Tuesday, 8 July 2014
Rahsia Kuasa Senyuman
Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh. Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.
Senyuman juga dapat merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat. Dengan senyuman dan ketawa akan menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.
Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira. Apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan
Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Secara kesimpulan senyuman dapat;
1. Senyum meningkatkan sistem imun
2. Senyum Mengurangkan sakit
3. Senyum melegakan stress
4. Senyum menurunkan tekanan darah
5. Senyum menjadikan wajah awet muda
6. Senyum menukar mood kita
7. Senyum merangsang keupayaan untuk belajar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment