Kebanyakan remaja tidak suka jika jerawat timbul dipermukaan mereka. Hormon adalah salah satu penyebab atau punca jerawat. Perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun terdapat juga tabiat-tabiat kecil yang gemar anda lakukan menjadi punya timbulnya jerawat pada wajah anda. Antara tabiat rutin yang boleh membuatkan jerawat timbul pada wajah anda adalah;
1. Selalu sangat cuci muka
Mencuci wajah terlalu kerap menyebabkan jerawat timbul, untuk mengelakkan jerawat, anda hanya perlu mencuci pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur.
2. Menggosok kulit dengan kuat
Menyentalm kulit dengan objek seperti tuala kecil atau span terlalu kuat boleh menyebabkam kulit anda kerengsaan.
3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh
Jangan biarkan peluh yang keluar sebati dengan kulit anda.
4. Gatal tangan untuk kutil dan sentuh jerawat
Tangan yang kotor dan dicemari boleh menyebabkan jerawat semakin timbul kerana wajah dijangkiti kuman.
5. Produk rambut terkena pada wajah
Elakkan penggunaan produk rambut daripada terkena wajah anda kerana ia akan memasuki liang wajah.
No comments:
Post a Comment