Saturday, 30 July 2011

Cara Tutup Akaun Facebook

Facebook ni kalau digunakan secara baik, baik lah ia... seperti;
Menyebarkan Dakwah
Menghubungkan Sahabat Lama
Membuat Bisness Online
Mendekatkan Ahli Keluarga Yang Jauh Di Mata

Kadang-kadang facebook ni membosankan, ramai kaki spam masuk. :(
ade juga yang masuk facebook kita skodeng sana-sini, curi gambar-gambar... :(
ade sesetengah tu pula, kerana facebook suami isteri bergaduh, pertunangan terputus, gara-gara cemburu.

antara-antara yang saya sebut ni, pengalaman kawan-kawan la.. ramai tanya cara nak tutup

Puas cari cara nak tutup akaun Facebook... last-last jumpa juga. :)
Sebelum ni ade kat tetapan akaun. sekarang dah ubah lak...

Cara tutup akaun facebook. 

Pertama klik akaun (di bahagian atas kanak skrin)


Kedua, klik "Tetapan Akaun"


Ketiga, klik "keselamatan" dan dibawah Security Settings, klik "Deactivate your account"


lepas tu... dia akan minta password, so masukan jerr.

dan yang terakhir dia akan minta taip semula perkataan yang di beri untuk pengesahan... selesai

Friday, 22 July 2011

Ahli Gengblogger Mangsa Hacker

saya tak tahu lah sama ada gengblogger kena hack atau tidak.
Tapi, setiap kali saya nak ping entri ke gengblogger.. keluar lak authentocation required dia minta username dan password, mcm gambar bawah ni.


bila kita pangkah, keluar lak mcm ni...


saya ni bukan lah otai blog, tak tahu lah kalau-kalau admin gengblogger yang upgred web. Tapi secara logiknya, gengblogger mana ade pasword, login hanya melalui facebook. Tak kan nak masukan password facebook pula... emmmm?

kalau facebook digodam, saya tak kisah sangat, yang risaunya takut pengintip (spy) dah masuk dalam komputer. emmm maybank2u, paypal pun kena hack. 

kesimpulannya,,, stoplah dulu layari gengblogger. dah ok nanti baru masuk. Rakan-rakan gengblogger... hati-hati yerr

salam semua

Monday, 18 July 2011

Motosikal Terbang Telah Dicipta


Anda tidak perlu lagi tension dengan kesesakan jalan raya, kemalangan mungkin akan berkurangan dengan motosikal terbang ! pelik... tapi benar!

Christopher Malloy dari Australia telah menjadi pencipta amatur pertama yang berjaya membina motosikal terbang. Kenderaan tersebut dikenali sebagai Hoverbike.

Mallyo telah membelanjakan keseluruhan wang simpanannya untuk menjayakan projek futuristik itu yang telah dimulakan sejak dua tahun setengah lalu. Beliau berhasrat untuk menerbangkan kenderaannya sehingga 3,048 meter di udara dan mampu memecut sehingga 160 kilometer sejam (km/j)

Mallyo, 32 tahun, membina kenderaan terbang itu di garaj rumahnya di Sydney menggunakan kerangka karbon fiber dan enjin kereta BMW. Prototaip tersebut mempunyai potensi bergerak sehingga 148 km/j dalam masa 45 minit untuk minyak yang diisi penuh tangki.

Kenderaan seberat 270 kilogram itu dijangka dipasarkan dengan harga RM216,727 apabila sedia untuk dipasarkan kelak.

Bagaimanapun, setakat ini Hoverbike hanya diuji penerbangan dengan diikat kepada tanah agar ia tidak terbang terlalu tinggi. Ujian terbang tanpa sekatan dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

 Panjang Hoverbike 

 Ujian Menerbangkan Hoverbike


At a glance

  • Airspeed Vne - 150 KIAS (untested)
  • Hover (out of ground effect) - >10,000ft (estimated)
  • Dry weight - 110kg
  • Max gross weight - 270kg
  • Total thrust - 295kg
  • Engine - 80kw @ 7500rpm

Hoverbike Applications
  • Aerial Cattle mustering
  • Search and Rescue
  • Aerial Survey
  • Wildlife and Parks
  • Film
  • Power-line Inspection




Hoverbike Specs

Engine Type flat twin 4-stroke, one camshaft and 4-valves per cylinder, central balancer shaft
Engine Displacement 1170cc
Bore & Stroke 101mm x 73mm
Compression Ratio 12.0:1
Nominal Output @7500rpm 80KW
Cooling Aircooled
Ignition Electronic
Fuel System Electronic intake pipe injection
Fuel tank capacity (without secondary tanks) 30L
Fuel tank capacity (with secondary tanks) 60L
Fuel Burn 0.5L/min / 30L/hr
Fuel Type Regular Unleaded
Drive-shafts Custom Carbon fiber
Gearbox Custom 1.5:1 reduction
Propellers 2 x Tasmanian Oak with carbon fiber leading edge (made by Michael Ellinas from Heliptera)
Airframe Carbon fiber with Kevlar reinforcement and foam core
Airframe width 1.3m
Airframe length 3m
Airframe height 0.55m
Dry Weight 105kg
Maximum takeoff weight 270kg
Total Thrust 295kg
Range 148km on primary tank @ 80knts cruise (290km with secondary tanks installed)
Airspeed Vne 150 KIAS (untested)
Hover greater than 10,000ft (estimated)


Pengendalian

Untuk memusing ke kiri atau kanan, pemandu perlu menekan pemegang ke kiri atau kanan seperti menaiki basikal.

Sebelum boleh membeli kenderaan ini, pengguna perlu belajar mengendalikan Hoverbike ini memandangkan cara pengendaliannya adalah seperti memandu helikopter dan juga menaiki motosikal.

Bagi penduduk di Amerika Syarikat atau negara-negara yang mempunyai peraturan penerbangan yang sama, pemilik Hoverbike tidak perlu mempunyai lesen juruterbang kerana ia diklasifikasikan sebagai 'pesawat ultraringan' yang digunakan untuk riadah.

Maklumat lanjut mengenai kenderaan ini boleh diperoleh dengan mengunjungi laman web http://hover-bike.com.

Selain itu, terdapat juga produk motosikal terbang dikenali sebagai Super Sky Cycle yang dicipta oleh Larry Neal, seorang juruterbang dan produk ini dijual melalui The Butterfly LLC sejak beberapa tahun lepas.

Pesawat ringan ini memerlukan sedikit kawasan untuk berlepas atau mendarat dan ketika kecemasan, penggunaan rotor atas menjadikan ia selamat kerana dapat berfungsi seperti sebuah payung terjun.

Sistem rotor motosikal terbang ini boleh dilipat dan kemudiannya boleh digunakan di atas jalan raya seperti motosikal biasa.

"Masalah kereta terbang sebelum ini ialah sayapnya yang tidak boleh dilipat apabila berada di jalan raya," kata Neal sambil menyatakan yang kenderaan ini telah didaftarkan penggunaannya di jalan raya dan udara.

Kit kenderaan ini telah dijual di pasaran dengan harga RM114,000 yang menjadikan ia sebagai pesawat ringan peribadi ringan yang mampu dimiliki dan anda hanya perlu menjalani latihan selama 10 jam.

Sememangnya, kenderaan peribadi yang mampu terbang masih jauh untuk benar-benar boleh berfungsi dan dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak kerana kebanyakannya masih di peringkat ujian dan belum benar-benar matang.




http://hover-bike.com
http://www.utusan.com.my

Saturday, 2 July 2011

Ayam Goreng Perisa Special

Patutlah ada kes aduan dari pengguna seperti bisukt ade cicak, sos ade gigi, roti ade skru... rupa-rupanya macam ni kerja dia org.
Bekerja main-main, sambil lewat, tak ikhlas



Dan ini kenyataan pihak KFC

Dear fans. We would like to thank everyone for your posts, comments and interest in our brand. We are currently investigating the matter. In the meantime, KFC remains committed to excellence and the highest food quality, service and operating standards.

Thank you, once again.
http://www.facebook.com/KFCMalaysia/posts/10150230976994247