Friday, 6 September 2013

Samsung lancar Galaxy Note 3



Syarikat pengeluar telefon pintar dan tablet terbesar dunia Samsung telah melancarkan Galaxy Note III secara rasmi dan akan mula dijual pada 25 September in.

Galaxy Note 3 mempunyai mempunyai rekabentuk yang lebih artistik dan juga tampak lebih premium.

Badan bahagian belakang diperbuat daripada bahan seakan kulit berbeza dengan rekaan Samsung sebelum ini yang menggunakan plastik polikarbonat.


Model terbaru Galaxy Note 3 mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p.

Galaxy Note III ini lebih nipis serta ringan dari model sebelumnya iaitu hanya 8.3mm dan beratnya adalah 168 gram.

Kapasiti baterinya juga dipertingkatkan kepada 3,299 mAh.

Kamera utama Galaxy Note III adalah 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi 'Smart Stabilization' dan 'high CRILED flas', dimana ia membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahyaan.

Kamera Galaxy Note III juga dapat menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.

Galaxy Note 3 hadir dengan dua versi pemproses iaitu versi 3g Exynos 5 Octa dan versi lte.

Prestasi Galaxy Note III akan lebih hebat dan berkuasa dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE.

Memori Galaxy Note III pula adalah 32GB atau 64GB.

S-Pen Galaxy Note III dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.

Galaxy Note III didatangkan khas dengan tiga warna utama iaitu hitam, putih dan merah jambu

Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.


Video Review Samsung GALAXY Note 3



Himpunan nama bayi dalam Islam


Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;

“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)

Walau bagaimanapun ada juga sesetengah ibubapa memberi nama anak mereka sejak dalam kandungan lagi dan aja juga ibubapa yang ingin melihat bayi mereka dahulu sebelum mencari nama yang sesuai dari buku-buku nama untuk anak mereka. Kebanyakan ibubapa akan memilih nama anak mereka berdasarkan agama dan etnik, dan ada juga yang akan menamakan anak mereka sempena ahli sukan ataupun penghibur kegemaran mereka. Ada yang percaya bahawa nama yang popular dan mudah dieja akan memudahkan anak anda kelak. Namun, terdapat juga yang merasakan bahawa nama yang unik akan membuatkan anak anda lebih menonjol daripada yang lain. Kebanyakan ibubapa akan memilih nama yang mereka suka. Nama yang anda pilih biasanya akan mencerminkan diri anda berbanding bayi anda.

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (yang bermaksud; perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (bermaksud; yang indah)’”. (Riwayat Imam Muslim).

Daripada hadis diatas, jelas maksud nama yang diberikan untuk si anak sangatlah penting dalam Islam.
Oleh itu rujuklah ustaz-ustaz yang arif sebelum memberi nama kepada si anak yang tersayang.

Berikut adalah ebook nama-nama yang mempunyai maksud sebagai panduan ibubapa memilih nama anak yang bakal dilahirkan.



Semoga anak anda menjadi insan yang cemerlang dan berbilang di sisi Allah SWT.... Amin


Monday, 2 September 2013

Harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan 20 sen seliter pada 3 September 2013



2 September 2013
PUTRAJAYA 2 Sept. - Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu merupakan sebahagian daripada proses merasionalisasi subsidi.

"Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Menurut Perdana Menteri, bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali. - UTUSAN ONLINE

Sumber Info: Utusan

Baca juga: 20 Tip Cara Jimatkan Minyak Kereta


Sunday, 1 September 2013

Sama Tapi Tak Serupa

Adalakanya kita sama tapi tak serupa...

 Sukan permotoran Grand Prix dan Lompat Jauh

Sukan permotoran Grand Prix dan Breakdance 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Rodeo 

Sukan permotoran Grand Prix dan Gimnastik 

 Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan boling serta gusti wwe

 Sukan permotoran Grand Prix dan Tarian Ballet

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Renang 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Kasut Roda 

Sukan permotoran Grand Prix dan Pecut 100m 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Papan Anjal

Sukan permotoran Grand Prix dan Parkour 

Sukan permotoran Grand Prix dan Sukan Ragbi 

Sukan permotoran Grand Prix dan Luncur Air

....Kesakitan yang ditanggung juga tak serupa


Friday, 30 August 2013

Spa Rawatan Terapi Siput Babi


Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Kebanyakan anggapan kita, siput babi adalah tidak lebih daripada satu perosak taman yang tidak menyenangkan.

Pernahkah anda membayangkan beberapa siput babi "merayap" pada tubuh atau muka anda?


Ini bukanlah cabaran seperti Fear Factor tetapi di spa Jepun mereka telah menjadi perkara yang terbaru dalam kecantikan, dengan lendir siput muka akhirnya tiba di pantai British dalam satu East Midlands salon. Penggunaan siput adalah bentuk terapi kecantikan wajah yang kini mula berkembang di luar negeri selain dari spa ikan.

Siput-siput hidup ini adalah sebahagian daripada terapi facial yang ditawarkan oleh sebuah klinik spa bernama Simply Divine di bandar Corby Northamptonshire, Inggeris. Dalam setiap terapi, pesakit akan dilayani oleh tiga siput babi untuk membersihkan setiap sudut wajah anda.

Siput dikatakan berkesan untuk rawatan kulit seperti jerawat- Gower

Awalnya, terapi siput ini dirintis oleh sebuah salon di Tokyo, Jepun, dan kini mulai ditawarkan di kawasan Eropah.


  • Antara kebaikan Terapi Siput;
  • Rawatan kulit mati
  • Membersihkan pori-pori pada wajah
  • Menghilangkan keradanggan kulit
  • Menyerikan wajah
  • Melambatkan penuaan


Menyoal keberkesanan terapi ini, pakar kesihatan kulit Inggeris menyambut positif. Salah satu doktor ahli kecantikan yang terlibat dalam uji klinikal terapi ini, Dr Sunil Chopra, menyatakan bahawa lendir yang dikeluarkan siput mengandung sejenis antibiotik serta asid hyaluronik yang boleh mambantu kulit tetap lembab.

"Teori dari rawatan dengan siput ini bagus. Namun, kami ingin menganalisis semua datanya. Para ahli di Perancis telah menemukan suatu cara untuk membuat ekstrak dari lendir siput dan menambah ke dalam produk penjagaan wajah. Namun, siput yang hidup tentu akan lebih berkesan kerana zat yang terkandung pada haiwan ini tidak akan hilang seiring dengan waktu. Saya sedang melakukan kajian dan menunggu hasilnya, "ujar Chopra.

Video Rawatan Terapi Siput





Sumber:
http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2405452/The-Japanese-SNAIL-facial-arrives-UK-Slimy-anti-ageing-treatment-available-Simply-Divine-salon.html


Saturday, 24 August 2013

Krim Yogurt Untuk Kecantikan



Yogurt merupakan produk yang dihasilkan melalui penapaian bakteria pada susu. Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.  Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.


Yogurt berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran seseorang. Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Apa yang menarik, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak.


Manfaat Yogurt Untuk Kecantikan

Melembapkan kulit
Kultur hidup bersama asid laktik di dalam yogurt mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.

Untuk kulit kering
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.

Membuang sel kulit mati
Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.

Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.

Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

Hilangkan jerawat
Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

Mengecilkan liang roma
Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

Hapuskan lingkaran gelap bawah mata
Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

Atasi masalah penuaan
Yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yoguret bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Yogurt Berkhasiat Untuk Perempuan Bersalin? - Baca




Sunday, 11 August 2013

Surau Dijadikan Kuil Buddha

Na’uzubillah... Apa dah jadi ni?
Surau bertukar menjadi kuil buddha?


Sedih, tempat Imam mengetuai jemaah dalam solat diganti dengan gambar dewa Buddah 





Petikan Akhbar:

KOTA TINGGI - Penduduk perkampungan nelayan Sedeli Besar di sini gempar apabila bangunan surau yang didirikan dalam sebuah pusat peranginan di sini dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan individu dipercayai penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung pusat peranginan itu, Ahmad Tarmizi Adnan yang singgah untuk menunaikan solat asar di surau itu kelmarin.

Ahmad Tarmizi, 45, mendakwa terdengar suara orang seperti berzikir dalam bahasa asing selain bunyi loceng dari dalam surau.

"Apabila ditinjau, saya nampak sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian serba putih membuat upacara sembahyang diketuai seorang sami," katanya.

Peniaga dari Kuala Lumpur itu sempat merakamkan aktiviti itu dengan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

Seorang penduduk kampung, Mohamad Talib, 54, pula mendakwa, kumpulan itu datang ke surau berkenaan setiap hujung minggu untuk mengadakan upacara sembahyang selama beberapa jam sejak sebulan lalu.

"Kami pada mulanya menyangka mereka pelancong," katanya.

Dia kesal kerana pemilik pusat peranginan itu seolah-olah tidak memandang berat kejadian berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati persekitaran surau tersebut telah dibersihkan daripada peralatan sembahyang kumpulan berkenaan.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/


Video 
Surau Sedeli Besar, Kota Tinggi, 
Dijadikan Kuil Buddha