Wednesday, 2 July 2014

Malaysia Truly Asia – The Essence of Asia


Lagu rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia' untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Video muzik berdurasi lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi, keunikan flora dan fauna hingga kepada kepelbagaian budaya negara. Penyanyi Yunalis Zarai, 27 atau Yuna diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 berjudul Malaysia Truly Asia – The Essence of Asia.




Lirik: THE ESSENCE OF ASIA

You'll love Malaysia now and forever
Different races everywhere
The soul of Asia is surely here
This beautiful Malaysia

You'll love thecolours of Malaysia
Where the sun loves to shine
On sandy beaches and clear waters
With smiles of friendly races

(chorus)
Diss land so beautiful
It stills your heart away
Diss land is paradise
Only a smile away

The soul of Asia
The essence of Asia
In thisland where dreams come true
Malaysia

Malaysia is truly Asia
People smiling everywhere
Showing you how much they care
Welcome to Malaysia

(repeat chorus and last verse twice)

The soul of Asia
The essence of Asia
It's truly Asia
Malaysia truly Asia

Monday, 30 June 2014

KKBOX Cetus Revolusi Muzik Terkini Tanpa Sempadan


Musik adalah salah satu elemen hiburan dalam kehidupan manusia. Selain menghibur, musik dapat mengurangkan stress. Kini bagi peminat industri muzik terdapat sebuah aplikasi yang membolehkan anda meneroka dunia muzik pada hari ini.

KKBOX yang merupakan sebuah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama melancarkan pelan pembayaran harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan yang direka khas buat penggemar muzik.

KKBOX mempunyai lebih 10 juta lagu daripada 500 label muzik antarabangsa, boleh didapati dalam pelbagai pakej dan di Malaysia terdapat 200,000 pengguna KKBOX.


KKBOX boleh di akses dalam pelbagai jenis peranti seperti di telefon pintar (iOS, Android  atau Windows Phone) , komputer (Windows atau Mac) dan juga tablet.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu KKBOX, anda boleh layari kkbox.com/my

Untuk mendengar lagu secara online melalui KKBOX dan melihat carta lagu yang polular dan terkini boleh layari Info Muzik KKBOX.

Koleksi lagu-lagu raya juga boleh didapati di KKBOX

Antara ciri-ciri menarik yang boleh didapati di KKBOX adalah ‘lirik bergerak’, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman berkaraoke dengan menukarkan peranti mereka menjadi sebuah peti muzik karaoke mudah alih.

Selain itu, ciri bernama 'Dengar Bersama’ disediakan dimana pengguna dan artis dapat mendengar muzik secara lansung bersama-sama, dan berinteraksi dengan lebih mesra melalui perbualan sosial dan perkongsian muzik.

KKBOX juga berfungsi sebagai sebuah platform yang menyediakan pelbagai kandungan editorial khas untuk pasaran tempatan. Ini membolehkan pengguna-pengguna Malaysia untuk mengakses berita muzik terkini, temubual eksklusif bersama artis, ulasan album dan konsert serta ulasan langsung.

Dengan lebih daripada 10 juta pengguna berdaftar, KKBOX memiliki pustaka muzik gergasi yang menampilkan adunan lebih 10 juta lagu daripada lebih 500 label antarabangsa dan tempatan.


Friday, 13 June 2014

Lebih Rela Dijangkiti HIV Berbanding Diabetes

Penghidap HIV mampu jalani kehidupan normal, 
pesakit kencing manis jangka hayat kurang 10 tahun

SEORANG doktor di United Kingdom (UK) lebih rela dirinya dijangkiti HIV berbanding menghidap diabetes jenis 2. Mengapa? Ini kerana katanya, seseorang pesakit dapat hidup dengan virus terbabit, namun tidak diabetes.

"Diabetes jenis 2 mengurangkan jangka hayat seseorang kepada 10 tahun," kata Dr Max Pemberton, yang menulis dalam akhbar The Spectator di United Kingdom (UK).

Pemberton berkata: "Sebagai seorang doktor, saya boleh beritahu anda, dari segi percakapan perubatan, saya lebih rela mendapat HIV daripada diabetes.

"Ketika kenyataan ini mungkin kedengaran mengejutkan atau memeranjatkan, fakta membuktikannya; prognosis (satu pendapat berdasarkan pengalaman perubatan terhadap satu keadaan penyakit) bagi mereka yang menghidap diabetes jenis 2 adalah lebih teruk berbanding mereka yang menghidap HIV," katanya.

Jelasnya, ketika ini, amat jarang seseorang menemui ajal disebabkan HIV di UK, malah ramai pesakit HIV menjalani kehidupan dan memiliki jangka hayat sama seperti mereka yang tidak dijangkiti virus berkenaan, dengan syarat mereka mendapatkan rawatan dan penjagaan sebaiknya.


HIV boleh dirawat

HIV boleh dirawat dengan jayanya menggunakan terapi antiretroviral sangat aktif (Haart), yang menghalang perkembangan jangkitan disebabkan patogen yang membunuh pesakit HIV/AIDS tidak dirawat.
Berbeza keadaannya dengan penghidap diabetes jenis 2.

Beliau yang bertugas sebagai pakar psikiatri dalam Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) berkata, individu dengan diabetes jenis 2 mempunyai risiko lebih dua kali ganda untuk diserang stok berbanding mereka yang sihat.

Katanya, penghidap juga empat kali ganda berisiko mendapat sakit jantung dan 20 peratus hingga 30 peratus pesakit mengalami masalah buah pinggang yang menjurus kepada perlunya mendapat dialisis secara kerap.

Tambahnya lagi diabetes juga boleh menyebabkan penghidapnya buta, mendapat ulser kaki dan pemotongan anggota tubuh.

"Ramai orang percaya diabetes jenis 2 boleh dirawat dengan mudah menggunakan ubat, namun ini bukan isunya. Penyakit ini berkembang secara berperingkat atau dengan kata lain pesakit biasanya terpaksa memerlukan suntikan insulin dan mereka mengalami kesan lebih serius akibatnya," katanya.

Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, mengakui diabetes jenis 2 mengurangkan jangka hayat pesakit di antara lima tahun hingga 10 tahun selain berisiko menghidap sakit jantung, diserang strok, kerosakan saraf, dipotong anggota tubuh, buta dan kegagalan buah pinggang.



Kematian awal

"Pesakit juga perlu sedar mereka berisiko berdepan kematian awal berikutan risiko yang dikaitkan dengan penyakit kencing manis. Antara 75 peratus hingga 80 peratus penghidap berdepan risiko kematian awal tanpa disedari," katanya pada pelancaran Forxiga (Dapagliflozin), baru-baru ini.

Forxiga adalah ubat baru yang digunakan untuk merawat diabetes jenis 2 dan dibangunkan Bristol-Myers Squibb dengan kerjasama AstraZeneca.

Di Amerika Selatan dan Tengah, jumlah pesakit diabetes jenis 2 ini adalah 24 juta orang, di rantau Asia Pasifik, China misalnya menyumbang satu peratus pesakit atau 138 juta orang manakala di Asia Tenggara, 72 juta orang.

"Di seluruh dunia, ada 382 juta penghidap diabetes dan ia adalah ancaman yang semakin meningkat," katanya.

Menjelang tahun 2035, katanya, dianggarkan 592 juta penduduk menghidap diabetes jenis 2 dengan usia penghidap antara 40 tahun hingga 59 tahun.



Penghidap muda

Situasi di Malaysia, katanya, semakin ramai golongan muda berusia 30 tahun ke atas menghidap diabetes jenis 2 tanpa disedari.

"Kekerapan insiden kematian di Malaysia adalah 20.8 peratus berdasarkan data tahun 2011, iaitu antara tertinggi di dunia dan ini amat membimbangkan," katanya sambil menambah 25 peratus atau seorang bagi setiap empat golongan dewasa berpotensi mendapat diabetes pada bila-bila masa.

Katanya, ukuran indeks jisim tubuh (BMI) adalah petunjuk mudah untuk menentukan sama ada seseorang itu menghidap diabetes jenis 2. Lebih tinggi BMI, lebih tinggi risiko menghidap penyakit ini.

"Lebih tepat mengukur individu yang menghidap diabetes dengan obesit. Cara mudah adalah dengan mengukur ukur lilit pinggang - bagi lelaki tidak melebihi 89 sentimeter (35 inci) manakala wanita tidak melebihi 76 sentimeter (30 inci),” katanya.

Tambahnya, ketika ini, jumlah pesakit diabetes meningkat di negara membangun berbanding negara maju disebabkan faktor gaya hidup.

“Semakin ramai dikategorikan sebagai obes disebabkan gaya hidup mewah dan makan secara berlebihan sekali gus menjadikan mereka golongan yang berisiko tinggi menghidap diabetes jenis 2,” katanya.

Sumber

Wednesday, 11 June 2014

Kilang Bihun Cap Masjid Masih Beroperasi


KUALA LUMPUR - 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.
 
Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.
 
"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.
 
Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.

Kilang Bihun Cap Masjid Jalan Ipoh Kuala Lumpur











VIDEO Kilang Bihun Cap Masjid Jalan Ipoh


Kilang bihun di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, masih beroperasi walaupun arahan tutup sudah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).





Saturday, 24 May 2014

Petua Lama dan Moden Menghilangkan Dakwat Pada Baju.


Memang kecewa ! sakit hati! dan geram! bila baju terkena dakwat pen. Tambah-tambah lagi baju yang baru jer beli.

Bukannya apa, sebab dah tahu, dakwat pada baju tu memang tak akan boleh tanggal. memang jawabnya kain buruk lah jadinya atau pun dicampakan kedalam api.

API? oppsss tunggu... masih ada cara untuk tanggalkan dakwat pada baju sama ada cara petua tradisional (macam tak logik tapi cuba jer dulu sebelum campakan baju tu dalam api) atau kaedah moden.

Petua untuk hilangkan dakwat pada baju.


1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.



2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.



3) Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.



4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.


5) Guna barangan cosway iaitu Laundry Pre-Wash. Semburkan Laundry Pre-Wash pada kawasan yang terkena dakwat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang.


6) Guna liquid pencuci dynamo. Sapukan liquid dynamo pada tompokan dakwat pada baju, gosok perlahan-lahan. Biarkan seketika. dan cuci baju tersebut seperti biasa.


7) Guna Vanish. Sapukan campuran Vanish Power O2 Powder dan Vanish Power Gel, atau Vanish Power O2 Powder dan Vanish Power Liquid. Gosok pelahan-lahan pada tompokan dakwat dan biarkan seketika. Larutkan 1sudu Vanish Power O2 Powder dalam air suam (max 40°) . Rendamkan baju tersebut semalaman. (Jangan gunakan pada sutera).



CDTUP YSLM Penipu?

Jika anda lalui Highway, pernahkah anda nampak Billboard / Sign Board seperti dibawah?




CDTUP INTERNATIONAL SDN BHD juga berdaftar dalam Akta Jualan Langsung 1993 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.



TAPI Akhirnya.... CDTUP INTERNATIONAL SDN BHD (864573-V)(AJL 931866) berpengkalan di laman www.yslm.hk telah diserbu Pihak Berkuasa China.


Copy Paste dari news.qtv.com.cn

“云数贸”涉嫌传销 号称能打造全球首富


在上周的节目中,我们一起见识了一家叫做“云数贸”联盟的网站,号称能打造全球首富。只要你有能力去发展下线,就可以拿回扣,这种行为立刻引起记者的警觉,会不会是人人喊打的传销呢?我们也联系了执法人员,但可惜的是,这家“云数贸”已经人去楼空。不过,昨天,又有观众打来电话,说是在威海路一家写字楼里,又见到了云数贸的踪影。
  爆料人告诉记者,这家云数贸公司,上周刚开业,她是被一个朋友诳进去的,这家公司很奇怪,开业不挂牌子不放鞭炮,而是组织客人集体听课。
  爆料人说,自己曾被传销团伙骗过,损失了上百万,这家公司的路数和传销非常像,没有熟人介绍根本进不去,爆料人将记者带进威海路上的一座写字楼,设法通过另一名会员,将记者带进了370房间。
  两张桌子、几把椅子,一个破旧的沙发,屋里摆设相当简单,一男一女两名工作人员,记者之前没见过,但一见面对方却相当热情,边倒茶边开始聊世界经济。
  素昧平生,却聊的犹如老友重逢,从世界格局到国内经济,从控股公司到网络发展,记者是越听越糊涂,他们葫芦里到底卖的什么药?侃了20分钟大山,男子终于步入正题,云数贸是一家网站,一家中国人自己控股、强国富民的网站,购买公司原始股,不但爱国,还能赚到大把钞票。
  这番话很是耳熟,几天前,记者在重庆路一家居民楼里见到的那伙人,也是这样开场的。一个会员入网,最少需要购买500块钱的原始股,最高额度不限。成为股东最大的好处,并不是靠股票赚钱,而是靠发展下线拿回扣。
  路数完全一样,都是打着购买原始股的名义,实际上发展下线,拉人头拿提成,疑似传销套路,具体如何操作?这个地点又聚集了多少人?记者提出可以买股票,但条件是要见到更高级别的领导,并看看其他会员的电脑记录,一番犹豫之后,女子最终将记者带到了251房间。
  这名男子说,甭管买多少股票,暂时都没有股权证,收据、发票啥都没有,唯一能给的就是一个会员卡,记者提出要看看公司的相关证件,对方却一样都拿不出来。虽然不知道这伙儿人什么来头,上次采访记者就查过这个云数贸公司的底细,新华网曾发布新闻,2013年公安部公布的全国十大传销典型案例中,第八例就是“云数贸联盟网”涉嫌传销案。案件涉及全国28个省份19万人,涉案金额1.6亿元。
  记者设法脱身之后,立即将情况反映给了公安和工商部门。
  根据记者拍到的视频,执法人员判断,这是一个疑似传销窝点,这一次的执法行动会不会有所收获呢,稍后我们继续关注。





Translate dari google

In last week's program, together we experience the one called "cloud several trade" Alliance website, claims to be able to create the world 's richest man . As long as you have the ability to develop off the assembly line , you can get a rebate , this behavior immediately aroused the vigilance of reporters , will not be everyone shouting MLM it? We also contacted law enforcement officials , but unfortunately, this "cloud number of trade " has been deserted . But yesterday , another viewer called and said to be in Weihai an office building , and saw the clouds a few traces of trade .

Broke the news , told reporters the number of trade companies , this cloud , just opened last week , she was a friend into a lie , the company is very strange, is not listed on the child hold the opening of firecrackers , but the organization of collective guests lectures .

Broke the news said that he had been deceived MLM gang , lost millions , the company is very much like the large ones and MLM , no acquaintances simply get in, the reporter who broke into an office building in Weihai road , trying to by another member , the reporter into a 370 room.

Two tables , a few chairs , a worn sofa , the room furnishings is quite simple, two staff members and a woman , never seen before reporters , but one is quite enthusiastic to meet each other , while pouring sides began to talk of the world economy .

Never met , but talk like Laoyouchongfeng , the pattern of the domestic economy from the world , from the holding company to network development , the reporter is heard the more confused, what drugs they sell sleeve in the end ? McCain mountains 20 minutes , the man finally come to the question , the number of trade is a cloud site , a Chinese man holding his own , national strength and prosperity of the site , buying companies IPO, not only patriotic , but also earn a lot of money .

It is the familiar words , a few days ago , reporters in Chongqing Road a residential building to see that group of people , the same way the opening . A membership network, requires a minimum of 500 dollars to buy the IPO , the maximum amount is not limited. Become the largest shareholder benefit , do not rely on stocks to make money, but by the development of offline kickbacks .

Exactly the same ones , all in the name buy IPO actually develop the assembly line, pull the head to get the commission, suspected pyramid routine, specifically how to do ? This place has gathered many people ? Reporters asked can buy the stock , but the condition is to see a higher level of leadership , and look at other members of the computer records , after some hesitation, the woman eventually reporter brought 251 rooms.

The man said , no matter how many shares to buy , do not warrant the temporary , receipts , invoices consequently , the only give is a membership card , the reporter asked to see documents related to the company, the other party has the same have not come out . Although people do not know what Huoer backing , the last interview with reporters on the number of trade checked the cloud company 's bottom line , Xinhua news was released , in 2013 the Ministry of Public Security announced the top ten MLM typical case, the eighth case is " cloud number trade Union Network " suspected pyramid schemes . Cases involving 19 million people in 28 provinces nationwide , involving 160 million yuan .

After the reporter tried to get away , and immediately reported the case to the police and the business sector .

According to reporters photographed video , law enforcement officers , that this is a suspected pyramid scheme dens , this time enforcement action will not be harvested it, later on we continue to focus on .


VIDEO Pejabat CDTUP diserbu



Copy Paste dari laman forum carigold.com

Nak share skit cerita aku:

Aku pon join YSLM ni pada bulan Feb'14 dgn modal RM300 jer. Pastu aku start promote kat member2 aku dan budak2 kilang di seluruh PJ dan S.Alam...diorg minat beb...mcm goreng pisang panas...ada yg sampai nak gadai rantai emas, nak keluar duit dari ASB & Tabung Haji sebab nak kejar yg pakej RM 4.5K tu....

The next day, aku try nak promo kat member aku di group utara pasal biz YSLM ni..tapi kawan aku ni ckp kat aku "better ko stop, esok aku mai KL explain pasal modus operadi YSLM ni"...So dlm fikiran aku ni dah serabut sebab aku dok promo kat ramai org tapi aku masih belom key in atau ambik duit org lagi sebab tunggu member aku dari utara ni.

Pastu the following day, kawan aku sampai ajak lepak mamak kat KLCC (NZ corner)...dia pon bukak la cerita yg pada mulanya aku bantah dan protect YSLM ni. Dia explain kat aku mcm ni:

kita nak jadi ahli byr RM 300...betul..
Pastu kenal 2 org member dapat balik modal kat tangan RM 300 balik...betul.
Tapi duit key in org tu sampai tak ke company?..jawapannya TAK
Abis duit register tu masok poket leader...Jawapannya BETUL

So dari kesimpulan yg kawan aku cite disini, Leader sedang cair point mereka atas duit key in org ramai..and then setakat ni tadak plak bonus income dibayar dari akaun company ke ahli mcm sykt yg lain byr bonus pakai Bank....
So aku terkedu sekejap...sebab dah nampak money game sebenarnya...So aku tarik handbrake utk stop YSLM ni sebab 2 sebab iaitu:

1. Money game
2. "Ade udang disebalik batu"

Maksud aku "Ada udang disebalik batu" tu..sebab kawan aku dari utara ni baik hati nak share sebab Biz YSLM ni di control Tokan besar segala bapak money game...si Zhang Jian tu "kambing hitam" dlm biz ini...Tokan ni lantik Zhang Jian tu utk promote YSLM ni..

Pastu member aku cite lagi...Tokan money game ni Kebal sebab ada boleh bayar pihak berkuasa utk tutup kes...pastu aku pelik juga sebab sijil AJL tu dlm seminggu siap selalu ambik masa 1-2 bulan utk proses...pastu kawan aku ckp "duit ada, boleh bayar jer...pomm sijil dah kuar serta sijil ssm yg boleh kutip deposit lagi"...

Baru aku paham modus operadi ni...Tokan money game ni dah kutip dekat RM 300 juta dah..pastu aku tanya lagi..abis bagi RM 80K utk BMW tu apa and buat iklan pelbagai dan ada kedai tu ape dia??kawan aku ckp "kata la duit dah kutip RM 300 juta, Tokan money game ni labur balik dlm RM 120 juta..So dia dah untung dlm RM 180 Juta...contoh..ape nak kisah..dah collect banyak dah.."

So aku pikir...betul jugak kan. member gruop utara ada yg dah stop promote sebab modus operandi ni (TAK SEMUA GRUOP UTARA LA...HANYA SEGELINTIR SHJ)

Sekarang, member aku bagi info Tokan money game ni dah buat program baru utk tutup YSLM ni...program baru ni juga ada e-share dan ada IPO hong kong...aku tanya dia "mana hang dapat info ni?" dia ckp balik "Tokan ni dah jumpa group utk start biz baru ni...sebab dia cari leader2 besar utk promo"

So itu Sahaja cite aku ni....Terpulang nak percaya atau tidak..

Sekian dan Terima Kasih.



UPDATE:

Syarikat Jualan Langsung Warga China Beroperasi Secara Haram

KUALA PILAH, 10 Julai (Bernama) -- Sebuah syarikat jualan langsung yang menggunakan nama YSLM yang dipercayai miliki warga China didapati menjalankan perniagaan secara haram, dedah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata siasatan awal mendapati, pemilik syarikat itu Zhang Jian, 26, yang mendakwa dirinya orang terkaya dunia datang ke Malaysia dan mewujudkan skim cepat kaya.

"Syarikat ini tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung," katanya kepada pemberita Rabu malam.

Beliau mnghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kariah Kampung Galau, Seri Menanti yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Alias berkata syarikat itu didapati menjalankan perniagaan dalam talian dengan menawarkan pelaburan serendah RM300 tetapi pelaburnya boleh memproleh pulangan antara RM2,700 hingga RM6,000 sebulan.

Dianggarkan RM300 juta telah dikutip di bawah skim tersebut, katanya dan menambah aduan diterima daripada mangsa sejak dua bulan lepas dan syarikat itu dipercayai beroperasi sejak awal tahun lepas.

"Setakat ini terdapat dua kes yang dilapor di Selangor dan siasatan dijalankan bermula 7 Feb lalu. Satu daripada kesnya hampir siap manakala satu lagi masih dalam siasatan.

"Kelmarin penggeledahan dibuat ke atas satu premis pejabat di Puchong, Selangor dan satu lagi di Pulau Pinang. Pejabat ini didapati menggunakan nama syarikat lain iaitu CDTUP yang sah dan berdaftar dengan KPDNKK." katanya.

Namun Alias berkata pihaknya sedang menyiasat hubungan antara CDTUP dengan YSLM.

Zhang Jian sedang dikesan untuk membantu siasatan, katanya.



KPDNKK Nafi Mohon Maaf Kepada Syarikat Jualan Langsung, YSLM

PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan permohonan maaf kepada syarikat jualan langsung, YSLM atas tindakan yang diambil terhadap syarikat itu.

KPDNKK dalam kenyataan berkata malah tindakan tegas akan diteruskan terhadap apa sahaja aktiviti yang melibatkan syarikat itu termasuk menahan pemilik syarikat tersebut iaitu seorang warga China Zhang Jian, 26, untuk siasatan lanjut.

"Berita yang tersebar di laman sosial menyatakan KPDNKK memohon maaf serta akan memulangkan semula barangan yang dirampas kepada pihak YSLM adalah palsu," katanya.

YSLM dipercayai menjalankan perniagaan secara haram di negara ini dan tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati Zhang yang mendakwa dirinya orang terkaya dunia, datang ke Malaysia dan mewujudkan skim cepat kaya dengan menawarkan pelaburan serendah RM300 dan boleh memperoleh pulangan antara RM2,700 hingga RM6,000 sebulan secara dalam talian.

Kenyataan itu berkata, Zhang juga didapati menjalankan perniagaan di bawah syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang memperoleh lesen jualan langsung daripada KPDNKK.

Siasatan terhadap YSLM dijalankan di bawah Seksyen 27 (b) Skim Anti Piramid manakala CDTUP international Sdn. Bhd. pula di bawah Seksyen 6(4) Pelanggaran Syarat Lesen di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Bagi kesalahan kali pertama di bawah Seksyen 27(b), hukuman yang dikenakan adalah denda tidak kurang daripada RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(4), hukuman dikenakan adalah pembatalan lesen jualan langsung. Tindakan tegas akan dikenakan atas mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993," kata kenyataan itu.



Saturday, 10 May 2014

Canggihnya Teknologi Mouse Scanner



Mouse Scanner ialah sebuah tetikus (mouse) dan juga berfungsi sebagai pengimbas (scanner). Mouse scanner mampu melakukan scanning pelbagai dokumen dengan pelbagai saiz semudah anda menggunakan tetikus.

Apa yang boleh anda lakukan dengan mouse scanner?

  • Mengimbas dokumen.
  • Mengedit gambar dan logo
  • Mengedit jadual,
  • Mengedit teks
  • Membaca buku dalam pelbagai bahasa.


Mouse Scanner yang dilengkapi dengan pengeditan OCR ( Optic Character Recognition ) , membolehkan anda mengedit dan menukar tulisan lalu menyimpannya dalam format dokumen seperti gambar (jpg), PDF , Excel , dan Word. Selain itu anda juga boleh terus share dokumen tersebut ke Facebook atau Ttwitter dan Flickr.




Hebat! Sesuai untuk designer, editor photo, editor majalah, guru dan juga pelajar dalam menghasilkan tugasan (assignment). :)

Mouse Scanner juga menyediakan ciri zoom serta tatacara / editing gambar sederhana , misalnya menetapkan kontras dan kecerahan gambar hasil scan . Anda juga menukar warna background gambar , melakukan putaran gambar dan melakukan crop atau memadam sebahagian gambar hasil scan tersebut .

Cara menggunakannya cukup mudah , anda cukup menekan butang scan di samping tetikus sebelah kiri menggunakan ibu jari , maka anda sudah memulakan melakukan imbasan pada dokumen anda . Hasil gerakkan tetikus merupakan proses imbasan yang boleh langsung dilihat di skrin monitor .

Video di bawah ini akan lebih mudah difahami bagaimana cara menggunakan LG tetikus pengimbas ini .



Teks yang anda copy boleh diterjemah dalam bahasa Malaysia. 
Ini bermakna anda mampu membaca segala buku dalam pelbagai bahasa dengan mouse scanner..hehehe


Klik Untuk Lihat Spesifikasi mouse scanner