Friday, 30 August 2013

Spa Rawatan Terapi Siput Babi


Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Kebanyakan anggapan kita, siput babi adalah tidak lebih daripada satu perosak taman yang tidak menyenangkan.

Pernahkah anda membayangkan beberapa siput babi "merayap" pada tubuh atau muka anda?


Ini bukanlah cabaran seperti Fear Factor tetapi di spa Jepun mereka telah menjadi perkara yang terbaru dalam kecantikan, dengan lendir siput muka akhirnya tiba di pantai British dalam satu East Midlands salon. Penggunaan siput adalah bentuk terapi kecantikan wajah yang kini mula berkembang di luar negeri selain dari spa ikan.

Siput-siput hidup ini adalah sebahagian daripada terapi facial yang ditawarkan oleh sebuah klinik spa bernama Simply Divine di bandar Corby Northamptonshire, Inggeris. Dalam setiap terapi, pesakit akan dilayani oleh tiga siput babi untuk membersihkan setiap sudut wajah anda.

Siput dikatakan berkesan untuk rawatan kulit seperti jerawat- Gower

Awalnya, terapi siput ini dirintis oleh sebuah salon di Tokyo, Jepun, dan kini mulai ditawarkan di kawasan Eropah.


  • Antara kebaikan Terapi Siput;
  • Rawatan kulit mati
  • Membersihkan pori-pori pada wajah
  • Menghilangkan keradanggan kulit
  • Menyerikan wajah
  • Melambatkan penuaan


Menyoal keberkesanan terapi ini, pakar kesihatan kulit Inggeris menyambut positif. Salah satu doktor ahli kecantikan yang terlibat dalam uji klinikal terapi ini, Dr Sunil Chopra, menyatakan bahawa lendir yang dikeluarkan siput mengandung sejenis antibiotik serta asid hyaluronik yang boleh mambantu kulit tetap lembab.

"Teori dari rawatan dengan siput ini bagus. Namun, kami ingin menganalisis semua datanya. Para ahli di Perancis telah menemukan suatu cara untuk membuat ekstrak dari lendir siput dan menambah ke dalam produk penjagaan wajah. Namun, siput yang hidup tentu akan lebih berkesan kerana zat yang terkandung pada haiwan ini tidak akan hilang seiring dengan waktu. Saya sedang melakukan kajian dan menunggu hasilnya, "ujar Chopra.

Video Rawatan Terapi Siput





Sumber:
http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2405452/The-Japanese-SNAIL-facial-arrives-UK-Slimy-anti-ageing-treatment-available-Simply-Divine-salon.html


Saturday, 24 August 2013

Krim Yogurt Untuk Kecantikan



Yogurt merupakan produk yang dihasilkan melalui penapaian bakteria pada susu. Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.  Yogurt Probiotik adalah istilah yang sering didengar, ia juga sama dengan probiotik, merujuk kepada organisma hidup yang boleh memberi manfaat kesihatan. Ia merangsang pertumbuhan mikro organisma yang baik untuk badan.


Yogurt berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran seseorang. Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Apa yang menarik, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak.


Manfaat Yogurt Untuk Kecantikan

Melembapkan kulit
Kultur hidup bersama asid laktik di dalam yogurt mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.

Untuk kulit kering
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.

Membuang sel kulit mati
Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.

Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.

Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

Hilangkan jerawat
Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

Mengecilkan liang roma
Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

Hapuskan lingkaran gelap bawah mata
Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

Atasi masalah penuaan
Yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yoguret bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Yogurt Berkhasiat Untuk Perempuan Bersalin? - Baca




Sunday, 11 August 2013

Surau Dijadikan Kuil Buddha

Na’uzubillah... Apa dah jadi ni?
Surau bertukar menjadi kuil buddha?


Sedih, tempat Imam mengetuai jemaah dalam solat diganti dengan gambar dewa Buddah 





Petikan Akhbar:

KOTA TINGGI - Penduduk perkampungan nelayan Sedeli Besar di sini gempar apabila bangunan surau yang didirikan dalam sebuah pusat peranginan di sini dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan individu dipercayai penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung pusat peranginan itu, Ahmad Tarmizi Adnan yang singgah untuk menunaikan solat asar di surau itu kelmarin.

Ahmad Tarmizi, 45, mendakwa terdengar suara orang seperti berzikir dalam bahasa asing selain bunyi loceng dari dalam surau.

"Apabila ditinjau, saya nampak sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian serba putih membuat upacara sembahyang diketuai seorang sami," katanya.

Peniaga dari Kuala Lumpur itu sempat merakamkan aktiviti itu dengan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

Seorang penduduk kampung, Mohamad Talib, 54, pula mendakwa, kumpulan itu datang ke surau berkenaan setiap hujung minggu untuk mengadakan upacara sembahyang selama beberapa jam sejak sebulan lalu.

"Kami pada mulanya menyangka mereka pelancong," katanya.

Dia kesal kerana pemilik pusat peranginan itu seolah-olah tidak memandang berat kejadian berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati persekitaran surau tersebut telah dibersihkan daripada peralatan sembahyang kumpulan berkenaan.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/


Video 
Surau Sedeli Besar, Kota Tinggi, 
Dijadikan Kuil Buddha



Tuesday, 6 August 2013

Kegunaan Arang Dalam Perubatan Dan Kecantikan

Kegunaan Arang Dalam Perubatan Dan Kecantikan

Arang adalah sisa hitam mengandungi karbon tidak murni yang dihasilkan dengan menghilangkan kandungan air dan komponen meruap dari haiwan atau tumbuhan. Arang umumnya didapatkan dengan memanaskan kayu, gula, tulang, dan benda lain. Arang yang hitam, ringan, mudah hancur, dan meyerupai batu bara ini terdiri daripada 85% hingga 98% karbon, selebihnya adalah abu atau benda kimia lain. Arang merupakan suatu pepejal berliang yang mengandungi 85-95% karbon, dihasilkan dari bahan-bahan yang mengandungi karbon dengan pemanasan pada suhu yang tinggi. Karbon arang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya.

Manfaat Arang dalam Perubatan

Penggunaan arang sebagai ubat bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 1500 SM, masyarakat Mesir menggunakan arang sebagai penyembuh luka dan pembersihan usus halus selepas makan. Hippocrates (460 SM – 377 SM)  iaitu salah seorang pakar perubatan Yunani, yang digelarkan "Bapa Perubatan", menggunakan barang kelam itu untuk rawatan pengidap epilepsi, klorosis, dan Antraks. Pada 1831, di depan pelajar di French Academy of Medicine, Profesor Touery melakukan demontrasi dengan minum racun strychnine yang dicampurkan butiran hitam asal pembakaran. Hasilnya, ia masih hidup dan menjelaskan arang penawarnya.

Menurut Professor Tourey, arang tak berbau dan tak berasa mampu menyerap 60% bahan-bahan toksik di dalam tubuh yang masuk ke seluruh rangkaian pencernaan seperti usus halus, usus besar, dan perut.

Kajian lain dilakukan Richard C. Kaufman, Ph.D dari National Health Federation, Minessota, Amerika Syarikat. Arang terbukti bersifat antipenuaan dan memanjangkan umur sebanyak 40% haiwan percubaan. Itu kerana arang menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan racun yang merosakkan sel tubuh. Arang juga menyeimbangkan metabolisme lemak, menurunkan prestasi sintesis protein pencetus penuaan, penurunan RNA, penghambat arteriosklerosis dan fibrosis. Dos yang dianjurkan sebanyak 30 gram per hari diminum 2 kali seminggu semasa perut kosong.

Arang sebagai pereduksi kolesterol dan penghambat penyakit dipetik dari British Journal of Nutrition. Sejumlah pesakit berkolesterol tinggi yang diberi penggunaan 8g arang per hari turun 25% dari total kolesterol, 41% kolesterol jahat LDL (low density lipoprotein), serta melipatgandakan nisbah HDL / LDL kolesterol. Hal ini adalah kerana arang dapat menyerap penyumbat jantung dan melancarkan peredaran darah koronari.

Manfaat Arang Dalam Kecantikan

Dalam regimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:

1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
4) Nyahkan toksik dalam kulit untuk kulit bebas radikal
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur

Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.

Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.

Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.




Thursday, 1 August 2013

Lemang Sedap Vs Lemang Jijik Vs Lemang Berbisa



Musim perayaan dah dekat, lepas ni peluang besar pengusaha-pengusaha lemang buat duit. Maklumlah, sepanjang sebulan bulan Syawal semua orang cari lemang, untuk buat rumah terbuka dan jamu saudara-mara yang datang ke rumah.

Sebut lemang ni, memang sedap, tapi dah banyak juga cite dengar tentang lemang ni, ada kes jumpa lipan lah, lipas lah, dan juga katak.


Baca Kisah: katak dalam lemang

yer lah, buluh-buluh tu disusun atas tanah sepanjang musim lemang, malam-malam ape lagi, sibuk lah serangga-serangga mencari tempat tinggal.

so nasihat untuk pembuat lemang, sebelum masukkan pulut kedalam lemang tu, jengok-jengok lah dalam buluh tu... pastikan tiada benda yang sepatutnya dalam lemang tu.

dah banyak kes, kes terbaru;

Seorang wanita dan bayi lelaki meninggal dalam perut sebab lemang.

Biasalakan kalau wanita mengandung ni mengidam macam macam. dan wanita dalam cerita ni mengidam lemang. Jadi si suami pergi ke salah satu tempat yg dirahsiakan untuk beli lemang.

Then balik rumah untuk bebuka puasa. Wanita td belum sempat si suami belah lemang tu dia terus mencubit sikit2 lemang yg ada diluar buluh lemang.kan ada gak kdg2 kita tgok ada skit2 kat atas buluh lemang tu kan. Dan secara tiba2 mulut wanita tu berbuih. Tanpa sempat membelah lemang tu terus si suami membawa isteri dia ke hospital.

Amat sedih sekali sebab doktor sahkan wanita iti dan babynya telah meniggal dunia. Doktor sahkan kerana wanita itu ada termakan racun berbisa.

Si suami teringat makanan yg dimakan sebelum terjadinya perkara tu. 

Balik rumah n belah lemang tu baru dia dapat tau yg ular tedung selar ada dalam buluh lemang tu.  AstaghfirullahalAzim.

Hati hati semua n diri sendiri pun kena beringat. bukan je lemang binatang tu bleh masuk, contoh cerek air pun kena beringat.  sbb kes tu pun ada. masak air tanpa tengok dalam cerek. Masak n guna air tu minum dan mati sbb termakan bisa ular.  Nauzubillah. Hindari lah keluarga kami dari musibah ituYa Allah.

Sumber cite - yattpinkymaniac blogspot

p/s: kan bagus kalau tinggalkan gelang emas ke, cincin belian ke dalam lemang tu...

Selamat Hari Raya