Masalah faraj longgar sering dialami wanita selepas melahirkan anak. Bagaimanapun, ramai Si ibu tidak mengambil kisah tentang perkara itu disebabkan malu atau kurang pemahaman mengenainya.
Mengikut kajian, sekitar 48% menyatakan kebimbangan terhadap masalah faraj longgar manakala 20% pula membincangkan hal itu dengan doktor mereka.
Pengasas dan Pengarah Pakar Perubatan Pusat Perubatan Dr Alice, Dr Alice Prethima berkata, ketika proses kelahiran, tisu introital (pembukaan) faraj boleh menjadi terlalu regang dan menyebabkan rasa longgar.
“Akibat kerosakan tisu introital ini, wanita akan hilang sensasi fizikal dan mengalami ketidakpuasan seks. Ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seksual dan kualiti hidup mereka.
“Antara yang berisiko adalah wanita melahirkan ramai anak, wanita hamil, wanita lanjut usia,wanita yang mempunyai sejarah kecederaan lampau, kelahiran berulang dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Viveve iaitu rawatan memperbaiki kelonggaran faraj pertama di Malaysia, baru-baru ini.
Viveve treatment adalah rawatan tanpa bedah berasaskan tenaga yang memulihkan tisu serta mengetatkan faraj tanpa menggunakan anestesia. Rawatan Viveve ini hanya dilakukan sekitar 30 minit.
Rawatan Viveve sesuai untuk wanita berusia, aktif seks terutama yang melahirkan anak melalui faraj. Ia menggunakan tenaga frekuensi radio (RF) yang dipatenkan untuk merangsang proses pembinaan semula kolagen semula jadi badan.
Untuk maklumat lanjut layari laman Viveve Medical
Mesin Viveve Treatment
Tip Mengetatkan Faraj Secara Semula Jadi
Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk wanita terutama yang berkahwin dan melahirkan anak. Ramai tak tahu senaman Kegel berfungsi membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing, mengurangkan kes peranakan turun, meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina, meningkatkan kualiti hubungan kelamin dan menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perinium.
Cara melakukan senaman kegel:
• Ketika membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.
• Tahan dan kira sehingga 10 saat sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.
• Otot pada pangkal rahim cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
• Untuk pastikan kaedah ini betul, anda boleh masukkan jari yang bersih ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini mengunakan faraj anda.
Cengkaman itu lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja. Otot punggung, otot abdomen dan otot paha seelok-eloknya tidak dikemutkan pada waktu ini.
Senaman Kegel Untuk Otot Faraj
No comments:
Post a Comment