Wednesday, 9 July 2014
Khasiat secawan kopi
Kopi hitam, white coffee, cappuccino, Espresso, Coffee Latte, Americano, Frappuccino, Kopi arabika, dan kopi moka adalah antara beberapa jenis kopi. Banyak cerita-cerita kononnya kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tetapi, hakikatnya, kopi adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu.
Kata kopi sendiri awalnya berasal dari bahasa Arab 'qahwah' yang berarti kekuatan, karena pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan berenergi tinggi. Bangsa Yahudi gemar meminum kopi malah amalan itu dilatih kepada anak-anak setiap hari.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia.
Di Amerika Syarikat, 107 juta atau 52 peratus daripada penduduknya meminum kopi secara rutin harian manakala 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.
Kebaikan kopi:
1. Kandungan kafein dalam kopi
Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu?
Kandungan utama kopi ialah kafein, ia berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.
Justeru, tidak hairan setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.
Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.
Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.
Kafein juga membantu mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding bertubuh normal.
Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera.
2. Kopi bergula meningkatkan prestasi otak
Kajian di Barcelona, Sepanyol mendapati secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak.
Saintis di Universiti Barcelona mendapati pengambilan kafein dan gula serentak meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Bagi penyakit Alzheimer dapat dikurangkan sebanyak 65% sekiranya kita minum 3 ke 5 cawan kopi setiap hari.
Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan.
3. Kandungan Antioksida dalam kopi
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita tahu antioksida sangat baik untuk kesihatan.
Salah satu hasil kajian mendapati pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II.
Malah, kajian penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta kopi melindungi seseorang daripada masalah penuaan. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Harvard juga menunjukkan bahawa pengambilan 1-3 cawan kopi setiap hari boleh menjadi manfaat kesihatan; ia mengurangkan risiko kencing manis dengan ketara. Kajian ini mendedahkan bahawa pembentukan penyakit Parkinson boleh dikurangkan sehingga 80% dan risiko kanser usus dapat dikurangkan sebanyak 25%. Kajian itu juga mendedahkan bahawa wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan boleh mengurangkan peluang mendapat kanser payudara sehingga 40%.
Ini dibantu oleh kandungan kafein di dalam kopi selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian itu.
Selain itu, kajian dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
4. Apabila anda minum secawan kopi. Minuman kopi merembes endorfin dalam badan dalam beberapa minit. Penyiaran endorfin ini membolehkan badan anda berada dalam mood yang lebih baik dan memberi anda dorongan untuk bersenam dan bekerja.
5. Gout adalah sangat menyakitkan. Kajian telah menunjukkan dengan meminum kopi sama yang biasa atau berkafein, paras asid urik dapat direndahkan. Pengambilan kopi juga boleh mengurangkan kesakitan pesakit gout.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment