Sunday, 12 June 2016

Mee Kari SS2, Petaling Jaya Guna Darah Babi



Gerai mee kari di SS2, Petaling Jaya, Selangor yang dikaitkan dengan penggunaan darah babi dalam penyediaannya tidak pernah memiliki atau diberikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut kenyataan Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dimuatnaik dalam Facebook (FB), berdasarkan kepada laporan akhbar berbahasa Inggeris pada 2 Jun lalu, penggunaan darah babi dalam penyediaan mee kari yang turut dijual di Pulau Pinang itu diakui sendiri peniaga berkenaan. ( Baca Artikel berkenaan )

"Untuk makluman pengguna, gerai jualan ini tidak pernah memiliki atau diberikan SPHM.

"Pengguna juga diingatkan supaya tidak terkeliru dengan kenyataan 'Secret recipe from island brought to Kuala Lumpur 40 years ago' (resepi rahsia dari pulau dibawa ke Kuala Lumpur 40 tahun lalu) kerana ia tiada kaitan dengan jenama Secret Recipe yang sudah mempunyai SPHM dari JAKIM," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi serta sentiasa memastikan premis itu memiliki SPHM yang sah bagi memastikan makanan yang diperolehi adalah halalan toiyiban.

Baru-baru ini, artikel yang memaparkan penyediaan mee kari terkenal di SS2, Petaling Jaya dan Pulau Pinang adalah menggunakan darah babi segar yang diakui sendiri peniaganya.

Menurut artikel yang menjadi viral itu, penyediaan mee kari itu di Pulau Pinang menggunakan darah babi segar manakala di Kuala Lumpur darah babi kiub digunakan memandangkan pembekal tidak menjual darah segar.


No comments:

Post a Comment