Sunday, 31 July 2016

Harga Rokok Naik Mulai 1 Ogos 2016



PUTRAJAYA - Harga minimum rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 sekotak bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.

Beliau berkata perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) hari ini.

"Harga minimum ini akan dinaikkan kepada RM10 mulai 1 Ogos 2016," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya di sini.

Beliau turut mengumumkan dua peraturan baharu melibatkan kawasan zon larangan merokok, melibatkan tempat awam dan tempat makan berhawa dingin.

Dr Subramaniam berkata bermula 1 Januari tahun hadapan, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.      

"Malah, beberapa kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di 35 Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata keseluruhan tempat makan berhawa dingin juga telah diisytiharkan sebagai tempat dilarang merokok.

"Kalau dahulu, kita membenarkan satu pertiga daripada tempat makan berhawa dingin di bawah Peraturan 21 sebagai tempat merokok. Sekarang ia dimansuhkan," katanya.

"Penguatkuasaan larangan merokok di taman awam dan Taman Negara akan dijalankan oleh renjer hutan dan pihak berkuasa terlibat dan mereka akan diberikan kuasa untuk menguatkuasakan warta ini," katanya lagi. - Bernama




Saturday, 30 July 2016

Makanan Untuk Membersihkan Paru-paru (Perhatian Untuk Perokok)



Semua orang tahu kesan bahaya merokok dan boleh menyebabkan kanser paru-paru dan asma. Bagi jangka panjang peparu perokok akan tersumbat dengan tar dan bahan kimia lain. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menjaga kesihatan paru-paru anda adalah dengan berhenti merokok, dan perbanyakkan makan makanan yang boleh membantu membersihkan (merawat) paru-paru anda. Antara makanan yang boleh membantu merawat paru-paru anda adalah seperti berikut.


Nanas


Makan nanas bisa menjadi salah satu solusi terbaik untuk Anda. Bromelin adalah enzim protease yang terdapat pada batang nanas. Ia dapat bertindak sebagai pembersih bagi paru-paru anda. Sifat anti-inflamasi bromelain membantu menyingkirkan pengumpulan lendir pada saluran pernafasan bahagian atas sehingga mengurangkan risiko penyakit seperti sinusitis dan bronkitis.
 .

Buah Berri


Terdapat beberapa jenis buah yang termasuk dalam golongan buah berri antaranya adalah seperti strawberi, blueberri dan raspberi. Buah berri adalah buah yang banyak mengandung anti oksidan. Kandungan lain yang dijumpai dalam buah berri adalah seperti polifenol anthocyanin, beta karotena, lutein dan zeasantin. Semua bahan-bahan ini berperanan untuk melindungi tubuh dari serangan radikal bebas dan menjaga fungsi paru paru. Pengambilan jus buah beri secara rutin juga boleh melindungi daripada risiko kanser paru paru.


Buah Epal



Epal adalah salah satu buah yang banyak mengandung vitamin C dan juga bahan anti oksida. Anti oksidan yang terdapat dalam sebiji buah epal sangat tinggi berbanding dengan jenis buah yang lain. Zat anti oksidan dalam epal akan membantu pertumbuhan semula sel-sel dalam paru-paru serta membersihkan paru-paru anda.


Bawang Putih


Bawang putih adalah salah satu jenis rempah ratus masakan yang banyak mengandungi sebatian sulfur, minyak pati, dan sebatian alisin. Kandungan minyak pati dalam bawang putih sangat baik untuk melancarkan proses pernafasan. Senyawa alisin berfungsi untuk menghancurkan semua sel kotor yang terdapat pada organ paru-paru. Minyak pati dan sebatian alisin juga membantu melawan jangkitan dan keradangan pada saluran pernafasan. Pengambilan bawang putih boleh meningkatkan sistem pernafasan, membersihkan paru paru dan mencegah kanser paru-paru.


Sayur Hijau Klorofil


Klorofil adalah zat hijau daun pada tanaman yang memudahkan penyerapan cahaya dari matahari. Tidaklah terlalu sukar untuk mendapatkan klorofil, kerana klorofil boleh didapati dalam makanan kita seharian yang meliputi semua tumbuh-tumbuhan hijau. Antara sayuran yang mengandungi klorofil adalah seperti daun bawang, kacang hijau, sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti parsli, kangkung, salad, daun ubi kayu, daun betik dan bayam. Elakkan dari masak terlalu lama sayuran hijau ini kerana ia boleh merosakkan klorofil serta kadar magnesium didalamya. Sebaik-baiknya sayuran hujau tersebut dimakan mentah atau dikukus. Klorofil mempunyai keupayaan antioksidan yang tinggi. Antioksidan yang terdapat dalam klorofil akan membantu untuk meneutralkan molekul berbahaya atau toksik yang terdapat dalam paru-paru anda.


Bawang Merah 


Bawang adalah salah satu makanan yang banyak khasiat untuk kesihatan yang optimum. Bawang telah digunakan selama berabad-abad untuk khasiat perubatan. Bawang boleh digunakan untuk merawat masalah kesihatan yang dikaitkan dengan sistem pernafasan, seperti batuk, jangkitan bakteria, dan selsema. Salah satu sebatian yang terdapat dalam bawang adalah sulfur yang dapat merawat asma dan batuk. Sulfur juga dapat memecahkan kahak dalam paru-paru, membersihkan mereka dan membantu fungsi paru-paru yang lebih baik.



Pernah Dengar Rokok Cap Babi? Baca Sini

Wednesday, 27 July 2016

Simptom Difteria - Pastikan Anak Anda Dibawa ke Klinik Segera



Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema & batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!….

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak2 adalah golongan yg paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yg dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda2 ini:


  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar menelan makanan
  • Batuk
  • Air liur meleleh
  • Kulit pucat dan kebiruan
  • Hidung berdarah
  • Selsema
  • Sesak nafas
  • Ruam kulit


Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera! JANGAN BERLENGAH-LENGAH !





Langkah Pencegahan Difteria

Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.

Jenis vaksin: Toksoid Difteria.

Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.

Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.

Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.

Kesan buruk:  Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkit!



Sunday, 24 July 2016

Acer Revo One Gajed Storan Terbaik


Bagi yang belum mengetahui 'apa itu Acer Revo One', bolehlah tonton video dibawah.



Acer Revo One adalah sebuah peralatan elektronik yang kecil tetapi berfungsi sebagai PC untu seisi keluarga. Acer Revo One yang berasaskan Windows 10 mampu menjadi pusat storan di rumah anda yang boleh di-akses oleh seluruh ahli keluarga anda. Gajet yang hanya setinggi 15.5 cm mampu menyimpan segala fail digital seperti koleksi foto, video, game dan muzik. Uniknya, anda dan ahli keluarga anda boleh mengakses fail tersebut dengan mudah dalam masa yang sama, bila-bila masa dan di mana-mana.



Di Malaysia, Inovasi daripada watak kartun popular Hello Kitty, Acer Sales and Services Sdn Bhd telah melancarkan komputer peribadi ‘Acer Revo One’ Hello Kitty.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan pilihan Intel Celeron atau Core i3, memori 4GB RAM, dan pilihan storan 500GB atau 1TB. Beberapa sambungan lain turut hadir seperti sokongan WiFi, Bluetooth 4.0, pembaca kad SD, dua sambungan USB 2.0, dan dua sambungan USB 3.0.


Dengan ketinggian hanya 15.5 cm, dan keseluruhan diselubungi warna merah jambu serta diserikan dengan gambar Hello Kitty, sangat sesuai buat wanita dan anak-anak anda.

Jika anda merupakan peminat tegar Hello Kitty atau gemar mengumpul barang-barang eksklusif Hello Kitty, jangan lepaskan gajet tersebut kerana ‘Acer Revo One Hello Kitty' adalah edisi keluaran yang terhad! Hanya 600 buah sahaja dijual di Malaysia.


Sunday, 3 July 2016

Panduan Lafaz Takbir Raya dan Pengertiannya.

Berikut adalah panduan lafaz takbir hari raya. Semoga panduan yang dikongsikan bermanfaat untuk anda semua.



Firman Allah: "Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (AlBaqarah : 185)

Sabda Rasullullah s.a.w. pula: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."

Pengertian Lafaz Takbir Raya :

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan Allah Dan Allah Maha Besar, Dan Hanya Kepada Allah Segala Pujian (3X)

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar lagi Maha Sempurna Kebesarannya, Dan Segala Puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Dan Maha Suci Allah Sepanjang Pagi dan Petang. Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah, dengan ikhlas kami beragama kepada-Nya, Walaupun orang-orang kafir membenci. Tidak ada Tuhan selain Allah Sendiri; Benar janji-Nya, menolong hamba-Nya, memulihkan tentara-Nya, dan mengusir musuh-musuh (Nabi)-Nya sendirian. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan Segala Puji bagi Allah.