Kehamilan dan mendapatkan keturunan merupakan sebuah harapan yang besar bagai pasangan suami isteri, khususnya bagi mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan. Hadirnya cahaya mata dalam kehidupan berkeluarga akan melengkapkan suasana harmoni sesebuah perkahwinan.
Namun ada kalanya , impian untuk mendapatkan zuriat gagal dalam sesebuah perkahwinan. Stress dan putus asa banyak dihadapi pasangan suami isteri yang telah lama menanti cahaya mata.
Menurut kaedah perubatan, faktor penyebab ketidaksuburan wanita berkaitan dengan masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) dan saluran fallopio yang tersumbat. Kebiasaannya punca seseorang wanita itu gagal hamil adalah atas beberapa sebab seperti;
1. Masalah ovulasi
Obesiti dan sindrom polycystic ovarian yang menyebabkan hormon tidak seimbang selain penyakit kronik dan pembedahan pada ovari.
2. Saluran fallopio tersumbat atau rosak
Disebabkan endometriosis, jangkitan penyakit kelamin (STD) atau pembedahan pelvis sebelumnya.
3. Lelaki juga boleh menjadi punca
Jumlah dan kualiti sperma yang kurang. Punca utamanya merokok dan obesiti.
4. Punca lain
Masalah hormon, demam campak, kecederaan dan terdedah kepada bahan kimia dan radiasi juga menyumbang kepada masalah sperma.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan bagi pasangan suami isteri agar cepat hamil:
1. Mengambil Vitamin:-
Untuk cepat hamil, pengambilan vitamin atau pun jenis makanan mengandungi bahan-bahan diperlukan untuk kesuburan sangatlah penting untuk anda dan pasangan. Vitamin C, salah satunya, dapat meningkatkan kualiti sperma. Mengambil 1000 mg dan 10 mcg vitamin D atau Vitamin E boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Dan wanita yang mengambil asid folik mempunyai peluang hamil yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan tabung otak janin kelak.
2. Melakukan Hubungan Seksual Waktu Subur :-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan iaitu pada waktu isteri subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh isteri. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.
3. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada isteri yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
4. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang isteri mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.
5. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi isteri di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
6. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
7. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
8. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
9. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa isteri yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
10. Berdoa Kepada Yang Maha Kuasa:-
Manusia hanyalah boleh merancang dan berusaha, sedangkan yang menentukan semuanya tentulah Allah. Oleh kerana itu lengkapi usaha anda dengan berdoa kepada-Nya, agar diberkati dikurniakan cahaya mata. Doa begitu kuat, yang mampu mewujudkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin. Jadi, segeralah mengambil wuduk dan berdoalah.
Berikut adalah doa cepat hamil dan mendapat zuriat yang soleh;
Doa Nabi Zakaria a.s Memohon Diberi Anak yang Soleh
Surah Al-Furqaan: Ayat 74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Surah Ali Imran: Ayat 38
Doa Nabi Ibrahim a.s
Surah Al-Saffat: Ayat 100
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Apa yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Selamat menimang cahaya mata...
No comments:
Post a Comment