Monday, 6 December 2010

Cara Memagar Rumah

Memagar Rumah yang hendak saya sampaikan disini, bukanlah tentang pagar rumah yang diperbuat dari besi, kayu, atau tembok bata. Apa yang hendak dibincang disini adalah tentang memagar rumah dari perbuatan khianat, sihir atau gangguan jin.
        Memagar rumah bukanlah suatu yang baru dalam alam Melayu. Terdapat pelbagai petua melayu seperti menanam kayu teras asam, amalan yang di ambil dari hadith seperti makan kurma "Ajwah" bersama kurma "Madinah".
.... Rasulullah S.A.W bersabda; ‘Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu’. [Riwayat al Bukhari] http://berita-harian-online.com/memagar-diri-dari-ilmu-hitam/ Walau bagai manapun perlulah kita berwaspada dalam memagar rumah, agar kita tidak terpesong atau termasuk dalam golongan-golongan yang syirik.

Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 48: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.

“Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.

      Semoga dengan ceramah agama dari Prof. Dr. Ustaz Jumadi Mustar ini dapat memberi ilmu sebagai panduan kita semua. Sekian


No comments:

Post a Comment