Thursday, 8 January 2015

Kajian Khasiat Luban Gam Arab Al-Manna



Luban / Lubanah / Kemenyan Arab / Kemenyan Putih / Frankincense / Olibanum / Gum Arabic / 
Al Manna / Acacia

Rasulullah Saw bersabda, “Berilah luban (kemenyan Arab) kepada istri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya.”

Imam Ali bin Musa Ridha As berkata, “Berikanlah luban kepada istri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Jika bayi yang dikandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.”


Gum Arabic atau Acacia gum atau Al Manna atau Lubanah atau Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.

Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “Tib Al-Nabawi” m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.h. Anas r.a. Dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya :

“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”


Rasulullah SAW bersabda:

“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi.

Lubanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

 Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)




Khasiat Luban (Gum Arabic).


  • Meningkatkan kecerdasan Minda.
  • Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk.
  • Meningkatkan ketajaman daya ingatan.
  • Memberi ketenangan (menghilangkan stress).
  • Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
  • Menambahkan keyakinan diri.
  • Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan.
  • Sakit saraf , urat, dan sengal-sengal badan bagi ibu selepas bersalin.
  • Mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung.
  • Baik untuk ibu mengandung.
  • Pertuturan kurang jelas.
  • Pra nyanyuk.
  • Migrain.
  • Sakit kepala dan masalah angin.
  • Keletihan.
  • Masalah pelajar malas belajar.
  • Lawas sistem perkumuhan.
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
  • Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).



Kajian Saintifik keatas Gum Arabic

Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :


  • Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).


  • Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).


  • Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.


  • Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.
  • Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic jugad apat membantu dalam merawat penyakit jantung.
  • Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 25 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah.


  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).


  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.


  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.


  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.


  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .


  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.





  • Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik (chronic and end stage kidney disease).




  • Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

  • Gum Arabic adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.
  • Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.


  • Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  • The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan GumArabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat dalam makanan.


  • Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.


  • Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.


  • Prof Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.


  • Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.



Tuesday, 6 January 2015

Cara Atasi Masalah APPCRASH

3 hari tak boleh buka Broswer Google Chrome. Asal buka jer dia keluar pop up "Google Chrome has stopped working".


Bila saya klik view problem details, tertera lah seperti berikut;

Problem Event Name:    APPCRASH  
Application Name:    chrome.exe   
Application Version:    35.0.1916.114 Application Timestamp:    53726019  

Fault Module Name:    chrome.dll  
Fault Module Version:    35.0.1916.114  
Fault Module Timestamp:    53725d18  

Exception Code:    c0000005   
Exception Offset:    00728bc8   


Puas cari penyelesaian di googel, laman forum, blog. emmmm semuanya hampa! berkali-kali uninstall dan install google chrome, macam tu lah juga.. asik keluar "Google Chrome has stopped working", "Google Chrome has stopped working". argggg...

Tapi Alhamdulillah... akhirnya saya terjumpa sebuah aplikasi yang dapat mengoperasikan semula Broswer Google Chrome. Aplikasi yang saya maksudkan iaitu Revo Uninstaller.

Langkah Penyelesaian APPCRASH.

1. Layari laman http://www.revouninstaller.com/revo_uninstaller_free_download.html

2. Download software revo uninstaller secara percuma.

3. Install aplikasi revo uninstaller.

4. Apabila aplikasi revo uninstaller dijalankan dia akan keluar paparan seperti dibawah.


5. Apa yang perlu kita lakukan ialah klik Google Chrome dan klik uninstall. semua data-data google chrome sebelum ini dipadam. cookies, autofill data, password, history, bookmarks... lincin dia delete! puas hati! tak kisahlah... janji boleh guna Google Chrome.

6. Selepas uninstall, download pula browser Google Chrome yang terkini.

7. Install browser Google Chrome yang telah download.... SIAP! hureeeyyyy!!!!!



Saturday, 3 January 2015

Tabung Banjir dan Menjadi Sukarelawan Bencana Banjir


Ketika orang ramai kesusahan dalam bencana banjir, ada juga yang mengambil kesempatan dengan bermacam-macam bentuk penipuan.

Majlis Perundinagn Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kepada seluruh rakyat supaya berhati ketika memberi sumbangan kepada mangsa banjir kerana terdapat banyak laporan yang mengatakan wujud pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengadakan ‘tabung banjir palsu’ demi mengaut keuntungan. -Utara News



Prosedur Kutip Derma

Sebenarnya Pertubuhan atau kelompok individu yang ingin membuat kutipan derma daripada orang awam perlukan berpandukan kepada prosedur-prosedur berikut :-

1.  Urusan kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Kebajikan Sukarela adalah berpandukan kepada “Surat Pekeliling Am Bil.6/1987-Peraturan Mengutip Derma Oleh Pertubuhan Dari Orang Awam”, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri;

2.  Mengikut peruntukan dalam Surat Pekeliling tersebut, kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu diperolehi bagi:-


  • Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mengendalikan program/aktiviti kebajikan masyarakat (Welfare-related NGO’s);
  • Aktiviti kutipan derma yang dijalankan untuk tujuan kebajikan oleh Pertubuhan yang bukan berkaitan dengan kebajikan masyarakat;
  • Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk pihak lain seperti aktiviti berunsur perikemanusiaan yang bersifat “regional” antarabangsa seperti kebuluran, peperangan dan sebagainya.

3.   Semua permohonan yang menepati ciri-ciri seperti di atas perlu dikemukakan dengan   menggunakan Borang Permohonan JKMM/PKS/1998(Derma) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri yang berkenaan yang akan membuat siasatan dan memberi pandangan untuk pertimbangan;

4. Kegagalan untuk memenuhi peraturan sepertimana yang ditetapkan akan menjejaskan pertimbangan ke atas permohonan kutipan derma bagi pertubuhan berkenaan pada masa hadapan dan akan datang.


Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia ( MERCY Malaysia )

Antara NGO yang berperanan dalam bencana alam adalah  Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia.

MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di Kuala Lumpur.


Jika anda ingin menderma (DONATE) atau menjadi ahli sukarelawan (VOLUNTEER) bagi membantu mangsa banjir, anda boleh layari laman MERCY Malaysia.



Monday, 29 December 2014

Kenali Pelaku Siber Seks


Kehadiran Internet tidak terkecuali daripada impak-impak negatif. Salah satu daripadanya ialah aktiviti seks siber yang menjadi keghairahan hari ini. Sebagai medium komunikasi baru yang bersifat interaktif Internet sudah pasti menjanjikan keasyikan kepada pelayar web untuk mendapatkan bahan-bahan erotik dan lucah sama ada dalam bentuk gambar, video-video klip atau berborak-borak melalui IRC, facebook, wechat, whatsapp dan sehingga kepada mencari pasangan seks melalui Internet.

SEKS siber atau sex texting adalah perbuatan melakukan hubungan komunikasi dengan seorang yang lain, (sama jenis atau berlainan jenis), melalui perantara media internet, dengan menghantar mesej yang lucah, sama ada dalam bentuk ayat dan huruf, dan bersama atau tidak dengan foto yang memberikan makna lucah.

Hubungan secara maya ini dilakukan bagi mendapat kepuasan seksual secara fantasi bagi satu pihak atau kedua-dua pihak. (Hahn, Harley; 1996).

Seks siber atau sex texting berlaku apabila:

Dilakukan di alam maya. Kalau dulu menggunakan komputer, tetapi sekarang boleh guna telefon bimbit. Komunikasi jarak jauh Menaip ayat lucah atau membawa makna lucah (selalunya ayat yang menggambarkan perlakuan aktiviti seks).

Dilakukan bagi mendapat kepuasan seks secara fantasi Boleh diikuti dengan perbuatan onani Mesej yang diberikan boleh jadi disertakan dengan foto.

Namun penggunaan ayat sudah cukup membangkitkan nafsu seksual Pelaku mengenali satu sama lain atau tidak mengenali individu pasangannya sama sekali dan hanya menggunakan nama samaran.

Maknanya sebelum terjadinya seks siber, mereka telah mengenali antara satu sama lain. Atau mereka hanya menggunakan nama samaran sama ada untuk mendapatkan keseronokan fantasi seks atau bertujuan komersial apabila ada bayaran dilakukan.

Seks siber boleh dilakukan dengan web camera.

Beza seks siber dengan phonesex dan pornografi 

Ia berlainan dari phonesex, kerana perantaraan medianya adalah suara. Ia selalunya dilakukan oleh individu yang lebih dikenali dan mesra atau dilakukan oleh kumpulan yang menawarkan perkhidmatan phonesex, di mana bayaran dikenakan.

Jarang dilakukan lagi berbanding dengan seks siber kerana ia boleh dilakukan dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit, dan kegiatannya sukar dikesan kerana tidak menggunakan suara (hanya susunan ayat atau gambar).

Ini bermakna seseorang yang sedang bekerja dan berhadapan dengan pelanggan di tempat kerja, mampu melakukan seks siber ini tanpa diketahui oleh orang lain.

Pornografi pula adalah kegiatan berseorangan yang melihat imej-imej lucah sama ada dalam bentuk gambar yang tidak bergerak atau video. Ia tidak melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif.

Mengesan pelaku seks siber

Ia dilakukan oleh orang yang telah berkahwin atau yang masih bujang. Orang yang bujang ingin mencuba tetapi belum bersedia melakukan komitmen perkahwinan.

Orang yang telah berkahwin pula melakukannya kerana ingin melakukan sesuatu yang baru, terlarang dan lebih teruja di luar perkahwinan mereka.

Oleh itu, ada lelaki yang sudah berkahwin masih menyayangi isteri mereka, dan ada pula yang tidak ada rasa kenikmatan perkahwinan.

Selalunya jika ia melibatkan orang ketiga, ia akan menjejaskan perkahwinan, sementara jika ia dilakukan dengan membayar perkhidmatan seks siber, selalunya lelaki itu masih menyayangi keluarga dan isteri mereka.

Namun ada yang memberikan alasan “cuma suka-suka” namun kebanyakannya akan terjadi perjumpaan dan aktiviti seksual di alam nyata.

Jika ada keserasian ia akan membawa kepada keretakan rumah tangga, dan jika tiada keserasian selalunya mereka akan mencari orang lain sebagai pasangan yang baru.

Ciri-ciri orang disyaki melakukan kegiatan seks siber

Suka bersendiri melayan komputer atau telefon bimbit. Tidak mahu mencampuri aktiviti keluarga.

Tidak mahu membenarkan orang lain menggunakan komputer atau telefon bimbit mereka. Malah menjadi satu kemarahan bagi mereka.

Bagi yang telah berkahwin pula telefon bimbit sentiasa setkan dalam mode silent.

Apabila ia telah menjalinkan hubungan intim dengan seseorang:

  • Hilang keinginan untuk bermesra dan melakukan hubungan seksual dengan isteri
  • Mudah marah tanpa alasan yang kukuh
  • Mula meninggalkan solat
  • Mengelakkan diri dari aktiviti agama


Rawatan

Tiada rawatan yang spesifik boleh diberikan, kecuali ada kesedaran untuk individu itu berubah dan bertaubat.

Selalunya apabila isteri menegur, suami akan marah secara keterlaluan. Cara terbaik ialah si isteri lakukan aktiviti agama bersendirian, seperti solat dan membaca al-Quran, jika si suami tidak mahu melakukan bersama. Lama kelamaan si suami akan terfikir sendiri.

Jika suami tidak berubah, kena faham bahawa kita tidak mampu mengubah hati seseorang melainkan ALLAH saja yang dapat mengubah si suami. Banyakkan doa agar ALLAH buka pintu hatinya. Leteran isteri tidak mampu mengubah hati suami malah boleh menyebabkan ketegangan dan akhirnya penceraian.

Wanita boleh terjebak dalam seks siber

Wanita jarang memulakan perbualan seks ini, kecuali dengan lelaki yang rapat dengan mereka. Rapat tidak bermaksud rapat dari segi fizikal tetapi rapat dari segi emosi. Ini bermakna jika wanita dan lelaki itu tidak pernah berjumpa tetapi ada emotional engagement maka mereka lebih terbuka untuk melayan perbualan seks.

Wanita yang berkahwin ini pernah terdedah dengan aktiviti seks sama ada pernah melakukan hubungan seksual, melihat pornografi atau melakukan hubungan fizikal yang intim seperti bercium, meraba dan lain-lain. Oleh itu wanita yang pernah berkahwin lebih mudah terdedah dengan pujuk rayu lelaki.

Wanita yang melayan perbualan seks ini biasanya wanita yang terabai dari segi emosi, apabila suami terlalu sibuk, atau tidak ada masa untuk melayannya.

Wednesday, 24 December 2014

Awas dengan Virus SMS : is this your photo


Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengeluarkan nasihat itu, berkata SMS berkenaan yang berbunyi ‘is this your photo’ perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi Malware.

Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.

“Apabila URL itu diklik, perisian tersebut akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.
“Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu,” menurut SKMM dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.

“SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti salah seorang kenalan anda yang sudah dijangkiti Malware tersebut,” kata SKMM




Monday, 1 December 2014