facebook Yang Delete Anda

Sesetengah daripada kita gemar mencari beribu rakan facebook. Malah ada diantaranya berasa bangga apabila mempunyai ratusan ribu rakan FB.

Macam mana nak tahu sape yang delete kita?

Perasankah bahawa terdapat beberapa orang rakan Facebook anda telah  membuang atau delete atau remove anda dari senarai rakannya? Siapa yang membuang anda di Facebook? Pernah bertanya kepada diri anda soalan ini? Pernah tertanya-tanya mengapa bilangan kawan-kawan anda telah berubah?

Anda mungkin akan perasan semasa anda mencari rakan yang pernah anda senaraikan dalam facebook, tiba-tiba tiada.. tapi macam mana nak tahu yang lain? ( yang telah delete akaun facebook dari senarai mereka).

caranya mudah, dengan aplikasi "Who Delete Me"

Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa aplikasi tersebut hanya menjejak persahabatan anda setelah facebook anda memasangnya.

Cara / Tutorial mengguna Aplikasi "Who Delete Me"

1. Layari laman "Who Delete Me" iaitu http://who.deleted.me
    Sebelum itu pastikan facebook anda pun telah login


2. Klik "Login with facebook"



3. Klik "Benarkan"


Nah..! Maka terteralah semua perhubungan facebook anda iaitu rakan baru dan rakan yang telah delete akaun anda.

Selamat mencuba.... ;)

Sunday, 25 September 2011

44 Program Dalam 1 Aplikasi Multimedia





Kebiasaannya ramai menggunakan realpleyer dan keepvid untuk download video dari youtube. Setelah download video tersebut di tukar formatnya kepada 3gp, mp3 dengan menggunakan converter seperti "Free Video Converter", "realpleyer converter" dan "Movavi".

untuk mengedit video pula ramai yang menggunakan aplikasi seperti "movie maker", "Corel VideoStudio", "Cyberlink Power Director " dan sebagainya. fail-fail yang telah siap pula biasanya akan di burning dengan aplikasi seperti "nero" , "Roxio" , express burn" dan sebagainya.


Kini kesemua aktiviti di atas kita boleh melakukan dengan menggunakan hanya 1 software.

The best application. Terbaru Free Studio Manager (FSM) yang direka all-in-one pakej. Ia mengandungi 8 bahagian aplikasi multimedia yang telah dibangunkan oleh DVDVideoSoft. Terdapat 44 programs dalam perisian "Free Studio". Antara aplikasi yang terdapat dalam FSM adalah: YouTube, MP3 & Audio, CD-DVD-BD, DVD & Video, Photo & Images, Mobiles, Peranti Apple, 3D.



Dengan perisian ini percuma, anda boleh menukar fail video dan audio antara format yang berbeza dan iPod, PSP, iPhone, BlackBerry dan semua telefon mudah alih dan peranti yang popular; burn DVD dan CD audio; memuat naik (upload) dan memuat turun (download) video dan muzik YouTube ke komputer anda, iPod, PSP, iPhone dan BlackBerry; Anda juga boleh melakukan pengeditan asas fail audio dan video serta merakam video dan membuat gambar.

Free YouTube Download
Free YouTube to MP3 Converter
Free YouTube to iPod and PSP Converter
Free YouTube to iPhone Converter
Free YouTube to DVD Converter
Free YouTube Uploader
Free Uploader for Facebook

Free Video to Android Converter
Free Video to Apple TV Converter
Free Video to BlackBerry Converter
Free Video to HTC Phones Converter
Free Video to iPad Converter
Free Video to iPod Converter
Free Video to iPhone Converter
Free Video to LG Phones Converter
Free Video to Motorola Phones Converter
Free Video to Nintendo Converter
Free Video to Nokia Phones Converter
Free Video to Samsung Phones Converter
Free Video to Sony Phones Converter
Free Video to Sony Playstation Converter
Free Video to Sony PSP Converter
Free Video to Xbox Converter

Free DVD Video Converter
Free Video to DVD Converter
Free Video to Flash Converter
Free 3GP Video converter
Free Video to MP3 Converter
Free Video to JPG Converter
Free Audio Converter
Free Audio to Flash Converter
Free WebM Video converter

Free DVD Video Burner
Free Disc Burner
Free Audio CD Burner
Free Audio CD to MP3 Converter

Free Screen Video Recorder
Free Image Convert and Resize
Free Video Dub
Free Audio Dub
Free Video Flip and Rotate

Free 3D Photo Maker
Free 3D Video Maker


atau layari  dvdvideosoft.com

Sunday, 18 September 2011

Pejuang Kemerdekaan Menentang Penjajah

ANTARA pejuang kemerdekaan menentang penjajah.

Mat Salleh

DATU Mohammad Salleh Datu Balu atau Mat Salleh dilahirkan di Inanam, Sabah. Pejuang berketurunan Bajau dan Suluk ini menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) pada 1895 yang memperkenalkan pelbagai peraturan menyusahkan penduduk tempatan seperti buruh paksa, lesen dan cukai beras. Perjuangan beliau juga didorong semangat jihad orang Sulu melawan Sepanyol di Filipina. Beliau terkorban selepas SBUB melancarkan serangan besar-besaran pada Januari 1900 di Kampung Teboh, Tambunan. Perjuangannya diteruskan dua pengikut, Mat Sator dan Kamunta, tetapi SBUB menghentikan kebangkitan pengaruh Mat Salleh pada Julai 1902.

FAKTA:
Antara syarat perjanjian damai British-Mat Salleh pada 19 April 1898.

British berdamai dengan Mat Salleh pada April 1898. Satu rundingan diadakan dan penjajah bersetuju memberi kuasa kepada pahlawan Sabah mentadbir Tambunan.

Mat Salleh dan pengikutnya yang menentang British diberi pengampunan.

Penduduk di Sungai Inanam yang dikeluarkan dari tempat itu oleh kerajaan dibenarkan kembali selepas kekacauan di tempat itu dapat dihentikan.

Mat Salleh dibenar menetap di Tambunan dan lain-lain daerah di pedalaman kecuali di Sungai Sugut dan Sungai Labuk. Beliau juga diminta memberi kerjasama dan mengarahkan pengikutnya mengikut arahan dan peraturan kerajaan.

Mat Salleh diminta membantu kerajaan menangkap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dan melaporkan kepada kerajaan segala pergerakan yang dilakukan olehnya.

lagi tentang Mat Salleh


Dol Said



DATUK Naning Abdul Said atau lebih dikenali sebagai Dol Said, pahlawan Naning menentang Undang-Undang British terutama cukai diperkenalkan pada 1800-an. British mengarahkan Naning mematuhi peraturan ditetapkan di Melaka, tetapi tidak dituruti Dol Said kerana menganggap Naning daerah berdaulat. Berikutan itu, Inggeris mengisytiharkan Dol Said penderhaka dan menghantar 150 orang menyerang Naning tetapi ditewaskan taktik perang gerila bersama bantuan tentera Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau serta dari Seri Menanti pada 15 Julai 1831. Pada Mac 1832, tentera Inggeris menawan Taboh serta membakar rumah penduduk di situ. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan menyerah diri.

Lagi tentang  Dol Said


Tok Janggut

 MAT Hassan Munas atau Tok Janggut, pahlawan Melayu tersohor menentang British di Kelantan. Dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh pada 1853 dan menetap di Kampung Nering, mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah, kemudian menjadi petani serta peniaga selain mahir ilmu persilatan, menentang Inggeris pada awal 1900-an antaranya kerana cukai membebankan. Tok Janggut terkorban dalam serangan British ke kubu beliau di Kampung Dalam Pupuh, Saring pada 24 Mei, mayatnya diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu sebelum digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat hari serta dikebumikan di Pasir Puteh.

Lagi tentang Tok Janggut


Sharif Masahor

PEMBESAR Sarikei di Sarawak menentang Inggeris selepas kewibawaan beliau tergugat apabila wilayah itu diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pada 1855, Sharif menyerang Mukah, mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. Beliau berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk menghalau Brooke dari Sarawak dengan menyerang Kanowit pada 1856 sebelum berpakat dengan Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong pada 1860 bagi menyerang Kuching, namun gagal. Abdul Ghapur ditahan dan dipenjarakan di Betawi, kapal dan perahu dinaiki Sharif yang bertempur dengan tentera Inggeris di Sungai Sadong ditenggelamkan, menyebabkan beliau berundur ke Mukah.

FAKTA: Rentetan penentangan Sharif Masahor

1841: Brooke mula menjajah Sarawak
1849: Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei
1855: Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah
1859: Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit
1860: Pertempuran di Sungai Sadong
1861: Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura
1890: Sharif Masahor meninggal dunia

Lagi tentang Sharif Masahor


Yamtuan Antah

DILANTIK Yamtuan Seri Menanti pada 1875, wilayah jajahan meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Penentangan bermula apabila baginda tidak bersetuju dengan Datuk ’ Kelana Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan Inggeris. Pertikaian mengenai kawasan Terachi mencetuskan pertempuran.
Yamtuan Antah disokong Datuk Siamang Gagap, Tunku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol, menawan Paroi dan membina kubu pada Disember 1875, namun berjaya ditawan semula Inggeris. Baginda berundur ke Bukit Putus dan Johor dan pada Mei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor William Jervois sebelum diiktiraf British sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

Lagi tentang Yamtuan Antah



Rentap


MENENTANG James Brooke pada abad ke-19. Atas alasan mahu menghapuskan lanun sekitar Saribas dan Skrang, Brooke memusnahkan penempatan Iban di Sungai Skrang dan mendirikan kubu di Nanga Skrang. Pada 1853, Rentap menyerang kubu itu sebelum Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang pada 1854, membakar perkampungan pahlawan itu sehingga memaksa pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok.
Inggeris gagal menawan Bukit Sadok dalam serangan pada 1857 dan 1858, menyebabkan Brooke sendiri mengetuai serangan pada 1863 dan menewaskan Rentap dalam pertempuran sengit selama sebulan. Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru, tapi meninggal dunia.

Lagi Tentang Rentap



Maharaja Lela


DATUK Maharaja Lela adalah Orang Besar Berlapan dan penghulu di Pasir Salak menentang British pada 1875, merancang membunuh Residen British Perak, James Wheller Woodfird Birch atau JWW Birch selepas ketuanan Melayu dicabar. Pada 2 November 1875, Birch tiba di Pasir Salak untuk menyiarkan surat pengisytiharan hak memungut cukai, tetapi mati dibunuh. British menyerang Pasir Salak, namun ditewaskan pejuang Melayu, tapi akhirnya menang dalam pertempuran setengah tahun dengan bantuan tentera dari India dan Hong Kong. Maharaja Lela, Datuk Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati pada 1877 manakala Sultan Abdullah dibuang negeri ke Seychelles.

lagi tentang Datuk Maharaja Lela


Datuk Bahaman



NAMA sebenarnya Abdul Rahman Iman Noh, pembesar Temerloh menentang British di Pahang. Dilahirkan di Rantau Panjang, Bentong namun banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali, ayahanda Sultan Ahmad. Karisma dimilikinya menyebabkan Datuk Bahaman disegani dan dihormati penduduk dan pemerintah Pahang sehingga dilantik mentadbir Semantan dan menjadi salah seorang daripada Orang Besar Delapan Pahang. Selepas empat tahun menentang penjajah dari 1891 hingga 1894, Datuk Bahaman ditahan dan dibawa ke Bangkok pada November 1895.

Lagi tentang Datuk Bahaman



Abdul Rahman Limbong


PEJUANG di Terengganu, dipercayai antara peguam Melayu pertama negara pada 1921. Nama sebenarnya Haji Abdul Rahman Abdul Hamid, menjadi peguam untuk membela penduduk teraniaya serta menentang penjajah di mahkamah. Perjuangannya bermula awal 1920-an, antara puncanya apabila Inggeris melarang pemburuan haiwan liar pada 1923 dan memperkenalkan peraturan baru tanah pada 1924. Inggeris menuduh Abdul Rahman menghasut rakyat sehingga tercetus pertempuran di Padang Kacong dan atas nasihat Datuk Seri Amar Diraja Ngah Muhammad, Abdul Rahman dihukum buang negeri ke Singapura seterusnya ke Makkah pada 1928 sebelum meninggal dunia akibat sakit pada 6 November 1929.

Lagi tentang Abdul Rahman Limbong



Ontoros Antanom


PAHLWAN Murut ini hanya berusia kira-kira 30 tahun ketika memimpin kaumnya menentang British di Sabah pada 1915. Dilahirkan di Masinpunon di Sungai Salarom pada 1885 dan berketurunan Murut Tagol, Antanom dibesarkan sebagai `kalawon' atau pahlawan gagah dan berani. Antara punca kebangkitannya apabila Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mengenakan cukai membebankan penduduk, mewujudkan larangan peraturan membuka tanah baru, memaksa orang Murut menjadi buruh paksa dan menceroboh hutan untuk pembinaan jalan. Pada Februari 1915, beliau menyerang bangunan kerajaan di Pensiangan dan membakarnya serta menyerang Rundum pada Mac tetapi terkorban.

Lagi tentang Antanom


Dari artikel ; http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pejuangkemerdekaanlawanpenjajahdikenang/Article

Sunday, 28 August 2011

10 Rangkaian Sosial Terbaik Untuk Perniagaan

Dalam Perniagaan, laman sosial adalah salah satu strategi untuk mengembangkan perniagaan

Terdapat 10 Rangkaian Sosial yang terkenal iaitu;

Biznik 
  
Biznik adalah komuniti yang pernah memenangi anugerah usahawan dan perniagaan kecil yang khusus untuk membantu antara satu sama lain berjaya. Biznik diciptakan on November 1st, 2005 oleh sepasang suami isteri dari McComb dan lara Hawa Feltin. Mereka mengadakan mesyuarat rangkaian perniagaan mereka pertama pada bulan Mac 2005. Sejak itu Biznik telah berkembang dengan pesat sebagai ahli dan pihak media sama kepada orang lain mengenainya.



Ortegra


 Ortegra adalah berfungsi untuk mengembangkan perniagaan internet. Ortegra telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan matlamat yang ringkas - untuk menghentikan idea-idea yang sia-sia ... Dengan menggunakan pelbagai kemahiran dan perkhidmatan, Ortegra membolehkan usahawan untuk membangunkan idea perniagaan online mereka ke dalam perusahaan menjana pendapatan.

Syarikat itu ditubuhkan oleh pengarah dan usahawan perisian yang berjaya, perniagaan internet dan telefon mudah alih, dan mempunyai pejabat-pejabat di UK, India dan Mesir, dengan rakan di seluruh








Cofoundr 





Cofoundr adalah rangkaian persendirian sosial untuk usahawan, pengaturcara, pereka, pelabur, dan individu lain yang terlibat dengan memulakan usaha niaga baru. Ia adalah tempat bagi orang-orang dalam industri untuk memperkenalkan diri mereka kepada pelabur berpotensi, rakan kongsi atau veteran dengan nasihat yang baik. Matlamat Cofoundr adalah untuk membantu usahawan membina syarikat mereka dengan rangkaian sedia ada.

Cofoundr adalah rangkaian yang paling pesat berkembang dalam talian untuk Usahawan! Sertai komuniti swasta pengasas startups - pemaju, pelabur, CEO, penasihat, pengatur cara, dan pereka - untuk mencari pengasas, dan mendapatkan nasihat.



EFactor  



EFactor adalah komuniti keusahawanan yang terbesar di dunia, menyediakan sumber-sumber bahawa setiap pemilik keperluan perniagaan kecil seperti dana, pengetahuan, hasil keuntungan dan menjimatkan kos.

Melalui EFactor, usahawan dapat bertukar-tukar idea dengan pakar-pakar, menerima diskaun eksklusif ke atas alat-alat perniagaan, berinteraksi dengan rakan-rakan atau pelanggan yang berpotensi. Dengan hampir satu juta pengguna di 185 negara, EFactor menawarkan campuran unik E.vents dalam talian dan luar talian di Amerika Syarikat dan antarabangsa.

Awalnya pada tahun 2007, dua EFactor pengasas, Adrie Reinders dan Marion Freijsen, menerbitkan buku "Faktor N: Bagaimana Networking Boleh Tukar Dinamik Perniagaan Anda." Semasa menyediakan bahan dan penyelidikan, Freijsen telah membina sebuah laman web kecil - alat asas yang membolehkan ketiga-tiga rakan kongsi untuk bertanyakan soalan kepada usahawan lain. Dengan menyelidik web, mereka menyedari bahawa tidak ada sumber pusat bagi usahawan di seluruh dunia yang menyokong kumpulan-kumpulan individu yang mahu bermula, atau sudah, membina perniagaan sendiri.

Pada bulan Mac 2008, laman web "EFactor" telah ditubuhkan sebagai masyarakat yang pertama dalam talian untuk usahawan, tempat untuk berkongsi pengalaman dan sokongan antara satu sama lain. Pada bulan April 2009, syarikat itu memilih San Francisco sebagai ibu pejabat. Sehingga Januari 2011, EFactor mempunyai hampir 900,000 pengguna di 185 negara di seluruh dunia dengan pengguna asas tertinggi dalam: Amerika Syarikat, Belanda, United Kingdom, Jerman dan India. Ia telah menarik usahawan dan pelabur dalam 90 industri.

Terdapat 4 tunggak perniagaan yang EFactor menyokong: mencari dana, Meningkatkan pengetahuan, menjimatkan kos, dan menjana pendapatan.


Ecademy 


Ecademy adalah sebuah organisasi keahlian untuk usahawan dan pemilik perniagaan membina hubungan dengan masyarakat, serta menjalankan transaksi antara satu sama lain. Untuk membina hubungan perniagaan yang kukuh, anda mesti terlebih dahulu mendapatkan kepercayaan antara satu sama lain melalui mempunyai hubungan peribadi.

Melalui Ecademy, mereka akan mencari Sokongan Orang Perniagaan dengan mencari rangkaian baru, pengetahuan baru, prospek baru, pelanggan baru, projek-projek baru, pembekal baru dan hala tuju baru dalam perniagaan.



Entrepreneur Connect

 
Entrepreneur Connect adalah syarikat yang menghasilkan Majalah Usahawan, memulakan rangkaian sosial khusus untuk usahawan dan pemilik perniagaan kecil yang dipanggil Entrepreneur Connect. Seperti semua rangkaian sosial, mempunyai peluang untuk mencipta profil sendiri, meneroka masyarakat, berkongsi idea dengan usahawan lain dan rangkaian.



Pitch Fast



Pitch Fast adalah Rangkaian Global Profesional yang menghubungkan talian dengan matlamat utama menambah nilai kepada perniagaan dan masyarakat secara keseluruhannya. Jaringan perniagaan dan pemasaran adalah nadi pembangunan ekonomi tempatan dan global. Dengan menggabungkan alat dalam talian yang canggih dan mudah dengan platform rangkaian sosial, ahli boleh menerima pulangan sebenar pelaburan mereka.

Ahli-ahli Pitch Fast ialah pemilik perniagaan, eksekutif, perniagaan kecil dan profesional dari seluruh dunia. Tiap-tiap anggota yang menyertai Pitch Fast adalah berkomitmen dalam menjalin hubungan dengan ahli-ahli yang lain, rujukan saham dan membina hubungan yang kukuh. Kuasa komuniti perniagaan diukur oleh pelaburan ahli-ahlinya secara individu dan secara keseluruhannya.



JASEzone



JASEzone adalah satu tempat melepak yang direka untuk membantu membina rangkaian dan mengembangkan prospek perniagaan. Ia tidak berbeza dengan rangkaian sosial lain.

Melalui rangkaian JASEzone, kita boleh:

    Cari pelanggan yang berpotensi, pakar bidang, dan rakan kongsi perniagaan.
    Mencari inisiatif perniagaan masa depan.
    Cari JASEfriends yang boleh membantu dalam tenaga kerja.



LinkedIn




LinkedIn adalah laman perniagaan yang berkaitan dengan rangkaian sosial. Ditubuhkan pada Disember 2002 dan dilancarkan pada Mei 2003, ia digunakan terutamanya untuk rangkaian profesional. Pada 22 Mac 2011, LinkedIn melaporkan lebih daripada 120 juta pengguna berdaftar, merangkumi lebih daripada 200 buah negara dan wilayah worldwide.The tapak boleh didapati dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Portugis, Sepanyol, Romania, Rusia dan Turki. Quantcast laporan LinkedIn mempunyai 21.4 juta pelawat unik bulanan AS dan 47.6 juta globally.In June 2011, LinkedIn mempunyai 33.9 juta pelawat unik, meningkat 63 peratus daripada setahun yang lalu dan melepasi MySpace.



PartnerUp


PartnerUp adalah sumber percuma untuk usahawan dan startups bagi membantu mereka mencari pengasas bersama, rakan kongsi perniagaan, eksekutif, ahli lembaga pengarah, penasihat / mentor, dan sumber-sumber untuk perniagaan mereka.

PartnerUp memberi perkhidmatan mencari jalan penyelesaian  pelanggan-pelanggan perusahaan yang berminat dalam pembangunan komuniti, pengiklanan, dan penyelidikan pasaran.


Sunday, 21 August 2011

Download Koleksi Lagu Raya



pejam celik pejam celik dah nak raya,,, :)
pas ni kena tunggu lagi setahun la,,, aduhai rindunya bulan Ramadhan dan hari raya ni,,, entah la, baik dari zaman kanak-kanak sampai lah besar, bulan puasa lah yg paling best,,, susah nak cite, suasana dia,, waktu malam lain dari yg lain, siang pula,,,hari2 ade pasar ramadhan... letih, jangan cakap la... tapi best... :)
pastu raya pula... jumpa adik beradik... emmm

bulan puasa ni,, pergi mana2 pasar raya mesti dengar lagu raya... sebut lagu raya pula, lagu raya ni mcm beri semangat pada saya,, entah la, tak caya try pasang lagu raya, memang asyik... :)

Sebenarnya tak de ape pun, entry kali ni... just share lagu raya jerr... saya pun malas la nak upload lagu2 raya. banyak sangat... tapi kalau kawan2 nak download, tak yah susah2 cari... ade ni ha. tapi kena layari website wowberita. 

cuma bagi yang tak biasa dengan internet ni,,, maybe susah dan tak tahu la caranya... ok saya cite macam mana nak download.

Sebelum tu ni lagu-lagu yang terdapat dalam web wowberita.

    A Romzi – Selamat Hari Raya
    A Ramli & Maria Bacok - Malam 7 Likur
    Al Mizan - Selamat Berhari Raya
    Ahmad Jais – Bergema suara takbir
    Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
    Aishah – Pulanglah
    Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
    Aman Shah – Kepulangan Yang Dinanti
    Amy Mastura – Bersama Di Hari Raya
    Amy Search – Sentuhan Di Hari Raya
    Anuar Zain & Ellina – Suasana Hari Raya
    Asha Malik – Pulang Di Hari Raya
    Awie – Hari Raya Yang Sempurna
    Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
    Black Dog Bone – Cahaya Di Aidilfitri
    Brothers - Ramadhan
    Cenderawasih – Bersama Di Hari Raya
    Cecupak - Joget Hari Raya
    4U2C - Syawal
    D.J Dave – Menjelang Hari Raya
    Erra Fazira – Mulia
    Exists Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
    Fazidah Joned – Selamat Hari Raya
    Feminin – Kurniaan Di Hari Raya
    Gigi – Selamat Hari Lebaran 
    Hattan - Selamat Datang Sayang MP3
    Herman Tino & Zaleha Hamid - Joget Hari Raya
    Hijjaz - Nasihat Ramadhan
    Jamal Abdillah – Salam Aidilfitri 
    Jalil Hamid - Raya
    Junainah – Suasana Riang Di Hari Raya
    JayJay - Hari Raya Bahagia
    Kelana Purba – Anugerah Hari Raya
    KGB – Hari Raya
    Krisya – Satu Hari Di Hari Raya
    Ku2 - Simfoni Hari Raya.mp3
    Lan Pet Pet ft Zakiah Anas - Alahai Lemangku Terbakar.mp3
    Lefthanded – Keinsafan Di Hari Raya
    Liza Hanim – Ku Pohon Doa Di Hari Raya 
    Liza Hanim - Di Pagi Mulia MP3
    Liza Hanim - Pada Hening Pagi Raya MP3
    M.Nasir - Salam Dunia
    M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya
    Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
    M Sharif - Lagu Hari Raya.mp3 
    M Shafif - Musafir Di Aidilfitri mp3 
    M Shariff & Zalifah Ibrahim - Hari Raya.mp3
    Maz – Suasana Di Hari Raya
    Nada Murni – Aidilfitri Penutup Puasa
    Nash - Keinsafan Di Hari Raya.mp3
    Nassier Wahab - Dendang Perantau.mp3
    Nassier Wahab - lambai desa lebaran.mp3
    New Boyz – Balik Kampung Di Hari Raya
    Noorkumalasari – Pulang Di Hari Raya
    Noraniza Idris – Rendang Buat Suami
    Nurul – Rindu Syahdu di Hari Raya
    P Ramlee – Suara Takbir
    P. Ramlee – Dendang Perantau
    Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema
    Rafeah Buang – Selamat Hari Raya
    Rahimah Rahim – Selamat Berhari Raya
    Raihan – Satu Pagi Di Hari Raya
    Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan
    Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai – Lebaran Ini
    Ramlah Ram – Selamat Hari Raya 
    Ramlah Ram - Selamat Hari Lebaran MP3
    Ramli Sarip - Ramadan
    Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri
    S. Jibeng – Musafir Di Aidilfitri
    Shamsul Ghau Ghau ft Zakiah Anas - Joget Senandung Hari Raya.mp3
    Saloma – Selamat Hari Raya
    Sanisah Huri – Aidilfitri
    Sanisah Huri – Selamat Hari Raya
    Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
    Senario – Puasa Dan Raya
    Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri
    Sharifah Aini – Hai Selamat Hari Raya
    Sharifah Aini – Suasana Hari Raya 
    Siti Nordiana - Bersyukur Di Hari Raya (ft. Achik) MP3
    Siti Nordiana - Hari Ini Hari Raya MP3
    Siti Nurhaliza & Noraniza Idris – Nikmat Hari Raya
    Siti Nurhaliza – Aidilfitri Di Alaf Baru
    Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
    Siti Nurhaliza – Air Mata Syawal
    Siti Nurhaliza – Bila Raya Menjelma
    Siti Nurhaliza – Mekar Hari Raya
    Siti Nurhaliza – Nazam Lebaran
    Siti Nurhaliza – Sesuci Lebaran
    Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya
    Siti Nurhaliza – Suara Takbir
    Siti Nurhaliza, Noraniza Idris – Aidilfitri di Alaf Baru
    Siti Nurhaliza, Noraniza Idris – Lagu Nikmat Hari Raya
    Slam – Suasana Hari Raya
    Sofaz - Ingatan Di Hari Raya
    Spider - Rindu Raya
    Sudirman – Balik Kampung
    Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
    Sudirman – Selamat Hari Raya
    Sweet Charity – Seri Hari Raya
    Sweet September - Hari Raya Tetap Tiba
    Takbir Hari Raya Longer version
    Takbir Hari Raya
    Ujang - Syahdu Di Pagi Raya.mp3
    Uji Rashid - Doa Di Hari Mulia
    Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya
    Utama – Riang Ria Di Hari Raya
    Wings - Hari Raya Yang Mulia
    Wings - Musafir Di Aidil Fitri
    Zakiah Anas ft Dang Suria, Senario - Selamat Hari Raya
    Zakiah Anas - Syawal Nan Syahdu.mp3
    Ziana Zain & Awie – Halaman Asmara
 


Banyak kan?

Cara2 download lagu raya

1. klik link  ni

2. pastu,, klik mana-mana senarai lagu yang nak download

3. maka terpaparlah satu laman adf.ly macam gambar dibawah


Tunggu 5 saat akan paparan akan jadi macam ni


ok.. klik SKIP AD

maka keluar lah web download tu


langkah terakhir... klik start download.. selesai


Selamat Hari Raya... :)



Saturday, 13 August 2011

Tutorial Cara Lihat Friend Request Facebook Yang Belum Approve

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
        Engkau tak ingin aku tak hendak.


Ehem,, ehem pantun la pula, lebih kurang mcm tu la..

kadang-kadang bila kita add rakan sistem facebook tidak benarkan kerana kita terlalu ramai add kawan. macam gambar dibawah

emmm :(
ok antara sebab kenape sistem tak benarkan salah satunya, sebab anda mempunya i kawan yang tak mahu approve anda sebagai kawan.

so ape lagi, macam pantun tadi... "Engkau tak ingin aku tak hendak." batal kan jer request ( permintaan) sebagai kawan.

Persoalan yang timbul... Siapakah yang tak approve friend request?

ok, Aplikasi percuma yang saya nak terangkan ni, kita boleh lihat semua friend request yg belum di approve



Cara membatalkan permintaan sebagai kawan.

Langkah 1.  Pertama pergi ke aplikasi " friendrequests " iaitu dengan klik
http://apps.facebook.com/friendrequests/

Langkah 2.  Benarkan / approve permission ke akaun facebook anda.


Langkah 3. Bila kita benarkan aplikasi tersebut, dia akan keluar paparan macam dibawah;




ha... tu lah kawan2 yang tak nak approve anda sebagai kawan (Pending Friend Request).

Keputusan ditangan anda, sama ada nak ingatkannya semula, dengan klik "Send a Reminder " ( yer la,,, maybe dia pun lama tak buka facebook) ATAU batalkan permintaan sebagai kawan.

Untuk membatalkan permintaan jadi rakan (Cancel Friend Request), anda hanya klik "Remove Request"
Apabila  anda klik "Remove Request", paparan seperti dibawah akan muncul



Turunkan skrin, lihat dibahagian kiri bawah, dan klik "Batalkan Permintaan Rakan"
Langkah 4.  Selepas klik... tutup tab tersebut.


Langkah 5.  Akhir sekali klik "Refresh"... selesai,


Selamat mencuba....


Saturday, 30 July 2011

Cara Tutup Akaun Facebook

Facebook ni kalau digunakan secara baik, baik lah ia... seperti;
Menyebarkan Dakwah
Menghubungkan Sahabat Lama
Membuat Bisness Online
Mendekatkan Ahli Keluarga Yang Jauh Di Mata

Kadang-kadang facebook ni membosankan, ramai kaki spam masuk. :(
ade juga yang masuk facebook kita skodeng sana-sini, curi gambar-gambar... :(
ade sesetengah tu pula, kerana facebook suami isteri bergaduh, pertunangan terputus, gara-gara cemburu.

antara-antara yang saya sebut ni, pengalaman kawan-kawan la.. ramai tanya cara nak tutup

Puas cari cara nak tutup akaun Facebook... last-last jumpa juga. :)
Sebelum ni ade kat tetapan akaun. sekarang dah ubah lak...

Cara tutup akaun facebook. 

Pertama klik akaun (di bahagian atas kanak skrin)


Kedua, klik "Tetapan Akaun"


Ketiga, klik "keselamatan" dan dibawah Security Settings, klik "Deactivate your account"


lepas tu... dia akan minta password, so masukan jerr.

dan yang terakhir dia akan minta taip semula perkataan yang di beri untuk pengesahan... selesai