Terdapat beberapa jenis terapi seperti;
Terapi Kaki
Terapi Tangan
Terapi Muka
Terapi Seluruh Badan
Menurut sebuah laman web, ikan terapi tersebut akan memakan sel kulit mati yang ada, maka kaki Anda akan lebih bersih, terasa lebih halus dan dipercaya dapat mengubati penyakit kulit tertentu seperti eksem kering dan psoriasis (kulit merah dan bersisik). Sewaktu ikan terapi menghisap kulit mati, ikan Garra rufa juga akan mengeluarkan air liur yang mengandung sejenis enzim dithranol (anthralin) yang akan merangsang pertumbuhan sel kulit baru. Manfaatnya, is akan mengurangi rasa gatal pada kulit dan menghilangkan bekas luka (parut).
Selain untuk kecantikan dan kesehatan kulit, ikan ini juga dikatakan dapat memberikan efek positif lainnya untuk tubuh. Sewaktu ikan-ikan ini menyedut kaki kita, kaki akan merasakan setruman-setruman kecil yang dihasilkan dari kerumunan ikan yang dapat merangsang titik-titik akupuntur pada telapak kaki dan membuat sirkulasi darah menjadi lancar. Agar mendapatkan hasil yang maksimal, terapi hendaknya dilakukan secara teratur 2 sampai 3 kali seminggu selama 3 bulan.
JENIS IKAN TERAPI
Terdapat beberapa jenis ikan yang digunakan untuk terapi. Antaranya ialah
Garra Rufa
Chin Chin Fish
Ikan Nilem Mangut (Osteochilus hasseltii)
AWAS RAWATAN SPA IKAN RISIKO ANDA DIJANGKITI VIRUS HIV DAN HEPATITIS C
Kementerian Kesihatan nasihat orang ramai henti terapi ikan
"PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air." Berita Harian,20/10/2011
Sebenarnya nasihat ini bukanlah hanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi juga dari UK Health Protection Agency. Di Amerika Syarikat mereka telah mengharamkan pengoperasian spa ikan ( Fish spa therapy ). Begitu juga di London dimana Britain's Health Protection Agency (HPA) telah memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko dijangkiti HIV.
Walaupun risiko dijangkiti HIV itu adalah tipis namun ia tidak boleh diabaikan kerana sehingga kini penawar bagi HIV belum dijumpai.
p/s: emmm terfikir pula saya bagaimana dengan rawatan lintah?
No comments:
Post a Comment