Friday, 28 October 2016

Khasiat Sayur Kobis Untuk Kanser


Kobis bulat merupakan sejenis sayur. Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur kobis sangat sinonim dengan masyarakat kita. Kobis sering dijadikan ulam atau dimasak bersama nasi goreng, mee goreng dan lain-lain hidangan. Namum begitu ada juga yang sanggup mengasingkan walaupun sebenarnya kobis mempunyai banyak manfaat.

Lebih daripada 475 kajian telah mengkaji peranan sayur-sayuran dalam pencegahan kanser 'the role of this cruciferous vegetable in cancer prevention (and in some cases, cancer treatment)'. Keunikan kubis dalam pencegahan kanser adalah disebabkan oleh tiga jenis kekayaan nutrien yang terdapat dalam makanan ini dinikmati secara meluas, iaitu;
(1) kekayaan antioksidan,
(2) kekayaan anti-radang, dan
(3) kekayaan dalam glukosinolat.

Antara manfaat kobis yang lain adalah;

1. Mengatasi Masalah Gigi

Jika anda mengalami gusi berdarah atau kekurangan vitamin C, maka kubis adalah sayur-sayuran tepat untuk anda pengambilan. Sayur ini juga diperkayakan dengan vitamin C.



2. Melawan Jangkitan

Sulfur dalam kubis membantu tubuh dalam melawan jangkitan. Kobis juga dikenali sebagai mengubat luka.



3.Melawan Kanser

Ketika ini, setiap empat orang mengalami kanser. Kobis mengandungi beberapa kandungan antikanser seperti lupeol, sinigrin dan sulforaphane yang merangsang aktiviti enzim untuk menghentikan pertumbuhan tumor.



4. Mengatasi Masalah sendi

Glutamin dalam kubis diketahui dapat berperanan sebagai zat anti keradangan yang mampu melindungi tubuh daripada iritasi, sakit sendi dan masalah kulit lain.



5.Membersihkan darah

Kobis juga dikenali sebagai penawar racun yang mampu membersihkan darah dan mengelakkan anda diserang reumatik, artritis dan gout.



6. Melindungi mata

Beta-karoten dalam kobis berperanan untuk melindungi mata dari berbagai penyakit dan juga mencegah pembentukan katarak pada mata.



7. Baik untuk otak

Selain mengandungi serat, vitamin dan mineral, kobis juga mempunyai kandungan iodin yang boleh membantu otak agar berfungsi lebih maksimum.

No comments:

Post a Comment