Kesihatan gigi dan mulut adalah gerbang awal kesihatan tubuh badan kita. Gigi juga adalah salah satu anggota badan yang kita perlu jaga kerana jika gigi anda patah atau rosak, tidak akan ada gigi baru yang akan tumbuh. Akibat daripada kelalaian menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda.
Sikap menjaga gigi perlu anda mulakan sekarang sebaik sahaja anda baca artikel ini dan jika anda ada anak, anda perlu ajar anak-anak anda supaya menjaga gigi mereka. Jika anda tangguh, gigi anda akan
semakin rosak.
Berikut adalah cara menjaga gigi untuk anda jadikan rujukan:
1- Cara menjaga gigi yang pertama adalah anda perlu gosok gigi dengan serius. Ramai orang gosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental. Akibatnya kotoran pada gigi tidak tertanggal. Anda perlu tenyeh dan sental gigi anda dengan berus gigi supaya semua kotoran pada gigi keluar.
2- Selepas makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.
3- Cepat-cepat gosok dan bersihkan gigi selepas anda melakukan perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum air kopi.
4- Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut anda. Tips menjaga gigi ini anda amalkan setiap kali sebelum tidur.
5- Ambil banyak makanan yang ada fiber kerana ia boleh membantu untuk menguatkan gigi anda. Selain itu protein juga baik untuk kesihatan gigi kerana protein yang terkandung dalam keju sangat baik untuk mencegah hakisan gigi. Tambahan pula, keju kaya akan kalsium yang juga membuat gigi lebih kuat. Jangan lupa juga untuk mengambil vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Vitamin D boleh didapati dalam susu, telur, dan ikan.
Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri.
No comments:
Post a Comment