Monday, 29 December 2014

Kenali Pelaku Siber Seks


Kehadiran Internet tidak terkecuali daripada impak-impak negatif. Salah satu daripadanya ialah aktiviti seks siber yang menjadi keghairahan hari ini. Sebagai medium komunikasi baru yang bersifat interaktif Internet sudah pasti menjanjikan keasyikan kepada pelayar web untuk mendapatkan bahan-bahan erotik dan lucah sama ada dalam bentuk gambar, video-video klip atau berborak-borak melalui IRC, facebook, wechat, whatsapp dan sehingga kepada mencari pasangan seks melalui Internet.

SEKS siber atau sex texting adalah perbuatan melakukan hubungan komunikasi dengan seorang yang lain, (sama jenis atau berlainan jenis), melalui perantara media internet, dengan menghantar mesej yang lucah, sama ada dalam bentuk ayat dan huruf, dan bersama atau tidak dengan foto yang memberikan makna lucah.

Hubungan secara maya ini dilakukan bagi mendapat kepuasan seksual secara fantasi bagi satu pihak atau kedua-dua pihak. (Hahn, Harley; 1996).

Seks siber atau sex texting berlaku apabila:

Dilakukan di alam maya. Kalau dulu menggunakan komputer, tetapi sekarang boleh guna telefon bimbit. Komunikasi jarak jauh Menaip ayat lucah atau membawa makna lucah (selalunya ayat yang menggambarkan perlakuan aktiviti seks).

Dilakukan bagi mendapat kepuasan seks secara fantasi Boleh diikuti dengan perbuatan onani Mesej yang diberikan boleh jadi disertakan dengan foto.

Namun penggunaan ayat sudah cukup membangkitkan nafsu seksual Pelaku mengenali satu sama lain atau tidak mengenali individu pasangannya sama sekali dan hanya menggunakan nama samaran.

Maknanya sebelum terjadinya seks siber, mereka telah mengenali antara satu sama lain. Atau mereka hanya menggunakan nama samaran sama ada untuk mendapatkan keseronokan fantasi seks atau bertujuan komersial apabila ada bayaran dilakukan.

Seks siber boleh dilakukan dengan web camera.

Beza seks siber dengan phonesex dan pornografi 

Ia berlainan dari phonesex, kerana perantaraan medianya adalah suara. Ia selalunya dilakukan oleh individu yang lebih dikenali dan mesra atau dilakukan oleh kumpulan yang menawarkan perkhidmatan phonesex, di mana bayaran dikenakan.

Jarang dilakukan lagi berbanding dengan seks siber kerana ia boleh dilakukan dengan lebih mudah menggunakan telefon bimbit, dan kegiatannya sukar dikesan kerana tidak menggunakan suara (hanya susunan ayat atau gambar).

Ini bermakna seseorang yang sedang bekerja dan berhadapan dengan pelanggan di tempat kerja, mampu melakukan seks siber ini tanpa diketahui oleh orang lain.

Pornografi pula adalah kegiatan berseorangan yang melihat imej-imej lucah sama ada dalam bentuk gambar yang tidak bergerak atau video. Ia tidak melibatkan komunikasi dua hala yang interaktif.

Mengesan pelaku seks siber

Ia dilakukan oleh orang yang telah berkahwin atau yang masih bujang. Orang yang bujang ingin mencuba tetapi belum bersedia melakukan komitmen perkahwinan.

Orang yang telah berkahwin pula melakukannya kerana ingin melakukan sesuatu yang baru, terlarang dan lebih teruja di luar perkahwinan mereka.

Oleh itu, ada lelaki yang sudah berkahwin masih menyayangi isteri mereka, dan ada pula yang tidak ada rasa kenikmatan perkahwinan.

Selalunya jika ia melibatkan orang ketiga, ia akan menjejaskan perkahwinan, sementara jika ia dilakukan dengan membayar perkhidmatan seks siber, selalunya lelaki itu masih menyayangi keluarga dan isteri mereka.

Namun ada yang memberikan alasan “cuma suka-suka” namun kebanyakannya akan terjadi perjumpaan dan aktiviti seksual di alam nyata.

Jika ada keserasian ia akan membawa kepada keretakan rumah tangga, dan jika tiada keserasian selalunya mereka akan mencari orang lain sebagai pasangan yang baru.

Ciri-ciri orang disyaki melakukan kegiatan seks siber

Suka bersendiri melayan komputer atau telefon bimbit. Tidak mahu mencampuri aktiviti keluarga.

Tidak mahu membenarkan orang lain menggunakan komputer atau telefon bimbit mereka. Malah menjadi satu kemarahan bagi mereka.

Bagi yang telah berkahwin pula telefon bimbit sentiasa setkan dalam mode silent.

Apabila ia telah menjalinkan hubungan intim dengan seseorang:

  • Hilang keinginan untuk bermesra dan melakukan hubungan seksual dengan isteri
  • Mudah marah tanpa alasan yang kukuh
  • Mula meninggalkan solat
  • Mengelakkan diri dari aktiviti agama


Rawatan

Tiada rawatan yang spesifik boleh diberikan, kecuali ada kesedaran untuk individu itu berubah dan bertaubat.

Selalunya apabila isteri menegur, suami akan marah secara keterlaluan. Cara terbaik ialah si isteri lakukan aktiviti agama bersendirian, seperti solat dan membaca al-Quran, jika si suami tidak mahu melakukan bersama. Lama kelamaan si suami akan terfikir sendiri.

Jika suami tidak berubah, kena faham bahawa kita tidak mampu mengubah hati seseorang melainkan ALLAH saja yang dapat mengubah si suami. Banyakkan doa agar ALLAH buka pintu hatinya. Leteran isteri tidak mampu mengubah hati suami malah boleh menyebabkan ketegangan dan akhirnya penceraian.

Wanita boleh terjebak dalam seks siber

Wanita jarang memulakan perbualan seks ini, kecuali dengan lelaki yang rapat dengan mereka. Rapat tidak bermaksud rapat dari segi fizikal tetapi rapat dari segi emosi. Ini bermakna jika wanita dan lelaki itu tidak pernah berjumpa tetapi ada emotional engagement maka mereka lebih terbuka untuk melayan perbualan seks.

Wanita yang berkahwin ini pernah terdedah dengan aktiviti seks sama ada pernah melakukan hubungan seksual, melihat pornografi atau melakukan hubungan fizikal yang intim seperti bercium, meraba dan lain-lain. Oleh itu wanita yang pernah berkahwin lebih mudah terdedah dengan pujuk rayu lelaki.

Wanita yang melayan perbualan seks ini biasanya wanita yang terabai dari segi emosi, apabila suami terlalu sibuk, atau tidak ada masa untuk melayannya.

Wednesday, 24 December 2014

Awas dengan Virus SMS : is this your photo


Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengeluarkan nasihat itu, berkata SMS berkenaan yang berbunyi ‘is this your photo’ perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi Malware.

Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.

“Apabila URL itu diklik, perisian tersebut akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.
“Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu,” menurut SKMM dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.

“SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti salah seorang kenalan anda yang sudah dijangkiti Malware tersebut,” kata SKMM




Monday, 1 December 2014

Wednesday, 19 November 2014

Cas Telefon Waktu Tidur Punca Gemuk

Cahaya pada gajet boleh mengganggu produksi hormon melatonin

ANDA kadangkala tidak boleh melepaskan telefon bimbit dan sering membawanya ke bilik tidur, malah menggunakan telefon bimbit sebelum tidur juga sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam.

Sebuah kajian dari Universiti Granada, Sepanyol mendapati, mengecas telefon bimbit di dalam bilik tidur dapat mempengaruhi kenaikan berat badan seseorang.

Menurut kajian itu, cahaya pada gajet boleh mengganggu produksi hormon melatonin atau hormon tidur. Sedangkan, hormon melantonin dapat menjadikan kualiti tidur lebih baik dan efektif selain membantu tubuh mengubah pengambilan makanan dan minuman menjadi tenaga.

Jika kadar melatonin terganggu atau menurun, pengolahan makanan dalam tubuh badan juga turut terganggu.

Melalui kajian yang dijalankan pada tikus, penyelidik mendapati, suntikan kadar melanonin dapat mencegah obesiti dan diabetes.

Seorang penyelidik dari Universiti Manchester, United Kingdom, Dr. Simon Kyle memberitahu, cahaya biru ketika mengecas telefon bimbit dapat mengganggu metabolisme tubuh.

“Kami tertarik bagaimana perubahan dalam pola tidur dan bangun tidur mempunyai kaitan dengan diabetes dan obesiti. Jika anda meningkatkan waktu tidur, anda juga mendapat kesan positif pada diabetes dan obesiti,” kata Kyle.

Kyle menjelaskan, ketika tidur dalam keadaan gelap, kadar melantonin dapat meningkat dan sebaliknya ketika dalam keadaan terang.

Malah, dia turut menyarankan seseorang untuk menghindari penggunaan alat elektronik sebelum tidur.

“Jika anda kurang tidur, terdedah kepada cahaya pada waktu yang salah pada sebelah malam pula dapat mengganggu fungsi hormon melatonin dan dapat memberi kesan pada perubahan dalam metabolisme,” ujarnya.


HOW USING GADGETS AT NIGHT INCREASES HUNGER 

Using a computer or smartphone at night can cause us to pile on the pounds, research found.

The study found a link between blue light exposure - blue light is emitted by smartphones and tablets - and increased hunger

It found that exposure to the light increases hunger levels for several hours and even increases hunger levels after eating a meal.

Results of the US study show that blue-enriched light exposure, compared with dim light exposure, was associated with an increase in hunger that began 15 minutes after light onset and was still present almost two hours after the meal.

Study co-author Ivy Cheung, of Northwestern University, in Chicago, said: ‘A single three-hour exposure to blue-enriched light in the evening acutely impacted hunger and glucose metabolism.

Sumber: http://www.dailymail.co.uk/health/article-2783422/Why-charging-phone-tablet-bedroom-make-FAT-Light-emitted-devices-affects-metabolism.html



Monday, 17 November 2014

Rawatan Alternatif Darah Tinggi


Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.

Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Oleh yang demikian,tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yangsempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).

Rawatan Alternatif Darah Tinggi

Rawatan Alternatif Melalui Pemakanan:

Bawang putih: Makan bawang putih mentah (1-4 hari) untuk meningkatkan peredaran periferi dan menormalkan tekanan darah.

Minyak zaitun: Ambil tiga sudu besar minyak zaitun dalam makanan untuk mengawal tekanan darah.

Klik : Untuk Mengetahui Herba Tradisional Bagi Darah Tinggi


Rawatan Alternatif Melalui Refleksologi:


Tarik nafas dalam-dalam dan tekan pada bawah kaki iaitu kawasan tulang metatarsal. Setiap kali kawasan metatarsal dipicit anda perlu menghembus nafas dan tarik nafas apabila picitan bawah kaki anda dilepaskan.

Rawatan Alternatif Melalui Yoga:

Amalkan yoga ketika mengalami tekanan darah tinggi. Dalam Yoga kedudukan dan cara penafasan amat penting dalam menurunkan tekanan darah tinggi.



Rawatan Alternatif Melalui Senaman



Rawatan Alternatif Secara Islam:

Bahan :
sebiji buah kelapa muda
3 tangkai serai
7 biji halba

Cara Proses Herba:
Masukkan 7 halba dan 3 tangkai serai dalam buah kelapa
letakan buah kelapa atas dapur dan panaskan.
tutup api dan kacau air kelapa dengan serai.
baca beberapa ayat suci Al-Quran iaitu;
Al-Fatihah
Ayat Kursi
Surah Al-Isra' Ayat82
Surah Al-Baqarah Ayat 22
Surah Asy-Syuara Ayat 80
Surah Fusillat Ayat 44
Surah Al-Hasyr Ayat 21

Cara Amal:
Sebiji kelapa diminum 3 kali sehari



Rawatan Alternatif Secara Bekam:


Titik Bekam

Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu.Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:

1.Migrain/Sakit Kepala/Pening
2.Darah Tinggi/Hypertension

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W:

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Perut dan usus kecil  pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.


Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

Rawatan Alternatif Secara Diet:

  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Elak pengambilan rokok, alkohol dan kafein.

Moonar Digital Wrist Blood Pressure Monitor Heart Beat Pulse Meter Measure RM 109.00
From RM 42.40

Monday, 10 November 2014

Koleksi Lagu Kahwin mp3

Download percuma koleksi lagu-lagu untuk majlis perkahwinan
Senarai Koleksi Lagu Kahwin mp3

Paluan Kompang Majlis Perkahwinan mp3
Gambus Jodoh -Ahmad Jais 
Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak
Kompang Dipalu -Izam Eye & Waheeda 
Selamat Pengantin Baru -Hussin Ismail 
Gila Gila Pengantin -Les Sekinchan 
Pak Kelepak Pak Pong -M Daud 
Di Renjis Renjis -R Ismail 
Direnjis Renjis -M Daud Kilau 
Direnjis Renjis -Saloma 
Pengantin Bersanding -Jasni Ahmad
Joget Malam Berinai -Masnah Ali 
Joget Si Mandi Mandi -Masnah Ali 
Inang Pengantin -Masnah Ali & R Ismail 
Kalau Ada Jodoh -Muhaini Suratman 
Gunung Payung -R Ismail 
Pengantin Bersanding -R Ismail 
Joget Malam Berinai -Sanisah Huri 
Ala Emak Kawinkan Aku -Zainorin Md Dom
Bunga Rampai -Zaleha Hamid 
Gendang Berbunyi -Zaleha Hamid 
Selamat Pengantin Baru -Zaleha Hamid 
Menunggu Nasi Minyak -Hail Amir & Uji Rashid
Joget Mak Andam -Ahmad Jais
Joget Pengantin Baru -Rafaeh Buang
Joget Pak Mat Kahwin Lagi -Ismail & Anita
Sekapur Sireh Seulas Pinang -Saloma
Kalau Jodoh Tak Ke Mana -P.Ramlee & Saloma
Joget Andam Pengantin -Rahimah Rahim
Inai Di Jari -S.Jibeng & M.Shariff

Joget Kasih Tak Sudah -Siti Nurhaliza

Klik 
Lagu-lagu untuk majlis perkahwinan


Monday, 27 October 2014

Hukum Sengaja Pegang Anjing


Pendapat Ustaz-ustaz tentang hukum sengaja pegang anjing...




















Tuesday, 21 October 2014

15 Rahsia Buat Duit Dengan Google Adsense

Rahsia Buat Duit Dengan Google Adsense

Google Adsense adalah salah satu internet business yang telah diperkenalkan oleh Google Inc untuk anda menjana pendapatan dengan hanya memaparkan iklan advertiser diblog anda. Lihat pendapatan 5 Jutawan Adsense yang terkenal. Bila Iklan tersebut muncul di Blog atau website anda dan pelawat klik iklan tersebut, anda akan dibayar komisyen oleh Google Inc.  Walaupun Peluang Perniagaan Google Adsense Adalah Sah, Namun Kejayaan Anda Amat Bergantung Kepada Ilmu, Kemahiran, Usaha Sekaligus Kesanggupan Memperuntukkan Masa Untuk Mengikuti Setiap Panduan Yang Ditunjuk Ajarkan. Nah! 15 rahsia kejayaan buat duit dengan Google Adsense.

Rahsia Adsense Pertama: Format Ads
Pilih format ads yang sesuai. Anda boleh pilih banners,skyscrappers, squares, link dan sebagainya. Anda boleh melihatnya dan memilih di https://www.google.com/adsense/adformats.

Anda boleh meletakkan sehingga 3 ads pada satu page. Sebenarnya jika banyak ads tetapi tiada orang yang klik tiada gunanya. Pastikan pilihan ads adalah sesuai dengan laman web anda.


Rahsia Adsense Ke-2: Pastikan Ads tidak kelihatan seperti Ads
Orang melayari internet kebanyakannya ingin mencari maklumat bukan untuk klik iklan. Ads yang dimasukkan mestikan diubah suai agar boleh mengadaptasi dengan laman web. Kesilapan utama kebanyakan Publishers/webmaster meletakkan ads yang disediakan Google secara by default. Mereka langsung tidak mengubahnya agar kelihatan lebih menarik dan dapat mengadaptasi dengan laman web seperti warna latar dan text

Rahsia Adsense Ke-3: Gunakan Text Ads.
Pilih Text ads, kerana kebiasaannya orang takkan klik gambar. Gunakan ads text,orang pasti akan klik jika kelihatan link dari laman web anda.

Rahsia Adsense Ke-4: Rekabentuk
Bina laman web dengan menonjolkan Adsense. Jangan sembunyikan ads anda.Jangan letak ads ditempat yang tidak dilihat oleh pelawat. Tiada siapa yang akan klik jika ia tersembunyi. Buatkan ads anda kelihatan seperti ia sebahagian dari content laman web anda. Kebarangkalian untuk orang klik ads anda adalah tinggi jika ads anda disebati dengan content.


Rahsia Adsense Ke-5: Buang Border
Pastikan border ads disamakan dengan warna latar laman web. Ubah warna sehingga ia kelihatan seperti sebahagian dari link laman web anda. Click-Through laman juga dapat digandakan dengan membuang border ads.

Rahsia Adsense Ke-6: Warna Text ads
Warna text ads juga merupakan salah satu rekabentuk. Pastikan warna text bagi ads sama seperti warna bagi warna text laman web anda. Contoh senang adalah seperti pada blogger.

Rahsia Adsense Ke-7: Kurang Ads lagi Baik
Kadang kala,meletak banyak ads kadang kala boleh mengurangkan pendapatan adsense kita kerana ads yang bernilai rendah yang keluar kerana terlalu banyak ads. Gunakan pada kedudukan yang dirasakan akan menjana klik yang banyak.

Rahsia Adsense Ke-8: Selang selikan kandungan dengan Ads
Anda boleh buat selang seli kandungan dengan ads. Pada TV pun ada iklan.Apabila pelawat sedang menghayati kandungan,tiba tiba ada ads(iklan). Cara ini boleh menjana banyak klik.

Rahsia Adsense Ke-9: Sertakan Google Search Box
Anda mestilah masukkan Search box Google. Masukkan sekali sedikit ayat pada pada hujung kandungan laman web anda. Contohnya “Can’t Find what you’re looking for? Try Google Search!”.. Dorong pelawat laman web anda.

Rahsia Adsense Ke-10: Gunakan Ads secara maksimum
Gunakanlah ads secara maksimum. Jika anda merasakan anda perlu mengunakan 3 ads pada satu page,gunakanlah. Pastikan kedudukan ads adalah sesuai.


Rahsia Adsense Ke-11: Jangan jadi website“Indah Khabar dari rupa”
Pastikan anda tidak melakukan keyword spam. Pelawat pasti berasa kecewa jika maklumat yang dikehendaki tidak dijumpai walaupun ia dijanjikan dengan apa yang dikehendaki. Orang pasti tidak akan melawat lagi laman web itu jika mereka dah tahu apa yang dikehendaki mereka tidak akan dijumpai oleh mereka.


Rahsia Adsense Ke-12: Pastikan kandungan laman web adalah keyword mahal
Pastikan kandungan laman web mengandungi keyword yang bernilai tinggi. Ia akan meningkatkan pendapatan anda walaupun jumlah klik yang sedikit.

Rahsia Adsense Ke-13: Gunakan Channel
Gunakan channel untuk mengesan klik. Ia akan membantu untuk membaiki prestasi laman web tersebut. Google benarkan anda membuat 200 channel. Jadi anda boleh membuat untuk 200 page. Gunakan kemudahan ini.

Rahsia Adsense Ke-14: Buat kajian keyword dan nilai keyword
Buat kajian keyword dan nilai keyword bagi laman web. Untuk maklumat lanjut,sila dapatkan ebook Panduan Jana Wang Adsense 2.5.


Rahsia Adsense Ke-15: Masukkan Adsense pada forum, message board & discussion groups.
Masukkan code Adsense pada forum,message board & discussion groups yang anda bina. Ia merupakan satu cara yang sangat berkesan walaupun mungkin nilai ads yang mungkin keluar bernilai rendah. Namun, ia merupakan satu cara menarik pelawat yang berulang.


SEMOGA BERJAYA DENGAN ADSENSE!

Sunday, 12 October 2014

Modus Operandi Godam ATM


Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.


Pengodam menggunakan cakera padat (CD) dan kad sim yang mengandungi 
Virus dikenali sebagai 'ulssm.exe'

 Panel ATM dibuka

 CD dimasukkan dalam slot CPU dan kad sim dimasukkan dalam slot kad ATM.

Penggodam menyambungkan panel keypad untuk proses pengeluaran wang dari mesin ATM


Polis percaya modus operandi baru kes curi wang dengan menggodam mesin juru wang automatik, ATM dan yang pertama seumpamanya dikesan di negara ini. Polis juga percaya ia didalangi sindiket antarabangsa berdasarkan penggunaan sistem berteknologi tinggi. Berikut adalah modus operandi warga latin Amerika ketika mencuri wang dari mesin ATM.




VIRUS ulssm.exe


Penggunaan virus ulssm.exe mula dikesan pada Mei 2014. Ia sejenis virus trojan horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan mesin ATM. Virus ulssm.exe beroperasi pada perkhidmatan 'Windows NCRDRVPS'.

Virus ploutusservice.exe pula dibangunkan oleh Teknologi NET dan dikelirukan dengan perisian Confuser 1.9
Virus ploutusservice.exe berupaya membuat paparan baru secara tersembunyi yang boleh berinteraksi terus dengan ATM. Virus tersebut juga mampu untuk menghentikan sistem penggera untuk elak dikesan.


Panduan Elak Wang ATM Anda Dicuri

Untuk transaksi di mesin ATM:

  • Perhatikan pada mesin ATM, jika terdapat peranti yang mencurigakan yang mungkin boleh membaca kad atau nombor PIN anda.
  • Cuba menghalang pandangan orang ramai dari melihat nombor PIN yang anda tekan, terutama sekali kamera curi yang mungkin dipasang berhampiran.
  • Elakkan dari cuba menggunakan mesin ATM di tempat yang tersorok dan sunyi, serta peka dengan keadaan atau orang di sekeliling.


Tugas dan Tanggungjawab Pihak Bank

Bagi pihak bank pula, mereka boleh mengambil langkah yang boleh menyusahkan penjenayah sekaligus menghalang mereka. Antaranya:

  • Menaik taraf sistem operasi mesin ke Windows 7 atau 8 dan pastikan ia mempunyai kemaskini terbaru.
  • Memasang keselamatan fizikal secukupnya di sekitar mesin ATM seperti kamera CCTV.
  • Buat tetapan pada BIOS dan kuncinya dari boleh diakses media luar seperti CD-ROM atau pemacu USB.
  • Gunakan enkripsi penuh cakera untuk mengelakkan dari pemacu diubahsuai.
  • Pasang antivirus bagi memastikan ia sentiasa selamat dari malware dan virus.
  • Lengkapkan Host Intrusion Prevention Systems’ (HIPS)’ untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan ke sistem operasi. Terutama sekali jika mesin ATM itu menggunakan OS lama seperti Windows XP.


Pengguna Internet

Selain penggunaan mesin ATM, salah satu penggunaan popular masakini ialah menggunakan telefon pintar ataupun laptop ketika bergerak, di mana jua. Langkah keselamatan perlu dititikberatkan juga bagi penggunaan seperti ini:

  • Elakkan dari membuat transaksi perbankan menggunakan WIFI PERCUMA.
  • Pasang perisian sekuriti pada telefon dan PC, dan pastikan ia sentiasa mendapat kemaskini terbaru.
  • Kemaskini sistem operasi dan pelayar dengan kemaskini sekuriti terbaru.
  • Hidupkan fungsi kemaskini automatik pada sistem operasi. Jika manual, lakukan kemaskini setiap minggu sekali.
  • Pastikan alamat perbankan adlah tepat dan asli. Pelayar moden dan terbaru boleh mengesan jika ia adalah website palsu, tetapi pastikan anda menyemak semula ejaan adalah tepat pada website perbankan yang digunakan.



  • Jangan berkongsi nombor telefon dan maklumat sensitif dalam talian melalui emel, messenger atau chat. Terutama sekali jika ia dari bank yang memnta anda melakukannya.

Intipati dan Teks Bajet 2015


Intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2014



Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
 
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
 

  • Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

  • RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

  • RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

  • Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

  • Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

  • Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

  • Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

  • Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.




  • Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

  • Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.  

  • Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

  • RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

  • Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

  • Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

  • Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

  • Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

  • Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.    

  • RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara. 

  • RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

  • Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

  • RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

  • TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

  • Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

  • Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

  • Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.

  • Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

  • Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.

  • Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.

  • Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

  • RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

  • Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu  tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.           

  • RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

  • Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

  • Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

  • RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

  • RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

  • Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

  • RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

  • Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

  • RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

  • Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.



  • Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.



  • Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

  • RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

  • RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

  • RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

  • RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

  • 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

  • Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

  • Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

  • RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

  • Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

  • RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak  RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.



  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

  • Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.


Teks Penuh Bajet 2015






Sunday, 5 October 2014

Ngeri Ekstrim Rumah Tebing


Unik, Pelik, Ekstrim... sebuah rumah di pantai barat daya Australia.

Binaannya yang kelihatan berbahaya dengan hanya berpaut pada tepi tebing, terletak beberapa meter sahaja di atas paras laut.

Kediaman konsep yang dinamakan Cliff House (rumah tebing) ini dibina menegak pada lereng tebing dan berpaut pada palang sokongan yang dipasak pada tebing berkenaan.



Rumah lima tingkat itu akan dibina daripada model pasang siap yang disusun secara menegak.

Setiap ‘bilik’ akan dibina di atas satu sama lain secara bertingkat dan dilengkapi alang besi yang dipasak pada tebing.

Penghuni rumah berkenaan akan memasuki kediaman mereka melalui tingkat atas yang separas dengan tebing dan kemudiannya menggunakan lif atau tangga untuk pergi ke bilik tidur, ruang tamu atau dapur.





Tuesday, 23 September 2014

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014 (ULANGAN)

upsr leak
Jadual Ujian Bahasa Inggeris, Sains , Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Sumber Asal: LPM

Sumber Asal: LPM


PUTRAJAYA: Lembaga Peperiksaan (LP) hari ini mengesahkan kertas Ujian Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor dan dibatalkan.

Perkara tersebut diumum Ketua Pengarah Pelajaran,  Datuk Dr. Khair Mohammad Yusuf dalam sidang media khas di Putrajaya petang tadi.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah menetapkan tarikh baru bagi kedua-dua kertas ujian tersebut pada 9 Oktober.

Dr Khair berkata, tarikh tersebut diputuskan selepas mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidil Adha serta aspek logistik yang melibatkan percetakan dan pengedaran.

Beliau turut memberi jaminan tiada lagi kes kebocoran soalan mata pelajaran UPSR.

“Kita yakin tidak ada lagi kebocoran, kita dah lakukan siasatan, semua input dan sehingga semalam inilah kertas yang diumumkan berlaku kebocoran, kertas Matematik dan Bahasa Tamil.

“Tindakan akan diambil sekiranya berlaku sebarang  kecuaian kepada tugas yang diberikan mengikut peraturan disediakan,” ujarnya.

Dr Khair menambah, sebagai langkah serta-merta, pegawai dalam Lembaga Peperiksaan turut ditukar.

“Pertukaran ini untuk memantapkan lagi organisasi dan pengendalian, kita sentiasa lakukan tapisan untuk pilih pegawai yang layak,” tambahnya lagi.

Serentak kebocoran soalan UPSR, semua guru besar serta guru diarahkan supaya mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

Sebelum ini, dua kertas soalan UPSR, kertas Bahasa Inggeris dan Sains juga didapati bocor dan perlu diduduki semula 30 September ini. -SUMBER


Tuesday, 16 September 2014

5 Bisnes Untuk Suri Rumah

Bisnes di Rumah
Bisnes untuk suri rumah

Bosan dengan aktiviti di rumah yang membosankan? Kini kaum suri rumah boleh memanfaatkan masa lapang dengan mencari pendapatan sampingan dirumah tanpa perlu meninggalkan anak kecil. Sedikit sebanyak ia boleh menambah pendapatan keluarga anda.

Antara bisnes yang boleh dijalankan oleh suri rumah ialah;

1. Membuat kuih
Bagi yang pandai dan minat membuat kuih, ia merupakan peluang bagi anda menambah pendapatan harian. Tak kira lah pandai buat kuih ke, kek ke sandwich ke, nasi lemak ke, asalkan makanan. Anda tak perlu menjaja ke hulu ke hilir, apa yang perlu hanyalah letak jer di warung, kedai, stesen minyak, kantin atau cafeteria. Anggaran keuntungan antara RM10 - RM 30 sehari.

2. Kraf tangan 
Bersyukur jika anda mempunyai kemahiran berkraf tangan. Berbekal dengan bahan-bahan tertentu anda boleh menhasilkan barangan seperti menjahit baju, tudung, membuat boneka, gubahan bunga, beg tangan, bantal, tudung saji, tikar atau anyaman-anyaman tertentu. Anda boleh iklankan kesemua hasil tangan anda laman-laman internet seperti facebook, ummaland, myspace, blog atau di laman forum.


3. Agen insurans 
Menjual produk insurans adalah merupakan aktiviti perniagaan yang cukup mudah. Anda tak perlu modal untuk menjalankannya. Asalkan anda rajin membuka jaringan dan pandai berkomunikasi. Usaha ini mempunyai peluang besar untuk mendatangkan keuntungan. Setiap pelangan yang anda perolehi, anda akan terima komisen setiap kali pelangan anda membuat bayaran pada syarikat insurans. Anggaran komisen yang anda terima adalah RM20 bagi setiap pelangan. Jika anda mempunyai 100 pelanggan yang terdiri dikalangan rakan dan sanak saudara anda, bermakna anda telah mempunyai pendapatan tetap RM2000 sebulan.

4. Menjual produk kecantikan 
Walaupun berstatus ibu rumah tangga, wanita tidak boleh terlepas dari alat solek. Kerana itu, menjual produk seperti kosmetik, jamu atau Royal Collagen boleh menjadi pilihan perniagaan. Jiran, rakan, saudara mara adalah pelangan anda.

5. Menulis 
Bagi suri rumah yang gemar menulis, jadikan ia sebagai salah satu cara untuk memperolehi pendapatan. Penulisan seperti pendapat, cerita fiksyen, resepi masakan ataupun pengalaman dalam mengasuh si kecil. Karya ini boleh anda kirimkan pada majalah ataupun penerbit. Anda juga boleh jadikan hasil karya anda sebagai ebook untuk dijual secara online. Jika rumah anda mempunyai talian internet, anda boleh memuat naik penulisan anda di blog dengan menampal iklan-iklan dari Nuffnang atau Adsense.



Semoga Allah murahkan rezeki anda...Amin.