Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Herba rawatan untuk mengawal tahap asid urik pada sendi anda:
1. Jus Timun: Berkesan dalam mengeluarkan asid urik dalam sendi.
2. Jus lemon segar: Meneutralkan asid dalam darah, mengurangkan asid urik pada sendi.
3. Akar Burdock : Mampu menyingkirkan asid urik daripada air kencing.
4. Devil's claw: Merendahkan paras arsid urik dalam darah dan sendi. Devil's claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah.
5. Jus Ceri: Merendahkan paras asid urik
6. Teh Buchu: Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan, ia mampu membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
7. Nanas : Nanas mempunyai enzim yang mengurangkan keradangan. Ia juga mengandungi enzim yang dipanggil bromelain. Ia telah terbukti berguna dalam mengurangkan keradangan. Jus nanas juga melegakan sakit sendi artritis yang berkaitan dan menguatkan pergelangan tangan anda.
8. Cuka Epal adalah sebahagian besarnya digunakan untuk merawat sakit sendi.
9. Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu.
10. Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
11. Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
12. Extra virgin merujuk kepada minyak zaitun yang diperah daripada buah zaitun segar. Ia kaya dengan bioflavonoids yang antara lain membantu proses detoksifikasi dan meredakan keradangan.
Download Artikel Gout: http://lynk.my/VelY
Download Punca Gout dan Rawatan Alternatif Gout: http://lynk.my/KA8Y
No comments:
Post a Comment