Saturday, 15 January 2011

Jimatkan Bandwidth Internet Anda

Anda menggunakan internet dengan sistem pembayaran volume based? Jadi tentu anda ingin menjimatkan menjimatkan bandwidth internet agar anda jimat menggunakan quota dan tidak over quota yang menyebabkan bil internet anda meningkat. Tips menjimatkan bandwidth ini sangat sesuai untuk volume based seperti celcom,maxis,digi dan sbgnya. Selain dapat menjimatkan bandwidth juga dapat mempercepatkan proses melayari internet anda.Berikut adalah tips bagi menjimatkan bandwitdh internet anda:

1. Mematikan fungsi untuk load images dan sound.
Jika anda melayari ke suatu web dan hanya memerlukan penerangan text sahaja .maka anda boleh mematikan fungsi untuk load images dan sound,
Cara untuk membuang fungsi load images dan sound untuk Firefox dan Internet Explorer.
Untuk Firefox : Tools -> Options -> Content
Untuk IE : Tools -> Internet Options -> Advanced

2.Matikan setting update secara automatik
Mematikan setting update automatik pada windows, antivirus maupun software yang lain dan tukar ke setting ke manual update. Kerana ada beberapa program yang kita install melakukan download update secara automatik .Jika update automatik maka bandwidth yang digunakan banyak sekali, kerana update seperti itu menggunakan bandwidth yang besar

3. Install Add-ons Adblock Plus.
Plugin ini berfungsi untuk menutup iklan-iklan yang muncul di suatu web kalau kita membuka web tersebut tersebut.
Untuk firefox anda boleh menginstall add-ons Adblock plus (https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/1865).
add-ons firefox ini mampu mematikan iklan gambar dan iklan flash.

4. Menggunakan program mampatan images seperti toolnel.
Dengan program ini, maka data akan dimampatkan terlebih dahulu sebelum masuk ke komputer kita.
Anda boleh mendownload di http://www.toonel.net/downloads.html

5. Menggunakan Web mail yang support AJAX
Gunakan email yang menyokong AJAX dimana bekerja lebih cekap sehingga data yang kita download lebih kecil. Web mail yang menyokong AJAX antara lain adalah seperti GMail dan Yahoo Mail dengan versi barunya.

6. Gunakan satu browser saja.
Gunakan satu browser saja, misalnya kalau Firefox gunakanlah Firefox terus, Kalau Internet Explorer gunakanlah Internet Explorer saja, jangan bertukar tukar.Ini adalah
kerana setiap browser memiliki cache sendiri, sehingga jika Anda membuka web yang sudah pernah anda kunjungi, maka browser tersebut tidak akan mendownload seluruh data lagi, kerana sudah tersimpan di browser komputer anda berupa cache.

7. Gunakan Firefox
Firefox memiliki keunggulan iaitu downloadnya lebih kecil jika di bandingkan dengan browser lainnya, jadi lebih cepat dan dan menjimatkan. selain itu Firefox memiliki banyak add on yang dapat digunakan untuk mempertingkatkan prestasi semasa melayari internet .

Wednesday, 12 January 2011

Tip Sebelum Membeli Laptop

Bahan yang perlu ada adalah:
1. Pendrive (untuk menyimpan aplikasi Everest Ultimate )
2. Program Everest Ultimate

Step 1
 1. Install 'Everest Ultimate' dan register.
 2. Click pada tempat seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.




* tengok pada 'Designed Capacity' dan 'Fully Charged Capacity' Jika 'Fully Charged Capacity' punya mWh kurang daripada 'Designed Capacity' mWh..maknanya battery telah diguna (sudah lemah) jika battery telah diguna lihat pada 'Wear Level' dia akan tunjuk berapa percent yg battery telah digunakan.. Jika 0% maknanya battery sangat bagus! jika lagi banyak percent 'Wear Level' bateri sudah tak elok dan makin cepat battery akan kong atau tidak tahan lama. Jadi sebelum korang beli laptop, korang perlu check 'Wear Level' dahulu..kalau banyak percent sangat tu lebih baik takyah beli ler.. (rugi...)

*ketahanan bateri bagi mengikut mWh. (untuk laptop build-in graphic dan processor Intel sahaja) (yg ada graphic card bateri lagi kuat dari tak ada)
-10000 mWh = 30 minit.
-20000 mWh = 1 jam.
-30000 mWh = 1 jam 30 minit.
-40000 mWh = 2 jam 30 minit.
-50000 mWh = 3 jam 30 minit.
-54212 mWh = 3 jam 50 minit.

  Step 2
 1. Klik pada Sensor dan lihat pada Temperatues, bagi mengetahui kepanasan processor laptop




* 40~60 suhu kebawah kiranya laptop korang tak ada masalah overheating (bagi processor Intel)
* 60~80 suhu kebawah kiranya laptop korang tak ada masalah overheating (bagi processor AMD)

*kalau temperature laptop hanya setakat tahap disebut di atas (walaupun buka software berat2 atau game), kiranya laptop tu tak ada masalah overheating..

Step 3
  Ikut arahan pada gambar di bawah sahaja



* click pada button 'Start', CPU Usage akan naik sebanyak 100% ..cara ini adalah untuk menguji suhu paling tinggi laptop ..perlu uji dalam masa 5~10 minit, lepas tu tengok berapa maximum temperature naik? kalau hanya dalam tahap yang disebutkan di atas tadi kiranya ok la. kalau lebih tu bermakna ada masalah overheating ,  tapi jika lebih dlm 2,5 ... tak masalah.








Selamat mencuba....
Download : Everest Ultimate

Monday, 10 January 2011

10 sebab akaun google adsense anda di banned.

Artikel ini khas untuk newbie yang baru mula dengan Google adsense. Sesuai juga untuk adsense player jadikan sebagai revision di masa lapang. Yang dah menjadi Jutawan Adsense tu..lain lah. Berikut adalah 10 sebab kenapa akaun google adsense anda di banned.

1. Invalid Click/impression
Masalah ini berlaku disebabkan oleh 2 sebab iaitu, kita klik sendiri dan juga orang lain mengkhianati kita. Dalam kes yang pertama, ramai newbie beranggapan bahawa google tidak akan tahu yang dia klik sendiri untuk dapat earning.Ini merupakan tanggapan yang sama sekali SALAH. Malah ada yang sanggup pergi ke cyber cafe semata-mata untuk klik iklan adsense di site sendiri. Apabila kita klik sendiri, google akan melihat pattern cara klik itu diperolehi. Banyak faktor akan dilihat termasuk kekerapan klik itu berlaku, lokasi klik (IP and geolocation) dan sumber traffic.

Kalau klik diperolehi dari tempat yang sama, IP mungkin berbeza tapi geographic location lebih kurang sama, di tambah lagi dengan sumber traffic yang meragukan, potensi akan kena banned adalah tinggi.

Manakala untuk kes ke 2, klik yang didapati dari orang lain, termasuk klik boom pula adalah faktor diluar kawalan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, dinasihatkan kita tidak reveal site kita yang mengandungi adsense kepada orang yang kita kurang percayai. Disamping itu, cuba active kan option "Only allow certain sites to show ads for my account". Setidaknya-tidaknya anda dapat mengawal ID adsense anda disalah guna.

2. Duplicate content
Ini memang masalah utama bagi kita. Saya sendiri kadang2 malas untuk membuat artikel sendiri, namun apabila memikirkan kemungkinan akaun akan kena banned, saya buatkan juga unique article.

Sekiranya google menerima aduan yang anda telah menyalin atau duplicate kandungan dari site asal, akaun adsense anda akan di banned.

In a situation like this, where you believe that a site containing AdSense code is illegally copying your site's content, you can let us know by following the process described in our Help Center. It's our policy to respond to notices of alleged infringement that comply with the Digital Millennium Copyright Act and other applicable intellectual property laws.
source: Adsense.blogspot.com/2009/02/my-content-your-content-other-peoples.html

Untuk mengatasi masalah ini anda ada 2 pilihan iaitu buat artikel sendiri atau guna tools untuk spin artikel lain. Masalah utama mengunakan automated tools dalam mengubah sesuatu content adalah, anda haruslah menyemak dahulu maksud perkataan yang ditukar agar maksud artikel tidak berubah. Anda boleh semak kandungan anda di http://copyscape.com untuk mengetahui yang anda mempunyai duplicate content atau tidak.

3. Mengubah adsense code.
Ini adalah pantang larang dalam adsense. Anda dinasihati agar tidak mengubah sama sekali adsense code tersebut.
We understand that it's important for you to have control over the layout of your webpages, so we currently offer a number of display options for AdSense for search. In general, as specified in our program policies, we don't permit modifications to the AdSense code. However, we do allow specific modifications that allow our AdSense for search code to comply with W3C HTML and XHTML standards.
source:google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=10001

4. Memaparkan hasil earning adsense
Berhati-hati semasa memaparkan hasil earning adsense anda untuk paparan umum. Walaupun motif kita kadang-kadang adalah untuk memberi motivasi kepada orang lain, namun beberapa maklumat dalam earning report yang kita boleh hide. Memadai sekiranya kita hanya memaparkan hasil earning daripada akaun adsense dan hide info untuk CTR dan ECPM.

5. Pornography atau lucah.
Tidak dibenarkan sama sekali memaparkan iklan adsense di site yang mengandungi ciri-ciri seperti :
sites with Google ads may not include or link to:

* Pornography, adult or mature content
* Violent content
* Content related to racial intolerance or advocacy against any individual, group or organisation
* Excessive profanity
* Hacking/cracking content
* Gambling or casino-related content
* Illicit drugs and drug paraphernalia content
* Sales of beer or hard alcohol
* Sales of tobacco or tobacco-related products
* Sales of prescription drugs
* Sales of weapons or ammunition (e.g. firearms, firearm components, fighting knives, stun guns)
* Sales of products that are replicas or imitations of designer goods
* Sales or distribution of coursework or student essays
* Content regarding programs which compensate users for clicking ads or offers, performing searches, surfing websites or reading emails
* Any other content that is illegal, promotes illegal activity or infringes on the legal rights of other
source: google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=48182

6. Memaparkan iklan adsense di site yang bukan dalam bahasa English.
Walaupun kita kadang-kadang terjumpa ada iklan adsense di blog bahasa melayu, tetapi sekiranya kita rujuk di TOS, ya menyalahi peraturan Google Adsense.
Please also be aware that placing the AdSense code on pages with content primarily in an unsupported language is not permitted by the AdSense program policies.
source: google.com/adsense/support/bin/answer.py?hl=en&answer=9727

7. Made for Adsense site.(MFA)
Untuk menjaga kepentingan advertiser dan kualiti site, google telah menetapkan beberapa kriteria yang dipanggil sebagai "Google's Landing Page Quality Guidelines"
publishers using online advertising must ensure that their pages comply with Google's Landing Page Quality Guidelines.
.

Elakkan membuat site yang mengandungi 1 post/artikel untuk di combine dengan adsense ads. Risiko untuk di banned adalah tinggi kerana ia menyerupai sifat MFA. Buat artikel atau post yang berkualiti dan lebih dari satu. Malah dengan membuat lebih dari 1 post dan artikel, ia juga memberi benefit kepada anda dari segi SEO kerana anda mendominasi lebih dari satu keyword.

8. Membuka akaun adsense lebih dari satu.

Seperti orang lain, saya juga mempunyai lebih dari satu akaun untuk adsense. Kalau boleh kita jangan login dalam masa yang berdekatan dengan clear cookies setiap kali login. Walaubagaimanapun, untuk perkongsian bersama, ia tetap menyalahi TOS kerana mempunyai akaun lebih dari satu.

9. Privacy Policy
Bagi setiap site yang memaparkan iklan adsense, kita haruslah meletakkan privacy policy statement di site tersebut. Ini adalah peraturan asas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan akaun kita di banned.
AdSense publishers must have and abide by a privacy policy that discloses that third parties may be placing and reading cookies on your users' browsers, or using web beacons to collect information as a result of ad serving on your website.

10. Encouraging click.
Hati-hati semasa meletakkan iklan adsense kerana meletakkan adsense bersebelahan dengan image adalah dilarang sama sekali kerana ia dikelaskan sebagai Encouraging click.

Ok. Setakat itu untuk hari ini, kalau ada lagi sila tambah. Tujuan artikel ini dibuat adalah sekadar untuk perkongsian di antara kita.


Sunday, 9 January 2011

Zikir Mengikut Hari



Allah Yang Maha Tinggi menunjukkan jalan kepada para pencari supaya mengingati-Nya:
“Dan hendaklah kamu sebut Dia sebagaimana Dia pimpin kamu." (Surah Baqaraah, ayat 198).

Ini bermakna Pencipta kamu telah membawa kamu ke peringkat kesedaran dan keyakinan yang tertentu dan kamu hanya boleh mengingati-Nya menurut kadar keupayaan tersebut. Nabi s.a.w bersabda,
“Ucapan zikir yang paling baik adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa, itulah kalimah “La ilaha illa Llah”.

Terdapat berbagai-bagai peringkat zikir dan masing-masing ada cara yang berlainan. Ada yang diucap dengan lidah secara kuat dan ada pula yang diucapkan secara senyap, dari lubuk hati. Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan zikirnya dengan lidahnya secara berbunyi. Kemudian peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh dan seterusnya pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahsia-rahsia, pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi sehinggalah kepada yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi. Sejauh mana zikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya, bergantung kepada sejauh mana Allah dengan kemurahan-Nya membimbing seseorang.

Zikir yang diucapkan dengan perkataan menjadi kenyataan bahawa hati tidak lupa kepada Allah. Zikir secara senyap di dalam hati adalah pergerakan perasaan. Zikir hati adalah dengan cara merasakan di dalam hati tentang kenyataan tentang keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan dan keelokan Allah. Zikir pada tahap rahsia ialah melalui keghairahan (zauk) yang diterima daripada pemerhatian rahsia suci itu. Zikir pada bahagian tersembunyi membawa seseorang kepada:
“Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa”. (Surah Qamar, ayat 55).

Zikir peringkat terakhir yang dipanggil khafi al-khafi – yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi – membawa seseorang kepada suasana fana diri sendiri dan penyatuan dengana yang hak. Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali Allah yang mengetahui keadaan orang yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua pengetahuan, kesudahan kepada semua dan segala perkara.
“Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7).

Bila seseorang telah melepasi tahap zikir-zikir tersebut suasana jiwa yang berlainan seolah-olah roh lain lahir dalam diri seseorang. Roh ini lebih tulen dan seni daripada roh-roh yang lain. Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat. Ketika dalam bentuk benih bayi ini mengajak dan menarik orang lain untuk mencari dan menemui yang hak. Setelah ia lahir bayi ini menggesa orang lain supaya mendapatkaan Zat Allah Yang Maha Tinggi. Roh baharu ini yang dinamakan bayi kepada hati dan juga benih serta keupayaannya tidak terdapat pada semua orang. Ia hanya terdapat pada orang mukmin yang tulen.
“Dia jualah yang tinggi darjat-Nya, yang memiliki arasy. Dia kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki". (Surah Mukmin, ayat 15).


Imam Al-Ghazzali mengatakan ada empat (4) peringkat zikir,

   1. Zikir hanya dengan lisan.
   2. Zikir dengan lisan disertai secara paksaan (takalluf).
   3. Zikir dengan hati dan hadirnya pada lisan tanpa paksaan.
   4. Zikir yang benar-benar membekas ke dalam hati sanubari sehingga orang yang berzikir merasa tenggelam di dalam hati.

Imam Al-Ghazzali menjelaskan bahawa zikir peringkat pertama sedikit manfaatnya dan lemah kesannya.

Sedangkan zikir hati ialah tafakur mengingati ALLAH, merenungi dan memikirkan kebesaranNYA, atau dalam hati selalu menyebut ALLAH (zikir ismuzzat).

Secara lahiriah, apabila berzikir seharusnya :

   1. Berkelakuan yang baik.
   2. Jika ia dalam duduk hendaknya ia menghadap kiblat.
   3. Bersikap tenang dan tidak tergopoh dalam melafazkan zikir.
   4. Tempat berzikir itu harus suci dan bersih terlepas dari segala yang membimbangkan perasaan.
   5. Hendaknya orang yang berzikir itu membersihkan mulutnya sebelum ia mulai berzikir.

Namun secara umum dibolehkan kita berzikir dari segala keadaan sebagaimana tertera dalam Al-Qur'an :
"Orang-orang yang mengingati ALLAH sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata) : 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali - Imran : 191)


Secara batin apabila berzikir seharusnya :

   1. Menghadirkan hatinya.
   2. Sebolehnya menghayati makna zikir itu dikala lidahnya meyebut kalimah zikir.
   3. Sentiasa khusyuk dan bersifat merendah diri kepada ALLAH.

Kelebihan berzikir.

ALLAH  berfirman :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ

Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(Surah al-Baqarah : 152)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.
(Surah al-Ahzab : 41)

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A’raf : 205)

 

Sabda Nabi SAW :

“Perumpamaan orang yang menyebut (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama) Tuhannya umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.” (Sahih al-Bukhari)


Seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak bagiku. Beritahu aku sesuatu yang dapat aku menjadikannya pegangan.” Nabi Saw berkata, “Biasakanlah lidahmu selalu bergerak menyebut-nyebut Allah (zikrullah).”  (HR. Ahmad dan Tirmidzi)


Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rerumputan. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, sesungguhnya Al Qur’an dan zikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rerumputan. (HR. Ad-Dailami)

Apabila kamu melewati taman-taman surga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, “Apa yang dimaksud taman-taman surga itu, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kelompok zikir (Kelompok orang yang berzikir atau majlis taklim).”   (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Thursday, 23 December 2010

Download: Komputer & Handphone

Download: Pelbagai

Tanpa sebarang bayaran, 
download pelbagai koleksi simpanan saya.



Download: Khas Untuk Usahawan Cyber

Tanpa sebarang bayaran, download pelbagai ebook, tips dan software untuk membantu bisnes anda.