Thursday, 11 February 2016

Surah Untuk Cerdaskan Otak Dan Minda

Dalam suatu penelitian kajian, Dr. Ahmad Al-Qadhi menyatakan bahwa ternyata membaca Al-Quran selepas Maghrib dan Subuh dapat meningkatkan kecerdasan otak sampai 80 peratus kerana pada waktu-waktu tersebut terdapat pergantian dari siang ke malam dan dari malam ke siang hari.



Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Al-Quran. Ini kerana Al-Quran bukanlah buku sastera atau puisi seperti buku rekaan manusia. Al-Quran adalah kalam Allah Yang Maha Kuasa, Pencipta segala sesuatu dari ketiadaan. Dialah Tuhan yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Dalam sebuah ayat, Allah menyatakan dalam Surah An-Nisaa' Ayat 82;


'Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya'.- Surah An-Nisaa' Ayat 82

Tidak hanya kitab ini bebas dari segala pertentangan, akan tetapi setiap penggal informasi yang dikandung Al Qur'an semakin mengungkapkan keajaiban kitab suci ini hari demi hari.

Membaca Al-Quran adalah suatu ibadah dan perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan '2 dalam 1', iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Firman Allah di dalam Al-Quran



'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.'  -(Surah Al Israa' Ayat 82)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." - Surah Al Baqarah, Ayat 186

Selain penawar, membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:


  • Baca Surah Taha, ayat 25 hingga 28, sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.


  • Baca surah Al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.


  • Membaca surah Al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.


  • Membaca surah Al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.


  • Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.


Selamat beramal..... 

No comments:

Post a Comment