Ape nak jadi dengan dunia...
Makin hari makin hilang sifat kemanusiaan...
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjadikan rahmat 100 bahagian, satu bahagian daripadanya sudah diturunkan ke bumi. Daripada bahagian satu inilah, sekalian makhluk dapat berbelas kasihan sesama sendiri antara satu sama lain hinggakan ada seekor binatang yang mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)
Firman ALLAH SWT dalam surah al-A’raf, ayat 79 bermaksud: “Mereka mempunyai kalbu tetapi tidak mengambil faham (berfikir) dengannya dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka itu adalah seperti binatang ternakan, malah mereka lebih sesat.”
Video Penderaan
Dalam kajian Noremy Md. Akhir, Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, M. Suhaimi Mohamad, Nazirah Hassan, (Relation of Internal Factors that Contribute To Physical Child Abuse among Parents). Link
Antara punca seseorang bertindak ganas adalah kerana..
- Personaliti diri
- Pengetahuan agama yang lemah
- Tekanan kehidupan
- Pengalaman trauma penderaan
emmm... saya nak tambah 1 lagi, entah-entah dia org ni ade sindrom gila, atau sakit mental!
Hentikan penderaan .. Stop Abuse!
Penderaan hanya akan membuatkan anak anda ;
- Mengalami tekanan jiwa,
- Gangguan emosi,dan mental
- Gangguan proses pembesaran
- Masalah tidur
- Kemurungan /kerisauan
- Masalah pembelajaran
- Perlakuan yang ganas
- Gemar mencederakan/merosakkan diri sendiri
- Gemar merosakkan harta benda
- Mungkin akan menjadi ibu/bapa yang mendera anak aabila dewasa kelak.
.
No comments:
Post a Comment