Saturday, 28 September 2013

30 September Harga Rokok naik RM1.50

Berita buruk buat perokok tegar..
Benar atau tidak... Harga sekotak rokok naik kepada  RM 12.00, bermula 30 September 2013.


Jika benar, ini pasti akan bertambah jualan rokok seludup dan rokok elektronik (e-rokok).

Kebiasaan perokok tegar akan membelanjakan RM24.00 hingga RM36.00 bagi 2 atau 3 kotak rokok.
Anggaran sebulan bersamaan RM720.00 atau RM1080.00

Bagi yang kurang berpendapatan...
Jangan ragut!
Jangan mencuri!
Jangan menyamun!

Berhenti je merokok...







Aplikasi Facebook untuk usahawan internet dan blogger


Facebook  telah menyediakan beberapa Aplikasi yang boleh dimanfaatkan bagi usahawan internet dan blogger untuk menaikan trafik dan jualan affiliate mereka.

Anda boleh mencipta pelbagai aplikasi untuk membangunkan empayar perniagaan anda sendiri. Kini, banyak jenis aplikasi yang diguna pakai baik berbayar mahupun percuma. Jika anda tidak tahu cara untuk membina aplikasi sendiri, terdapat banyak jenis aplikasi yang boleh anda beli dipasaran untuk membantu anda memasarkan perniagaan anda di facebook. Antaranya seperti;


1.  Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
     Kuasai Automasi Pemasaran FaceBook 24 Jam Sehari Menggunakan Kuasa Robot.


2. Samseng Facebook - Sistem Trafik Percuma FaceBook!
    Rahsia Merampas Trafik Percuma Dan Tanpa Had Dari FaceBook


3. Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!
    Sebuah aplikasi yang berkonsepkan viral dan mempunyai fungsi-fungsi yang dapat meningkatkan jualan         kepada pemilik bisnes di Facebook


4. LIKE WARRIOR untuk Blogger - Teknik Berkesan dapatkan Likes
    Teknik RAHSIA mendapatkan LIKE & TRAFFIK BESAR-BESARAN dengan menggunakan platform     Blogger. Teknik Paling Berkesan.


5. Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
    Tingkatkan Like Fanpage Dengan Kuasa Viral Aplikasi FB


6. TackThis – Create an Online Shopping Store and Facebook Shop
    TackThis allows anyone to start their own e-stores on Facebook, blogs, and websites. Simple and fast         setup. Sellers will have full control over their inventory, orders, and payment methods.


7. DVD Latest FB Ads Marketing
    DVD Yang Membongkarkan Rahsia Bagaimana Untuk Letupkan Jualan Anda Lebih 300% dengan FB         Ads


Selain aplikasi diatas, terdapat juga beberapa aplikasi facebook yang percuma dan mungkin berguna untuk perniagaan anda atau menaikan trafik laman web, blog atau laman affiliate anda. Antaranya adalah seperti;

Networked Blogs :
Aplikasi ini membenarkan anda mempromosikan blog anda di facebook dan boleh dihubungkan ke wall dan page facebook anda

Social Rss :
Membantu anda menaikkan brand perniagaan anda

Business Card :
Membenarkan anda mengepilkan kad perniagaan anda dalam mesej facebook

Phonebook :
Aplikasi ini membenarkan anda menghantar pesanan suara kepada ahli facebook sambil memastikan nombor telefon anda tidak dipaparkan.

Twitter application :
Membenarkan anda untuk melihat siapa rakan facebook anda yang mengupdate
status di twitter, menggalakan rakan facebook anda follow anda di twitter.

Facebook Video :
Sekarang facebook video menyokong HD kualiti video yang tinggi. Anda boleh share, boleh setup siapa yang tonton video anda dan amat sesuai digunakan dalam perniagaan anda. Video memberikan lebih impression kepada prospek.

Ecwid/vendor :
Siapa kata anda tidak boleh buat kedai online secara percuma? Dengan adanya application terbaru ini anda dapat bina kedai online berkonsepkan shopping cart.

Facebook Voicemail :
Aplikasi ini membolehkan anda menghantar pesanan suara kepada rakan di facebook.

Static Fbml :
Static fbml adalah aplikasi yang berfungsi seperti html. Dengan adanya aplikasi ini di page anda ia dapat menyokong kemasukan widget, gambar dan sebagainya

Rss Graffiti :
Membantu anda untuk menyebarkan kandungan sama ada dari web, blog anda ke facebook profile anda.


Facebook Comment :
Facebook comment adalah salah satu tool yang membantu promosi anda bergerak secara viral. Facebook comment ini juga amat sesuai bagi pemilik-pemilik web yang mengupah ejen affiliate mereka. Dengan adanya facebook comment ejen affiliate tidak akan bersusah payah menyebarkan link affiliate mereka banyak kali. Sekali mereka post di facebook comment post mereka akan turut kelihatan pada profile mereka. Apa yang menariknya jika rakan-rakan klik pada link yang disebarkan dari post tadi, maka rakan-rakan anda akan dibawa ke web affiliate anda dengan kod affiliate anda.


Thursday, 26 September 2013

Gara-gara isteri Mat Yo marah Pak Guard


Isu video serius bertukar jadi lawak... hahaha

Semua gara-gara isteri Mat Yo yang marah dan maki hamun seorang Pak Guard.

Video Asal



Penjelasan Isu bini Mat Yo



Parody Isu Bini Mat Yo marah Pak Guard





























Jep Sepahtu pun buat parody juga...?




Video Khas ditujukan kepada Isteri Mat Yo











Video yang dialih suara








emmmm... Mat Yo..... Mat Yo....
nasib ko lerr




Friday, 20 September 2013

Khasiat teh untuk kesihatan


Khasiat teh terutama sekali dalam kesihatan diri dan juga tubuh badan sememangnya diperakui ramai. Pelbagai jenis teh sama ada jenis hijau, hitam, merah mahupun putih boleh dianggap kunci kepada kulit yang cantik. Tidak ramai yang tahu bahawa teh hijau atau green tea mampu membantu sistem pembakaran kalori dengan lebih pantas, menentang alergi dan juga menguatkan otot.  Bagi mereka mengamalkan penggunaan teh, ia mengandungi bahan antioksidan yang tinggi bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin C dan E serta karotenoid dan flavonoid.

Semua vitamin itu berserta antioksidan di dalam teh berfungsi mewujudkan pertahanan yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran dan pemakanan kita sendiri.

Vitamin C berperanan mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit, sekali gus membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya. Ia juga diperlukan bagi proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit.

Vitamin E ialah antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit turut diperkuatkan dengan kehadiran vitamin C.


Karotenoid pula ialah antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan serangan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran ultraungu.


Pada masa sama, teh juga mengandungi kira-kira 30 peratus flavonoid yang dapat mengurangkan serta menenangkan masalah radang kulit, seterusnya menghalang penuaan pramatang serta risiko barah kulit.

Gabungan semua antioksidan semula jadi berkenaan mampu memperbaiki kesihatan kulit, menjadikannya lebih lembut, cerah dan berseri.

Selain diminum, teh juga boleh disapu pada kulit bagi mendapatkan faedahnya yang besar. Ia boleh digunakan untuk mengawal kulit berminyak terutama ketika cuaca panas memandangkan teh mempunyai sifat menenangkan yang mampu mengawal kelenjar terlalu aktif.

Caranya, dengan memasukkan teh ke dalam bekas ais dan bekukan sebelum digunakan pada wajah bagi mengawal peluh dan minyak, lalu membantu membuatkan solekan tahan lebih lama.

Teh juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau badan yang tengik melalui cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan rendam semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya, tubuh berbau harum sepanjang hari.

Ia juga boleh digunakan untuk mencuci wajah bagi mendapatkan faedah antioksidan bahan itu yang tinggi.

Melembapkan kulit kering, teh yang mengandungi bahan tambahan chamomile, lavender dan pudina boleh digunakan dengan memanaskannya dan wap yang terhasil diasapkan pada wajah.

Selain itu, teh yang mengandungi campuran herba seperti burdock, dandelion, echinacea, valerian wangi, goldenseal, akar marshmallow, selada air, daun strawberi dan akar yarrow boleh digunakan bagi merawat masalah kulit seperti jerawat.

Campuran teh bersama bunga raya pula mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu menghalang kulit daripada kerosakan akibat pelbagai elemen persekitaran dan dalaman.

Pusat Perubatan Universiti Maryland, Amerika Syarikat, turut melaporkan teh hijau mengandungi vitamin K yang mampu mengawal darah beku, sekali gus berkesan untuk mengurangkan kegelapan di kawasan orbit mata.

Oleh itu, uncang teh yang sudah digunakan tidak perlu dibuang sebaliknya boleh diletak pada kawasan mata dan dibiarkan seketika.





Mari kita lihat apakah khasiat-khasiat yang terkandung dalam teh. Selepas membaca, jangan lupa amalkan dalam kehidupan seharian anda!

Phytochemicals tingkatkan imunisasi badan

Kandungan phytochemicals dalam teh sebenarnya mampu meningkatkan imunisasi tubuh bagi melawan penyakit seperti demam selsema atau penyakit berisiko. Malah ia dikatakan mampu membantut enzim perkembangan barah atau menentang serangan beberapa jenis sel barah. Pengarah Strong Cancer Prevention Centre di New York, Mitchell Gayor turut menasihati agar orang ramai meminum empat cawan teh sehari. Ia juga berfungsi dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah dengan menyingkirkan LDL (low-density lipoprotein) atau bahasa mudah difahaminya, lemak kotor.

Halang pertumbuhan kaviti

Gigi adalah antara bahagian yang mudah dijangkiti bakteria atau kuman. Teh yang turut mengandungi florida mampu menghalang pertumbuhan kaviti pada gigi kita. Seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa produk ubat gigi keluaran tempatan, perasa teh dijadikan bahan utama kerana telah terbukti bahawa khasiat teh hijau diperakui oleh pakar perubatan.

Kuatkan otot, lambatkan penuaan! 

Menurut laporan Archives Of Internal Medicine, kajian ke atas 500 orang lelaki dan wanita di China yang mengamalkan minuman teh selama 10 tahun mendapati mereka mempunyai kesihatan tulang yang optima. Kandungan flavonoids dikatakan memberi khasiat dan menguatkan otot. Selain daripada itu, bagi mereka yang ingin kelihatan awet muda, amalkan meminum teh hijau kerana satu kajian pada tahun 2001 mendapati ia berupaya melambatkan proses penuaan. Tak perlulah anda membuat berhabis wang membuat pembedahan plastik atau cucuk sana-sini, bukan?

Menentang alergi dan bakar lemak! 

Kandungan antioksida dalam teh hijau sebenarnya mampu menghalang proses bio kimia yang bertindak balas terhadap pembentukan alergi. Ianya sangat mujarab bagi mereka yang alergi terutama sekali kepada persekitaran berhabuk. Teh hijau juga membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori termasuk kalori berlemak. Flavonoids bukan sahaja untuk menguatkan otot, sebaliknya ia boleh mengubah cara penggunaan hormon yang meningkatkan kelajuan kalori dibakar.

Risiko penyakit jantung rendah 

Teh hitam atau black tea pula dikatakan berupaya menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia menghalang darah daripada berkumpul. Dalam satu kajian yang dijalankan, seramai 1,900 pesakit jantung hidup lebih lama secara puratanya 3.8 tahun selepas mengamalkan dua cawan teh setiap hari.


Artikel asal:



Friday, 6 September 2013

Samsung lancar Galaxy Note 3



Syarikat pengeluar telefon pintar dan tablet terbesar dunia Samsung telah melancarkan Galaxy Note III secara rasmi dan akan mula dijual pada 25 September in.

Galaxy Note 3 mempunyai mempunyai rekabentuk yang lebih artistik dan juga tampak lebih premium.

Badan bahagian belakang diperbuat daripada bahan seakan kulit berbeza dengan rekaan Samsung sebelum ini yang menggunakan plastik polikarbonat.


Model terbaru Galaxy Note 3 mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p.

Galaxy Note III ini lebih nipis serta ringan dari model sebelumnya iaitu hanya 8.3mm dan beratnya adalah 168 gram.

Kapasiti baterinya juga dipertingkatkan kepada 3,299 mAh.

Kamera utama Galaxy Note III adalah 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi 'Smart Stabilization' dan 'high CRILED flas', dimana ia membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahyaan.

Kamera Galaxy Note III juga dapat menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.

Galaxy Note 3 hadir dengan dua versi pemproses iaitu versi 3g Exynos 5 Octa dan versi lte.

Prestasi Galaxy Note III akan lebih hebat dan berkuasa dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE.

Memori Galaxy Note III pula adalah 32GB atau 64GB.

S-Pen Galaxy Note III dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.

Galaxy Note III didatangkan khas dengan tiga warna utama iaitu hitam, putih dan merah jambu

Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.


Video Review Samsung GALAXY Note 3



Himpunan nama bayi dalam Islam


Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;

“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)

Walau bagaimanapun ada juga sesetengah ibubapa memberi nama anak mereka sejak dalam kandungan lagi dan aja juga ibubapa yang ingin melihat bayi mereka dahulu sebelum mencari nama yang sesuai dari buku-buku nama untuk anak mereka. Kebanyakan ibubapa akan memilih nama anak mereka berdasarkan agama dan etnik, dan ada juga yang akan menamakan anak mereka sempena ahli sukan ataupun penghibur kegemaran mereka. Ada yang percaya bahawa nama yang popular dan mudah dieja akan memudahkan anak anda kelak. Namun, terdapat juga yang merasakan bahawa nama yang unik akan membuatkan anak anda lebih menonjol daripada yang lain. Kebanyakan ibubapa akan memilih nama yang mereka suka. Nama yang anda pilih biasanya akan mencerminkan diri anda berbanding bayi anda.

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim).

Daripada hadis diatas, jelas maksud nama yang diberikan untuk si anak sangatlah penting dalam Islam.
Oleh itu rujuklah ustaz-ustaz yang arif sebelum memberi nama kepada si anak yang tersayang.

Berikut adalah ebook nama-nama yang mempunyai maksud sebagai panduan ibubapa memilih nama anak yang bakal dilahirkan.



Semoga anak anda menjadi insan yang cemerlang dan berbilang di sisi Allah SWT.... Amin


Monday, 2 September 2013

Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen seliter pada 3 September 2013



2 September 2013
PUTRAJAYA 2 Sept. - Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada proses merasionalisasi subsidi.

"Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - UTUSAN ONLINE

Sumber Info: Utusan

Baca juga: 20 Tip Cara Jimatkan Minyak Kereta


Sunday, 1 September 2013

Sama Tapi Tak Serupa

Adalakanya kita sama tapi tak serupa...

 Sukan permotoran Grand Prix dan Lompat Jauh

Sukan permotoran Grand Prix dan Breakdance 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Rodeo 

Sukan permotoran Grand Prix dan Gimnastik 

 Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan boling serta gusti wwe

 Sukan permotoran Grand Prix dan Tarian Ballet

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Renang 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Kasut Roda 

Sukan permotoran Grand Prix dan Pecut 100m 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Papan Anjal

Sukan permotoran Grand Prix dan Parkour 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Ragbi 

Sukan permotoran Grand Prix dan Luncur Air

....Kesakitan yang ditanggung juga tak serupa