Friday, 24 May 2013

Petua Adam Hawa




Petua Hawa (Untuk Perempuan)


Petua Sentiasa Kelihatan Muda
Pilihan 1: Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya. Jadikan pucuk gajus sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

Pilihan 2: Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan. Rebus pucuk gajus sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.


Petua Untuk Kedut Perut Selepas Bersalin
Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.


Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Petua 1
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang di celur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan saja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Petua 2
Kikis lobak putih dan diparut.Campur lobak putih tadi dengan segelas air panas dan di biar sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Petua 3
Daun betik memang enak di buat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Petua 4
Longan yang kering, yang biasa boleh di dapati di kedai singseh amat bagus untuk di amalkan. Rebus longan kering dalam anggaran satu cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minuman air rebusan tersebut.

Petua 5
Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling buah dada anda.


Petua Menegangkan Payu Dara
Petua 1
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Petua 2
Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk/lembik. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian sapukan pada keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan petua ini sebanyak dua kali seminggu.

Petua Untuk Keputihan 
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.


Petua Melegakan Deman Dan Sakit Kepala Selepas Bersalin
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.


Petua Untuk Tahan Darah 
Lembabkan segumpal tembakau ke dalam air bersih, dan tepekkan ke atas luka yang sederhana serta balutkan dengan kain bersih. Biarkan dan jangan gerakkan bahagian yang mengalami luka. Darah akan terhenti dengan sendirinya.

Petua Mengurangkan Air Alat Kelamin
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat dan gaulkan dengan minyak lenga (minyak bijan) dan kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia mengurangkan air pada alat kelamin wanita, nescaya bertambah nikmat.


Petua Untuk Barah Rahim
Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim melalui lubang faraj


Petua Menyempitkan Alat Kelamin
Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut;
dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut. Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan suami. Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat.

Petua Menghilangkan Tapal Perut
Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat (minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi kecut.

Petua Untuk Masalah Haid
Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.


Petua menghilangkan lingkaran hitam pada bawah mata
Ambil 1/2 atau sebiji kentang.Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.





Petua Adam (Untuk Lelaki)

Petua Menguatkan Alat Kelamin
Kunyit, kapur sirih, opium sebesar kacang hijau, pati santan kelapa, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati dan minum tiga pagi. Memperbanyakkan air mani dan menguatkan alat kelamin lelaki.


Petua Alat Kelamin Kuat Dan Besar
Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

Petua Membesar Dan Menguatkan Alat Kelamin
Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.

Petua Memperbanyakkan Air Mani
Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

Petua Nikmat Kepada Isteri
Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk isteri.





Friday, 17 May 2013

Rahsia Ilmu Hukum Tarikan



Sains membuktikan bahawa fizikal alam semesta adalah daripada energi (tenaga). Jika anda dapat menghuraikan  semua  benda  di  sekeliling  anda,  termasuk  diri  anda,  kepada partikel yang lebih kecil (atom, electron, proton), anda adalah sebenarnya amat kecil (partikel sub atom) yang mana ia adalah energi tulen.

Segala yang anda lihat dalam dunia anda termasuklah kerusi/sofa yang anda duduk, orang  di  sekeliling  anda,  duit  dalam  dompet  anda,rumah  yang  anda tinggal... SEGALANYA adalah daripada energi.

Walaupun sesuatu benda itu nampak pejal dan terpisah di sekitar anda, dari  segi atom dan  sub atom, namun  semuanya dicampurkan bersama-sama di dalam satu gabungan energi yang besar.

Oleh sebab segalanya adalah energi, termasuk anda, perhubungan anda, kesihatan anda, wang anda, kejayaan dan kebahagiaan, malah semua ini dipengaruhi oleh Hukum Fizik atau Hukum Alam Semulajadi.

Apa yang penting di sini adalah apabila  anda  faham  tentang  hukum-hukum  ini,  anda  boleh  mempengaruhi sesuatu  yang  menjadi  impian anda  seperti wang,  kejayaan,  kesihatan dan  sebagainya  ke dalam kehidupan  anda.

Ia  nampak  seperti  magik  namun  ia  adalah  tindakan  secara semulajadi melalui hukum alam semulajadi dan hukum saintifik yang menghasilkan semua yang wujud pada hari ini.

Penemuan menarik seterusnya adalah fakta yang mana pemikiran di dalam kepala kita ini tidak tinggal di dalam kepala kita.  Saintis  berpendapat  bahawa  pemikiran adalah  sebenarnya  energi  tulen  dan  ia  dihantar  keluar  atau  memancar  keluar daripada  badan  kita  seperti  transmitter  radio  dan  kemudian  energi  ini  bergerak keluar.

Seseorang dan setiap benda di atas bumi  ini mengeluarkan energi dan salah satu  cara utama memancarkan energi ini adalah melalui pemikiran kita.

Energi pemikiran ini mempunyai keupayaan untuk mencipta realiti. Dan sains telah membuktikannya...
Rahsia Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sememangnya 'sunnatullah' yang sudah lama dijelaskan di dalam al-quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Itupun adalah kerana penjelasan yang kreatif dari Rusdin S. rauf yang menulis buku Quranic Law of Attraction yang sarat dengan intipati hukum tarikan ini dari sudut perspektif yang islamik.

Sama ada DVD atau koleksi buku.. Saya begitu menghargai ilmu-ilmu hebat seperti ini. Ia membantu untuk terus mengembara dalam hidup lebih mudah, semakin dengan impian dan matlamat serta sedar segala kejayaan itu datangnya kerana Allah swt.

Sekiranya kita mengimpikan sesuatu perlulah amalkan 3 perkara. Ini sptmana yang disarankan dlm buku Rusdin yang mana seorang muslim itu perlu :

1. Menggunakan sepenuhnya doa untuk berkomunikasi dengan Allah swt yang merupakan sumber segala tenaga & kekuatan. Pohon pada Yang Maha Kuasa apa jua keinginan yang positif dalam hidup. Sehubungan itu kita perlu mengetahui beberapa aspek doa dan adabnya supaya segala hasrat impian kita dimakbulkan. Tidak kiralah impian anda itu nak jadi kaya, senang, sihat, lapang dan sebagainya asalkan ia positif di sisi tuhan. Kuasa doa ini sebenarnya hebat dan spttnya menjadi senjata bagi orang-orang mukmin. Jika anda berdoa perkara baik dan sepenuh hati beserta adab sebagai hamba tuhan sudah tentu pasti dimakbulkan segala impian saudara.

2. Menghidupkan rasa syukur dalam hati agar dapat menikmati kebahagiaan dan ketenangan. Syukur ini mempunyai kuasa yang hebat pada manusia. Apabila kita bangun di pagi hari, celik je mata dapat melihat betapa indahnya dunia ini maka itu adalah antara nikmat besar hidup yang kita miliki berbanding mereka yang buta tidak nampak segala, gelap dan tidak mampu menikmati keindahan alam ini. Begitu juga nikmat kesihatan yang baik, yang mana memudahkan kita melakukan kerja, urusan hidup, membuat bisnes, membuat segala pekerjaan dgn sempurna juga perlu kita memanjatkan kesyukuran pada tuhan.. sekiranya Allah tarik balik nikmat sihat dan kita terpaksa terlantar di katil dalam keadaan sakit sudah tentu ia cukup memeritkan. Bersyukurlah dan Allah akan gandakan nikmatnya nanti. Dgn syukur kita menjadikan diri sebagai magnet kebahagiaan. Kita merasakan dunia ini luas dan penuh keistimewaan. Menyebabkan kita yakin diri dengan Allah bahawa segala rezeki itu datang dariNya.

3. Gunakan tenaga sabar sebagai penentu kejayaan kita. Tidak banyak orang yang bersabar di dunia ini. Semuanya mahu cepat, senang dan mudah sahaja sebaliknya sedikit yang mampu bersabar sebelum berjaya. Sptmana kata mentor saya, sabar itu banyak hikmahnya. Orang yang bersabar itu mampu menempuh apa jua cabaran hidup. Bila dilanda musibah dia akan bersabar dan tidak melenting atau menyalahkan orang lain. Bila diuji dengan masalah maka dia akan tenang dan bersabar untuk menyelesaikan satu persatu masalahnya dengan penuh kesabaran. Bila sabar itu lekat di hati, maka tidak perlu risau apa jua yang menghalang di depan mata... Tidak perlu risau dengan kegagalan kerana berkat kesabaran dan istiqomah kita itu akan dibalas jua dengan kejayaan...

3 cara di atas boleh digunakan untuk mempraktikkan Hukum tarikan atau Law of Attraction. Jika diperhatikan ia sebenarnya adalah elemen-elemen kualiti 'attitude' seseorang. Jika mahu berjaya maka gunakan sepenuhnya 3 cara di atas sebaik mungkin

Moga pendedahan The Secret ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Ilmu sebegini tidak banyak didedahkan, apapun saya ucapkan selamat maju jaya dan moga mencapai apa jua impian anda dalam kehidupan.

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.

Thursday, 9 May 2013

Tips memilih tablet yang terbaik




Pergerakan dunia yang seiring perkembangan teknologi pesat memungkinkan kebanyakan anggota masyarakat memiliki pelbagai gajet khususnya tablet, malah ramai percaya gajet itu sebagai tanda pendedahan yang luas penggunaan perkakasan teknologi masa kini.

Ramai yang obses kepada tablet dan tidak mahu ketinggalan memilikinya manakala beberapa pembuat tablet cuba membuktikan model masing-masing yang dipertontonkan bagi mendapat tempat di kalangan pengguna.

Pengeluar terbesar secara teknikal datang daripada kumpulan Samsung, syarikat yang bertanggungjawab memulakan perlumbaan menghasilkan tablet pelbagai bersaiz besar menerusi disusuli Apple, ASUS, Microsoft dan sebagainya.

Antara tablet popular pula yang menampilkan skrin pertengahan atau besar termasuk iPad, Galaxy Tab dan Surface yang mempunyai sekurang-kurangnya paparan definisi tinggi penuh.

Namun dengan lambakan tablet di pasaran, pastinya memeningkan kepala anda untuk memilih tablet yang terbaik untuk anda?


Mungkin ada sedikit tip yang boleh anda fikirkan dan kaji sebelum membeli tablet.


Bajet

Soalan yang sukar dijawab namun jika anda perlu memikirkan soal poket dan masih mahukan tablet, lebih baik jika membeli jenama yang berharga sekitar RM500 ke bawah namun perlu bersedia dengan beberapa kekurangan fungsi.

Anda perlu ingat, lebih murah, kurang pula spesifikasinya jadi bersedia untuk memperoleh tablet dengan saiz, pemprosesan dan kualiti skrin yang tidak seberapa.

Kalau anda bersedia untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh mendapatkan tablet yang disediakan dengan subsidi namun terikat pula bersama kontrak sekitar satu hingga dua tahun.

Bezanya, kalau anda bersedia menerima subsidi, tempoh kontrak sehingga satu hingga dua tahun sedikit membebankan tetapi anda boleh jimat hingga 40 peratus berbanding membelinya secara langsung dari kedai.


Berat dan ketebalan

Pada kebiasaannya, tablet dianggarkan mempunyai berat sekitar 700g atau kurang manakala tahap nipisnya mampu menjang­kau hingga 8.0mm yang mana purata pengeluar menghasilkan sekitar 7.0mm saja.

Saiz yang bersesuaian untuk anda pastinya bergantung kepada tahap genggaman individu. Pastikan anda membeli tablet yang ringan dan boleh dimuatkan poket atau beg tangan tanpa mendatangkan masalah.

Berat dan ketebalannya mungkin agak subjektif tetapi jika anda memegang tablet anda untuk tempoh masa yang lama atau dalam satu tangan, anda pasti akan perasan tablet lebih berat selepas beberapa ketika.


Skrin

Antara faktor penentu dalam pembelian termasuk saiz skrin yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan membeli tablet terbaik untuk anda.

Terdapat dua saiz biasa iaitu tujuh inci dan 10 inci. Kalau anda individu yang mempunyai mata yang baik, tujuh inci sudah cukup.

Pada kebiasaan pengeluar tablet masa kini, format saiz skrin 1280 x 800 piksel mungkin format minimum.

Selain itu, ia turut berkait rapat dengan keselesaan anda memegangnya memandangkan perbezaan tiga inci sekalipun ada perbezaan ketara.


Pemprosesan

Boleh dikatakan, semua tablet berdasarkan teknologi pemproses ARM sama seperti hampir keseluruhan pemprosesan dalam telefon mudah alih.

Syarikat pengeluar menghasilkan versi mereka sendiri selain reka bentuk cip ARM dan kebanyakannya menawarkan kelajuan sekurang-kurangnya Dual Core bagi memproses data.

Sebaik-baiknya, pilih ciri di atas memandangkan ia akan mengoperasikan aplikasi dan grafik anda dengan lebih baik.

Kalau ikutkan kelajuan pemprosesnya, sila pilih tablet yang mempunyai kelajuan minimum 1.2GHZ.


Kamera

Pengeluar membangunkan kamera depan untuk fungsi panggilan video membolehkan anda menggunakan Skype atau aplikasi seperti Google Talk.

Fungsi kamera belakang pula sudah diketahui sebagai merakam foto atau video seperti telefon mudah alih, namun kebanyakan kamera tablet pada masa kini belum memiliki lensa kamera yang baik.

Namun begitu, terdapat kamera tablet mampu mengambil video definisi tinggi 720p, jadi periksa sama ada fungsi ini penting untuk anda atau tidak.


3G atau WiFi saja?

Semua tablet menyokong WiFi membolehkan anda menyambungkannya ke rangkaian rumah anda atau ketika berada di kafe atau pejabat anda.

Walau bagaimanapun, tablet datang dalam dua versi. Jika anda mahukan 3G, ia membolehkan anda menempatkan kad SIM mudah alih yang memuatkan rangkaian Internet dan menggunakannya ketika bergerak.

Versi 3G lebih mahal dan anda juga perlu berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang ditetapkan secara kontrak.

Berita baik apabila kebanyakan kedai menawarkan tablet pada kadar subsidi seperti yang mereka lakukan dengan telefon pintar.

Kalau anda menggunakan tablet dengan 3G, biasanya langganan Internet sebulan dianggarkan dalam sekitar RM30 hingga RM250.

Periksa tabiat penggunaannya, kalau anda kerap berada di kawasan yang mempunyai liputan WiFi, tidak perlu membeli tablet dengan 3G.


Aplikasi

Apple App Store mempunyai aplikasi yang paling banyak setakat ini dengan lebih 700,000 aplikasi kini boleh didapati manakala Android mengejar hampir dari belakang.

Lain-lain sistem operasi (OS) mungkin jauh ketinggalan namun pastikan aplikasi yang anda mahukan bersesuaian dengan keperluan anda.


Sambung ke TV anda?

Ada yang bertanya persoalan sama ada tablet boleh menyambung ke televisyen melalui kabel HDMI sekiranya anda mahu stream kandungan foto atau video pada tablet anda. Jika ia penting untuk anda, cari saiz penuh atau mini HDMI output yang boleh didapati pada pelbagai tablet.


Setoran

Berapa banyak simpanan yang anda perlukan bergantung kepada apa yang anda mahu gunakan dengan tablet.

Saiz 16GB lebih daripada mencukupi untuk menyimpan beban muzik dan gambar tetapi aplikasi besar dan video HD memerlukan memori yang lebih banyak.

Jika anda tidak menyimpan banyak muzik atau video, saiz yang lebih kecil mungkin bersesuaian.

iPad tidak mempunyai slot kad memori tetapi banyak tablet lain mempunyai slot microSD/microSDHC, jadi anda boleh mengembangkan simpanan.


Sistem operasi

Boleh dikatakan, terdapat pelbagai sistem operasi yang berbeza tersedia untuk tablet tetapi yang paling popular untuk tablet setakat ini adalah iOS dikeluarkan Apple yang terdapat pada iPad dan iPhone.

Android yang tersedia untuk pelbagai jenama pula seperti Samsung, Sony, Huawei, ASUS dan sebagainya.

Banyak tablet dikeluarkan sejak 2011 beroperasi pada Android 3.0 dan sekarang ia mempunyai versi sehingga Android 4.1 Jelly Bean.

Sistem operasi lain adalah pada tablet daripada Blackberry dan HP. Walaupun terdapat beberapa tablet yang beroperasi pada Microsoft Windows 8, ia masih sistem operasi yang merangkak namun boleh diberi perhatian, cuma ada kekurangan dari segi aplikasi.


Friday, 3 May 2013

Malware Androi



Peneraju keselamatan rangkaian berprestasi ­tinggi, Fortinet yang ­mengeluarkan laporan penyelidikan landskap ancaman FortiGuard bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac, 2013 menemui ancaman botnet, ZeroAccess yang mula menular di dunia mudah alih.
Laporan itu juga mendedahkan analisis terbaru mengenai serangan siber 
di Korea Selatan dan dua variasi adware Android baru yang mula kelihatan dalam senarai permerhatian sejak 90 hari yang lalu.
Pakar Keselamatan ­Strategik dan Penyelidik Ancaman Fortinet Fortiguard Labs, Richard ­Henderson berkata, pada suku pertama 2013, botnet jenis ZeroAccess menambah bilangan serangan di bawah kumpulan tertentu. 
“Dalam tempoh 90 hari lalu, pemilik ZeroAccess menghantar 20 kemaskini perisian kepada hos yang dijangkiti,” katanya. 
Berdasarkan laporan daripada peranti FortiGate, ZeroAccess adalah ­ancaman botnet nombor satu yang diperhatikan. 
ZeroAccess digunakan terutamanya untuk klik penipuan yang mana ia memanipulasi nilai mata wang digital berasaskan sumber berpusat sehingga membabitkan angka berjuta-juta ringgit. 
“Oleh kerana populariti Bitcoin dan nilai ­meningkat, kita boleh melihat ­pemilik botnet lain cuba untuk menggunakan botnet ­mereka dalam ­fesyen yang sama atau mengganggu pasaran Bitcoin,” kata Henderson. 
FortiGuard turut menemui dua variasi adware Android baru iaitu Android.NewyearL.B dan Android.Plankton.B menyebabkan jangkitan di seluruh dunia mengandungi kit pengiklanan baru yang sedang dipantau. 
Kedua-dua malware itu akan memasuki pelbagai aplikasi dan mempunyai keupayaan untuk memaparkan iklan, mengesan pengguna melalui nombor IMEI telefon bimbit dan mengubahsuai desktop telefon bimbit.