Saturday, 20 June 2015

Aplikasi WhatsApp tidak selamat

WhatsApp berada di kedudukan paling teruk bagi aplikasi atau perisian yang melindungi data pengguna daripada diintip kerajaan

LONDON 19 Jun – Sebuah pertubuhan yang menjalankan kajian berhubung pengintipan Internet mendedahkan, aplikasi perkhidmatan mesej, WhatsApp berada di kedudukan paling teruk bagi aplikasi atau perisian yang melindungi data pengguna daripada diintip kerajaan.

Selain WhatsApp, kumpulan itu turut mengajak orang ramai menjauhkan diri daripada menggunakan enjin carian Google dan perisian Microsoft, sebaliknya memilih untuk menggunakan peranti Apple dan aplikasi Dropbox.

Hampir setiap ciri WhatsApp dikritik oleh Yayasan Sempadan Elektronik dalam laporannya bertajuk Who Has Your Back? dengan menyenaraikan aplikasi itu sebaris dengan syarikat teknologi AT&T.

Meskipun WhatsApp dimiliki Facebook, aplikasi itu dinilaikan berbeza daripada laman sosial tersebut kerana WhatsApp berkeupayaan memberikan maklumat kepada kerajaan sekiranya diperlukan.

Ini merupakan kali pertama WhatsApp tersenarai dalam laporan yayasan itu, lapor portal independent.co.uk.

“Walaupun Yayasan Sempadan Elektronik memberi syarikat itu tempoh setahun sebagai persediaan untuk dimasukkan dalam laporannya, mereka tidak mengguna pakai amalan terbaik yang kami kenal pasti sebagai sebahagian daripada laporan terbabit,’’ kata yayasan tersebut dalam satu kenyataan.

Apple merupakan satu-satunya daripada beberapa syarikat yang mendapat kelulusan tentang semua lima kriteria yang ditetapkan yayasan terbabit diikuti Dropbox, Adobe, Wikimedia, WordPress, dan Yahoo yang mendapat markah penuh dari yayasan tersebut.

Laporan itu meletakkan lima kriteria kepada syarikat teknologi iaitu sama ada mereka mengikut amalan terbaik untuk keselamatan data, memberitahu pengguna apabila kerajaan memerlukan data, terbuka tentang dasar tentang pengekalan data, mendedahkan apabila kerajaan meminta supaya kandungan dibuang, dan secara terbuka menentang jalan lain yang membolehkan kerajaan mendapat akses mudah kepada data tersebut. -Sumber



Wednesday, 17 June 2015

eRezeki - Program Jana Pendapatan Sampingan


Buat Duit Free! Wow..! Peluang jana wang pendapatan sampingan bagi rakyat Malaysia yang pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.


Dengan eRezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.


Dalam ucapan pelancaran program hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang pada 17 Jun 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan eRezeki, sebuah program menjana pendapatan tambahan menggunakan teknologi digital yang dikhaskan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan.

Program yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) itu juga boleh disertai kumpulan pelajar, penganggur, suri rumah, pesara dan warga emas yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan.

 Nak tahu apa itu eRezeki? Layari dan daftar di http://www.erezeki.my/index.html 


Bonus Raya Penjawat Awam Dan Elaun Perumahan 2015


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah. Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari lebaran. Katanya, bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250.

"Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini. 

Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara. Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. "Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya.

Ucapan Datuk Seri Najib Razak di 
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam 
Keempat Belas (MAPPA XIV)



Monday, 8 June 2015

336 Idea Perniagaan


9/10 dari rezeki adalah berniaga. Tetapi bagi yang baru ingin menceburi bidang perniagaan, soalan yang terlintas dalam fikiran adalah "Bisnes apa nak buat?". Berikut adalah 336 idea perniagaan yang boleh anda fikirkan dan pertimbangkan.

1 Agen Hartanah
2 Agensi pekerjaan
3 Ajen Barang Kemas
4 Ajen Dobi
5 Ajen Haji Dan Umrah
6 Ajen Insurans Dan Takaful
7 Ajen Insurans Roadtax Kereta
8 Ajen Kios Perniagaan
9 Ajen Kitar Semula
10 Ajen Membayar Bil-Bil
11 Ajen Pakej Pelancongan
12 Ajen Pakej Perkahwinan
13 Ajen Pakej Perniagaan
14 Ajen Pelaburan
15 Ajen Pelaburan Saham Unit Trust
16 Ajen Pembantu Rumah
17 Ajen Pembekal Air Sarang Burung
18 Ajen Pendaftaran Syarikat
19 Ajen penghantar Dan Pembekal Roti
20 Ajen Percetakan
21 Ajen Perkhidmatan faks
22 Ajen Perkhidnatan membuat promosi
23 Ajen Pinjaman AIM
24 Ajen Pinjaman Hartanah
25 Ajen Pinjaman Kad Kredit
26 Ajen Pinjaman Kereta
27 Ajen Pinjaman Peribadi
28 Ajen Pinjaman Perniagaan
29 Ajen Racun penghalau serangga
30 Ajen Tiket
31 Ajen Tuntutan Dan Tribunal
32 Ajen Vending Machine
33 Baik pulih handphone
34 Baik pulih Jam
35 Baik Pulih Komputer dan Laptop
36 Baik Pulih Mesin
37 Baik Pulih Perabut
38 Bengkel Basikal
39 Bengkel Bateri kereta
40 Bengkel Besi
41 Bengkel Kereta
42 Bengkel kereta
43 Bengkel Motosikal
44 Bengkel Tayar
45 Bisnes Air Mineral
46 Bisnes Ais Krim
47 Bisnes Aksesori Handphone
48 Bisnes Aksesori Kereta
49 Bisnes Aksesori Lelaki
50 Bisnes Aksesori Wanita
51 Bisnes Batik Dan Sutera
52 Bisnes Beg Galas
53 Bisnes Beg Tangan
54 Bisnes Broadband
55 Bisnes Burger
56 Bisnes Cadar Dan Bantal
57 Bisnes Cermin Mata
58 Bisnes Cuci Kereta
59 Bisnes Cyber Cafe
60 Bisnes Dewasa 18sx
61 Bisnes Ebook
62 Bisnes Handphone
63 Bisnes Hotel Dan Resort
64 Bisnes Ice Blended
65 Bisnes Jam Tangan
66 Bisnes Jual Alat Tradisional
67 Bisnes Jual Jeruk
68 Bisnes Jual Komputer dan Laptop
69 Bisnes Jual Pakaian Tradisional
70 Bisnes Jual Perabot
71 Bisnes Karpet
72 Bisnes Kasut Dan Sandal
73 Bisnes kuih raya
74 Bisnes Kurier Dan Logistik
75 Bisnes Makanan Haiwan Peliharaan
76 Bisnes Minuman
77 Bisnes Mutiara
78 Bisnes Pakaian Bayi
79 Bisnes Pakaian Hari Raya
80 Bisnes Pakaian Kanak2
81 Bisnes Pakaian Lelaki
82 Bisnes Pakaian Plus Size
83 Bisnes Pakaian Wanita
84 Bisnes Pasar Malam
85 Bisnes Pelancongan
86 Bisnes Pengantin
87 Bisnes Perfume
88 Bisnes Prepaid Dan Reload
89 Bisnes Roti Dan Bakeri
90 Bisnes Salun Rambut
91 Bisnes Sarang Burung
92 Bisnes Satay
93 Bisnes Sms
94 Bisnes Spa Dan Facial
95 Bisnes Steamboat
96 Bisnes Stesen Minyak
97 Bisnes Tablet Pc
98 Bisnes Telekung Dan Songkok
99 Bisnes Tshirt Dan Uniform
100 Bisnes Tuala
101 Bisnes Tudung
102 Bisnes Waffle Dan Jagung
103 Bisnes Western Food
104 Bisnesg Lampin
105 Broker hartanah
106 Broker kenderaan
107 Buka Restoran
108 Car Wash
109 Cyber café
110 Driver
111 Expo Karnival
112 Forex
113 Gardening services
114 Haiwan Peliharaan
115 Hiasan Dalaman
116 Hiasan Taman
117 Hotel Resort Homestay
118 Image konsultant
119 Import Dan Eksport
120 Jual Batu Cincin
121 Juru kamera
122 Juru runding Majlis Perkahwinan
123 Juru runding perniagaan. Perkhidmatan simpan kira Syarikat(akaun)
124 juru taip
125 Juruacara Majlis (DJ)
126 Jurulatih Tari, Seni mempertahan diri, Sukan
127 karaoke
128 Kedai Alat Pancing
129 Kedai Buah-buahan
130 Kedai Bunga
131 Kedai Cenderahati Dan Kraf
132 Kedai Dobi
133 Kedai Emas
134 Kedai Fotostat Dan Cetakan
135 Kedai Hardware
136 Kedai Ibu Dan Bayi
137 Kedai Jahit
138 kedai jahitan
139 Kedai Kamera Dan Camcorder
140 Kedai RM2
141 Kedai Runcit Dan Serbaneka
142 Kedai Sewa
143 Kereta Baru
144 Kereta Terpakai
145 Kios Jeruk
146 Kios Kerepek
147 Kios Minuman
148 Konsultan Peguam
149 Konsultan Perniagaan
150 Kontrak Tender Kerajaan
151 Kontraktor Balak Dan Kayu
152 Kontraktor Marin Dan Kapal Laut
153 Kontraktor Minyak Dan Gas
154 Kontraktor Pasir
155 Kontraktor Pembinaan
156 Kontraktor Perlombongan
157 Kurier
158 Kursus Dan Seminar
159 Kursus Kecantikan
160 Kursus Makanan
161 Kursus Motivasi
162 Ladang Getah Kelapa Sawit
163 Melukis
164 Memasang Perkakasan Elektrik
165 Membaiki dan menjahit kasut
166 Membaiki jeans dan pakaian
167 membuat Cenderahati pertunangan dan Perkahwinan
168 Membuat cop getah
169 Membuat dan menjual butang, lencana
170 Membuat frame gambar
171 Membuat Kraf
172 Membuat Name Tag
173 Membuat Papan Tanda Iklan
174 Membuat perabot
175 Membuat Plastik Kotak Botol
176 Membuka Pusat Gym
177 Mencetak t-shirt
178 Mendandan rambut
179 Mengajur Sukan Pancing
180 Mengasuh bayi
181 Mengecat dan hias rumah
182 Menjual / Membekal Gajet
183 Menjual / Membekal Perkakas Dapur
184 Menjual / Membekal Perkakas Elektrik
185 Menjual / Membekal Produk Dari China
186 Menjual / Membekal Produk Sejuk Beku
187 Menjual produk haiwan peliharaan
188 Menjual produk-produk lilin beraroma
189 Menjual resepi masakan
190 Menjual Sampin
191 Menjual sarapan pagi
192 Menjual supplement kesihatan / jamu
193 Menjual Tanjak / Tengkolok
194 Menulis artikel


195 Menyewa Tepak Sireh / Bekas Hantaran
196 Menyewakan peralatan musik
197 Menyewakan pita video
198 Mesin Freezer Dan Chiller
199 Mesin Industri
200 Mesin Jahit
201 Paik Pulih Mesin Jahit
202 Pasar Awam dan Pasar Tani
203 Pekerja Asing
204 Pembekal Air Meneral
205 Pembekal Ayam
206 Pembekal Baju Kosong
207 Pembekal Barang Basah Restoran
208 Pembekal Barang Hantaran pertunangan dan Perkahwinan
209 Pembekal Barang Runcit
210 Pembekal Beras
211 Pembekal Buah-buahan
212 Pembekal Bunga
213 Pembekal Daging Satay Mentah
214 Pembekal Ikan
215 Pembekal Ikan Kering
216 Pembekal Jagung
217 Pembekal Jeruk
218 Pembekal Kain
219 Pembekal Kelapa
220 Pembekal Kerepek
221 Pembekal Keropok
222 Pembekal Kicap Dan Sos
223 Pembekal Kurma Dan Kismis
224 Pembekal Madu
225 Pembekal Mee Dan Bihun
226 Pembekal Mesin
227 Pembekal Mesin Fotostat
228 Pembekal Minyak Masak
229 Pembekal Rempah Dan Perencah
230 Pembekal Santan
231 Pembekal Sayur-sayuran
232 Pembekal Serunding
233 Pembekal Songket
234 Pembekal Telur
235 Pembekal Tepung Waffle
236 Pembekal Western Food
237 Pemborong Bundle
238 Pembuat Kiosk Gerai
239 Pengedar Air Sarang Burung
240 Pengedar Alat Tulis
241 Pengedar Bahan Pencuci
242 Pengedar Buku Dan Majalah
243 Pengedar Contact Lens
244 Pengedar Perfume
245 Pengedar Permainan Kanak2
246 Pengedar Produk Kecantikan
247 Pengedar Produk Kesihatan
248 Pengedar Serbuk Ice Blended
249 PengIklan
250 Pengurus Majlis
251 pengusaha pusat latihan jahitan
252 Penterjemah
253 Penternak Arnab
254 Penternak Ayam
255 Penternak Burung Puyuh
256 Penternak Ikan
257 Penternak Kambing
258 Penternak Lembu
259 Penternak Udang
260 Peralatan Makmal Dan Hospital
261 Peralatan Pejabat Dan Sekolah
262 Peralatan Sukan
263 pereka grafik / Logo
264 Perisian Komputer
265 Perniagaan khidmat pembersihan bangunan / Rumah
266 Perusahaan cendawan
267 Pool maintenance
268 Printing Baju
269 Program Consignment
270 Program Dropship
271 Proofreading
272 Pusat Bahasa
273 Pusat Jagaan Bayi
274 Pusat Latihan
275 Pusat Memandu
276 Pusat mengajar komputer
277 Pusat mengajar tusyen
278 Pusat Mengaji Agama
279 Pusat Rawatan
280 Pusat Tadika Dan Taska
281 Pusat Tuisyen
282 Rawatan Alternatif
283 Rawatan Bekam
284 Rawatan Urut tradisional
285 Remisier saham dan Forex
286 Rumah Sewa
287 Seminar organizer
288 Servis Freelance
289 Servis Keselamatan
290 Servis Pembersihan
291 Servis Pengedaran Risalah
292 Servis Tayar Pancit
293 Sewa Alat Pancing
294 Sewa Bas
295 Sewa Basikal
296 Sewa Dewan
297 Sewa Jentera
298 Sewa Kereta Teksi
299 Sewa Lori
300 Sewa Mesin Fotostat
301 Sewa Motosikal
302 Sewa Pesawat Dan Helikopter
303 Sewa Van
304 Studio Fotografi
305 Studio Grafik Dan 3D
306 Studio Lukisan
307 Studio Model Penyanyi Pelakon
308 Studio Muzik
309 Studio Videografi
310 Sukan Beladiri
311 Sukan Berkumpulan
312 Sukan Futsal
313 Sulam Baju
314 Tanah Sewa
315 Tanah Untuk Dijual
316 Tempahan Biskut Dan Tart
317 Tempahan Hamper
318 Tempahan Kanopi Dan Meja Kerusi
319 Tempahan Katering
320 Tempahan Kek Dan Coklat
321 Tempahan Korban Dan Aqiqah
322 Tempahan Kuih Muih
323 Tempahan Minuman Dan Dessert
324 Tempahan Nasi Lemak
325 Tempahan Roti
326 Terminal Bayaran
327 Tukang Paip
328 Tukang Rumah
329 Ubahsuai Pejabat
330 Ubahsuai Rumah
331 Urut Tradisional
332 Usahawan Baja Pertanian
333 Usahawan Benih Dan Nursery
334 Usahawan Tani
335 Web Design Malaysia 
336 Wiring Aircond


Semoga idea-idea perniagaan ini dapat membuka minda anda untuk memulakan perniagaan sendiri atau mengubah suai  jenis perniagaan yang anda minat.



Monday, 1 June 2015

Petua Halau Semut



Racun serangga amat berkesan untuk membunuh dan menghalau semut. Walau bagaimanapun racun serangga bukanlah sesuatu benda yang selamat, apatah lagi jika ada bayi atau kanak-kanak dirumah.
Berikut beberapa petua yang boleh anda cuba untuk menghalau semut di rumah anda:

1. Cili kering :
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.


2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.


3. Serbuk kopi
Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tidak akan dekati lagi.


4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


5. Cuka
Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.


6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


7. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.


8. Air sabun basuh
Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.


9. Kapur tulis
Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.

10. Bedak bayi
Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.

11. Perahan air limau nipis
Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.

12. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.


13. Tepung Jagung
Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak mampu mencernanya dan akhirnya semut akan mati.


14. Garam
Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.

Selamat mencuba...

Sunday, 26 April 2015

Rawatan Kecantikan Dengan Kentang


Sebut sahaja kentang, terlintas dalam fikiran tentang menu KFC iaitu kentang goreng (fries wedges), kentang putar (whipped potato). Sebenarnya kentang selain dijadikan makanan, kentang juga mempunyai khasiat dan boleh dijadikan rawatan kecantikan.

Kentang kaya dengan vitamin A, B, C, kalsium, fostor, potasium, zat besi, serat dan protein. Kentang rebus lebih rendah kalori dan lemak. Dalam rawatan kecantikan, kentang juga boleh dijadikan bahan utama rawatan. Berikut adalah beberapa manfaat kecantikan semulajadi yang anda boleh dapatkan daripada kentang.

1. Atasi jerawat dengan kentang: 
Jerawat sentiasa menghantui umum dan sering menjadi masalah kulit yang sukar dicari solusi sekiranya kita tidak mengetahui kaedah betul. Malah produk-produk yang menjanjikan penyelesaian itu turut laris bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, masih ada cara lain yang tidak melibatkan penggunaan bahan kimia dalam menghilangkan jerawat iaitu dengan manfaat kentang. Langkah mudah perlu diambil adalah dengan mengisarkan beberapa biji kentang mengikut kesesuaian dan kemudiannya didinginkan di dalam peti sejuk. Selepas itu lumurkannya pada seluruh wajah sebagai rawatan muka.

2. Mengurangkan lingkaran hitam dengan kentang:
Jus kentang segar boleh digunakan di bawah mata dengan bantuan kapas. Biarkan ia di kawasan bawah mata selama kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang ketara. Kentang mempunyai ciri pencerahan semula jadi, dan oleh itu, sangat berguna untuk mengurangkan lingkaran hitam bawah mata.

3. Mencerahkan kulit dengan kentang: 
Ramai yang menggunakan produk pencerahan kulit dijual di pasar malam kerana ingin memiliki hasil wajah putih gebu dalam masa singkat. Namun, sebaliknya ternyata ia memberi kesan buruk apabila kulit akan menipis akibat terhakis sehingga memberi masalah kemerahan ekstrem ketika cuaca terik.

Sebaiknya mari amalkan cara mudah dan diyakini berkhasiat dengan menggunakan gabungan nutrisi yang terdapat dalam kentang. Kaedahnya adalah dengan aplikasikan topeng muka (pupur) daripada parutan kentang segar pada wajah selama 30 minit. Biarkan dalam keadaan lembap dan dingin sebelum dibilas air bersih.

4. Mencerahkan ketiak dengan kentang:
Kentang membantu untuk menyembuhkan masalah ketiak gelap atau hitam. Untuk kesan maksimum, anda boleh mencampurkan jus kentang dengan jus lemon dan madu dan letakkan di bahagian ketiak anda yang gelap. Lakukan ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama setengah jam.

5. Cegah penuaan sebelum usia dengan kentang: 
Banyak nutrisi yang terkandung dalam kentang dilihat mampu dijadikan perawatan antikedut. Rutin seharian pupur muka yang dibuat daripada ekstrak kentang membolehkan beri kesan positif untuk menegangkan garis halus. Malah, ia turut melembutkan kulit anda. Letakkan kentang parut atau jus kentang pada muka anda untuk mengurangkan bintik hitam, Ia mampu mencegah kedutan dan mendapatkan wajah yang sihat.

6. Menanggalkan sel kulit mati dengan kentang:
Selain dijadikan sebagai pupur, kentang turut digunakan sebagai skrab semula jadi yang bertekstur lembut bagi kulit. Caranya adalah dengan menggosokkan parutan kentang segar pada wajah, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas bersih menggunakan air. Ia turut boleh diaplikasi pada tubuh.

7. Menyihatkan dan menguatkan rambut dengan kentang: 
Jus kentang boleh dicampur dengan aloe vera untuk digunakan pada rambut dan kulit kepala untuk rambut kering. Jus kentang mentah kaya dengan protein, fosforus, vitamin A, B dan C, dan banyak mineral penting yang lain, yang semuanya membuatkan rambut anda lebih sihat dan bermaya.

8. Mengurangkan uban dengan kentang: 
Selain dari menyihatkan dan menguatkan rambut, kentang juga mampu untuk mengurangkan uban. Caranya hanya perlu rebus kulit kentang di dalam air, dan kemudian toskan. Gunakan air ini untuk bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Lakukan secara berterusan, dan anda akan melihat uban menjadi kurang dan rambut anda akan menjadi lebih sihat dan berkilat.

Caranya adalah buat jus daripada perahan kentang yang dikisar dan dicampurkan ekstrak itu dengan sebiji telur bersama perahan lemon. Oleskan campuran itu pada rambut dan kulit kepala dengan cara urutan menyeluruh serta lembut. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilaskan dengan air bersih.

Kesemua itu adalah faedah tinggi kentang untuk kecantikan dan ianya sangat mudah diaplikasikan pada kehidupan seharian selain tidak mengambil masa lama dalam proses penyediaan.

Selamat mencuba!


Sunday, 5 April 2015

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki



1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surah AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surah Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surah Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....

Selamat beramal

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.