Tuesday, 6 August 2013
Kegunaan Arang Dalam Perubatan Dan Kecantikan
Arang adalah sisa hitam mengandungi karbon tidak murni yang dihasilkan dengan menghilangkan kandungan air dan komponen meruap dari haiwan atau tumbuhan. Arang umumnya didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam, ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri daripada 85% hingga 98% karbon, selebihnya adalah abu atau benda kimia lain. Arang merupakan suatu pepejal berliang yang mengandungi 85-95% karbon, dihasilkan dari bahan-bahan yang mengandungi karbon dengan pemanasan pada suhu yang tinggi. Karbon arang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya.
Manfaat Arang dalam Perubatan
Penggunaan arang sebagai ubat bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 1500 SM, masyarakat Mesir menggunakan arang sebagai penyembuh luka dan pembersihan usus halus selepas makan. Hippocrates (460 SM – 377 SM) iaitu salah seorang pakar perubatan Yunani, yang digelarkan "Bapa Perubatan", menggunakan barang kelam itu untuk rawatan pengidap epilepsi, klorosis, dan Antraks. Pada 1831, di depan pelajar di French Academy of Medicine, Profesor Touery melakukan demontrasi dengan minum racun strychnine yang dicampurkan butiran hitam asal pembakaran. Hasilnya, ia masih hidup dan menjelaskan arang penawarnya.
Menurut Professor Tourey, arang tak berbau dan tak berasa mampu menyerap 60% bahan-bahan toksik di dalam tubuh yang masuk ke seluruh rangkaian pencernaan seperti usus halus, usus besar, dan perut.
Kajian lain dilakukan Richard C. Kaufman, Ph.D dari National Health Federation, Minessota, Amerika Syarikat. Arang terbukti bersifat antipenuaan dan memanjangkan umur sebanyak 40% haiwan percubaan. Itu kerana arang menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan racun yang merosakkan sel tubuh. Arang juga menyeimbangkan metabolisme lemak, menurunkan prestasi sintesis protein pencetus penuaan, penurunan RNA, penghambat arteriosklerosis dan fibrosis. Dos yang dianjurkan sebanyak 30 gram per hari diminum 2 kali seminggu semasa perut kosong.
Arang sebagai pereduksi kolesterol dan penghambat penyakit dipetik dari British Journal of Nutrition. Sejumlah pesakit berkolesterol tinggi yang diberi penggunaan 8g arang per hari turun 25% dari total kolesterol, 41% kolesterol jahat LDL (low density lipoprotein), serta melipatgandakan nisbah HDL / LDL kolesterol. Hal ini adalah kerana arang dapat menyerap penyumbat jantung dan melancarkan peredaran darah koronari.
Manfaat Arang Dalam Kecantikan
Dalam regimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:
1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
4) Nyahkan toksik dalam kulit untuk kulit bebas radikal
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur
Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.
Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.
Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.
Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.
Thursday, 1 August 2013
Lemang Sedap Vs Lemang Jijik Vs Lemang Berbisa
Musim perayaan dah dekat, lepas ni peluang besar pengusaha-pengusaha lemang buat duit. Maklumlah, sepanjang sebulan bulan Syawal semua orang cari lemang, untuk buat rumah terbuka dan jamu saudara-mara yang datang ke rumah.
Sebut lemang ni, memang sedap, tapi dah banyak juga cite dengar tentang lemang ni, ada kes jumpa lipan lah, lipas lah, dan juga katak.
Baca Kisah: katak dalam lemang
yer lah, buluh-buluh tu disusun atas tanah sepanjang musim lemang, malam-malam ape lagi, sibuk lah serangga-serangga mencari tempat tinggal.
so nasihat untuk pembuat lemang, sebelum masukkan pulut kedalam lemang tu, jengok-jengok lah dalam buluh tu... pastikan tiada benda yang sepatutnya dalam lemang tu.
dah banyak kes, kes terbaru;
Seorang wanita dan bayi lelaki meninggal dalam perut sebab lemang.
Biasalakan kalau wanita mengandung ni mengidam macam macam. dan wanita dalam cerita ni mengidam lemang. Jadi si suami pergi ke salah satu tempat yg dirahsiakan untuk beli lemang.
Then balik rumah untuk bebuka puasa. Wanita td belum sempat si suami belah lemang tu dia terus mencubit sikit2 lemang yg ada diluar buluh lemang.kan ada gak kdg2 kita tgok ada skit2 kat atas buluh lemang tu kan. Dan secara tiba2 mulut wanita tu berbuih. Tanpa sempat membelah lemang tu terus si suami membawa isteri dia ke hospital.
Amat sedih sekali sebab doktor sahkan wanita iti dan babynya telah meniggal dunia. Doktor sahkan kerana wanita itu ada termakan racun berbisa.
Si suami teringat makanan yg dimakan sebelum terjadinya perkara tu.
Balik rumah n belah lemang tu baru dia dapat tau yg ular tedung selar ada dalam buluh lemang tu. AstaghfirullahalAzim.
Hati hati semua n diri sendiri pun kena beringat. bukan je lemang binatang tu bleh masuk, contoh cerek air pun kena beringat. sbb kes tu pun ada. masak air tanpa tengok dalam cerek. Masak n guna air tu minum dan mati sbb termakan bisa ular. Nauzubillah. Hindari lah keluarga kami dari musibah ituYa Allah.
Sumber cite - yattpinkymaniac blogspot
p/s: kan bagus kalau tinggalkan gelang emas ke, cincin belian ke dalam lemang tu...
Selamat Hari Raya
Tuesday, 16 July 2013
UiTM Shah Alam Terbakar (Gambar dan Video)
SHAH ALAM 15 Julai - Empat buah bilik makmal yang terletak di sebuah bangunan setingkat Fakulti Sains musnah dalam kebakaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam di sini petang tadi.
Kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.15 petang ketika tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal menjalankan ujikaji dalam salah sebuah bilik makmal.
Bagaimanapun, kesemua mereka sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api merebak dari sebuah bilik makmal di tengah bangunan tersebut yang terletak di hadapan Kolej Perindu UiTM.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.26 petang ini sebelum lima jentera bersama 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, asap hitam berkepul-kepul dan api sedang marak membakar bangunan setingkat tersebut.
"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Mohd. Khairi, api merebak dengan cepat dipercayai disebabkan tindak balas bahan-bahan kimia yang terdapat dalam makmal berkenaan.
"Kita turut menghantar Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) ke tempat kejadian kerana khuatir terdapat bahan kimia berbahaya dalam makmal tersebut. Selain itu, kita sedang menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami," katanya.
Sementara itu, pihak UiTM dikatakan akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut esok.
Fire razes UiTM science lab
A science laboratory situated in the main campus of Universiti Teknologi Mara (UiTM) in Shah Alam was destroyed by fire yesterday afternoon.
A lecturer and three students in a nearby laboratory managed to escape in time before the fire started spreading.
Shah Alam Fire and Rescue Department chief Mohd Khairi Daud said 30 fire-fighters were deployed in five fire trucks after the distress call came at 4.26pm.
He said the fire, which started at 4.15pm, spread quickly due to the presence of flammable chemicals in the laboratory and the fact that the building was old.
"We managed to bring the fire under control in an hour and doused it completely at 7.20pm," he said when contacted yesterday.
He said the department was investigating the cause of the fire and estimated losses.
UiTM said it will issue a statement today regarding the fire. - Bernama
Makmal kimia UiTM Kampus Shah Alam
tidak selamat digunakan
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bangunan Makmal Kimia Institut Pengurusan Penyelidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dengan kebakaran semalam, tidak selamat untuk digunakan dan orang ramai dilarang memasukinya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat UiTM (JKKU) di sini hari ini, kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.20 petang dan Bomba Shah Alam tiba 10 minit kemudian.
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud mengesahkan 90 peratus bangunan makmal kimia tersebut telah terbakar. Punca kejadian masih dalam siasatan," kata JKKU.
Menurut JKKU lagi, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini oleh pihak Polis Bantuan UiTM di sini semalam.
Semalam, empat buah bilik makmal yang terletak di sebuah bangunan setingkat Fakulti Sains musnah dalam kebakaran di UiTM di sini.
Kebakaran berlaku ketika tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal menjalankan eksperimen dalam salah sebuah bilik makmal.
Bagaimanapun, kesemua mereka sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api merebak dari sebuah bilik makmal di tengah bangunan tersebut yang terletak di hadapan Kolej Perindu UiTM.
Gambar
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam terbakar
Video
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam terbakar
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130715/je_08/Empat-makmal-di-Fakulti-Sains-UiTM-musnah-terbakar
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130717/dn_23/Makmal-kimia-UiTM-Kampus-Shah-Alam-tidak-selamat-digunakan
Wednesday, 10 July 2013
Kuruskan Badan Dengan Tidur Bogel/Telanjang
Cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos, iaitu tidur bogel atau tidur telanjang!
Tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan... Pelik! Tapi itulah yang terdapat dalam buku "The Hormone Diet", ditulis oleh Dr Natasha Turner.
Menurutnya, selain daripada menjaga pemakanan (Diet) dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos, iaitu tidur bogel atau tidur telanjang.
Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel kerana, jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.
Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian juga boleh mengurangkan hormon kortisol yang menjadi penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.
Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika anda tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan.
Tetapi, sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.
Menurut Dr Turner lagi, tidur telanjang membolehkan hormon yang akan dikeluarkan yang akan membina semula sel-sel dalam tulang, kulit dan otot semasa anda tidur. Tidur bogel juga menggalakkan penurunan berat badan bersama-sama dengan mimpi yang indah. Tanpa pakaian yang ketat atau selimut yang berat, badan anda akan sejuk dan melepaskan hormon membakar lemak.
Tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan... Pelik! Tapi itulah yang terdapat dalam buku "The Hormone Diet", ditulis oleh Dr Natasha Turner.
Menurutnya, selain daripada menjaga pemakanan (Diet) dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos, iaitu tidur bogel atau tidur telanjang.
Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel kerana, jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan. Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut.
Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian juga boleh mengurangkan hormon kortisol yang menjadi penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan.
Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika anda tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan.
Tetapi, sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.
Menurut Dr Turner lagi, tidur telanjang membolehkan hormon yang akan dikeluarkan yang akan membina semula sel-sel dalam tulang, kulit dan otot semasa anda tidur. Tidur bogel juga menggalakkan penurunan berat badan bersama-sama dengan mimpi yang indah. Tanpa pakaian yang ketat atau selimut yang berat, badan anda akan sejuk dan melepaskan hormon membakar lemak.
Pandangan Ustaz Azhar Idrus : Hukum Tidur Bogel
Masalah Rambut Gugur
Rambut gugur adalah perkara yang normal. Tetapi jika rambut anda gugur lebih daripada 50 hingga 100 helai sehari, itu petanda anda mengalami masalah rambut gugur.
Masalah rambut gugur terjadi mungkin adalah disebabkan hormon di dalam badan yang tidak seimbang, penggunaan produk yang salah dan kurang vitamin pada akar rambut.
Hormon
Hormon seks wanita mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat. Wanita turut menghasilkan hormon androgen dalam kuantiti yang sedikit namun ia akan bertindak aktif jika seseorang itu berada dalam keadaan tertekan. Ini menyebabkan rambut anda mudah gugur. Jadi, untuk melebatkan rambut, anda tidak boleh terlalu tertekan dan sentiasa bertenang dalam apa jua keadaan.
Produk
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan, jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan stail rambut.
Kurang vitamin
Untuk mengelakkan rambut anda daripada gugur, pengamalan makanan berkhasiat seperti bijirin, buaha-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti ikan sangat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat. Jika anda kurang gemar memakan makanan seperti ini, ambillah supplemen khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.
Petua dan herba mencegah rambut gugur
Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.
1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.
2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.
3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.
4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.
5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.
6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.
Baca juga: Tips Penjagaan dan Elak Rambut Gugur.
Selamat mencuba...
Saturday, 6 July 2013
Al-Quran Penawar Kesakitan (Video Ngeri)
Entry kali ini memamparkan keadaan dimana salah seorang pejuang di Syria dengan tangannya yang berkecai, menjalani rawatan tanpa ubat penahan sakit. hanya bacaan Al-Quran yang menjadi penawar kesakitannya... Terus membaca jika anda sanggup
Ubat Penenang Dengan Bacaan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
Ubat Penenang Dengan Bacaan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
Allah berfirman yang bermaksud,
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’ ayat 82).
Terus menonton jika anda sanggup
Tanpa ubat penahan sakit ....
hanya bacaan Al-Quran yang menjadi penawar kesakitan.
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Friday, 5 July 2013
Herba Ubat Darah Tinggi Tradisional
Penyakit darah tinggi selalu `diabaikan' kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala yang `menakutkan'. Tanggapan remeh terhadap penyakit darah tinggi adalah salah! Penyakit darah tinggi atau dikenali sebagai 'Hipertensi', diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap'. Ia sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius seperti penyakit jantung, angin ahmar (strok) dan kegagalan buah pinggang berfungsi.
Jika umur anda masih muda, kebiasaannya doktor tidak akan memberi ubat, sebaliknya doktor akan meminta anda sentiasa tenangkan fikiran, bersenam, dan jaga pemakanan anda. Hal ini adalah kerana, kesan daripada ubat yang diberi akan menyebabkan implikasi yang lain, seperti kerosakan buah pinggang, kencing manis dan mati pucuk.
Oleh itu, adalah lebih baik anda menurunkan tekanan darah anda dengan cara tanpa ubat.
Bagaimana cara turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat?
Sebelum saya nyatakan herba-herba khazanah nenek moyang kita dalam mengubati darah tinggi, saya nyatakan disini beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Antaranya;
- Senam 30 minit sehari! Senaman cardio seperti jogging, badminton, berbasikal dll kuatkan otot jantung. Ini kurangkan beban kepada arteri anda.
- Kurangkan garam! Garam nie macam pasir, ia takung air. Dengan itu, isipadu keseluruhan darah akan meningkat dan dengan itu, tekanan darah mengingkat. So take it easy on salt.
- Tingkatkan potassium dan magnesium seperti pisang dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah systolik dan diastolik sebanyak 2-5 point.
- Relax. Kurangkan stress dan tenangkan diri paling kurang 30minit setiap hari untuk kurangkan tekanan darah.
- Jaga berat badan Obesity is directly relation dengan peningkatkan tekanan darah seseorang. Amalkan pemakanan dan senaman secara berterusan untuk menjaga berat badan …make sure your weight is kept in check!
- Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
- Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
- Jangan tidur lewat atau kurang tidur.
Petua dan Herba Merawat Penyakit Darah Tinggi
Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi. Antara kaedah-kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah;
Petua 1
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2
Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.
Petua 3
Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.
Petua 4
Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.
Petua 5
Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Petua 6
Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.
Petua 7
Seluruh bahagian pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus Annuus amat tinggi nilainya dari segi perubatan. Bunganya yang besar berwarna kuning direbus dan airnya diminum untuk menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
Petua 8
Ambil beberapa biji buah belimbing buluh yang masih segar. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
Petua 9
Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.
Petua 10
Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Petua 11
Amalkan memakan daun pegaga. Jadikan ia sebagai ulam-ulaman ketika anda makan nasi pada waktu tengahari atau malam.
Petua 12
Jering juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadikan ia sebagai ulam.
Petua 13
Amalkan meminum air limau nipis.
Petua 14
Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.
Petua 15
Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi. Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.
Petua 16
Daun kayu putih
Ambil daun kayu putih kira-kira segenggam dan di cuci bersih. Rebuskan daun tersebut. Air rebusan daun kayu putih itu boleh digunakan untuk mandi setiap pagi selama seminggu.
Petua 17
Pandan wangi
Ambil daun pandan wangi secukupnya dan di rebus dengan dua gelas air. Air rebusan dibiarkan sehingga menjadi setengah gelas. Setiap kali darah anda naik, minum lah air rebusan daun pandan ini untuk menormalkan kembali tekanan darah anda.
Petua 18
Daun saderi
Amalkan memakan daun saderi sejambak setiap hari. Anda boleh jadikan ia sebagai ulam jika mahu. Anda juga boleh meminum air rebusan saderi dengan cara rebuskan sejambak daun saderi dengan segelas air dn didihkan sehingga menjadi setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan ketika hendak tidur.
Petua 19
Buah belimbing
Mengamalkan makan buah belimbing sebiji setiap hari boleh menormalkan kembali tekanan darah tinggi anda.
Petua 20
Daun belimbing buluh
Ambil kira-kira secupak daun belimbing buluh dan jemur hingga kering. Rebus dengan dua gelas air dan biarkan sejuk semalaman. Minumlah air daun belimbing tersebut sebelum mengambil sarapan pagi anda.
Petua 21
Daun pala
Ambil daun pala kira-kira secupak dan rebus dengan menggunakan secupak air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal separuh. Amalkan meminumnya pada waktu pagi dan malam selama seminggu.
Petua 22
Buah mengkudu
Buah mengkudu yang telah matang di cuci dan dikeluarkan bijinya. Amalkan memakan buah mengkudu ini tiga hari dalam seminggu.
Petua 23
Daun avocado
Ambil lapan helai daun avocado dan rebuskan dengan dua gelas air, biarkan mendidih sehingga tinggal segelas. Amalkan meminumnya sehari sekali sehingga penyakit anda sembuh.
Petua 24
Daun selada
Tumbuk lumat segenggam daun selada, perahkan airnya sehingga mendapat setengah gelas. Minum air perahan itu setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Petua 25
Timun
Jadikan timun sebagai ulambuah timun juga dapat membantu mengurangkan penyakit darah tinggi.
Petua 26
Pucuk gelugur
Rebuskan kira-kira 20 helai daun pucuk gelugur bersama dua gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal ¼ gelas. Minum setiap malam sebelum masuk tidur selama tiga hari berturut-turut.
Petua 27
Akar patawali
Amalkan memakan akar patawali suku inci setiap hari. Harus diingat, rasa patawali adalah amat pahit tetapi ia amat mujarab dalam mengubati penyakit darah tinggi.
Petua 28
Buah epal
Buah epal hijau di bersihkan dan dikukus sehingga pecah dan lembut. Makanlah ia sebiji setiap malam selama seminggu.
Petua 29
Daun kucai
Tumbuk hingga lumat kira-kira secekak daun kucai dan bancuh dengan air sejuk. Perahkan airnya dan minum setiap pagi.
Petua 30
Kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Petua 31
Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari
Selamat beramal... mudah-mudahan penyakit darah tinggi anda semakin pulih,
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)
















