Friday, 15 January 2016

Berkahwin Dengan Mayat


Pelik! Tapi itu lah yang berlaku apabila seorang wanita tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat  telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.


Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.

"Saya sangat sayangkanya sepenuh hati dan sukar menerima kenyataan dia telah meninggal dunia. Dia kelihatan indah pada hari perkahwinannya dan saya yakin dia pasti sukakannya," katanya.

Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang.

Wednesday, 13 January 2016

Resepi Detox Minuman Pembakar Lemak


Resepi Minuman Pembakar Lemak.

Jus minuman yang berkesan boleh membuang lemak tepu yang terdapat dalam badan kita semua. Minuman Detoksifikasi atau Penyahtoksik boleh membantu menghilangkan racun dan ajen kanser terserap dalam tubuh kita. Minuman ini akan meningkatkan metabolisme, imuniti, detoksifikasi dan menggalakkan pembakaran lemak.

Antara bahan-bahan yang boleh dijadikan minuman detox adalah seperti berikut;

1)Buah-buahan
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing

3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

4) Buah Luar Negara :
Epal, anggur, plum, peach

5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

6)Herba: Pudina, bunga cina, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender, teh hijau, sage

7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam


Resepi Detox Pembakar Lemak 1

Bahan-bahan:



8 gelas air
1 sudu besar halia
1 timun segar dikupas dan dipotong.
beberapa bijo potongan limau
7 helai daun pudina

Cara menyediakan:

Campurkan bahan-bahan ke dalam balang malam sebelum penggunaan dan makan pada hari berikutnya.

Minum jus setiap hari. InsyaAllah minuman ini dapat membantu mengeluarkan lemak-lemak yang terdapat pada perut anda dan meningkatkan metabolisme anda tanpa sebarang kesan sampingan.



Resepi Detox Pembakar Lemak 2



Bahan-bahan:
- Lemon ½
- 1 timun
- 1 sudu halia parut
- Segenggam daun pasli
- 1/3 cawan air

Arahan: Kisar semua bahan-bahan sehingga sebati dan minum setiap malam sebelum tidur.


Resepi Detox Pembakar Lemak 3


Minuman detox ini boleh membantu membersihkan badan anda daripada toksin, secara semula jadi mempercepatkan metabolisme, membakar lemak, menurunkan tekanan darah dan yang paling penting, melawan diabetes.

Bahan-bahan:

Kulit kayu manis - 1 sudu teh
Cuka Epal  - 2 sudu besar
Air perahan Lemon / limau nipis - 2 sudu
Madu Asli - 1 sudu besar
segelas air

Arahan: Campur dalam pengisar sehingga licin dan makan pada hari yang sama.




Gabungan bahan resepi detox boleh lihat DISINI


Selamat mencuba

Sunday, 3 January 2016

Aplikasi Jejak Pencuri Telefon Anda


Bagi pengguna telefon android anda tidak perlu bimbang jika telefon kesayangan anda dicuri kerana kini anda boleh menjejak pencuri dengan memasang aplikasi Thief Tracker pada telefon anda . Terdapat beberapa aplikasi yang boleh mengesan pencuri telefon anda, antaranya adalah;

Lockwatch - Thief Catcher
Leaf Security (Thief Tracker)
Anti Theft
Thief Tracker - Video
Phone Tracker Pro

Apabila pencuri tersalah masukkan password maklumat penggunaan akan dihantar kepada nombor telefon kedua anda (no alternatif) dalam bentuk SMS.

Maklumat yang dihantar kepada anda adalah seperti Model Telefon, Nama Operator (Celcom, maxis, digi, dll) , SMS yang dihantar, rekod panggilan yang dibuat dan Link lokasi telefon di Google Map.

Selain itu, gambar selfie akan diambil dan disimpan dalam folder Snapshots. Jadi anda perlu setup aplikasi Dropbox untuk membolehkan gambar selfie di sync dan diakses menerusi laman web Dropbox.

Tindakan yang perlu ada lakukan adalah dapatkan butiran peribadi pencuri di Center Operator talian mereka dan buat laporan polis sebagai bukti.


Jadual Tarikh Bonus dan Gaji Penjawat Awam 2016


Pemberian khas kepada Kakitangan Awam ini melibatkan peruntukan RM645 juta melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.

Tarikh Pembayaran Bonus dan Gaji adalah seperti jadual dibawah;


Semoga Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2016 ini dapat memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam merancang perbelanjaan Isi Rumah serta perbelanjaan Individu dengan membuat semakan pembayaran bulanan gaji menerusi akaun simpanan bank masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

Saturday, 2 January 2016

Daftar Untuk Membeli Rumah


Peluang untuk membeli rumah mampu milik di pameran hartanah pada 8 - 10 Januari 2016 ini.

Petikan dari Akhbar:
Kuala Lumpur: Pameran Hartanah MyRumah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dengan kerjasama Kumpulan Andaman yang julung kali diadakan, dijangka menerima 15,000 pengunjung bagi acara yang berlangsung selama tiga hari.

Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, pameran itu diadakan bagi memberi peluang kepada pembaca akhbar terbitan NSTP untuk mendapatkan kediaman mampu milik yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM500,000.

“Selain menjadi acara yang dapat merapatkan hubungan kami dengan pembaca, ia juga dijangka menjadi platfrom terbaik untuk pembaca khususnya yang baru pertama kali bercadang mendapatkan kediaman,” katanya pada sidang media mengenai acara berkenaan, semalam.

Menurutnya, pihaknya memberi tumpuan kepada segmen kediaman mampu milik memandangkan ia menjadi pilihan utama bakal pembeli kediaman atau mereka yang bergelar pelabur hartanah.

“Kami mengutamakan kediaman mampu milik sebagai sasaran utama pameran ini dan bukan kediaman daripada segmen mewah kerana ia bersesuaian dengan bajet semua peringkat pengguna,” katanya.

Pameran Hartanah MyRumah yang dibuka kepada orang ramai secara percuma akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Januari tahun depan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di Balai Berita, Bangsar.

Selain pameran daripada 12 peserta pameran yang terdiri daripada pemaju dan bank, ia juga akan memuatkan sesi ceramah berkaitan hartanah meliputi pelbagai topik perbincangan berbeza.

Sementara itu, Pengarah Urusan Andaman Property Management Sdn Bhd, Datuk Seri Vincent Tiew berkata, pameran itu berbeza dengan kebanyakan pameran hartanah yang sering dianjurkan kerana ia lebih mengutamakan aspek pendidikan kepada bakal pembeli.

“Selain menawarkan pelbagai projek kediaman, pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan pandangan daripada pakar hartanah yang akan berkongsi pengalaman, tips dan strategi dalam menguruskan hartanah masing-masing.

“Kami menampilkan sehingga 20 penceramah daripada latar belakang berbeza yang sedia berkongsi pengalaman mereka dengan pengunjung yang mahu menjadikan kediaman sebagai medium pelaburan jangka panjang,” katanya.

Bagi yang masih belum mempunyai rumah.. jom ke Pameran Hartanah MyRumah

Jangan lupa juga daftar dengan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.



Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz. Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

Jangan lupa juga daftar dengan Skim Rumah Pertamaku (SRP)



- Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


Thursday, 31 December 2015

Cerita Sebenar Zulkifli Bunuh Perompak


Malaysia digegarkan dengan kisah #Zulkifli yang berdepan dengan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh perompak ketika diserang perompak. Kisah Zulkifli menjadi viral di media sosial. Adakah benar seperti yang diviralkan atau memang benar Zulkifli bersalah? Berikut adalah cerita sebenar bagaimana Zulkifli membunuh seorang hingga mati...

Zulkifli menceritakan kejadian yang berlaku ketika itu. Rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/salahkah-pertahankan-diri-di-malaysia-nik-aziz-afiq-abdul

Antara Viral Kes Zulkifli









Video Parody Kes Zulkifli


#‎Zulkifli‬
‪#‎selamatkanzulkifli‬



Tuesday, 29 December 2015

Data Telefon Samsung Boleh Dicuri?


Segala data, video dan gambar dari telefon samsung boleh dicuri atau di hack melalui bateri jenis Samsung. Satu rakaman video telah menunjukan mengenai bahaya dan risiko menggunakan telefon pintar jenis Samsung yang didakwa mampu menyimpan serta mencuri data pengguna menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kegusaran sesetengah pihak.


Melalui rakaman berkenaan, pemilik video mendakwa, terdapat cip pengintip yang dipasang di belakang bateri telefon tersebut untuk mengintip apa yang dilakukan penggunanya termasuk mengesan data, video dan apa saja yang dimuat turun pengguna dari dalam telefon tersebut.


Walaubagaimanapun menurut Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Khirul Nizam Abd Rahman memaklumkan bahawa tayangan klip video berkenaan adalah berkemungkinan tidak benar memandangkan cip tersebut dikenali sebagai antenna Near Field Communication (NFC).

Menurut beliau, NFC berfungsi bagi membolehkan pengguna bertukar data atau maklumat dengan peralatan lain yang turut mempunyai teknologi berkenaan seperti telefon pintar dan sebagainya.

Selain itu, Khirul memaklumkan bahawa NFC juga berfungsi sama seperti teknologi Bluetooth di mana pengguna perlu mendekatkan telefon pintar bagi membolehkan berlakunya pertukaran data serta ianya memerlukan kebenaran daripada pengguna terlebih dahulu.

Tambahnya, masyarakat tidak perlu gusar memandangkan kecurian data dengan menggunakan NFC adalah mustahil sama sekali, namun mereka perlu berjaga-jaga kerana pada masa kini, terdapat pelbagai aplikasi yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan untuk mencuri maklumat pengguna lain.